Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Wajib Tonton – The Taking of Pelham 123

26.07.2009 // 1 Comment

taking-of-pelham-123-01

Semalam, selepas sahaja pulang dari majlis perkahwinan Muzammil (tahniah buat Muzammil dan isteri) di Ipoh, aku bersama-sama dengan Asoi, Rizal, Botak, Tord, Bobo dan Scobby telah singgah di One Utama untuk menonton filem terbaru, The Taking of Pelham 123 . Berikut merupakan sedikit review dari aku untuk cerita ini.

Cerita yang mengisahkan bagaimana seorang dispatcher subway train di New York, Walter Garber (Denzel Washington), terpaksa menjadi orang tengah untuk sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Ryder (John Travolta) yang sedang merampas sebuah train subway yang dinamakan sebagai, Pelham 123.

Pelbagai konflik yang berlaku semasa negotiation yang dibuat antara Garber dengan Ryder. Dalam perbincangan itu, diselitkan juga sedikit sebanyak lawak jenaka yang kadang kala meriuhkan suasana panggung yang sedang kusyuk menonton wayang.

Dalam cerita The Taking of Pelham 123 juga terdapat seorang brader yang korang kenal dalam Transformers I dan Transformers II. Kalau nak tahu siapa, korang kena saksikan sendiri cerita ini. Korang mesti tergelak bila nampak brader tu masuk dalam babak-babak cerita Pelham 123 ni.

Perasaan berdebar, menyampah dan kelakar dicampur adukkan sama rata dalam filem ini. Jalan cerita yang bersahaja dan tidak terlalu kompleks untuk kita faham membuatkan penonton berasa selesa dan tidak mengerut dahi.

Bagi aku, ianya merupakan salah satu filem yang menarik untuk ditonton bagi mereka yang minat cerita berbentuk negotiation. Oleh itu, aku berikan rating 4.3 daripada 5 bintang dengan status, Wajib Tonton.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Best – Ice Age 3: Dawn of the Dinosaurs
Best – Obsessed »

Comments

  1. aman says

    26.07.2009 at 4:09 pm

    nanti aku gi usha citer nie..ramai yang cakap best..huhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in