Sudah lama aku tidak mengupdate laman blog ini. Dah macam bukan blog aku pula jadinya. Jadi untuk entri kali ini aku ingin membincangkan isu yang masih hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Seperti yang semua sudah maklum, kenaikan harga minyak di Malaysia betul-betul mencabar dan menguji kesabaran rakyat. Harga minyak yang naik dari RM1.92 seliter telah melonjak ke RM2.70 selitar. Perbezaan yang amat ketara bagi kita semua. Lagi-lagi kepada pengguna kenderaan berenjin yang tidak berkemampuan.
Mungkin bagi menteri-menteri di luar sana merasakan kenaikan harga minyak merupakan perkara yang harus dilaksanakan. Ini kerana, kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi sebanyak RM18 billion. Tetapi apa yang aku fikirkan adalah, adakah kesemua penjimatan RM18 billion ini akan dirasai oleh rakyat Malaysia sendiri?
Bukan aku tidak percaya pada menteri-menteri kita, cuma, aku tidak mahu RM18 billion yang dikatakan untuk pembangunan rakyat itu digunakan oleh menteri-menteri kita untuk kepentingan mereka sendiri. RM18 billion bukan suatu benda yang kecil. Macam-macam perkara boleh kita buat dengan adanya RM18 billion itu.
Dulu, aku hanya isi minyak sebanyak RM3. Tetapi kini, aku kena isi minyak sebanyak RM5. Bagi aku, RM2 itu sangat banyak. Kalau di UTM, dengan RM2, kita sudah boleh makan nasi berlaukkan ayam. Walaupun lauknya satu, tetapi itu sudah mengenyangkan.
Apa pendapat korang?
melayubuntu says
dari 18billion tu, kerajaan bagi subsidi kat syarikat lebih byk dr bg kat rakyat bawahan..ble bg kat syarikat derang panggil insentif dan ble bg kat rakyat derang pnggil subsidi.. WTF!!
adib. says
bosan…tapi nak buat camna..malaysia tanah air ku..dah laa minyak mahal..worldcup pon xleh nak masok..isk2…:-?
izzat says
huhu.. walaupun pahit terpaksa la terima.. siot je isi kelisa full tank pun dah rm70.. selalu rm50 je.. pokai la camni..
harga barang dah naik, selalu lunch makan dalam rm4.00 skrang dah naik rm5.00 or maybe rm5.50…huhu.. makan biskut je la kalo makin hari makin naik harga minyak ni.. nak2 lepas pengstrukturan semula minyak nanti, dijangkakan akan naik sehingga rm4.00/liter…. wa… *kepala pusing*:((
Uncle G says
memang isu panas skrang nie.. kesian kat orang kerja kerajaan… dapat gaji 2 kali sebulan…
nasrul says
betul. kenapa rakyat je yg kena ubah gaya hidup? sepatutnya kekayaan menteri2 kena jugak disalurkan kat rakyat.
ramai yang miskin. harga minyak pulak naik.
“kenaikan minyak xmembebankan rakyat” uh. aku xsetuju. :-w
elvinado says
Hi abang Poji….Lama tak bercontact. Sy ader blog baru…ni nak mintak support la ni…huhu…heheh
sayang bie... =) says
agree ngan nasrul..
kekayaan duit rakyat xleh la nk gne kn sesuke ati pun..
org2 pangkat atasan patut nye jdkn peristiwa KHALIFAH Umar bin Abdul Aziz, salah seorang daripada khalifah kerajaan Bani Umayyah yg amat menjaga harta kerajaan n lgsg xambik kesempatan tuk gne kn harta kerajaan tuk urusan persendirian..
siap sanggup matikn lilin milik kerajaan ble ank die dtg nk bncangkn urusan famly..
kalau la masih ade org mcm tu skrg.. 😐
catzer says
Minyak naik..sume org naik angin..kekekekke… /:) Mmg related minyak+angin = minyak angin..sape kat kepala pening sbb sume benda naik rege
MATi KaTak says
haiya…!harga minyak naik lagi ..dari 2.75sen pi 4.00…HOII!!! mati kering aku…sudala mau pegi uitm aku isi RM20.00 pulang balik…. sekarang minyak naik RM4.00 plak… kompom la mau isi RM30.00 sehari…. menteri kita ne buat kerja ke tak??….setaw aku malaysia ne kaya ngn hasil bahan mentah …. napa x ble cover ngn minyak dari malaysia..??…. kalau begini terus2 naik harga minyak kompom la rakyat menderita… dahla taraf hidup org dalam malaysia ne x macam org d amerika …dorg nak suru kita ubah gaya hidup….walhalnya negara kita ne baru nak membangun…!! harga minyak di negara kita kalah2 harga minyak negara yang da pesat membangun….. kesian la ngn org yg berpendapatan rendah… nak tanggung minyak 4.00/seliter bukan mudah…takkan takder alternatif lain utk kurangkan harga minyak…??…aadaddadadda…4.00…4.00.. tak lama lagi jalan raya di seluruh negeri kita ne takkan ada lagi kereta … guna basikal je la… tak payah pakai minyak pun…pakai minyak pelincir jerr…!! mau marah pun x guna cuz yg buat kata putus kerajaan… yg tanggung penderitaan rakyat….! menteri2 tetap duduk rilek,,,,setakat 4.00 utk dorg mcm 0.50sen je…. tapi utk rakyat yg miskin 0.50 sen tuh macam 50rgt… Well…kita tgk je la dalam beberapa bulan ne…. MOGOk pasti di lancarkan.. 2 sebab… HArga minyak Naik…dan Harga Barang Naik… so Bila rakyat da buat strikes…kerajaan tak ble marah… cuz punca dari dorg juga… Ne baru la org ble cakap…. MeNteri kita ne Buat kerja ka??… atau ambil peluang time2 dunia nak berhadapan ngn kemelesetan ekonomi….apa2 pun…Mereka Si Menteri2 ne harus pikirkan masa depan rakyat kalau nak negara terus harmoni… kalau tak…gara2 kebijaksanaan mereka dalam menstrukturkan semula harga minyak pasti membawa ketidapuasanhati ramai pihak…
jadi renung2 kan la…
RiMa_Pj says
yaa… Aku setuju ngn mati katak…. tak lama lagi negara akan hadapi mogok…:)>- … betul atau tidak.. hanya masa menentukan…. sebab harga minyak naik… pendapatan tak naik so org takder duit jenayah akan berlaku…. jadi jangan salahkan rakyat bila suma ne berlaku!!! menyampah gue ngn menteri2 kita ne..! jan2 dorg makan kali duit rakyat..!! tak puas hati btul bila harga minyak naik p RM4.00 seliter..!! bukan lagi kering poket laz2 tak makan sebab takder duit nak beli makan habis sebab beli minyak jak..!!
TUN Dr.Mahathir… Bantula rakyat mu yg menderita kerana kerajaan yg buduh sekarang memerintah…!!!! Dorg Tuh macam Hitler jer aku rasa…wawwawaa….. cubala menteri kita minta pandangan atau nasihat Tun Dr. Mahathir…org yg berpengalaman dan pemimpin yg berwibawa mengurus negara kita suatu masa dahulu…!! badawi ne lembap la..! ish…sedih…sedih… harga minyak naik…. aku nak protes ne!!
sayang bie... =) says
mogok? agak-agak la…
mcm xmatured je.. hu3
xkn nk jd mcm indonesia lak? malu la kalo mcm tu…
selesai la cara yg lbeh brilliant sket..
tp brilliant mcm mne pun tetap jgak keputusan di tgn krajaan..
no point la..
:-w :-<
golok's says
JADILAH MACAM BRUNAI DARULSALAM
XADA KEMISKINAN
APA PULAK POLITIK KERAJAAN KALI NIE
KAMI RAKYAT DAH BOSAN
Dekan says
Rilek la.. Dah naik dah pun.. Kalo x naik skang nanti naik jugak.
Kerin~chan says
minyak malaysia bermutu tinggi, hanya layak utk dipkai kter yg perlukan octane tinggi je seperto rom98 dan ron99.. so kl kat malaysia xbanyak kter macam 2.. yg ada Civic Type R baru pakai ron98, VW golf GTi pakai ron 98 gak… so kl korang nak rasa minyak malaysia nie kena pakai kter yg mahal2…
yg paling aku panas, apahal pak menteri yg bodoh+siot+bangang (p/s: P.A kl ko nak edit sila la.. aku tertaip nak buat macam mana, aku xpandai guna backspaece mahupun del button) selalu meng-compare harga minyak malaysia ngan harga minyak negara lain… negara yg xkuar minyak.. cthnya lakhanat singapore.. kat singapore harga minyak dah mencecah $2.203 (RON92) $2.236 (RON95), $2.31 (RON98) dan $1.933 (Diesel.)
sumer 2 paling koman diconvert kat RM malaysia semuanya rm4.00 ke atas, tapi harus diingat bahawa pendapatan per-kapita kt singapore sangatlah tinggi, cthnya Cikgu (orang panggil teacher kl kat kg aku) gaji diorang adalah $5000. so kl setakat minyak RON95 yg berharga $2.236 tue apa sangat la…
cikgu kita macam mana? basic rm1800. kena posting lak kat sabah dan sarawak.. kesiankan cikgu kat sini. apa buleh buat, mak saya pun cikgu….
bak kata nabil, lu pikir lah sendiri… minyak naik, harga barang naik, harga servis naik, dan manusia naik angin…
lisa says
woi na harga minyak nek lgi…???klu cam nie, harga barang pun nek la gak….!!!harga beras lgi la nek mndadak!!! pas nie, mkan nasi shari skali je la nie…..apa leh wat…..
CypherHackz says
So apa yang patut kita buat?
ros penang says
nak buat macamna,selepas analisis ..rupa2nya spekulasi yg di buat amerika syarikat adalah untuk menaikan harga minyak dunia,jadi senang saja nak pikir,amerika cari duit lagi nak buat kos biayai kos perang di iraq,afganistan,bosnia,dll support israel.. dengan keuntungan tu la dia kaya raya.. awat la kita tak tukar mata wang lain,pakai RM ke..hahaha,pakai euro atau duit arab,jd susah la amerika nak concer semua kat dia,kesian pemimipin kita yg jadi mangsa,bila dia naik je semua naik,timing tak kena daaa… tu laa nasib org yang beriman dan buat kerja dengan betul kerana ALLAH,nak wat mcmna,kat penang dah terasa ketinggalan… x caya mai laa tgk..
madi s.jaya penang says
bagaimana mogok boleh menurunkan harga minyak????
semua rakyat mintak nak pakai subsidi utk stabil kan harga minyak.. satu dunia pn naik harga..tp mana ada negara bagi rebet..??/ korang patut syukur laaa…. ??…then jkalau dah semua subsidi.. bila gaji cikgu2 tu nak naik… turap jalan raya.. lampu2 jalan.. sape nak bayar bil elektrik??? ingt tnb kasi pree ker??bil2 hospital yg ko org masuk free jer tu sape nak bayar??? ubat2tan… bayar seringgit nak ubat seplastik… korang patut syukur bangsa kita yg tadbir,ko datang la penang,jumaat pn x boleh buat.. masuk keja..bumiputera rm 500.. bangsa depa$900,hampa semau x sedaq lagi,sapa dah kena dia tau laa.. sakit hati x boleh buat apa,takat nak mogok macam toya x payah.. lepas menang buat ladang babi.. buat apa??????
Noranizam Hj Demin says
bro.. makan rm2 heget kt UTM tu ko makan nasi + 1 lauk jerk.
kalo kt area JB ko makan nasi kosong je laa huhuhuhuuu..
sayang bie.. =) says
[Comment ID #25585 Will Be Quoted Here]
ntah2 bln 8 nie pun harga minyak naik lg.. [-(
kerin~chan says
dia dah janji xakan naik sampai taun depan..
Cytosport Supplements says
This is what I wanted! I was searching on Google since 1 hour and was really depressed as I got nothing but this post really made me happy. I just bookmarked your blog as I will not like to waste my time again on Google.