Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 24 – Koma dan Al-Fatihah

17.10.2006 // 17 Comments

Hari ini, seorang sahabat aku sedih sangat2. Die sedih sebab girlfriend die telah meninggal dunia petang tadi. Setelah koma lebih sehari, akhirnye die telah kembali ke rahmatullah.

Semuanye berlaku pada dua hari lepas. Pada waktu tu, aku berbuka dekat bilik member aku tu. Nama die Paly and roomate die nama, Dzul. Kitorang merupakan kawan yang rapat jugak la. Pada petang tu, Paly bagitahu aku yang girlfriend die (nama Atun) pengsan. Die ingat main2. So die tak kisah sangat. Aku sendiri tak tahu kenapa die cakap macam tu. Die dapat tahu yang Atun pengsan dari kawan Atun sendiri. Kawan Atun yang mesej bagitahu die.

Then petang semalam, tibe2 Paly mesej aku suh aku berbuka kat bilik die. Die cakap urgent. Padahal petang semalam aku ada majlis berbuka puasa bersama2 rakan biro aku. Aku tak dapat la nak tinggalkan majlis camtu je. So aku pun tak dapat nak berbuka kat bilik die. Pas berbuka tu, baru la aku gi. Sampai2 je, Paly takde. Yang tinggal rumet die je yang ada, Dzul. Aku tanya la Dzul nape beriya2 suh aku datang. Then Dzul pun cite la pada aku.

Dzul bagitau yang Atun koma. Koma sebab ada kuman kat otak die. Aku pun tak caye camne kuman leh masuk dalam otak pulak. Tapi aku pernah dengar jugak la dulu, ada orang pernah otaknye kene kuman. Tak sangka lak leh kene dekat orang yang aku kenal. Isk3.

Yang Paly duk beriya2 suh aku gi bilik die sebab die nak aku jadi 2nd driver. Aku tanya nak buat ape? Rupe2nye dorang nak gi KL malam tu. Aku memang tak dapat nak gi. Lagi pun aku ada banyak assignment nak kene siapkan. So Paly ngan Dzul pun bertolak la gi hospital kat Serdang (Atun belaja kat UPM) kul 1 pagi lebih dari UTM.

Then pada pagi tadi, Dzul mesej aku suh baca Yassin coz Atun dah kritikal. Kemungkinan die tak sempat sampai esok. Then petang tadi, aku dapat mesej dari Dzul. Dzul cakap Atun dah kembali kerahmatullah. Innalillah… Dan aku tanya macam mana keadaan Paly. Dzul bagitau aku yang Paly menangis. Sape yang tak sedih beb kalau orang yang kite sayang, orang yang kite ingin tunang, orang yang kite ingin jadikan sebagai peneman hidup, telah meninggal dunia. Kalau aku, aku pun mestilah sedih. Sedih sangat2. Dah la minggu depan nak raya. Confirm aku rasa Paly mesti sedih teringat dekat arwah girlfren die tu.

Paly… Walaupun kau tak baca artikel aku ni, tapi aku nak bagitahu aku harap kau bersabar dengan segala apa yang berlaku. Semuanye bukan kehendak kite. Kite hanya boleh redha dan menerima je.

Ni adalah gambar tahun lepas. Aku saje je nak bagi korang tahu sape la Dzul and Paly tu.

Dzul, Pai, Jeme, Paly
Dzul, Pai, Jeme, Paly

Yang kanan sekali tu la Paly
Yang kanan sekali tu la Paly

ps: Sebenarnye aku terkilan sangat2 sebab sejak dari tahun lepas Atun teringin nak datang jalan2 kat JB nih bersama dengan kitorang. Sudah 3 kali die cube nak datang sini, tapi mesti ade je halangan. Dan sekarang ni, die langsung tidak dapat bersama2 berjalan ngan kitorang lagi. Sebab die sudah tiada lagi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Puasa 2006 Day 22 & 23 – One down… Two to go…
Puasa Day 25 – Kisah pasal Paly lagi »

Comments

  1. hepan says

    18.10.2006 at 2:49 am

    Innalillah.. aku sedekahkan Al-Fatihah buat arwah..

    Semoga Paly tabah menghadapi dugaan-Nya, aku tau cammane rase kehilangan orang yang sangat kite sayangi.. isk.. ๐Ÿ™

    Reply
  2. CypherHackz says

    18.10.2006 at 3:05 am

    tu la. aku tak dapat nak bayangkan sekiranya aku kehilangan orang yang aku sayang… ๐Ÿ™

    Reply
  3. sho says

    18.10.2006 at 3:11 am

    :((…cediynye….walaupun saya takpenah rase..tapi..sebagai insan…saya dapat memahani keadaan paly…

    setiap yg hidup pasti akan menemui malaikat maut…namun hanya masa saja yang membezakannya…
    kepada paly…byk kan bersabar…n semuger tuhan mcucuri rahmat ke atasnya…amin

    Reply
  4. Azhar Ahmad says

    18.10.2006 at 7:27 am

    Al-Fatihah buat Atun…

    Salam takziah juga buat paly. Aku rasa penah nampak budak nih. Apapun, yang pergi tetap pergi, yang hidup teruskan hidup. Dah sampai masanya dia dijemput. Kita yang masih di sini, byk2kanlah amalan.

    Amin

    p/s : Bagitau kawan kau, suruh baca al-Ikhlas byk2 kali. Hati akan jadi tabah… InsyaAllah dengan Izin Allah. Teringat kawan aku ayah dia meninggal. Tak keluar setitis air mata pun. Lepas dengar terus start mengaji…..

    Reply
  5. CypherHackz says

    18.10.2006 at 10:49 am

    [Comment ID #188 Will Be Quoted Here]

    aku pun harap macam tu juga. ๐Ÿ™

    [Comment ID #189 Will Be Quoted Here]

    ok2. thank you. aku bagitahu die bile aku gi bilik die petang neh.

    Reply
  6. Hayadde Hamzani says

    18.10.2006 at 11:57 am

    erk!!!
    aku pun nak ko sampaikan salam takziah pada paly cakap ngan dia banyakkan bersabar…dan terima ini sebagai dugaan dan terima kenyataan ini…
    Al Fatihah untuk Atun…

    Reply
  7. megat says

    18.10.2006 at 12:28 pm

    innalillahi …..

    aduh teringat kembali kes nie yang terjadi pada abg aku sendiri… mmg serba tak kena…

    kepada paly bebanyak lah bersabar dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat

    Reply
  8. mohdismail says

    18.10.2006 at 12:38 pm

    Innalillah..kita sama2 sedekahkan al-fatihah..semoga kawan ko tu tabah…hidup beb..bukan terjangka..

    Reply
  9. nashrex says

    18.10.2006 at 4:36 pm

    aku bace citer kau ni pun rasa sedey sgt..
    ntah camana ar kalau aku hilang org tersayang ek…

    Al-fatihah…

    Reply
  10. Lisa says

    18.10.2006 at 5:30 pm

    Sedeynya… tak dapat nak bayangkan macamana kalau orang yang tersayang dah tak ada… :((

    Semoga Paly tabah menhadapi dugaan.
    Al-fatihah.

    Reply
  11. gie says

    18.10.2006 at 8:10 pm

    semoga paly terus tabah menhadapi masa akan datang.

    Reply
  12. gerg says

    18.10.2006 at 10:08 pm

    al-fatihah tuk member ko tu …

    Reply
  13. shadowX_19 says

    18.10.2006 at 11:10 pm

    innalillahiwaninnahirojium…. semoga rohnya dicucuri rahmat… sampaikan ucapan takziah kat kawan ko tu. byk2 bawak bersabar. setiap yg hidup tu akan mati juga.

    p/s: teringat arwah ayah aku. al-fatihah

    Reply
  14. CypherHackz says

    19.10.2006 at 12:42 am

    thanks kat korang semua. aku akan sampaikan pesanan dan salam korang pada die. ๐Ÿ™

    Reply
  15. darkz05 says

    19.10.2006 at 7:32 pm

    dari NYA kita datang DAN dari NYA kita kembali.. al-fatihah…

    Reply
  16. shadowX_19 says

    20.10.2006 at 12:07 am

    harap2 member ko tu dpt tabahkan hati die…

    Reply
  17. azmie says

    21.10.2006 at 4:41 am

    innalillahiwainnailaihiraji’un.

    salam takziah wat member ko, walaupon agak lambat aku baca entry nih, tapi sesungguhnya meninggal dalam bulan ramadhan ni banyak hikmah dia…

    arwah ibu aku pon meninggalkan kitaorang abah ngan abang aku dalam bulan ramadhan gak, kes lebih kurang sama jer, dia berada dalam keadaan koma selama lebih kurang 2 minggu pastu meninggal akibat jantung tidak dapat berfungsi akibat otak yang dah tak dapat berfungsi…

    apa2 pon tabahkan hati, jangan selalu meratapi akan kehilangan ini, kita yang hidup ni mestilah diteruskan…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in