CoolBlog – ‘Blog’ Yang Sangat Cool

Bagi korang yang mengikuti aku di Facebook, pasti perasan sejak dua minggu yang lepas aku selalu menceritakan mengenai CoolBlog. Jangan tak tahu, blog bukan sahaja ada di Internet, malah blog juga boleh didapati dalam bentuk minuman. Sukar nak percaya, bukan?


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Pertama kali aku diperkenalkan kepada CoolBlog semasa aku pulang ke JB beberapa minggu yang lalu. Seorang gadis yang mempunyai paras wajah yang comel, senyuman yang manis (owh, kelihatan gadis itu sedang tersenyum membaca ayat ini), dan namanya dirahsiakan telah mengajak aku untuk membeli CoolBlog ketika kami keluar bersama-sama di sebuah pusat membeli-belah di bandar Johor Bahru. Mengikut kata beliau, CoolBlog ni sedap. Aku yang pada waktu itu yang memang langsung tidak tahu pasal CoolBlog pun cuba la beli satu. Nak merasa la katakan.

Rupa-rupanya, CoolBlog ini adalah sejenis minuman/ice blended yang mempunyai 25 jenis perisa yang boleh kita pilih. Nak sedap lagi, boleh juga ditambahkan ‘pearl’. Rasa ‘pearl’ ni lebih kurang macam cincau lebih kurang. Tetapi bentuknya bulat-bulat sebiji macam bentuk mutiara.


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Si gadis comel yang mengajak aku itu memilih perisa Chocolate dan aku pula membeli perisa Honeydew. Dan sebagai tambahan, kami meminta satu scoop ‘pearl’ untuk ditambahkan di dalam CoolBlog kitorang.

Yang menarik mengenai CoolBlog ini adalah, pertama, ianya mempunyai 25 jenis perisa yang boleh kita pilih. Selain daripada itu, ‘pearl’ pula dapat menambahkan lagi kesedapan meminum CoolBlog kerana sambil minum, kita boleh mengunyah-nguyah ‘pearl’ tersebut. Dan akhir sekali, rasanya yang tidak terlalu manis dan tidak terlalu tawar itu menambahkan lagi kenikmatan meminum CoolBlog lagi-lagi semasa cuaca panas sebegini. (*tetapi ada juga gerai CoolBlog yang buat terlalu manis)


Gambar dipetik daripada blog Nutty Eve.

Tetapi malangnya, gerai CoolBlog di Malaysia banyak terdapat di area Johor sahaja. Tetapi terdapat juga beberapa gerai CoolBlog di area Lembah Klang. Itu pun boleh dikira dengan jari.

Jadi, kepada korang yang belum pernah merasa CoolBlog, segeralah cari gerai CoolBlog berdekatan dengan tempat korang. Aku percaya korang tidak akan rasa rugi membayar RM3.10 (CoolBlog ice blended + 1 scoop ‘pearl’). Aku yang pertama kali minum ice blended dan juga CoolBlog ni pun mengatakan yang CoolBlog ini memang sedap.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

19 Responses to “CoolBlog – ‘Blog’ Yang Sangat Cool”

  1. hasbullah

    macam best je

    March 13th, 2010 | 11:29 am | Reply
  2. dah la tgh panas2 ni waktu baca blog entry ni..
    woOo.. rase cm nk gi cari je 1

    March 13th, 2010 | 4:24 pm | Reply
    • Pergi la cari. Kau duduk area mana? If dekat Lembah Klang ni tak banyak tempat sangat la.

      March 14th, 2010 | 11:50 am | Reply
  3. coolblog for blogger? :XO:

    March 14th, 2010 | 5:16 am | Reply
  4. hah!memang kena kalau pekena coolblog sambil monetize blog.

    March 18th, 2010 | 12:28 pm | Reply
  5. COOLBLOG dah ade kt KBMALL..blh la org2 kelantan try lak… mmg besttt!!!

    April 6th, 2010 | 9:57 am | Reply
  6. hai,nice blog,.Dato ct versi gif ? x caye, sila klik sini http://merdayka.blogspot.com , n jgn lupe linkkn skli blog ni erk,ok tq,n babai

    April 6th, 2010 | 1:29 pm | Reply
  7. aku nak bukak fraincais dia kat sini la
    macam best je

    April 7th, 2010 | 4:18 am | Reply
  8. sedapnye… :XO:

    April 8th, 2010 | 8:51 am | Reply
  9. waah..lawa la blog u..i like!!!

    May 8th, 2010 | 9:04 pm | Reply
  10. hoho cmne la leh dpt nama cmtu ek? padahal xda kaitan dgn blog pun..hikhihk

    May 9th, 2010 | 3:06 pm | Reply
  11. :D weh menggelegak air liur..nengok ni hulk hulk

    May 11th, 2010 | 4:33 pm | Reply
  12. nak satu!!! 8O

    May 15th, 2010 | 7:28 pm | Reply
  13. Bro, kat sini diorang panggil bubble tea..

    Ko try, perisa ni, mesti meletup lah aku cakap..

    Ice blended + Taro/yam(keladi) + vanilla + small pearl

    memang terbaeekk…

    May 17th, 2010 | 5:34 pm | Reply
  14. nampak sedap, :XO: tapi amende dalam pearl tuh?

    June 16th, 2010 | 4:32 am | Reply
  15. Waw, it’s very cool …

    Happy blogging :)

    July 17th, 2010 | 11:23 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: