Ramai yang bertanyakan dengan saya bagaimanakah caranya untuk keluarkan duit KWSP dari Akaun 2? Bagi anda yang tidak tahu, duit dari Akaun 2 ini boleh digunakan untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman rumah, membayar ansuran bulanan pinjaman rumah, membiayai yuran pembelajaran universiti, dan banyak lagi.
Tetapi di dalam artikel ini, saya ingin berkongsikan dengan anda proses pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk membuat pembayaran downpayment pinjaman perumahan.
Di antara dokumen yang perlu anda sediakan adalah:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah
- Salinan bank statement atau buku bank
- Salinan surat kelulusan pinjaman bank
- Dan sila bawa bersama salinan asal (original copy) untuk setiap dokumen yang difotostat tadi.
Selepas itu, pergi ke mana-mana pejabat KWSP dan isi Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5). Saya mencadangkan anda pergi ke ibu pejabat KWSP di Kuala Lumpur bagi mempercepatkan proses pengeluaran wang KWSP Akaun 2 anda.
Bergantung kepada proses yang diambil oleh pihak KWSP, duit dari Akaun 2 anda akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh masa dari dua hingga empat minggu.
Satu lagi pesanan saya, pastikan segala maklumat seperti nama, alamat, dan sebagainya adalah sama di dalam Perjanjian Jual Beli (S&P) Rumah dan juga surat kelulusan pinjaman bank. Jika tidak, pegawai KWSP akan terpaksa menolak permohonan anda dan meminta anda membetulkan kesalahan yang ada sebelum datang semula ke pejabat KWSP.
salam…saudara yg baik bolehkah keluar wang kwsp untuk bayar blacklist?..terima kasih
Ws
Sila baca komen saya sebelum ini
Tq
salam…dokumen untuk proses pengeluaran kwsp (beli rumah) perlu disahkan tak salinannya…? t’kasih
Amat,
Ws.. seeloknya bawak yang asal dan salinan. Sekiranya tiada yang asal minta peguam atau pegawai bank buat pengesahan
TQ
harga rumah 115k, deposit 10%,11500, bolehkah sy mengeluarkan akaun 2 sebanyak 15k, supaya loan sy hanya 100k?
Ws izzla
kelayakkan yang anda boleh buat pengeluaran daripada akaun kedua RM12000.00. Loan 90%=RM100,000.00
TQ
Salam, saya ingin bertanya jika saya membuat pinjaman perumahan 100%, adakah saya layak untuk mengeluarkan akaun 2 saya? Tq.
WS rozielawati,
sekiranya anda membuat pinjaman 100% kelayakkan cuma 10% daripada pada harga rumah.
TQ
salam,
terima kasih atas info2 di atas. saya ingin bertanya, berapa maksimum pengeluaran yang dibenarkan utk akaun 2 bagi tujuan membeli rumah? adakah layak untuk dikeluarkan bagi menampung hrga rumah tersebut yg mana pinjaman bank hanya meluluskan 80%, jadi ingin keluarkan simpanan di kwsp utk top up lg 10% tu. (10% downpayment telah diselesaikan secara cash). dan lagi, berapa percent simpanan yang perlu ditinggalkn dalam akaun 2 selepas membuat pengeluaran…
harap tuan jawab, terima kasih.
Ws east,
Pengeluaran bagi tujuan membeli rumah bergantung pada harga rumah dan loan. Cuba buat pengiraan sendiri (Harga Rumah – Loan[tidak termasuk MRTA,Lawyer Fee]+10% daripada Harga Rumah) jumlah tersebut adalah amaun maksimam yang boleh di keluar daripada akaun kedua. Sekiranya akaun kedua lebih rendah daripada amaun kelayakkan,anda boleh membuat pengeluaran kesemua amaun pada akaun ke-2.
Jumlah kelayakkan adalah 30% daripada harga rumah kerana jumlah amaun pinjaman adalah 80% sahaja.
TQ
assalmualaikum bos..kalau nak keluarkan wang kwsp untuk beli bangunan untuk restoren,,,boleh ker,,bagaimana caranye
Ws Zamri bin Mahmud
Tiada pengeluaran bagi tujuan untuk membeli restoren atau kedai.
TQ
A’kum…
sye dah beli rmh dan keluarkan dari akaun ke2 sye..rumah itu atas nama sye seorg.soalannya,blh tak akaun epf suami juga dikeluarkan utk bayaran bulanan ke atas rmh tersebut yg kini didiami bersama?TQ
Ws Rohani
Syarat utama bagi Pengeluaran Ansuran Bulanan iaitu mestilah Pemilik Rumah dan Peminjam dan tiada NPL tindakkan undang-undang atau lelongan.
TQ
Encik,
Saya pernah mengeluarkan simpanan KWSP akaun 2 untuk membeli rumah 10 tahun yang lalu dan rumah diatas nama suami. Saya hanya nama kedua. Sekiranya saya ingin mengeluarkan simpanan akaun ke 2 dan membeli rumah atas nama saya sahaja, apa yang dokument yang dihendaki?
Hello Ms Nan
Sekiranya anda telah membuat pengeluaran sebelum ini, anda tidak layan untuk membuat pengeluaran Membeli Rumah Kedua atau Mengurangkan Baki Pinjaman bagi rumah tersebut tetapi anda layak membuat pengeluaran bagi Ansuran Bulanan. Disarankan kunjungi pejabat KWSP yang terdekat. TQ
Encik,
MASALAH KEWANGAN BAYARAN BULAN TERJEJAS
Macammana boleh keluarkan wang dari Akaun 2 untuk kegunaan ( buat sementara ) : Membayar ansuran bulanan pinjaman rumah! atau Pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman! Sedangkan kita temui masalah kewangan.
Banyak-banyak Terima Kasih
Hello cassillia
Bagi kes anda saya cadangkan anda membuat pengeluaran mengurangkan baki pinjaman bagi melunaskan bayaran tertunggak.
TQ
Salam, saya nak penjelasan, sekiranya saya dan suami membeli rumah, loan sudah lulus, S&P dan Offer letter bank pun ada..kami berdua ingin membuat pengeluaran akaun 2…kami join loan, so bolehkah kami berdua membuat pengeluaran serentak..
terima kasih
Ws Gee36,
anda layak buat pengeluaran sekiranya anda tidak pernah buat pengeluaran mana-mana rumah sebelum ini
TQ
Saya hendak membeli sebuah rumah terrace atas nama saya dan saya sudah pun mamiliki sebuah flat kos rendah.Adakah saya layak membuat pengeluaran daripada akaun 2.
Hey Raj,
Syarat di KWSP mudah sahaja, sekiranya anda tidak pernah membuat pengeluaran mana-mana rumah sebelum ini anda layak buat pengeluaran.
TQ
saya ada membeli rumah 165k..loan atas nama saya seorang..saya dah bayar 13% downpayment secara cash..soalannya..boleh tak saya dan suami mengeluarkan akaun ke2 kami mohon claim back dari kwsp..atau saya seorang saja yg boleh minta claim
hey iwanks
Terlebih dahulu saya ingin tahu pemilikkan rumah tersebut atas nama suami-isteri atau suami/isteri. sekiranya pemilikkan atas suami-isteri, suami-isteri layak memohon Pengeluaran Membeli rumah
TQ
salam, saya nk tanya,,boleh k klo sy nk kuarkan kwsp sy utk membantu membayar ptptn isteri saya?dan apakaha caranya?
Pengeluaran bagi Pendidikan hanya tertakluk kepada pemohon atau anak ahli ataupun anak angkat yang telah didaftarkan sebagai anak angkat di JPN.
TQ
untuk membeli rumah baru dari pemaju, bayaran 10% kena bayar guna duit sendiri dulu ke sebelum keluarkan epf? kos peguam pulak boleh claim menggunakan epf jugak ke?
kebiasaanya kos peguam pembeli kena keluarkan dulu pendahuluan.
tq
Salam..akak nk tanya macamana prosedur dan dokumen apa yg diperlukan klu nk kluarkan wit akaun 2 untuk wat umh sendiri.geran tanah ada nama suami akak.k tq..
Bagi pengeluaran membina rumah atas tanah suami/isteri atau kedua-duanya. boleh. saya sarankan puan kunjungi pejabat kwsp yang terdekat kerana dokumen agak rumit sedikit
TQ
salam,nk tya istri saya baru bli rumah terrace 1tingkat,blehkah istri sy kuarkn duit akaun 2 dya sdri,utk repair umh
Ws,
Isteri boleh buat pengeluaran bagi Pengeluaran Membeli Rumah (D5). Untuk pengetahuan tiada pengeluaran bagi repair rumah.
TQ
Assalamualaikum,
Saya nk tya sket kalau anda boleh tolong ye. Sy ingin mengeluarkan duit kwsp selepas membeli rumah. Tetapi pihak kwsp tidak boleh memproses disebabkan sya tidak ada surat pindah milik dari pejabat tanah disebabkan rumah yg sy beli ada sekatan.
Sy cuba meminta bantuan pihak lawyer untuk berurusan dgn pejabat tanah. Pihak lawyer memberitahu yang surat pindah milik berada dalam bilik kebal dan tidak boleh dikeluarkan. Bagaimana cara untuk saya mengeluarkan Akaun 2 KWSP jika sy tidak ada surat pindah milik (consent) dari pejabat tanah?
Wa’alaikumussalam Mus.
Sekiranya rumah mempunyai sekatan kepentingan consent adalah perkara wajib kerana Strata title telah menyatakan kepentingan sekatan-sekatan tersebut.
Pihak peguam yang akan membuat urusan bagi mendapatkan Surat Kebenaran Pindah milik daripada Pejabat Tanah. Menjadi tanda tanya kenapa susah nak dapatkan consent atau peguam yang tidak menjalankan tugasan mereka? Ini bukan bidang kuasa pihak KWSP.
TQ
Saya ada simpanan wang ASB dalam Maybank KL dan sekarang saya menetap di UK. Bagaimana hendak keluarkan sebahagian wang dari UK atau pun transfer di Malaysia ke bank lain? Sila beri pendapat sebab saya perlu bayar pinjaman bank di KL
Hi puan Maziah,
Untuk pengetahuan puan ASB bukan bidang kuasa pihak KWSP. ASB adalah dibawah Permodalan Nasional Berhad. Mohon puan rujuk laman rasmi PNB
TQ
salam..sy nk tya..sy first time beli rumah ni..xtau apa2 ttg nk beli..skrg ni sy dh bg deposit 2% kpd broker..apa yg sy perlu tahu untuk membeli rumah tu..kna check apa2 ke.spt hasil pintu..sblom beli umah ni..lg 1,mcmn sy nk check value rumah tu..sy kna jmpa spa ye,bank atau bhgian perumahan..
Hi fairul,
Sebagai pembeli rumah kita perlu membuat semakan cukai pintu, maintanence fee, fizikal rumah supaya anda tidak tertipu daripada pihak ejen. Ini adalah pengalaman saya apabila rakan saya tertipu dengan pihak ejen dimana terdapat tunggakan bulan maintanence hampir RM10000.00. Bagi makluman value rumah anda perlu berjumpa dengan Jabatan Galian atau pejabat tanah tak silap saya.
TQ
salam nk tya..sy sdh membina rumah atas tanah milik ibu sya..boleh guna surat kebenaran bina rumah dr ibu sy tuk keluar kwsp?
ws..
sekiranya ingin membina rumah paling penting adalah tanah hendaklah mempunyai nama suami atau isteri atau kedua-duanya sekali.
TQ
Selamat Pagi,
Saya dah pernak kelaur kan duit KWSP Account 2 utk beli rumah. Blh tak sy keluarkan duit sekali lg utk membina rumah .. renovate rumah .
terima kasih.
Pagi Vani,
Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran untuk rumah ke-2 Anda perlu membuat pelupusan rumah pertama dan anda layak untuk membuat pengeluaran membeli rumah kedua/membina rumah kedua. tiada pengeluaran renovat rumah yang ditawarkan oleh pihak KWSP
salam..saya ingin membeli rumah pertama menggunakan nama saya seorang sebagai peminjam disebabkan nama isteri sudah disenaraihitam oleh pihak bank, boleh kah saya dan isteri keluarkan duit epf dari akaun 2 untuk proses pembayaran deposit 10% rumah?
epf tidak pernah menawarkan bagi proses pembayaran deposit 10% rumah
Salam,
Saya ingin membeli rumah dan ingin menjadikan akaun ke 2 KWSP sebagai downpayment. Soalan saya
1. Nilai rumah yang ingin di beli adakah di tetapkan untuk rumah yang tertentu sahaja nilainya?
Contoh : Rumah Kondominium harga RM 200 000 layak untuk menggunakan akaun ke2 KWSP?
ATAU
Sekiranya ingin menggunakan akaun ke 2 KWSP, nilai rumah mesti melebihi RM 200 000?
Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
salam,
bole tak kita membuat mengeluaran di kwsp apabila kita berumur 50 tahun -55 tahun nanti jika kita dah blacklisted bank.Adakah pengeluaran itu akan dibekukan.
apa yang perlu saya lakukan.
Terima kaseih.
boleh kita mambuat pengeluaran dari akaun 2 pada 53 tahun kalau tidak membuat pengeluaran pada 50 tahun?
Tetapi sebelum 50 tahun pernah keluar untuk ansuran rumah.
Hello vasantha.
sekiranya anda tidak pernah membuat pengeluaran 50 tahun anda layak membuat pengeluaran tersebut. Sekiranya anda pernah membuat pengeluaran 50 tahun anda layak membuat pengeluaran perumahan,pendidikan,kesihatan sahaja.
Salam 1 Malaysia!
Terbaru 2013 Program ‘Usahawan LifePharm Global Network’
Jom sertai Kami Dalam LpgnXtreme Team
Dan Mulai Jana Pendapatan Lumayan Secara Harian terus ke akaun bank anda.
Perolehi US Dollar pada Setiap Minggu & Wang Tunai pada Setiap Hari,
terus ke akaun bank anda!!
Dengan Bermodalkan Hanya RM50.00 Sahaja!
Nak tau cara2 nak dptkan Duit Power? Daftar Segera & sms saya!!
Daftar segera di sini:
http://zapit.nu/2bU
“Selamat Berjaya Bersama Group Kami”
Salam, saya baru membeli rumah pada kadar harga 200,000. Soalannya,boleh x saya nak kuar 20%down payment yang telah saya Dan suami bayarkan?.. Boleh x suami saya Keluarkan akaun 2 beliau memandangkan Nama pemilik hanya diatas Nama saya sahaja..walaupun diatas pertalian suami Isteri memandangkan suami juga membantu untuk pembayaran down payment tersebut.
Ws Nor Hafizah,
Sale and Purchaser Aggrement hendaklah mempunyai nama suami dan isteri anda layak untuk tuntutan bayaran yang anda telah bayar. Untuk maklumat lanjut boleh kunjugi di mana2 cawangan KWSP yang terdekat.
tq
Assalamualaikum…
saya dalam proses beli rumah harga rumah RM105,000
Makeup harga dekat bank RM120,00
Tapi Approved RM99,450
Then berapa saya boleh keluarkan kwsp akaun kedua?
berapa lama proses tersebut?
Wa’alaikumussalam…
Biasanya Loan kurang daripada Harga Rumah atau sama dengan harga rumah..
Loan bagi pengeluaran KWSP tidak termasuk MRTA/Fee and etc..
Proses pengeluaran yang akan diambil dalam masa 10 hari bekerja. TQ
hi moderator…assalamualaikum
saya baru lulus pinjaman beli rumah dan telah keluarkan duit epf (beli.bina rumah tu)…loan rumah atas nama saya sorang…(rumah murah je)…so isteri ada caruman epf jugak..soalan!…soalannya ialah..boleh tak isteri buat pengeluaran dr epf untuk kurangkan baki perumahan (nak bantu suami la ni)…tq
Hi… Wa’alaikummusalam..
Pengeluaran Baki Mengurangkan Baki Pinjaman dengan bersama-sama Borang KWSP9C (D8 )+ Penyata Baki Pinjaman yang terkini tidak melebihi 3 bulan + Salinan Sijil Kawin / Salinan Surat Nikah (pastikan bawa yang asal apabila berurusan di mana-mana tempat yang perlukan salinan)
Sekiranya isteri boleh selesaikan pinjaman keseluruhan amaun, terlebih dahulu buat semakkan Terma dan Syarat yang dinyatakan didalam Letter of Offer. Anda terikat dengan tempoh pembayaran penuh yang terkandung di dalam LO tersebut.
TQ
boleh tak keluarkan KWSP untuk tujuan pembelian laptop or komputer..maaf saya tak berapa clear tentang perkara ini..tq
Hi Chiewqo,
For your infomation withdrawal for Computer EPF already stop i think 2006 and withdrawal laptop don’t have in EPF withdrawal.I’m already comment about this. Please scroll up. No withdrawal for car loan/personal loan/credit card. You can visit offical webiste EPF for more infomation or can call EPF Call Center 03-89226000 7.30am until 7.30 pm week day only
Hi…
Adik saya dan saya membeli sbuah apartment berharga RM120k. Loan atas nama adik saya seorang (100% Loan) tetapi untuk S&P nama saya dan adik saya. Adakah saya berhak untuk pengeluaran akaun 2? dan berapa % yg layak dikeluarkan?
hi…
Anda laya untuk pengeluaran Membeli Rumah Pertama kena sertakan sekali bukti pertalian anda dengan adik.
Bagi pengeluaran Mengurangkan Baki Pinjaman anda tidak layak kerana pengeluaran ini bagi Pemilik Rumah dan Peminjam sahaja atau pasangan
salam..
saya telah menamatkan pengajian di peringkat diploma di politeknik shah alam dan sekarang sedang membuat permohonan untuk sambung belajar diperingkat ijazah. Masa belajar diploma saya menggunakan PTPTN. Boleh tak saya nak keluarkan kwsp akaun kedua untuk membayar hutang ptptn semasa belajar diploma dan boleh tak pengeluaran kwsp tersebut dikeluarkan serentak untuk menampung pengajian saya di peringkat ijazah nanti??? (perlu mendapatkan jawapan dengan kadar segera..tq..)
salam..
saya telah menamatkan pengajian di peringkat diploma di politeknik shah alam dan sekarang sedang membuat permohonan untuk sambung belajar diperingkat ijazah. Masa belajar diploma saya menggunakan PTPTN. Boleh tak saya nak keluarkan kwsp akaun kedua untuk membayar hutang ptptn semasa belajar diploma dan boleh tak pengeluaran kwsp tersebut dikeluarkan serentak untuk menampung pengajian saya di peringkat ijazah nanti??? (perlu mendapatkan jawapan dengan kadar segera..tq..)
Ws Shamiza,
Anda boleh membuat pengeluaran Pendidikan bagi mengurangkan baki pinjaman dan anda juga boleh membuat pengeluaran menjelaskan yuran pengajian di peringkat ijazah. Ianya bergantung kepada baki akaun 2. Saya sarankan menghubungi Pusat Panggilan KWSP 03-89226000 atau kunjungi pejabat KWSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. TQ
salam,
pertamanya terima kasih kerana respon post saya, loan pendidikan jpa tahun 1994-1998 saya masih berbaki, boleh tak nak mohon kluarkan kwsp untuk langsaikan semua sekali.. maaf laa kalau dah ada soalan nie dalam post sebelum ni, terima kasih
Ws bradie,
Untuk permohonan pendidikan bagi mengurangkan baki pinjaman pendidikan terlebih dahulu memenuhi syarat² berikut:-
Tarikh Kuatkuasa Pengeluaran Pendidikan Berdasarkan Peringkat Pengajian
1 April 2000 – Ijazah Sarjana Muda dan ke atas serta yang setara dengannya bagi anak ahli
2 Januari 2001 – Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya bagi ahli
17 Januari 2006 – Diploma bagi anak ahli
TQ
ok terima kasih
Sama-sama
salam ? Sya nak tanya kalau sekiranya kita dapat bantuan rumah ppr dan munggunakan duit simpanan kwsp akaun 2 atas urusan dep0sit,kunci,sambung air,sambung elektrik b0leh tak? Dan lagi 1adakah syarat2 sama seperti yang tertere.?
Ws,
Pengeluaran rumah mestilah mempunyai proses jual-beli. Pihak KWSP tidak menawarkan proses urusan bekalan air, elektrik dan proses untuk mendapatkan kunci
Tq
salam..saya nak tanya..jika dalam akaun 2 saya ada RM18,864..saya ada buat pinjaman bank untuk rumah ters kos rendah harga RM56K..tetapi bank hany luluskan 70% shj,,saya perlu bayar baki pinjamn kepada pemaju dalam RM 16,800 lagi..boleh x saya nak buat pengeluaran KWSP lebih ckit dari baki pinjaman tersebut…tolong jawab yer en sham..tqvm
Ws amnihusna
Kelayakkan yang anda boleh buat pengeluaran daripada KWSP adalah RM22400.00
TQ
bolehkah saya mengeluarkan wang dlm akaun 2 sekarang? untuk pengetahuan, umur saya akan mnjangkau 50 tahun pada 1/4/2013.
Hi Hashimah,
Puan boleh membuat permohonan 6 bulan sebelum tarikh lahir tetapi pembayaran akan dibuat selepas tarikh lahir dalam masa 5 hari bekerja.
wang akaun 2 ada RM40,000.00 lebih. Saya ingin mengeluarkan untuk pembayaran ansuran bulanan rumah saya-suami. Ansuran bulanan rumah RM1300 sebulan. Saya buat pinjaman kerajaan. KWSP akan bayar duit ke akaun siapa. KWSP atas nama suami. Harap dapat jelaskan. TQ
Bagi pengeluaran Ansuran Bulanan syarat utama iaitu:
Pemohon mestilah pemilik rumah dan peminjam
TQ
saya ingin bertanya…saya baru buat permohonan beli rumah berharga rm220000.pinjaman atas nama saya seorang..isteri blacklisted. dalam S&P nama saya dan isteri…layakkah saya dan isteri keluarkan bersama akaun2 kami utk membayar 10% harga ruma..loan sebanyak 198k…ini merupakan rumah pertama kami berdua..saya risau kerana ade sesetengah pihak kata tk bole..
mohon pihak tuan kunjungi cawangan kwsp atau call centre kwsp. tq
salam tuan.
1. saya ingin membeli rumah bersama isteri saya. kami ingin join loan bersama. rumah pun atas nama bersama.
2. saya sudah ada rumah pertama tetapi ianya atas nama saya seorang dan saya tak pernah keluarkan wang dari tabung ke2 kwsp
3. walaubagaimanapun, isteri saya sudah pernah mengeluarkan wang kwsp tabung ke2 bagi tujuan pendidikan
4. persoalannya, bolehkah saya dan isteri mengeluarkan wang kwsp tabung ke2 untuk rumah yang bakal kami beli ini?
5. contohnya, harga rumah = rm200k. downpayment 10% = rm20k.bolehkah saya mengeluarkan rm10k wang kwsp saya dan isteri saya mengeluarkan rm10k dari wang kwsp nya untuk kami gunakan untuk membayar downpayment tersebut?
6. Wang akan dimasukkan kedalam account saya atau isteri saya?
terima kasih tuan
1. kedua² individu layak buat pengeluaran skim Beli rumah
2. sekiranya anda tidak pernah buat pengeluaran dari KWSP anda layak untuk pengeluaran rumah tersebut.
3. tiada kaitan dengan pengeluaran pendidikan kerana pengeluaran yang berbeda.
4. Boleh
5.tidak boleh membuat pengeluaran untuk membayar downpayment. pengeluaran akan diproses selepas S&P dan LO selesai
6. wang akan dikreditkan ke akaun simpanan pemohon.
Saya tlh membeli rumah baru rm175 ribu di johor..bolehkah saya membuat pinjaman kwsp? Akaun yg manakah boleh digunakan? Adakah akaun 2 shj? Jika akaun 2 sy mempunyai hanya rm 6ribu bolehkah pinjam lebih? Contoh dlm rm40ribu..sekarang saya bekerja di singapura, 6 tahun .(tdk ada kenaikan simpanan kwsp)..
anda hanya layak membuat pengeluaran daripada akaun kedua sahaja dengan nilai baki yang terkini.
Maaf..Maksud saya pinjaman renovation rumah..
KWSP tidak menawarkan pinjaman. Pengeluaran renovation rumah memang tiada dalam pengeluaran skim KWSP
assalamualaikum, sya nak tanya berapa amaun yg dapat di keluar dalam akaun 2
ws. sila rujuk commont sebelum nie sebagai nota. tq
Salam,
Untuk deposit 10% tu….kena bayar guna duit sendiri dulu or bleh keluarkan drpda kwsp terus….
As salam, sy pernah membeli rumah bersama bekas suami pd thn 2007, sy bertindak sbgai nama kedua saja dan gov. loan dibuat atas nama bekas suami seorang dan sy ada mengeluarkan akaun kedua utk tujuan top up loan dia. Sehingga kini bekas suami msih tidak
mebatalkan nama di dalam s&p rumah tersebut.
Sekarang sy bercadang membeli rumah bersama dgn suami baru, adakah sy layak membuat pengeluaran akaun kedua sy?
so
tersebut.
Soalan sy ialah sy n suami
mohon untuk membuat pertanyaan lebih detail di pejabat KWSP yang terdekat atau kunjungi http://www.kwsp.gov.my untuk maklumat lanjut
saya baru tahu proses pengeluaran akaun 2 dari artikel ini. Thanks..
sebagai makluman umum. sebagai pencarum anda patut ketahui kelayakkan yang ditawarkan oleh pihak KWSP kepada pencarum. website ni bukan offical website hanya sebagai membantu dari segi masalah atau maklumat terkini
as salam
klu sy nk beli rumah lelong blh ke keluarkan dari akaun ke 2?sbb setahu sy kita kna ada 10% dlm tgn before kita bidding. tq
ws fyl
soalan yang diajukan tidak dpt saya jawab. saya tidak arif dalam bidang tersebut. tq
salam sejahtera,
saya & suami ingin membina rumah sendiri dan ingin membuat pengeluaran kwsp.
saya ingin bertanya bagaimana prosedur dan syarat pengeluaran.
tq.
salam tuan,
saya telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tahun 2002 (rumah A). rumah A telah dijual pada tahun 2006. pada tahun 2007 saya telah membeli rumah kedua (rumah B) tanpa membuat pengeluaran untuk membeli rumah kedua. sebaliknya saya membuat pengeluaran mengurangkan baki pinjaman (pembayaran secara bulanan). pada tahun ini saya telah menjual rumah B dan berhasrat untuk membeli rumah lain (rumah C).soalan saya adakah saya masih layak untuk membuat pengeluaran sama ada pengeluaran membeli rumah atau mengurangkan baki pinjaman bagi rumah C ini? terima kasih atas bantuan tuan.
ws dk.
Rumah A telah jual (secara automatik anda layak buat pengeluaran untuk rumah kedua)
Rumah B mohon untuk pengesahan adakah anda buat pengeluaran Ansuran Bulanan iaitu kredit ke akaun saving?
Rumah C Sekiranya rumah B anda membuat pengeluaran Ansuran Bulanan anda layak untuk membuat pengeluaran Membeli rumah 2 atau mengurangkan baki rumah ke 2. dan sekiranya anda telah mengunakan kelayakkan tersebut anda hanya layak untuk ansuran bulanan bagi rumah C
Mohon dapatkan maklumat terperinci di cawangan KWSP.tq
Rumah ppr yg sudah ditukar milik atas nama isteri ,boleh kah isteri saya keluar kan akaun 2 nya untuk kali pertama nya