Mukadimah: Aku ingat nak guna title WT* tapi disebabkan aku ni kan sopan… Bertolak ansur… Dan berbudi bahasa… So aku guna la WTH. Ahaks!
Pada suatu hari yang lalu (aku tak ingat hari apa), aku ada ternampak satu iklan di TV pasal ada slot tayangan mengenai menjana duit dengan blog. Entah kenapa, aku tidak suka dengan iklan tu. Mana tak nye, blog bukan untuk jana duit semata-mata tetapi untuk berkongsi cerita dan pengetahuan antara penulis dengan pembaca.
Dulu kalau tak silap aku, dorang punya la ban blog neh. Even ada cerita yang aku dengar, siapa-siapa yang nak buat blog kena daftar dengan kementerian. Aku tak pasti la betul ke tidak. Tetapi macam tu la yang aku dengar. Ha…korang pun mesti tak tahu kan…
Then tiba-tiba, dorang naikkan pulak nama blog nih. Punya la puji pasal blog nih. Tu pun selepas Dr Khir Toyo dengan Tun Mahathir bukak blog. Lepas tu pulak, heboh pasal menjana duit dengan blog.
Aku bukannya apa. Aku just tak suka bila pihak media ini menaikkan nama blog dengan duit. Macam yang aku cakapkan tadi, memang kita boleh menjana duit dengan blog tapi itu bukan sebab utama untuk kita berblog. Kalau korang tak caya, korang tanya sifu-sifu dan otai-otai yang dah lama berblog nih. Tanya dorang, apa sebab dorang berblog. Adakah sebab duit semata-mata ATAU just untuk berkongsi idea dan pendapat?
Kalau semua kepala fikir buat blog boleh dapat duit, then nanti tiada keistimewaan pada blog. Banyak blog di dunia internet tetapi semuanya merapu. Semuanya guna script untuk curi content orang lain. Dah tu pulak, dorang ingat boleh senang-senang ke dapat duit dengan blog? Ingat bila bukak je blog, terus duit masuk bertimbun-timbun dalam akaun dorang? Tak semudah itu kawan..
Memang senang untuk buka blog, tetapi kalau semua content itu just merapu je, siapa la yang nak selalu datang ke blog korang tu. Dah tu pulak, kalau dah takde siapa yang nak datang ke blog korang, macam mana la korang nak menjana duit dengan blog?
Di dunia ini tiada satu benda pun yang senang. Semuanya susah. Cikgu fizik aku pernah mengungkapkan ungkapan ini,
“Bukannya senang nak senang dan bukannya susah nak susah”
Aku rasa, korang pun mungkin pernah dengar ungkapan sebegitu kan? So, sekiranya kalau ada pihak media yang membaca artikel aku ini, ingatlah, jangan war-war kan blog itu sebagai penjana duit semata-mata.
Aku tahu, itu mungkin salah satu kaedah dorang untuk menarik perhatian penonton, tapi kalau penyampaian dan isi kandungan slot itu salah, hancur masa depan blog. Tak pasal-pasal, blog akan menjadi sebuah benda yang sia-sia.
syam says
aku setuju bro. bg aku blogging for money i dh tak berapa relevan. klu kau buat blog dgn niat wat duit, mmg hampeh la blog ko tu. kompom content ciplak n merapu nak mmpos. aku dh busan ngn blogging for money ni
izzat says
huhu… totally agree ngan bro..
ala.. biar je la dorang..baru nk kenal blog tu..
ak xley bla bila satu2 blog gila2 pakai adsense, pastu ads ni la.. affiliates ni la.. content berserabut..nk baca pun susah.. sengal.. nk baca pun xder mode..
pasni x heran kalo smua org start blog coz ntuk buat duit. hmm.. ntah la.. mentaliti ini harus ditukar..
Mohd Fadzli says
Blog hanya satu saluran… bukan peraturan… So, if saluran nak digunakan untuk buat duit, terpulang la masing2… Dalam dunia ni memang ada banyak orang yang sanggup memecahkan tradisi lapuk untuk diperkembangkan ke arah yang lebih baik… soal mentaliti tu, errr rasanya takde apa yang salah kot if dorang nak buat duit… macam kita bekerja gak, ada yang dapat kepuasan dengan bekerja sukarela tanpa balasan dan ada juga yang bekerja kerana duit…
Nak buat duit takpe… Asalkan tak melanggar etika dan landasan hidup yang betul…
Minta maaf if terkasar bahasa. Hanya sekadar berkongsi pandangan.
macamana pun mintak tunjuk ajar korang utk blog baru aku… http://www.chitchatremaja.com … whatever, aku ada tujuan tersendiri dan kita tak boleh buat semua orang ikut tujuan kita…
novatech says
orang buat blog kita nak buat blog
orang buat duit kita pun nak buat duit
orang taip artikel penat penat, kita senang senang songlap
itu yang tahan tu
Darkz05 says
Blogs itu KARYA juga~ KARYA = SENI.
Fahmishah says
betapa rakusnya manusia terhadap wang haha
adib. says
haa…kau takkan dapat sebab kau terlalu mengharap..maka sampah la blog oleh kerana kau yang ingin kan wang dengan mudah dek terpedaya oleh iklan scam yang menlonggokan muka surat akhbar harian kita..anggaplah wang yang kau perolehi itu sebagai satu hati daripada pengunjung kau. 3:-o |-)
sorry kalau agak lebih..
Mohd Ismail says
baru td, ade sorang gadis ni (ya, gadis) email aku mintak aku add kat ym.. aku add..
lepas je aku add, dia bom aku dgn soalan2 camne nak start buat duit dgn blog.. time2 tu jugak aku delete dr contact, seterusnya report as spam.. ha ha ha ha
media ni selalu bg persepsi salah.. tensi tul!
xmindfreakx says
blog itu personal matter la..blog is blog..web log..bukan web “bank” log…
elliv.co.cc says
aku setuju sangat2… blogging for money? pakejadah??
kebnyakan blogger mngkin x setuju… mentang2 tgh hboh pasal blog sampai ahli politik pun dah bukak blog sendiri…
aman says
takut satu ari nanti, terlalu banyak spam-logs kat tenet nie.. :((
craizie says
haluuuuuuuuuuuuuuuu…….best blog ni
ika says
xpernah terfikir nak buat duit dengan blog heheh
but i wish i could be a better blogger after this… 🙂
Norhafidz says
ade kuar eh dalam TV? huhuh, dah lama aku tak tgk tv, iklan2 mengarut pon banyak sekarang eh?..pendapat aku, blog memang boleh buat duit, tapi kalo niat dah memang nak buat duit je, memang tak kekal lame kot..:)
clarence says
Blog Jana Duit sebenar ok dan tidak kira betapa hebat sistem yang diberikan tetapi cari trafik visitor unik ke blog sahaja masalahnya. Brother ada tip untuk membawa visitor ke ?
CypherHackz says
Akan aku buat artikel mengenai tips untuk bawa visitor ke website kita. Tapi tak tahu la bile. Hu3.
paan says
[Comment ID #25360 Will Be Quoted Here]
hahaha.tindakan spontan.aku sendiri buat blog tentang bagaimana jana pendapatan dari blog dan tips-tips blogging.Terus terang,bukan mudah nak buat duit dari blog.sampai sekarang,aku tak mampu nak jana walaupun satu sen dari blog aku.tapi xpe,yang penting,aku happy masa berblog.pr blog aku dah naik ke 1.hehehe.beznya..
aku says
biarla sape2 yg blogging 4 money tu..
masing2 de hak masing2 kn???
mcm org yg de hak tuk kutuk ape yg org laen wat…
kalo blogging 4 money ni nonsense msti x wujud mende2 cmni kt dunie ni
bkn mentaliti psl blogging 4 money ni yg kne ubah tp mentaliti psl ‘sibuk jg tepi kain org’ yg kne diubah…
sbb mentaliti cmni la yg wat org kite rmai yg ssh nk maju…
so..x yah sibok2 nk pedulik diorg nk wat duet ke…nk wat bodo ke…slagi diorg x nyusahkn idop korg…
n plg penting, kalo rs annoying ngn blog2 yg de iklan2 ngarot tu x yah la visit blog tu…abes cite!
zikr the jalanan sepi perantau says
blog yang dmaksudkan>??? blogstarz??? aku pun tak tahu,,,
quick money says
This really is such a great resource that you are offering and you also provides it away at no cost. I like to see web sites that understand the value of delivering a excellent resource for free. I truly loved reading your post. Bless you!