Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 5 – Hari ini aku cuti

09.05.2007 // Leave a Comment

Kepada korang semua, just nak bagitahu yang hari ini aku cuti. Cuti sebab aku akan pulang ke UTM jam 1 petang nanti. Naik bas Transnasional kat Pudu. Aku balik UTM sebab esok aku ada MUET (speaking). Uwaaa…so cuak…

And aku akan balik esok. Pas habis MUET, aku akan balik. Maybe dalam pukul 1 petang macam tu gak kot. Aku tak sure lagi coz tiket balik sini pun tak beli lagi. Ish3.

Kepada korang semua, wish aku luck. Cuak seh… Korang dulu MUET dapat band berapa? Speaking ok?[tags]latihan industri, muet[/tags]

Dairi LI Day 4 – Mari-mari buat LI…

08.05.2007 // Leave a Comment

Semalam, pakcik aku baru sahaja dikebumikan. Pada malam itu, kami bertahlil. Begitu juga hari ini dan juga esok. Namun, aku masih terfikir mengenai nasib anak-anaknya yang masih kecil itu.

Pada malam tadi, setelah tahlil, anaknya yang kedua bertanya pada ibunya.

“Ibu, hari raya nanti ayah balik tak?”

“Tak balik”, kata ibunya dalam nada sedih.

“Balik la ibu… Nak ayah balik jugak!”, bentak anaknya.

“Baiklah, nanti ayah akan balik. Tapi ayah datang jenguk sekejap je.”

Meraung-raung si anak mendengar jawapan ibunya. Anaknya itu masih tidak faham apa yang berlaku. Walaupun yang sebenarnya, ayahnya telah pun meninggal dunia. Sebak hati ibu melihat anaknya itu.

Kisah LI ku…

Hari ini aku gembira. Gembira sebab aku diberikan tugasan oleh En Mizan. Hu3. Ada jugak kerja yang aku buat untuk LI aku ini. Tugasan aku adalah update website dorang. Update bahagian HelpDesk.

Walaupun kerjanya tidak susah, tapi aku happy coz ada la jugak bende yang aku buat. Takde la aku asyik melangut di depan computer itu lagi. Hu3.

myNote: Pada hari esok, aku akan ke UTM. Sebab ada MUET (speaking) pada pagi Khamis. Owh…cuaknya… [tags]latihan industri[/tags]

Dairi LI Day 3 – Pakcik aku meninggal…

07.05.2007 // 5 Comments

Al-Fatihah…

Hari ini aku cuti kerana pakcik aku meninggal dunia pada petang semalam. Aku tak pasti dalam pukul berapa tapi family aku dapat berita kematiannya pada pukul 6.30 petang macam tu.

Selepas mendapat tahu berita tersebut, emak aku telefon semua saudara-saudara kitorang untuk memberitahu akan berita yang kitorang terima tadi. Semuanya terkejut dan tidak percaya.

Arwah meninggal semasa di tempat kerjanya. Kerjanya adalah membantu bas pelancong di Genting Highliands. Menurut dari cerita yang diceritakan oleh isterinya, arwah tiba-tiba pengsan semasa sedang mengoyak tiket penumpang. Entah kenapa tiba-tiba arwah pengsan dan terus meninggal dunia pada masa itu.

Pada petang itu juga, family aku bergegas ke Hospital Kuala Kubu untuk menuntut mayatnya. Sesampai saja di sana, kami pergi ke bilik forensik. Pabila pintu dibuka, aku ternampak sekujur badan ditutup dengan selimut yang tebal. Hanya wajahnya yang kelihatan. Rakan-rakan sekerja arwah turut berada di sana.

Aku tidak mengalirkan air mata walaupun arwah baik sangat-sangat dengan aku pada ketika aku masih kecil. Tetapi, hati aku sebak apabila melihat anak-anaknya tersedu-sedu menangis memangdang ayahnya yang telah pergi. Hati siapa yang tidak terasa apabila membayangkan anak-anaknya yang masih kecil itu, telah kehilangan bapanya. Anaknya yang bongsu yang bernama Intan, amat rapat dengan ayahnya. Dia hanya memandang raut wajah ayahnya dengan sedu-sedan tidak terhenti.

Namun, pada hari yang sama, arwah ada menelefon keluarganya. Beliau berpesan kepada anaknya yang bongsu yang baru sahaja tadika.

Intan belajar pandai-pandai ye…

Dan kepada isterinya, die turut berkata.

Ati dah masak? Abang akan balik pukul 8 malam nanti untuk makan sama-sama…

Siapa akan tahu, panggilan telefon itu merupakan panggilan yang terakhir dan juga pesanan terakhir untuk keluarganya. Hasrat untuk makan bersama dengan isteri dan anak-anaknya tidak kesampaian. Bagaimanakah kehidupan isterinya selepas ini? Dengan anak-anaknya yang baru darjah 4, darjah 2 dan yang kecil pula baru sekolah tadika? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dan yang pasti, pemergiannya tidak akan kembali.

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan rohnya di sisi orang-orang yang beriman. Amin…

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Dafi terkeluar AF5? Hahahaha…

06.05.2007 // 45 Comments

Ha3. Akhirnya mamat nih terkeluar jugak dari AF. Setelah 8 minggu berada dalam Akademi Fantasia 5, akhirnya Gadaffi Bin Ismail Sabri atau lebih dikenali dengan nama Dafi, tersingkir jua.

Rasakan kritikan aku…

760055 DAFIBagi aku, aku rasakan Dafi memang tidak layak untuk ke pusingan seterusnya. Sebenarnye, die dari awal-awal lagi sepatutnya tersingkir. Tapi entah kenapa, undian die yang banyak menyebabkan die berada di tangga teratas. Maybe sebab muke die yang menyebabkan ramai wanita-wanita (ada ke lelaki yang undi die?) yang mengundi die. Hmm…korang undi die sebab bakat atau muke?

Namun begitu, sebab kenapa die harus tersingkir adalah, vokal die. Ye, vokal atau suare die yang tak berapa umph! merupakan faktor utama die patut tersingkir. Dari segi pengamatan aku, suara Dafi ni tak boleh nak keluar atau dilontarkan habis-habisan. Die macam menahan suara die. Entah apa sebab die tahan sangat, aku pun tak pasti.

Macam pelajar-pelajar yang lain, dorang semua sudah keluar dari kepompong (macam Hattan selalu cakap) masing-masing. Cuma Dafi je sorang yang taknak memain-mainkan suara die tu. Asyik senada jek. Alahai…

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 2 – Sape tau SEO?

04.05.2007 // 18 Comments

Korang… Sape kat sini tahu Search Engine Optimization (SEO)?

Hari ini merupakan hari kedua aku buat LI. Dan seperti hari semalam, hari ni pun aku takde buat apa sangat. Just layan internet dari start aku masuk keje, sampai la habis keje. Tapi keje ape yang aku buat? Takde…

Tapi…kenapa aku tanya korang sape yang tahu pasal SEO? Aku tanya sebab nak mintak tolong korang untuk ajar aku. Hu3. Bukan nyer ape, projek aku mungkin buat software untuk SEO nih. Maksudnye, software itu akan mengajar dan menjadikan website seseorang itu search engine friendly.

Projek tu akan bermula pada minggu depan. Tapi…En Mizan ada cakap ngan aku kalau-kalau aku ada cadangan lain, masih boleh usulkan pada dia. So, korang ada tak ape-ape cadangan untuk projek LI aku? [tags]seo, search engine optimization, latihan industri[/tags]

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in