Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa Day 25 – Kisah pasal Paly lagi

18.10.2006 // 10 Comments

Ni merupakan kisah sambungan dari entry semalam.

Petang tadi aku berbuka puasa kat bilik Paly. Mase aku sampai2 bilik die, die tengah tido. Waktu tu dah dekat kul 6.50 dah. Dah nak masuk waktu berbuka dah pun. Tapi die still atas katil lagi. Aku tak pasti la sama ada die tido atau tidak, tapi yang aku pasti mesti die tengah sedih dengan ape yang telah berlaku.

Aku tak nak kacau Paly, aku pun bertanya kat Dzul. Dzul pun bercerita pasal Paly. Paly tak sahur pun pagi tadi. Die still sedih sampai tak lalu nak makan. Nasi tuk berbuka pun die tak beli. Aku pun tak tahu nak cakap ape bile Dzul bagitahu pada aku macam tu. Aku faham, bukan senang nak terima pemergian orang yang kite sayang.

Cube korang bayangkan kalau korang berada di tempat Paly. Mesti korang pun jadi macam die. Tak lalu makan, tak lalu minum, asyik bersedih, asyik teringat pada orang yang kite sayang tu. Lagi2 cube korang bayangkan, selalu setiap malam korang ada je orang yang korang nak bermanja, nak bermesej, nak callling2, tapi kini semuanye dah takde. Mesti korang tak dapat terima perubahan yang mendadak macam Paly nih. Mesti sunyi je hidup korang. Nak bermesej, tak tahu ngan sape kite nak bermesej. Nak call, tak tahu dengan sape yang kite nak call. Bile bukak anset, mesti kite baca mesej si die. Aku dapat rasakan, mesti setiap kali Paly bukak mesej die, mesti die teringat kepada girlfren die tu. Sedih… Memang sedih…

Btw Dzul ada bagitahu pada aku yang Paly dan Atun telah bercadang nak jalan2 bersama di JB pas dorang berdua habis final exam nanti. Namun hajat Atun untuk datang ke JB, langsung tidak kesampaian. Aku masih ingat lagi mase Paly mintak pertolongan aku untuk bawa die ngan Atun jalan2 kat JB ngan kete. Paly takde lesen, so die mintak pertolongan aku. Sudah tiga kali die mintak pertolongan dari aku sebelum nih, tapi setiap kali tu juga Atun tak dapat datang ke JB. Ada saje halangan yang datang. Dan akhirnye, Atun langsung tak sempat sampai ke JB. Die langsung tak sempat jejak kaki di Johor ni. Die telah terlebih dahulu pergi meninggalkan Paly, Dzul dan aku.

Atun kenal kitorang. Walaupun kitorang tak pernah berjumpe, tapi Paly selalu cerita pasal kitorang pada Atun. Sama juga la dengan kitorang. Selalu berkongsi cerita antara satu sama lain. Aku, Dzul and Paly merupakan kawan yang rapat. Segala masalah akan dikongsi bersama. Susah senang, kitorang bersama.

Paly… Aku harap kau tabah. Even aku jauh dari blok kau, tapi aku sentiasa support kau. Semoga kau kau kembali seperti engkau yang dulu. Seorang yang ceria dan suka bergurau. ๐Ÿ™

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Puasa 2006 Day 24 – Koma dan Al-Fatihah
Puasa Day 26 – Spesel Testi Untuk Semua »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    19.10.2006 at 7:08 am

    :(:(:(:(

    Pagi2 aku dah sedey…

    Reply
  2. mr.eims says

    19.10.2006 at 2:01 pm

    Huhu~ dah hari ke 25 upanye… cepatnye…. \:d/

    Selamat Hari Raya & Maaf Zahir batin… ๐Ÿ˜‰

    Reply
  3. gerg says

    19.10.2006 at 2:30 pm

    hehe ko nasihat lah kawan ko tu .. tak guna bersedih cam tu sekali .. lagi bagus baca alfatihah ke apa ke kalau bebetul sayang dia .. ๐Ÿ˜€

    Reply
  4. aman says

    19.10.2006 at 4:19 pm

    haia…tuko design lagi ka…? :d

    Reply
  5. megat says

    19.10.2006 at 5:23 pm

    al- fatihah

    Reply
  6. mohdismail says

    19.10.2006 at 9:17 pm

    bukan senang bro..bukan senang…

    Reply
  7. gerg says

    19.10.2006 at 9:28 pm

    aku pernah kehilangan orang aku sayang gak . bukan sekali 2 kali .. tapi tu laa mak aku pesan kalau sayang kat org tu .. baca lah alfatihah .. doakan lah kesejahteraan mereka kat sana .. kita tak tahu macam mana perjalanan mereka .. kita cuma mampu berdoa .. maka berdoa lah .

    Reply
  8. shadowX_19 says

    20.10.2006 at 12:06 am

    yap.. aku sokong kate gerg tu.. jgn bersedih sgt…. kalo kite tak dpt terima hakikat lagi a menyeksa arwah… dulu mase arwah ayah aku meninggal aku yg tabahkan mak aku.. aku lagi parah dari kwan ko tu. tapi cube kuatkan iman. ade hikmah disebalik perkara yg berlaku… kalo kawan ko tu sygkan die bacakan al-fatihah n yasin tuk die. byk2kan berdoa semoga segala dosa die diampunkan dan digolongkan dikalangan org yg soleh dan solehah

    Reply
  9. CypherHackz says

    20.10.2006 at 3:37 am

    [Comment ID #204 Will Be Quoted Here]

    sedey tapi nape kau nyer smiley happy aje yek? :p

    [Comment ID #205 Will Be Quoted Here]

    he3. selamat hari raya jugak kat kau. maaf zahir dan batin. ๐Ÿ™‚

    [Comment ID #206 Will Be Quoted Here]

    die just perlukan sedikit masa untuk terima ape yang telah berlaku. ๐Ÿ™‚

    [Comment ID #207 Will Be Quoted Here]

    he3. saje je nak test. ni pun belum final lagi neh. he3.

    [Comment ID #210 Will Be Quoted Here]

    aku tau. bukan senang nak melupakan orang yang kite sayang. lagi2 bile orang tu merupakan orang yang kite nak sangat2 untuk jadi isteri kite.

    [Comment ID #211 Will Be Quoted Here]

    [Comment ID #212 Will Be Quoted Here]

    memang itu yang Paly sedang lakukan. moga2 Atun tenang di alam sana.

    Reply
  10. shadowX_19 says

    21.10.2006 at 1:32 am

    insyallah.. mudah2han rohya dicucuri rahmat

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in