Ramai yang bertanyakan dengan saya bagaimanakah caranya untuk keluarkan duit KWSP dari Akaun 2? Bagi anda yang tidak tahu, duit dari Akaun 2 ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman rumah, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah, membiayai yuran pembelajaran universiti, dan banyak lagi.
Tetapi di dalam artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.
Di antara dokumen yang perlu anda sediakan adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
- Salinan bank statement atau buku bank
- Salinan surat kelulusan pinjaman bank
- Dan sila bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.
Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Saya mencadangkan anda pergi ke ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda.
Bergantung kepada proses yang diambil oleh pihak KWSP, duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.
Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank. Jika tidak, pegawai KWSP akan terpaksa menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.
salam tuan..
saya ada pertanyaan utk tuan berkaitan pengeluaran akaun 2 ini..awal tahun 2012, saya telah membeli satu unit apartment telah menandatangani SPA dan memohon pinjaman bank ..namun, rumah tersebut masih lagi dalam proses utk dipindahmilik…sekarang saya bercadang untuk mengeluarkan akaun 2 tersebut untuk membiayai kos2 lain yang terlibat…saya agak kabur dengan syarat2 yg dikenakan oleh pihak KWSP iaitu pemohon perlu menghantar salinan surat kelulusan bank…dalam situasi saya, bank telah pun mengeluarkan surat tawaran yang telah saya dan pihak bank tandatangani..
soalan saya-adakah surat kelulusan bank dan surat tawaran bank adalah satu perkara yang sama? dan bolehkah saya membuat pengeluaran akaun 2 pada keadaan pindahmilik masih di dalam proses?
jasa baik tuan amat diperlukan dalam merungkai permasalahan ini..
sekian terima kasih
hishamuddin
Wassalam..
Boleh sahaja bang… Yang penting kena bawak semua dokumen asal SPA, surat tawaran/kelulusan bank (yang telah disign), termasuk dengan salinan2 dokumen tersebut seperti yang diminta oleh pihak KWSP.
wahh..terima kasih sbb menjawab pertanyaan saya…barulah lebih confiden nk keluarkan duit dr akaun 2 kwsp..thanx again cypherhackz…:)
salam sejahtera tuan ,
saya hendak membeli sebuah condominium,saya membuat pinjaman perumahan atas nama saya seorang tetapi bercadang membuat perjanjian atas nama saya bersama suami saya.nama suami saya telah disenarai hitam kerana pembayaran kad kredit yang tertunggak .sekarang saya hendak bertanya samada pengeluaran akaun 2 saya akan dibayar atas nama saya atau akan dibayar atas nama bank kerana ini adalah pembelian rumah pertama saya dan saya dengar khabar bahawa sekiranya kita hendak membeli rumah yang telah dibina lebih tiga tahun ,pengeluaaran akaun kedua akan dibayar terus ke bank.adakah benar khabar angin ini ? atau ia bergantung kepada perjanjian jual beli rumah yang tidak boleh melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan?
askum encik.klu nk kuarkn wat bli brg utk memulakn bisnes boleh ke?trima kasih..
Assalammualaikum…
sy nak tanya kwsp akan luluskan pengeluaran akaun 2 ke klu kita nak beli lactop untuk kita bt bisnes secara online?
KWSP telah membekukan pengeluaran akaun 2 untuk pengubahsuaian rumah@renovation kepada pencarum.KWSP tidak sepatutnya membekukan pengeluaran ini kerana pencarum berhak untuk mengeluarkan sebahagian wang melalui akaun 2.Kenapa KWSP melabur ditempat yang lain dalam pelbagai sektor duit pencarum untuk kepentingan politik.Sila gubal polisi ini dengan kadar segera……..Ketua Pengarah KWSP&Kementerian Kewangan sila ambil tahu apa yang berlaku sekarang…………………
Terima kasih sebab share dengan kitorang pasal perkara ni… 🙂 Aku pun baru je bekerja, jadi memang baru je nak ambil tahu pasal semua ni… (tapi buat masa ni, aku baca tajuk je dulu tau, nanti baru baca isinye.. hehe) kira bookmark la dulu k cypher~ 🙂
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Penulisan dari pihak admin sebagai satu info yang terbaik untuk pengguna. Walaubagaimana pun, terdetik untuk membuat beberapa info yang kita boleh berkongsi bersama sebagai pencaruman/ahli KWSP.
Berkaitan dengan downpayment yang ditulis oleh pihak admin agak kurang jelas kerana pihak KWSP tidak menawarkan skim pengeluaran downpayment untuk membeli rumah. Sebaliknya, downpaymant digantikan dengan “claim back” apa yang anda telah bayar. Apabila pencarum/ahli KWSP ingin membeli rumah anda perlu membayar 10% terlebih dahulu kemudian pihak peguam sediakan Surat Penjanjian Jual Beli (SPJB) (Sale & Purchaser Aggrement) S&P, dan pihak bank akan keluarkan pula Letter of Offer (LO). Sekiranya anda sudah memiliki dokumen tersebut anda layak untuk membuat pengeluaran pembelian rumah.Dan anda kena ingat, sekiranya anda telah membuat pengeluaran sebelum ini anda tidak layak untuk mengeluarkan untuk rumah ke-2 sehingga anda telah membuat pelupusan atas rumah pertama. Baru anda layak untuk pengeluaran untuk rumah ke-2.
Kebiasaannya kita beranggapan, pencaruman/ahli layak membuat pengeluaran semua akaun ke-2. Terlebih dahulu anda perlu membuat pengiraan iaitu Harga Rumah (sekiranya anda beli daripada pemaju secara berpakej termasuk dengan Cark Park+Renovation, tarikh S&P sama dengan Aggrement Cark Park dan Renovation Aggrement, pihak KWSP akan kira kesemuanya sekali contoh Harga Rumah RM75000.00 Car Park RM 15000.00 Renovation RM 30000.00 dan tarikh aggrement sama hari bulan dan tahun. Secara automatik nilai rumah tersebut RM120,000.00 bukan RM75,000.00.) Kemudian anda tolak dengan Pinjaman (tidak termasuk MRTA, Legal FEE, Overdraf(kebiasaannya pihak bank akan membuat tawaran bagi sesiapa yang layak dan kena ingat kesan kepada pihak ke-3, membolehkan anda tidak layak membuat pengeluaran untuk pengeluaran KWSP, KWSP hanya membuat pengiraan bagi pinjaman perumahan sahaja.) Kemudian anda tambah dengan 10% daripada harga rumah dan akan memperolehi nilai tersebut. Itulah amaun yang layak untuk pembuat pengeluaran. RM120,000.00-RM108,000.00+10% daripada harga rumah (RM12,000.00)=RM 24,000.00. Ini adalah amaun yang layak untuk membuat pengeluaran daripada akaun kedua. Jangan terpedaya dengan janji manis daripada pihak bank yang mengatakan anda boleh membuat mengeluarankan semua amaun di dalam akaun KWSP.
Pihak KWSP jugak tidak pernah menawarankan pengubahsuaian rumah dan juga untuk kegunaan peribadi.
Disini juga saya ingin berkongsi bersama-sama pembaca, berapa jumlah simpanan yang anda ada?ASB,ASN, Tabung Haji, FD, akaun simpanan? Adakan kita selalu simpan setiap bulan? Berapa jumlah pengeluaran yang telah dikeluarkan? Terpikir tak pasal caj tersebunyi? Kontrak yang perlu dipatuhi? dan hasil pendapatan akan datang semasa anda sudah tidak bekerja umor 55 tahun atau 60 tahun? Sekiranya anda kurang jelas seeloknya anda mengunjugi pejabat KWSP. Sebagai pencaruman/ahli anda perlu tahu pasal KWSP.
maaf tmpg tnya..suami sya tertunggak rumh 3 bln..sebln rm720..suami berusia 21thn..dh bru bkrja 3thn..mpunyai ank 4bln..dugaan amt mguji kmi sekeluarga..adkh suami saya dpt pinjaman kwsp utk byr ttunggak rmh..dn brp rm…amt mmerlukn pdpt..
salam, saya merupakan lepasan ijazah yang menanggung hutang ptptn. Soalan saya, bolehkah saya membuat pengeluaran akaun ke-2 ini untuk membuat pembayaran kepada ptptn?
Ws Nik, boleh buat pengeluaran bagi mengurangkan baki pinjaman dengan syarat aggrement pinjaman 2 Januari 2001 ke atas sahaja bagi pengajian peringkat diploma, degree, master dan PHD. Sekiranya nik kurang faham diminta untuk menghubungi call center 03-89226000 atau kunjungi pejabat KWSP yang berdekatan
salam…saya nk tanya…kalau saya nk keluarkan wang dari akaun 2 untuk renovate rumah boleh ke tidak…tapi rumah tu atas nama suami….adakah saya layak utk keluarkan akaun 2?
Ws Intan pihak KWSP tidak pernah menawarkan pengeluaran ubahsuai rumah/baiki rumah. Sudah tentu tak layak. untuk maklumat lanjut boleh call 03-89226000 atau kunjungi pejabat KWSP yang berdekatan. TQ
Untuk maklumat lanjut sila ke offical website KWSP atau facebook KWSP untuk maklumat lebih lanjut. sekian terima kasih
Salam,
Saya nak buat pertanyaan,
“Saya berniaga sendiri”
Soalan nye,
Bagamana cara saya ingin membuat simpanan di kwsp,
dan boleh ke saya buat penolakan malalui online,
Ws kamarudin, anda boleh membuat simpanan di KWSP terdapat 2 skim yang di tawarkan iaitu skim simpanan 1Malaysia dan Skim simpanan bekerja sendiri. Sekiranya anda mempunyai akaun maybank2u boleh buat bayaran terus menggunakan perkhidmatan secara online. Bagi saya KWSP adalah tabungan terbaik. (Jangan masukkan unsur politik) kerana nak harap asb saving akaun berapa la sangat baki kat sana… Simpan nya sikit keluarnya banyak….tq
Salam,
Soalan sy ni tak ada lagi orang tanya dalam ruangan ini tapi sy sgt2 ingin mengetahui :
Bolehkan sy keluarkan duit KWSP untuk bina rumah diatas atas tanah ibubapa.
(Geran tanah atas namer ibu)
Saya mendapat ruang tapak rumah yang diberi oleh ibu sy. Sy ingin membina rumah .Adakah sy layak untuk membuat pengeluaran KWSP?
TerimaKasih
Kak Nor
Klang.
Ws Kak Nor,
Sekiranya akak Nor ingin membina rumah atas paling penting sekali geran hendaklah mempunyai nama Akak Nor baru layak…
2 Tahun lagi saya akan mencapai umur 50 tahun dan saya telah lama merancang untuk mengunakan wang akaun 2 tersebut untuk membuat rumah ditapak/ tanah milik saya yang dibeli hasil dari pengeluaran akaun 2 pada tahun 90an.
Persoaalannya bolehkah saya melakukan pengeluaran akaun 2 untuk kali kedua untuk membiayai kos pembinaan rumah tersebut. Untuk makluman Admin. wang terkumpul setakat ini (akaun 2) adalah sebanyak 100K.
Harap Admin dapat memberikan pandangan
Terima kasih Kassim S. Bagi pengeluaran 50 tahun ianya tidak bersangkut dengan mana-mana pengeluaran sebelum ini. Bagi pengeluaran 50 tahun KWSP akan mengkreditkan ke akaun simpanan Encik Kassim.
Sekian terima kasih
Sebarang maklumat yang lebih terperinci boleh call 03-89226000 7.30 pagi hingga 7.30 petang atau kunjungi Pejabat KWSP yang berdekatan.
Saya bukan admin tetapi saya hanya boleh berkongsi pendapat.
Assalamualaikum. Kalau rumah atas nama suami & ibubapa mertua,boleh ke saya keluarkan akaun 2 saya untuk menolong suami untuk membuat pembayaran ansuran bulanan rumah.
Salam Ju bagi pengeluaran Ansuran Bulanan pemohon hendaklah pemilik rumah dan peminjam.
Sekian terima kasih
askum,saya nk tanya boleh x nak buat pengeluaran akaun ke 2 untuk membayar habis pinjaman kereta..
Ws tak boleh
jenis2 pegeluaran akaun ke 2 selain rumah n belajar.apa lg y?
Sila rujuk di laman rasmi KWSP
terdapat ura ura mengatakan had umur pengeluaran wang KWSP akan ditingkatkan dari 55 tahun ke 60 tahun, begitu juga dengan akaun 2 dari 50 tahun ke umur 55. Betul ke cerita semua ni
Saya copy/paste dari fb KWSP
KWSP: TIADA PINDAAN KEPADA PENGELUARAN UMUR 55 TAHUN
Berikutan persoalan yang ditimbulkan ahli mengenai status Pengeluaran Umur 55 Tahun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ingin menegaskan bahawa setakat ini tiada pindaan terhadap pengeluaran tersebut, walaupun umur persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.
Dengan kenyataan ini KWSP berharap isu mengenai status Pengeluaran Umur 55 Tahun terjawap.
Assalamualaikum wbt
Sebarang maklumat lanjut boleh masuk website rasmi kwsp
Sekian terima kasih
Selamat Sejahtera
tuan/puan
Saya hendak membayar downpayment untuk rumah jadi kini usia suami saya sudah 40 tahun,bolehkah dia mengeluarkan kesemua duit dlm akaun2 sepertimana 20% untuk downpayment dan 10% untuk yuran guaman dimana kami tidak mampu untuk membayar lawyer fees yang begitu banyak….tolong bantu saya.sekian terima kasih
Salam sejahtera puan renuka pihak KWSP tidak menawarkan pengeluaran downpayment seperti mana yang saya huraikan diatas. Pengiraan boleh baca comment diatas. Sebarang
Maklumat lanjut boleh hubungi 0389226000. Sekian terima kasih
if i buy the house is RM150k. Loan amount is RM135K. Then i can withdrawal how much from account 2? The money will bank in to our saving then ourself give seller? direct give cheque to seller or lawyer?
Ms Ng,
the eligible amount you can withdraw from account 2 is RM 30,000.00 only. The money KWSP will be credit to your saving account or current account ( please provide single account)
TQ
Berapakah tempoh kakitangan kerajaan utk masuk skim pencen dan bo keluarkan duit kwsp?
Apabila anda dapat surat pemberian taraf berpencen layak buat pengeluaran. Tempoh untuk mendapat taraf berpencen sila rujuk dengan JPA kerana ini bukan bidang kuasa KWSP. Sebelum membuat pengeluaran, pastikan semua caruman terakhir telah dikreditkan.
Tq
salam, saya baru sahaja mendapat tawaran lanjutan belajar. Pertanyaan saya bolehkah saya mengeluarkan akaun 2 saya untuk membuat pmbayaran yuran tawaran tersebut. Sekiranya boleh, apa dokumen yang perlu saya kemukaan kepada pejabat kwsp, untuk pengeluaran akaun tersebut. Saya harap pihak admin dapat memberi maklumbalas secepatnya, supaya saya dapat menyelesaikannya dengan segera.
Sekian,terima kasih.
ws Nurfatin,
sekiranya anda ingin membuat pengeluaran pendidikan melalui akaun KWSP tiada masalah paling penting kursus yang ditawarkan mestilah mendapat pengiktirafan daripada MQA/LAN/Kementerian. Anda hendaklah mendapatkan Surat Pengesahan Pendaftaran Belajar, kebiasaannya anda dikehendaki membuat pembayaran pendaftaran terlebih dahulu, baru pihak Universiti atau Kolej boleh memngeluarkan surat tersebut. Saya sarankan Nurfatin kunjungi pejabat KWSP berdekatan dana menghubungi Call Center KWSP atau junjugi FB KWSP.
Sekian terima kasih
Assalamualaikum wbt
Mohon jasa baik tuan/puan sekiranya boleh memberikan makluman lanjut.
Saya bercadang memohon utk pengeluaran pendidikan dari akaun 2.
Untuk pengetahuan, saya sedang mengikuti pengajian di salah sebuah universiti luar negara dan dalam tahun akhir. Saya telahpun membayar sebahagian dari yuran tersebut beberapa bulan yg lalu bagi pengajian hingga Disember 2012. Saya kini berada di Malaysia untuk menghabiskan penulisan tesis dan ingin menghantar permohonan pengeluaran tersebut. Masalahnya disini, resit yuran dikeluarkan oleh universiti telah tercicir semasa mengemas barang utk pulang. Adakah boleh saya menghantar permohonan tersebut dan meminta pegawai kwsp menyemak perihal pembayaran yuran dengan pihak universiti diluar negara? Ataupun saya perlu juga menyertakan salinan resit tersebut?
Sekian, terima kasih.
Ws ina
Saya cadangkan Ina kunjungi pejabat KWSP yang terdekat bagi memudahkan proses penyediaan dokumen dan tidak terdapat percanggahan maklumat.
Sekian terima kasih
Hello, what are the requirements to be able to withdraw money from my EPF 2nd account for purposes from buying my 1st home? Besides it being the first property, are there any other factors such as minimum/maximum age requirements? Also if the balance eligible to be withdrawn is higher (let’s say RM50k after the calculation) than the existing balance in my EPF 2nd account (for example RM40k), will I be entitled to withdraw the full portion in my 2nd account (RM40k)? Or am I restricted to just a partial portion of my 2nd account (i.e. only able to withdraw less than the balance of RM40k in my 2nd account)?
I was told about the restriction of withdrawing the full portion of the 2nd account and the age factor by a friend, and this does not jive with what I read from websites before this. Hope you will be able to enlighten me. Thank you very much.
Hello Ms Ng
if the calculation u can withdrawn from EPF RM50k and your balance in account 2 RM40k. You can decide withdrawn all in account 2 or round figure. EPF side will be look either one less.
A such about withdrawn not base on age. Some members withdrawn age 20 years old base account 2. If you need the money you can withdrawn base on criteria withdrawn. I hope Ms Ng can visit any branch EPF or can call EPF Centre to get more information.
TQ
Hi Sham,
Regarding the below needed document:
Salinan bank statement atau buku bank
which bank statement to provide? is this the account whereby the withdrawn EPF money to be banked in to?
Latest one month statement will do?
Thanks in advance.
Regards,
wong.
Hey Wong
For the purchaser of house u just prepare :-
If buy from developer
-Form KWSP 9C
-Copy of Sale and Purchase Agreement (agreement date is not more than 3 years from the date of application).
-Copy of Housing Loan Approval Letter (if the loan approval is less than one year);
OR
-copy ofHousing Loan Approval Letter AND Copy of Housing Loan Agreement Letter / Mortgage Form 16A / Deed of Assignment / Title Deed with your name and has been mortgaged to the financier (if the loan approval exceeds one year).
if sub-sale
-just add (the lawyer prepare) :-
TITLE DEED HAS BEEN ISSUED
(a) Ownership in the Seller’s Name
Title Deed / Official Records Search in name of the Seller / Transfer of Ownership Consent Letter from
the Land Office (if there is transfer of ownership restriction by the authority); OR
(b) Ownership in the Buyer’s Name
Title Deed in your name; OR
Transfer of Ownership Form KTN 14A in the name of the new owner completed by the Land Office OR at least a signed Transfer of Ownership Form KTN 14A together with the receipt of submission by the Land Office.
TITLE DEED HAS NOT BEEN ISSUED
-Developer Confirmation Letter on details of the property; OR
-Transfer of Ownership Consent Letter from the Land Office / State government (if there is transfer of ownership restriction by the authority); OR
-Deed of Assignment between you and the seller which has been completed and with stamp duty (or produce the stamp receipt) of 1% of the sale price.
For your information photocopy I/C dan saving account no need. Just write down in a form. Please provide single account. All account EPF accept but foreign bank i.e scotia bank,bangkok bank, kuwait finance house EPF still can’t accept. HSBC,CITIBANK,OCBC,UOB already register with EPF for panel bank.
Thanks
salam..saya nk buat pertanyaan saya.saya ada membeli rumah. dan bayaran bulanan nya tertungak selama 2 bulan. boleh ke saya membuat keluaran akaun kedua untuk bayaran bulanan..dan apakah docmen yg perlu ada
Ws jue
Sekiranya penyata bagi tidak memberitahu anda di dalam kes NPL tiada tindakan undang-undang atau lelongan, anda masih boleh membuat Pengeluaran Ansuran Bulanan. Sekiranya tertera tindakan undang undang atau lelongan anda tidak layak untuk Pengeluaran Ansuran Bulanan tetapi anda layak bagi Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman Perumahan
Sila dapatkan Penyata Baki Pinjaman Perumahan dari bank Pinjaman
Isi borang 9C D8 bagi Mengurangkan Baki Pinjaman
Borang 9P bagi Pengeluaran Ansuran Bulanan
Tq
Salam.sy merupakan peminjam Mara..sy sudah lama x menjelaskan yuran pinjaman tersebut.jd disini sy ingin mengeluarkan Wang kwsp sy utk menjelaskan yursn tersebut.jd boleh terangkan kpd sy cara2 utk menyelesaikannya..Terima kasih
Bagi pengeluaran mengurangkan Baki pinjaman, pastikan tarikh pinjaman pendidikan 2 Januari 2001 ke atas. Kelayakkan bagi peringkat diploma, degree, master ataupun PHD.
Tq
Saya mewakili pelajar-pelajar yang telah tamat belajar diperingkat sijil kemahiran malaysia . Apa yg menjadi masalah pada kami bila mula bekerja, dengan gaji yang kecil kami di mestikan membayar balik pinjaman belajar. Dengan ini kami memohon jasa baik pihak pengarah KWSP dapat meluluskn permohonan pengeluaran akaun ke-2 untuk mengurangkan baki pinjaman belajar, yang pada masa ini hanya di peringkat diploma sahaja di benarkan untuk pengeluaran bayaran balik pinjaman. Dengan ini sekali lagi kami merayu agar usul ini diluluskan dengan segera. Kami tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang sebagai penjamin semasa kami belajar
Hai.. Mohon rujuk di laman rasmi KWSP atau FB KWSP atau pun call 03-89226000 untuk maklumat lanjut. Disini hanya boleh berkongsi dokumen yang diperlukan atau syarat-syarat pengeluaran. Sekiranya berkaitan dengan akta KWSP admin tidak boleh masuk campur. Walaubagaimana pun sila kemukan masalah ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi atau kepada Pejabat Perdana Menteri bagi masalah anda.
Tq
aya mewakili pelajar-pelajar yang telah tamat belajar diperingkat sijil kemahiran malaysia . Apa yg menjadi masalah pada kami bila mula bekerja, dengan gaji yang kecil kami di mestikan membayar balik pinjaman belajar. Dengan ini kami memohon jasa baik pihak pengarah KWSP dapat meluluskn permohonan pengeluaran akaun ke-2 untuk mengurangkan baki pinjaman belajar, yang pada masa ini hanya di peringkat diploma sahaja di benarkan untuk pengeluaran bayaran balik pinjaman. Dengan ini sekali lagi kami merayu agar usul ini diluluskan dengan segera. Kami tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang sebagai penjamin semasa kami belajar
sekian terima kasih
salam,nak tanya,bagaimana sekiranya duit daripada akaun 2 saya dipindahkan ke ASb untuk simpanan saya?boleh ke encik sham?,,selain itu akaun 2 boleh dikeluarkan dengan apa syarat nya,boleh encik terangkan kepada saya apa lagi jenis syarat nya,selain untuk pembayaran downpayment rumah?
Ws sahrol nizam
Dibawah AMANAH SAHAM NASIONAL BERHAD (IPD 035) hanya terdapat beberapa jenis pelaburan yang boleh dilaburkan iaitu :-
1 Amanah Saham 1 Malaysia
2 Amanah Saham Didik
3 Amanah Saham Gemilang Kesihatan
4 Amanah Saham Gemilang Pendidikan
5 Amanah Saham Gemilang Persaraan
6 Amanah Saham Nasional 2
7 Amanah Saham Nasional 3 Imbang
8 Amanah Saham Wawasan 2020
Pengeluaran yang boleh dibuat daripada Akaun ke-2 adalah seperti berikut:-
Pengeluaran Umur 50 Tahun
Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran Kesihatan
Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk di laman web rasmi KWSP atau hubungi Pusat Panggilan KWSP ditalian 03-89226000. Sekian terima kasih.
hi…
saya ingin bertanya, boleh kan saya melakukan pengeluaran dari akaun 2 saya untuk tujuan pembinaan rumah di atas tanah saya sendiri??
sekiranya saya ingin mendirikan rumah dari akaun 2 saya untuk membina rumah di tanah kampung,adakah ia diluluskan oleh pihak kwsp….
Hi
Untuk pengetahuan KWSP memang menyediakan Pengeluaran Membina Rumah. Pastikan geran mempunyai nama pemohon atau suami/ isteri atau kedua-duanya sekali dan anda layak untuk membuat pengeluaran. Sila rujuk dilaman web rasmi KWSP
Tq
tq…
Saya nak tanya. saya pernah mengeluarkan wang kwsp dari akaun ke 2 saya sebelum ini untuk bayaran PTPTN.tapi saya ada lagi separuh lagi pinjaman PTPTN yang perlu dijelaskan.
Bolehkah saya mengeluarkan akaun ke 2 saya buat kali ke 2 untuk menjelaskan baki pinjaman PTPTN saya itu?
Terima kasih.
Erin, anda boleh membuat pengeluaran tersebut sila rujuk laman web rasmi kwsp
TQ
salam,
pertanyaan saya;
kami beli rumah atas nama suami. tp saya ingin mengeluarkan akaun 2 utk membantu menyelesaikan baki pinjaman. adakah boleh saya tolakkan by monthly?ataupun secara lump sum. maksudnyer jikalau jumlah pinjaman 68k, dan katalah akaun 2 saya ada 20k, maka, tolakkan pinjaman makan baki pinjaman rumah tersebut menjadi 48k?
Boleh atau x jika saya tolakkan melalui bulanan?
Ws Ell,
Anda hanya layak bagi pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman Membantu Pasangan. Ini bermakna pengeluaran tersebut secara Lump Sum, untuk pembayaran secara Lump Sum atau bulanan anda perlu berbicang dengan pihak bank. KWSP hanya sebagai pembayar sahaja.TQ
salam..masalah saya ialah sudah membeli rumah 5 tahun lalu tetapi tidak pernah megeluarkan akaun 2..boleh ke saya megeluarkan akaun 2 tersebut dan kalau keluaran untuk renovate tidak dibenarkn adakah cara lain
salam. saya nak beli rumah (1st house) guna nama saya. soalannye bolehkah suami keluarkan simpanan account 2 KWSP untuk bantu pembayaran downpayment? suami saya dah blacklist setelah menjadi guaranto kepada belian kereta seseorang.
ws sue
untuk pengetahuan tiada pengeluaran downpayment yang ditawarkan… sila baca komen yang telah saya kupaskan di atas.
TQ
boleh tak saya keluarkan wang kwsp utk bli laptop???
Sila rujuk komen yang telah saya katakan
sekian terima kasih
saya ingin bertanya, dua hari lepas saya telah pergi ke pejabat KWSP kuching sarawak. saya bertanya di kaunter 14 dan cuba meminta borang pengeluaran akaun 2 untuk membina rumah baru di kampung. soalan saya.. bagaimanakah caranya saya mengeluarkan akaun 2 untuk membina rumah saya dikawasan kampung dan apakah dokumen yang dperlukan oleh pihak KWSP?
seeloknya anda kunjungi cawangan kwsp untuk makluman lanjut.
hi
soalan saya, mengapa pihak KWSP susah sangat nak keluarkan Akaun 2 untuk membina rumah sendiri sedangkan akaun 2 simpanan pekerja itu sendiri. Bolehkah pihak KWSP membuat penjelasan mengapa? dan begitu senang mengeluarkan kepada pihak berkenaan? fikirkan……thing about this…
untuk pengetahuan awak blog nie bukan offical website saya hanya cuba berkongsi mengenai pengeluaran di kwsp. kalau rasa susah sangat nak wak kuar duit di KWSP better jangan simpan di KWSP sebabnya nak wak kuar duit di KWSP susah.
saya keluark
an semua kwsp saya pd thn lpas krana saya telah berumur 55 tahun.
kwsp pn masukan dalam ak. saya 74 ribu.apabila saya bersara saya dikatakan terhutang dg kerajaan sebanyak lbih 50 ribu. masalahnya saya tidak dimaklumkan semasa saya buat pengeluaran . saya agak terkilan juga.
salam kak…jgn lah terkilan sbb kak ade buat pinjaman dgn krjn kan…so boleh la selesaikan utang2 tu…^_^ kecuali kak takde utang dgn gomen then dikatakan ada..haa..tu bru terkilan + terjelan ~~ hehe lawak je kak….
Ws puan Normah
Masalah puan kemungkinan puan pernah buat pengeluaran rumah dimana pada tahun 90an ahli boleh mengunakkan 10k bagi pengeluran membeli rumah. Sebahagian daripada jumlah tersebut terdapat share kerajaan. Digalakkan bagi kakitangan kerajaan membuat pengeluaran skim berpencen/persara pilihan dimana share kerajaan akan dikira termasuk dividen. Pengeluaran berpencen/persara pilihan hendaklah dibuat sebelum mencapai umor 54 tahun 6 bulan. Sekiranya Pen 15/16 belum dibuat mohon pegawai yang berurusan dengan pencen membuat pengiraan Pen 15/16. Puan bertuah kerana tidak terhutang dengan kerajaan. Sekiranya terambil share kerajaan kebarangkalian penolakkan melalui gruaditi akan dibuat dan terdapat jugak segelintir kakikangan kerajaan dimana potongan bulanan dipotong.
Tq…
slm admin / en syam 🙂
sy ade beli umah kos rendah (projek dr gomen) then skrg tunggu LO dr bank nak pi sain selepas da sign S&P dr lawyer selasa lalu. Then akan keluarkan dr EPF 2nd acc dlm 9k je sbb deposit 4.2k je….mean sy akan keluarkan yg beli rumah la kan…soalan saya…lepas buat pengeluaran ni…boleh tak lepas setahun ke dua tahun nak keluarkan pulak utk kurgkan baki pinjaman umah ni…atau ansuran bulanan tu….masyihhhhh ^_^
Hai awie.
Kelayakkan yang anda boleh buat pengeluran dr akaun ke 2 RM8400.00.
Selepas setahun pengeluaran anda layak untuk membuat pengeluaran Mengurangkan Baki atau sekiranya bulan bayaran sudah berjalan anda layak untuk membuat pengeluaran Ansuran Bulanan. Tq
hi en sham
terima kasih atas info…typo sket deposit 4.6k so dpt kua dlm 9.2k je la ^_^
pengeluaran berikut hanya boleh d buat selepas setahun la ek? cth bulan 11 nt sy dah kena start baya bulanan…so boleh keluarkan pulak utk ansuran bulanan? dan ansuran bulanan ni dia akan potong dr acc 2 terus kan ke bank? selama berapa bulan atau hingga abeh loan atau abeh duit dlm acc 2? hehe byk tya sbb en sham mmg ada jawapan…err en sham keje epf ke? byk info nya….
yg sy paham ialah 1st sy keluarkan yg claim 10%+10% tu then lepas setahun baru boleh buat withdraw lain pulak..betul ke?
Hai awie
Rumah awak berharga RM46,000.00 jadi deposit kena bayar RM4600.00. Sebab awak ambil loan 90%. Kelayakkan cuma 20% dari harga rumah.
Untuk makluman Pengeluaran Rumah yang ditawarkan oleh Pihak KWSP :-
Pengeluaran Membeli Rumah/Bina Rumah.
Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman.
Pengeluaran Ansuran Bulanan.
Pengeluaran Mengurangkan Baki selepas setahun pengeluaran terdahulu awak layak untuk membuat pengeluaran.
Pengeluaran Ansuran Bulanan apabila ansuran bulanan berjalan baru anda layak. Anda hendaklah membuat pengeluaran selepas tarikh ansuranan bermula.
Saya bukan bekerja di KWSP cuma teman saya bekerja. masalah yang diajukan saya bertanya kepada beliau.
Tq
as’salam, saya nak tumpang tanya. boleh ke kalau kita nak buat permohonan keluarkan akaun 2 utk ubah suai rumah? terima kasih.
Hai aida
Sila baca komen2 sebelum ini
Tq
hi en sham..
maksudnya lepas pengeluaran 20% beli rumah tu boleh diikuti oleh pengeluaran ansuran bulanan? tak perlu tunggu setahun ke? kecuali pengeluaran mengurangkan baki …wah bagus ni….
btw..part ni je sbna saye x brp paham…:-)
Hai awie.
Selepas pengeluaran membeli rumah anda layak untuk membuat pengeluaran ansuran bulanan walaupun tempoh belum cukup setahun. Paling penting sekali mestilah peminjam dan pemilik penuh rumah tersebut dan ansuran bulanan telah berjalan. Syarat minimum pengeluaran ansuran bulanan mempunyai amaunt di dalam akaun ke 2 sebanyak RM600.00 pembayaran minimum adalah RM100.00 tempoh bayaran minimum adalah 6 bulan. Baki didalam akaun kedua adalah yang terkini.
hi en sham,
sy akan guna kesempatan ni…hmmm…dan unuk ansuran tu epf akan kredit terus ke bank ke? lamsam atau partial (bulan2 ditolak) ? dan dalam tempoh tu saya tak perlu bayar ke bank la kan? tapi kalo p bayar jugak…lg cepat kurang utang kan >.< rekod pun santek….
pendapat en la kan…bagus tak guna utk bayaran ansuran ni atau d biarkan je duit tu…mean kita bayar bulan2 mcm biasa…..kita ni kalo dengar boleh keluarkan duit…nak sngt2…..tp belakang hari….hmmm
maaf la kalo byk soalan….sbb jumpa tmpat yg betul…kan! ape2 pun tengkiu banyakkkkkk…moga Allah balas jasa baik tuan!
Pengeluaran Ansuran Bulanan pembayaran akan dikreditkan ke akaun simpanan setiap bulan mengikut tempoh permohonan yang dipohon.
Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pinjaman perumahan.
Saya tidak dapat memberi pendapat kerana ianya bergantung pada kehendak pemohon dan terbaik bagi pinjaman perumahan.
TQ
saya ingin rumah atas nama abang saya dan telah di beri kebenaran boleh tak saya buat penguaran akuan 2
Yus,
Sekiranya anda ingin membeli rumah daripada saudara terdekat tidak menjadi masalah, anda perlu melakukan proses jual-beli. Dimana anda perlu membuat proses penyediaan surat perjanjian jual beli dan pinjaman atau pembelian secara tunai.
sekrianya anda memperolehi rumah secara pindah milik sahaja. anda tidak layan untuk membuat pengeluaran di KWSP.
saya ingin buat rumah atas geran nama abang saya dan diberi kebenaran boleh saya memohon penguaran akuan2
Yus
Sekiranya ingin membina rumah geran hendaklah mempunyai nama anda. sekiranya nama anda tidak dipaparkan di dalam geran anda tidak layak untuk membuat pengeluaran membina rumah. sila rujuk laman rasmi KWSP. TQ