Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

PhotoSchool – TT Damansara #2

12.04.2009 // 8 Comments

Pada hari Jumaat yang lepas, aku telah berpeluang untuk mengikuti sesi TT (Teh Tarik) Damansara yang dianjurkan oleh ahli-ahli PS. Kami mula-mula berkumpul di Pizza/KFC Seksyen 6, Kota Damansara kemudian bergerak ke Restoran Jasima, sebuah restoran mamak.


Leader untuk malam tersebut, – Honda.

Topik yang dibincangkan, sudah pasti topik berkenaan dengan DSLR. Banyak juga benda yang aku belajar semasa sesi TT itu. Dekat jam 1 pagi, kami memulakan aktiviti photoshoot kami. Lokasinya adalah di sebuah tasik di Kota Damansara.

Teknik yang digunakan adalah CLS. Baru aku tahu macam mana untuk setup CLS. Menarik juga. Sebab efek cahaya lampu menambahkan lagi mood model.

Jadi, itu sahaja yang aku dapat ceritakan untuk isu kali ini. Untuk gambar-gambar lain, boleh tengok di Flickr aku.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Terfikir Untuk Beralih Kepada Wimax
Nikon SB-900 dan Maha MH-C9000 »

Comments

  1. izzat says

    13.04.2009 at 3:51 pm

    pergh..dah try CLS dah…adoi, bila nak dapat buat ni..huhu..:-w

    pic no2 tu style..pp skit lagi mesti cantik..kasi up lagi contrast n highlight..:x

    Reply
  2. CypherHackz says

    15.04.2009 at 10:04 pm

    Aku sekarang dah tak suka sangat nak edit gambar bagi terlalu nampak sangat colour dia terang ataupun contrast. Sebab aku prefer gambar tu nampak natural sahaja. :d

    Reply
  3. blowie says

    25.04.2009 at 7:03 pm

    kat mane nak dapat dslr murah? dah kesangapan nak dslr ni :((

    Reply
  4. CypherHackz says

    25.04.2009 at 7:10 pm

    Kau boleh beli dekat Foto Selangor, Pertama. Atau pun try dekat YL, Pudu Plaza. Atau pun dekat J-One, Amcorp Mall. :)>-

    Reply
  5. azurt says

    28.04.2009 at 8:52 am

    Murah tu, camana murahnya? dapat goodies tak?

    Reply
  6. CypherHackz says

    29.04.2009 at 6:57 pm

    Murah tu, harga dia lagi rendah dari kedai2 lain. Dan kadang2 kau tak dapat nak mintak kurang, tapi kau boleh mintak banyak free gift.

    Reply
  7. kechik says

    03.05.2009 at 6:41 pm

    salam.. huuu join tt damansara ek..
    waaaa sipoo honda n sipoo yus pon ader
    haha.. well nice cls! backlight yang cantik..
    tapi gamba depan.. kurang terang kot.. hehe bagi mata aku lah
    pakai brape lighting ni? macam 3 jer.. backlight n body n tepi.. betol??
    well kipidup! huhuhu lama tak main cls nih huhu
    malasnyer beli bateri……….. 🙄

    Reply

Trackbacks

  1. Nikon SB-900 dan Maha MH-C9000 di BlogAku.Net says:
    18.04.2009 at 11:11 am

    […] Sudah banyak gambar-gambar indoor yang aku tangkap dengan menggunakan SB-900. Sedangkan SB-900 aku ini pernah berkhidmat untuk aktiviti CLS yang diadakan pada TT Damansara yang lalu. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in