Website dan Portal Melayu Sengal!

sengal1Aku sangat tidak suka dengan sesetengah website dan portal komuniti yang dibangunkan di Malaysia, terutama yang dibangunkan oleh orang Melayu. Rata-rata semuanya mengarut dan cuba untuk mendapat keuntungan yang cepat tetapi menyusahkan orang lain. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan terasa die ada melakukannya, better korang betulkan kesilapan korang itu.

Sebelum itu, korang tahu apa itu Adsense? Tahu apa itu Advertlets? Tahu apa itu Nuffnang? Semua itu merupakan service pengiklanan yang disediakan untuk para blogger dan pembangun laman web untuk menjana kewangan di website atau blog mereka. Tetapi terdapat sesetengah orang Melayu yang SENGAL yang cuba mengaut keuntungan yang lebih dengan menyuruh ahli komuniti dorang untuk klik pada iklan-iklan tersebut.

Korang tahu tak apa kesilapan korang, ha SENGAL? Aku tahu korang boleh dapat duit dengan cepat kalau ahli korang klik, klik dan klik iklan-iklan tu. Tapi korang tak tahu, yang korang boleh di-ban even bukan korang yang klik pada iklan tersebut. Ye, memang betul. Kalau korang kene ban, aku peduli apa. Tapi bagaimana kalau banyak sangat website-website dan portal-portal di Malaysia ni yang ikut cara korang dan kene ban? Makin buruklah nama Malaysia disebabkan keSENGALan korang tu.

Kalau banyak sangat website-website dan komuniti yang diban, adakah ada kemungkinan Malaysia akan terus diban? Semua orang langsung tak boleh nak gune Adsense, Advertlets dan Nuffnang (even Advertlets dan Nuffnang ni company Malaysia, tapi korang ingat dorang takde rules ke pasal bende ni?). Jadi, bagaimana dengan mereka yang tak bersalah, website-website yang run advertisement ni dengan cara yang betul. Tak pasal-pasal dorang tak boleh nak menggunakan Adsense dan semua tu. Semuanye berpunca dari keSENGALan korang tu. SENGAL!

Sebagai contoh, tak silap aku, dulu Malaysia boleh withdraw duit direct dari Paypal. Tetapi disebabkan banyak sangat keSENGALan yang dibuat oleh orang Malaysia sendiri telah menyebabkan Paypal menarik balik kebolehan withdrawal tu. Tak ke ni menyusahkan?

Mungkin ada yang tak paham ape kaitan antara Paypal ngan klik iklan. Apa yang aku nak bagitahu adalah, Paypal telah ban Malaysia suatu ketika dulu disebabkan ramai orang Malaysia yang menyalahgunakan Paypal. Pastu ada tak kemungkinan yang Adsense juga akan ban Malaysia disebabkan ramai yang menyalahgunakan Adsense dengan klik iklan sendiri atau menyuruh orang lain klik iklan? Dalam Google Terms pun dah diterangkan mengenai ni. Advertelts ngan Nuffnang pun ada nyatakan dalam terms dorang.

sengal2

Korang ni kalau tak menyusahkan hidup orang lain memang tak sah. Cuba buat secara jujur. Nak dapat duit, tapi buat cara salah. Nak kaya cepat la kononnye, tapi entah ape2 helah yang korang gune.

Kepada mereka-mereka yang rasa ada suruh ahli-ahli komuniti korang untuk klik, klik iklan kat portal korang tu, korang buang la ayat-ayat tu. Tak yah la nak suruh dorang klik. Kalau dorang nak klik, dorang akan klik. Korang letak la iklan tu kat bahagian page korang bagi dorang nampak. Tapi takyah la suruh dorang klik. Macam desperate sangat je nak dapat duit.

Lagi satu sebelum aku menghabiskan kata-kata aku kat blog aku ni, aku nak bagi sedikit nasihat. Kalau korang gune Adsense, jangan sesekali korang mengklik pada Adsense korang itu. Aku tahu korang nak dapat income yang cepat, tapi apa gune kalau kite merasa duit yang bukan sepatutnya menjadi milik kite?

ps: Sori kalau aku terlalu emo dalam entri kali ini.

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

    No related posts.

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

63 Responses to “Website dan Portal Melayu Sengal!”

  1. Tindakan suruh orang klik iklan di blog sendiri tidak jujur, dan juga melanggar syarat Advertlets – dan boleh menyebabkan akaun blogger tersebut “kena ban”. Betul kata saudara :)

    November 25th, 2007 | 1:10 pm | Reply
  2. :) gitu aa gamaknya kan….kekeke… :D sedar²lah wahai webmaster Malaysia…. keh keh keh….

    November 25th, 2007 | 4:29 pm | Reply
  3. Dulu selalu gak clik adsense sendiri, kunun2 nak tengok brp sen kita dpt..
    Skrg ni buat tak tau je… so pada sesiapa yang berkenaan sila la buka mata sket.. :p

    November 25th, 2007 | 10:44 pm | Reply
  4. amik korang, sekali advertlets pun datang bagi komen. mungkin sebab trackback yang aku bagi dalam post aku tu. hua3.

    November 26th, 2007 | 8:34 am | Reply
  5. orang malaysia mmg camtu, nak dapat duit cepat jer walaupun guna cara salah.. nk dapat duit ngan senang tanpa usaha. ak ada join gak adverlets ngan nuffnang.. tp sesuka jer la, xder la kemaruk sgt nk duit smp suruh visitor klik. yang ni ok lagi, ader tu kumpulkan semua code2 iklan ni, letak kat satu tempat, then visitor klik jer mana yang nk. Tp benda ni jadi kat google adsense jer kot, coz adverlets ngan nuffnang x kan kluar iklan kalo letak bukan kat blog kita register. btw, kira Google baek ati lagi..Malaysia still x kena ban macam Thailand. Dorang ni bila dah kena ban baru padan muka. Tp yang x best bila yang x bersalah turut terkena tempiasnya. huhu..:(

    November 26th, 2007 | 8:43 am | Reply
  6. huhu.aku kena lg sengal..ada visitor yg klik iklan aku berulang kali..lg sdey.bayangkan tetiba ade je klik jadi berganda2 drpd hari biasa..sedangkan impression baru rendah,mmg tak logik la..kalo kena ban mmg sdey la.

    November 26th, 2007 | 8:17 pm | Reply
  7. hoho. cuba bagitau sket portal mana yang kata “membantu” tu. aku nak tengok sikit. iskh iskh.

    November 26th, 2007 | 8:21 pm | Reply
  8. Ataupun, Advertlets perlu meninggalkan forum2… maksudnya, tiada iklan di forum2

    November 27th, 2007 | 2:55 am | Reply
  9. izzAt3114 on November 26, 2007 at 8:43 am said:

    orang malaysia mmg camtu, nak dapat duit cepat jer walaupun guna cara salah.. nk dapat duit ngan senang tanpa usaha. ak ada join gak adverlets ngan nuffnang.. tp sesuka jer la, xder la kemaruk sgt nk duit smp suruh visitor klik. yang ni ok lagi, ader tu kumpulkan semua code2 iklan ni, letak kat satu tempat, then visitor klik jer mana yang nk. Tp benda ni jadi kat google adsense jer kot, coz adverlets ngan nuffnang x kan kluar iklan kalo letak bukan kat blog kita register. btw, kira Google baek ati lagi..Malaysia still x kena ban macam Thailand. Dorang ni bila dah kena ban baru padan muka. Tp yang x best bila yang x bersalah turut terkena tempiasnya. huhu..:(

    kalau tak suruh orang klik takpe. ni sampai nak suruh klik2 macam takde duit sangat je.

    rem on November 26, 2007 at 8:17 pm said:

    huhu.aku kena lg sengal..ada visitor yg klik iklan aku berulang kali..lg sdey.bayangkan tetiba ade je klik jadi berganda2 drpd hari biasa..sedangkan impression baru rendah,mmg tak logik la..kalo kena ban mmg sdey la.

    kau better bagitahu adsense pasal bendi ni takut kau kene ban je.

    WaWa on November 26, 2007 at 8:21 pm said:

    hoho. cuba bagitau sket portal mana yang kata “membantu” tu. aku nak tengok sikit. iskh iskh.

    identiti dirahsiakan.. btw aku rasa portal tu dah kene warn or maybe dah kene ban ngan advertlets skang ni.

    Azhar Ahmad on November 27, 2007 at 2:55 am said:

    Ataupun, Advertlets perlu meninggalkan forum2… maksudnya, tiada iklan di forum2

    mungkin juga. tapi bagaimana pula dengan portal2 yang tak buat hal? banyak komplikasi die.

    November 27th, 2007 | 9:54 am | Reply
  10. bergantung kepada user laa..nk klik ke tak…klu ade rezki ade laa yg klik..tp :d jgn klik sendiri dah le..bt malu je…lebih kurang cam mintak sedekah..berusaha laa selagi mampu…jgn bt malu diri sendri ……:)>-

    November 27th, 2007 | 3:37 pm | Reply
  11. ya… aku setuju 100% kata kau itu. macam ni la rakyat malaysia yang kita mahukan.

    November 27th, 2007 | 11:22 pm | Reply
  12. tak letak ads lagi best…kof kof kof… forum tuh dah lame idup ke baru lagik bro? takkan la dah lame idup tak tau term nyer lagik.. isk isk isk..

    November 27th, 2007 | 11:50 pm | Reply
  13. wutever pun jangan terang2an mintak user click ad…itu antara tips yg cikgu aku bagi semasa baru nak pasang ads nih…:d

    November 28th, 2007 | 6:03 am | Reply
  14. dr.xero on November 27, 2007 at 11:50 pm said:

    tak letak ads lagi best…kof kof kof… forum tuh dah lame idup ke baru lagik bro? takkan la dah lame idup tak tau term nyer lagik.. isk isk isk..

    aku tak tahu lama ke tak coz aku baru tahu pasal portal tu. hu3.

    azmie on November 28, 2007 at 6:03 am said:

    wutever pun jangan terang2an mintak user click ad…itu antara tips yg cikgu aku bagi semasa baru nak pasang ads nih…:d

    sape cikgu kau azmie? kau ni macam2 cikgu kau ada eh?

    November 28th, 2007 | 9:04 am | Reply
  15. ape kena-mengena click adsense banyak2, degan paypal?
    kan contoh yang amat berbeza tu. apa raaa… ;)

    November 28th, 2007 | 9:36 pm | Reply
  16. kalau ko ckp kt msia nih ramai suruh kawan2 click adsense diaorg, kt oversea tu lagi banyak. kepada org yg dikatakan sengal oleh penulis, dont woory, keep it up. suruh la kawan2 korang clik, tp dlm sebulan sekali dh cukup. jgn sampai kena banned.:)>-

    November 28th, 2007 | 9:39 pm | Reply
  17. agak sengal, kau baca ke tidak entri aku ni? tibe2 je memekak pulak. aduh…

    lagi satu, sampai bile orang malaysia nak tiru bende yang tak elok dari orang luar? orang kat sana suruh klik iklan, orang malaysia pun suruh klik iklan. entah ape2 la kau ni. aduh lagi sekali…

    November 28th, 2007 | 10:35 pm | Reply
  18. aagak sengal on November 28, 2007 at 9:39 pm said:

    kalau ko ckp kt msia nih ramai suruh kawan2 click adsense diaorg, kt oversea tu lagi banyak. kepada org yg dikatakan sengal oleh penulis, dont woory, keep it up. suruh la kawan2 korang clik, tp dlm sebulan sekali dh cukup. jgn sampai kena banned.:)>-

    aku setuju dgn aagak sengal. sukati kitaorg la nk suruh user klick ke x. yg kliknya user, kitaorg mintak tolong , bkn paksa. cyperhack, kau ni ckp je lebih, jgn lepas ni kau pun buat taktik yg sama

    :-l

    November 29th, 2007 | 9:45 am | Reply
  19. duh… aku nak buat pun buat ape? aku mana ada letak advertlets or nuffnang kat aku punyer page. kau ada nampak tak aku letak advertlets or nuffnang kat page aku? ada tak? :-b

    November 29th, 2007 | 9:47 am | Reply
  20. orm mlayu kalau bab mnejatuhkn sesama melayu memang cukup pandai..

    November 29th, 2007 | 9:52 am | Reply
  21. kau ni baca tak, post aku..kan aku cakap ‘lepas ni’

    :-w

    November 29th, 2007 | 9:53 am | Reply
  22. macam mana pula kalau orang melayu sendiri yang menyusahkan semua orang malaysia?

    November 29th, 2007 | 9:53 am | Reply
  23. cr33py on November 29, 2007 at 9:53 am said:

    kau ni baca tak, post aku..kan aku cakap ‘lepas ni’

    :-w

    taktik tu dah lama la brader. dah ramai dah orang tahu. nape pulak aku nak tiru kalau dah aku sendiri yang buat entri ni. alahai…

    November 29th, 2007 | 9:55 am | Reply
  24. malaysia ada byk kaum. website melayu jgk yg kau nk letak bad impression

    November 29th, 2007 | 9:58 am | Reply
  25. dah banyak aku jumpe website orang melayu yang buat macam tu. dats why aku cakap website orang melayu. boleh kau tunjuk kat aku website bukan kaum melayu yang buat macam ni?

    November 29th, 2007 | 9:59 am | Reply
  26. aagak sengal, i agree with your comment :)

    November 29th, 2007 | 10:00 am | Reply
  27. .

    CypherHackz on November 29, 2007 at 9:59 am said:

    dah banyak aku jumpe website orang melayu yang buat macam tu. dats why aku cakap website orang melayu. boleh kau tunjuk kat aku website bukan kaum melayu yang buat macam ni?

    jgn harap aku nak buat kerja utk kau.

    November 29th, 2007 | 10:02 am | Reply
  28. suka kau je ckp Website dan Portal Melayu Sengal! :-L

    November 29th, 2007 | 12:30 pm | Reply
  29. ko ingt, ni blog kau, boleh tulis suka hati kau?

    November 29th, 2007 | 12:37 pm | Reply
  30. dewata awan berapi

    laaa… apedaaaa… byk giler website kaum melayu or exactly malay or malaysian yang tak buat keje mcm ni. kalo ade pun segelintir jek. tp tak banyak. tak perlu nak kata sampai semua melayu SENGAL. ko ni mcm budak2 tak cukup umor jek. bile melatah trus point kat semua org. ko pun melayu gak. masa ko mula kenal mende2 ads ni, jgn nak tipu la kalo ko tak terpikir nak click sndr kan? kalo google nak ban pun, die bukan bodo la nak ban gitu2 jek. kalo kebarangkalian yng buat hal cuma rendah, ade tidak pun die ban jek yg bermasalah. bape ramai pengusaha website lain yg jujur? mmg ade 1 ketika bile semua org ghairah nak wat ads, ramai yg breach terms n condition tapi tidak lagi skrg. org melayu pun dah pandai baca TNC omputeh skrg.

    by the way, isu yg ko ketengahkan ni, agak outdated la. isu 2 tahun lepas. bole tak highlightkan isu semasa? cth mcm perhimpunan bersih atau hindraf tu ke? supaya dpt menunjukkan kematangan ko dalam bersuara selain dari mengutuk sesama bangsa

    November 29th, 2007 | 12:43 pm | Reply
  31. dewata awan berapi

    CypherHackz on November 29, 2007 at 9:59 am said:

    dah banyak aku jumpe website orang melayu yang buat macam tu. dats why aku cakap website orang melayu. boleh kau tunjuk kat aku website bukan kaum melayu yang buat macam ni?

    ade byk giler la website dari luar mcm tu. ko selalu open website warez? crack? download community? kebanyakannya disajikan bukan dalam bahasa omputeh. spanish, russia, turki, dan mcm2 lagi la. cuba ko bukak google, pastu translatekan mende2 yg kuar tu. kebanyakannya meminta visitors agar klik pd iklan to ensure website tu akan terus survive so akan terus dpt supply bahan2 utk di download. kadang2 kalo aku suke, aku pun support gak. tolong klik sekali dua. ape sangat la klik sekali dua tu berbanding dgn bahan yg aku dpt.

    ps : semua manusia ni sama jek la. bukan orang melayu kita jek

    November 29th, 2007 | 12:49 pm | Reply
  32. dewata awan berapi on November 29, 2007 at 12:43 pm said:

    laaa… apedaaaa… byk giler website kaum melayu or exactly malay or malaysian yang tak buat keje mcm ni. kalo ade pun segelintir jek. tp tak banyak. tak perlu nak kata sampai semua melayu SENGAL. ko ni mcm budak2 tak cukup umor jek. bile melatah trus point kat semua org. ko pun melayu gak. masa ko mula kenal mende2 ads ni, jgn nak tipu la kalo ko tak terpikir nak click sndr kan? kalo google nak ban pun, die bukan bodo la nak ban gitu2 jek. kalo kebarangkalian yng buat hal cuma rendah, ade tidak pun die ban jek yg bermasalah. bape ramai pengusaha website lain yg jujur? mmg ade 1 ketika bile semua org ghairah nak wat ads, ramai yg breach terms n condition tapi tidak lagi skrg. org melayu pun dah pandai baca TNC omputeh skrg.

    by the way, isu yg ko ketengahkan ni, agak outdated la. isu 2 tahun lepas. bole tak highlightkan isu semasa? cth mcm perhimpunan bersih atau hindraf tu ke? supaya dpt menunjukkan kematangan ko dalam bersuara selain dari mengutuk sesama bangsa

    pemilik blog ni mmg tak matang. stakat 1,2 screen shot, dh ckp berapi2.
    buat kesimpulan ikut suka hati. ni la contoh yg baik, pengkhianat bangsa.

    November 29th, 2007 | 12:51 pm | Reply
  33. 2,3 kucing brlari,
    mana nk sama CypherHackz sorang,
    2, 3 adsence suruh yg kau dijumpai
    ade ke patut, nk tuduh semua orang.. :)>-

    November 29th, 2007 | 12:56 pm | Reply
  34. ahli_nujum on November 29, 2007 at 12:56 pm said:

    2,3 kucing brlari,
    mana nk sama CypherHackz sorang,
    2, 3 adsence suruh yg kau dijumpai
    ade ke patut, nk tuduh semua orang.. :)>-

    pembetulan rankap 2,

    2,3 adsense suruh click yg kau jumpai.

    November 29th, 2007 | 12:58 pm | Reply
  35. burung nuri burung tempua
    hinngap bersama di pohon gajus
    ieloklah.. tuduh lah kami semua
    kau sorang la yg kononya bagus..

    November 29th, 2007 | 1:01 pm | Reply
  36. dewata awan berapi

    dinasihatkan kepada pemilik blog. jgn timbulkan provokasi kalo taknak receive komen negatif. aku pun pernah jugak wat keje2 bodo ni tp lps terkena sekali, aku mmg nasihatkan kpd anak2 murid aku yg bljr wat portal dgn ads ni, agar baca TNC dan jgn klik ads sndr kalau taknak timbul masalah. sampaikan dengan bahasa yang elok, supaya orang terima dengan elok. bahasa mencerminkan budi pekerti anda sndr. tak kira di mana jua. nak tegur, tegur la dengan cara yang betul. kalo visitors menilai dari bahasa anda, paling kuat pun diorang cakap, “budak baru nak naik”. kalo dah dilabelkan mcm tu, siapa lagi yang akan respek anda?

    berhati2 dengan penggunaan bahasa anda. walaupun ini blog anda dan anda bebas bersuara, tp tanpa pengunjung, ape maknanya blog ini kan?

    November 29th, 2007 | 1:10 pm | Reply
  37. CypherHackz = budak baru nak naik

    :))

    November 29th, 2007 | 2:09 pm | Reply
  38. wah…tak sangka aku tulis entri macam ni boleh tarik ramai orang nak komen. aku peduli apa korang nak cakap even ada sesetengah tu aku setuju n aku terime tapi ape yang aku cakap, betul ape.

    btw even bende ni orang kata outdated, tapi masih ada lagi yang tak tahu pasal bende ni. so apa salahnye aku naikkan isu ni?

    lagi satu, korang tak baca habis ke entri aku ni? kan aku ada cakap, janganla nak klik ads sendiri. kire ok ape aku cakap macam tu. kirenye aku memberi nasihat ape pada bangsa aku sendiri. siap aku ada tulis kat situ lagi yang aku beri nasihat. lagipun ianya dapat beri pengajaran kepada mereka2 yang baru nak mulakan adsense ni.

    and tambahan, korang ingat aku ni baru lagi ke nak berjinak2 dengan website ngan ads ni? adoi la… (:|

    November 29th, 2007 | 7:33 pm | Reply
  39. memang diorang ni sengal pun.. ahaha..
    sbenanye orang tu buat website komuniti sbb nk kaut duit je… so xdela nama website komuniti… tukar nama website duit je la… advertlets dengan nuffnang bersepah sana sini. Dulu aku penah dapat PM yang adminnye suruh setiap user klik kat ads tu.

    Nak carik duit jangan la buat cara murahan. Ni macam pemintak sedekah pulak [-(

    December 1st, 2007 | 7:39 pm | Reply
  40. ni ler baru betul2 dikatakan orang melayu…skali kasi tegur/nasihat sket macam2 kene bambu…apsal tak terima secara positif ajer? ntah2 depa tu orang yg samer tak? [-(

    December 1st, 2007 | 10:59 pm | Reply
  41. neutronics on December 1, 2007 at 7:39 pm said:

    memang diorang ni sengal pun.. ahaha..
    sbenanye orang tu buat website komuniti sbb nk kaut duit je… so xdela nama website komuniti… tukar nama website duit je la… advertlets dengan nuffnang bersepah sana sini. Dulu aku penah dapat PM yang adminnye suruh setiap user klik kat ads tu.

    Nak carik duit jangan la buat cara murahan. Ni macam pemintak sedekah pulak [-(

    website yang kau join tu website melayu ke ape bro?

    azmie on December 1, 2007 at 10:59 pm said:

    ni ler baru betul2 dikatakan orang melayu…skali kasi tegur/nasihat sket macam2 kene bambu…apsal tak terima secara positif ajer? ntah2 depa tu orang yg samer tak? [-(

    maksud kau orang yang sama tu ape ye? if kau cakap yang beri komen2 ni, memang ada yang sama pun sebab aku check rekod, memang sama pun IP dorang. hu3. sekejap gune nick ni, sekejap gune nick tu. tapi IP, sama dua2.

    December 1st, 2007 | 11:22 pm | Reply
  42. Tapi setakat nih. Tak ada lagi kan yang kene banned dari nuffnang dengan advertlets kan?>

    December 2nd, 2007 | 5:34 am | Reply
  43. Macam ada je. Sebagai contoh macam portal kat atas tu dah tak mempunyai iklan advertlets. Maybe advertlets give them warning or something.

    December 2nd, 2007 | 5:31 pm | Reply
  44. poyo la korang sukatila nk kena ban ke tak.nk klik , tak nk suda.abis cita. Ingat malaysia je bnyk kena ban?negara lain tak?noobhai desu la

    December 3rd, 2007 | 2:02 pm | Reply
  45. salam… okies, nih aku nak terangkan sikit… adeh ler kenapa korang gaduh-gadus?

    okies kalau advertlets juga nak baca comment aku nih atau memana lelain adsense provider silakan, please think!! Ini pendapat aku – [MADnilk]

    okies kalau korang baca betul2 term and regulations, (ini pendapat secara tak langsung aku) sila guna kepala minda dan akal yang di beri kalau nak gadus2.

    blog or any website owner bleh juga click pada ads link’s kerana itu tidak melanggar peraturan yang diletakkan. Aku selalu juga tekan links2 tuh sekali sekala bila aku dapat tajuk link tuh menarik, ‘aku’ juga manusia seperti reader di luar sana… lagi pun kalau nuffnang atau adsverlets nak marah silakan sebab aku tak pakai khidmat korang!!

    honestly said aku tak letak ads provider link bukan untuk profit cause i’m doing this blog thinggy for bench mark and i know where to find my own damn money. That ads link are for those who read my entry and instantly want to know other by seeing what ads link aside recommends. As simple as that!!!

    Pasal click tu, advance provider dorang ader Ip analytical system untuk analisis sama ader click tu genuine atau tidak!! So, kalau ‘anda’ rasa terancam dgn anonimous click please make your own system. Got that – Don’t Murmuring all around the globe to ban such country!! Make your job and we’ll make our jobs. Providing entry that reader will fill ‘your’ ads link interest!!

    Just want to make ‘you’ understand that it is our power to put your services there, not you – ads provider or anyone else. Stick that to everyone’s mind…

    I’m using Google cause they have Great system!! One more things : don’t rely your selves to much into ads profit making.

    p/s: sorry cyperhack sebab merepek banyak sgt.

    December 3rd, 2007 | 8:09 pm | Reply
  46. hua3. thanks for the comment bro. aku tak kisah pun. :d

    December 3rd, 2007 | 8:50 pm | Reply
  47. amboi..panjangnya komen..kalah blog politik ni :D

    December 4th, 2007 | 11:13 am | Reply
  48. Ada satu style yg paling aku menyampah.. Datang blog orang, salam pun tidak terus promo bisnes. Ini pun kategori sengal jugak la ni :-w

    December 4th, 2007 | 11:44 am | Reply
  49. erm cypher.. aku nak taye skit. adakah menjadi kesalahan kalo klik pada adv sendr jika kita nak tau apa kandungan iklan tersebut dimana kita sendiri tertarik ngan iklan tersebut. maklum la tiap kali iklan tu akan berubah dan kengkadang jarang jumpa dalam blog rakan yang lain.. contohnya tadi aku baru je ternampak iklan trailer stephen chow. teringin gak nak tgk trailer tu tapi was2 la pulak nak tekan…

    December 11th, 2007 | 3:38 am | Reply
  50. adalah lebih baik if kau buat search kat google pasal trailer stephen chow tu. aku pun kadang2 kalau jumpe iklan yang best kat website aku, aku tak klik. aku akan search kat google.

    tapi kene tahu nak choose keyword die la. ni result yang aku dapat untuk trailer stephen chow tu.

    Google Search

    dan ni pulak link yang aku dapat dari link result kat atas

    http://www.advertlets.com/cj7movie/

    December 11th, 2007 | 9:38 am | Reply
  51. oh… ok….

    December 11th, 2007 | 2:13 pm | Reply
  52. meh sini aku ajar sikit budak2 peragai tak senonoh nih..

    “Anak haram memang tak kisah makan bende HARAM!” /:)

    kan cypher kan!.

    December 13th, 2007 | 12:56 pm | Reply
  53. ulwan

    patutla ko takde add bagus gler sial..
    aku sokong ko..
    :d:d:d
    kalo org puteh diorang lebih tumpu content kan…

    December 13th, 2007 | 1:54 pm | Reply
  54. hehe, nasib aku xminat iklan2 ni. kt blog aku xda pun iklan2, huhu bukan xnk kaya tp malas… lgpun xcun

    December 27th, 2007 | 4:25 pm | Reply
  55. muhahahaha… letak la iklan if korang nak generate duit kat website korang. dan jangan la sesekali suruh orang klik. biar la dorang sendiri yang klik.

    December 28th, 2007 | 12:02 pm | Reply
  56. hai kawan2 kalo sesape nk jadi jutawan ke..nk jd org yg ber duit ker sila klik website aku…korang nak duit tak..tak rugi kalo korang klik…:d

    April 7th, 2008 | 3:54 pm | Reply
  57. biar la…sape taknak duit jgn klik…hahha..

    April 7th, 2008 | 3:55 pm | Reply
  58. klik putri hehe..

    April 7th, 2008 | 3:57 pm | Reply
  59. apple

    erm….:-
    blurrrrr~~~ :|

    April 10th, 2008 | 5:02 pm | Reply
  60. apple

    erm…:-
    blurrr~~ :|

    April 10th, 2008 | 5:03 pm | Reply
  61. apple

    mOnyet tol…asal ta jadi huh yg atas tuh…arghh!
    tensen2…dush2!!!

    April 10th, 2008 | 5:04 pm | Reply
  62. haha

    nsb baik dlm idup aku tak penah klik2 ads ni…

    hehe..

    empuye blog,pe cer skank…

    bile nak banje men boling?

    September 14th, 2008 | 12:59 am | Reply
  63. lama dah post artikel ni. tp still alive la. bagus2..

    -nk duit, tp tipu… org tipu dia marah lak. dia tipu org xpa lak.
    -company iklan kena bgtau betol2 peraturan. lnggar, warning trus..

    elok takyah iklan. senang cerita.

    November 18th, 2008 | 12:37 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: