Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 9 – RM5.30? Murahnye…

15.05.2007 // 13 Comments

Banyak la murah! RM5.30 untuk lauk kari ayam ngan telur masak kicap. Murah ke? Air pulak aku order air sirap limau. Berbaloi ke?

20070515 01
Berbaloi tak harga RM5.30?

Aku rasa la kan, die ingat aku makan telur masak kicap tu sama ngan aku makan sekor ayam (bukan seketul) kot coz telur ayam kan sama je ngan sekor ayam. So thats why die letak harga sebiji telur ayam sama dengan RM1. Leh kopak aku macam ni. Esok aku nak gi makan kat kedai lain pulak. Habis duit aku kalau makan kat kedai tu.

Yang sebenarnye, tengahari tadi aku makan tengahari kat restoran depan pejabat. Kedai tu memang orang cakap mahal. Tapi sebab aku malas nak jalan jauh, aku layankan ajer makan kat situ. [tags]latihan industri[/tags]

Dairi LI Day 8 – Brickfields Datacenter

14.05.2007 // 6 Comments

Korang nak gambar kan? Nak gambar kan? Ok, kali ni aku letak gambar. Tapi tak banyak la. Dua je. Tu pun sebab memory kamera phone aku ni dah full. Dan tu pun selepas aku delete beberapa gambar aku. :d

So sepanjang hari ini apa yang aku buat? Hurm…selain dari update site Mercumaya, aku teman En Mizan gi beli barang-barang untuk setup server sorang client dari Rusia. Jangan main-main ngan Mercumaya nih. Orang Rusia pun datang cari die taw.

20070514 01
En Mizan tengah usha-usha server-server die

Dalam pukul 12 lebih nak dekat pukul 1 macam tu, aku ngan dia kuar gi Petaling Jaya. Die kata, die selalu beli barang-barang kat sana macam RAM, hardisk, proccessor dan macam-macam lagi. Lagi pun kat sana murah coz direct beli dari distributor.

Baca selanjutnya…

Tentang Cinta & CypherFS FreshLove

13.05.2007 // 20 Comments

Halu… Setelah satu hari berhempas pulas, akhirnya siap jugak theme untuk website baru aku. Hu3. Maybe ada yang dah tahu pasal website nih tapi ni aku nak announce pasal website aku yang baru ni. He3.

Tentang Cinta

TentangCinta.Com merupakan sebuah website mengenai percintaan. Dengan membawa tema “Membina Percintaan yang Bahagia Selamanya”, TentangCinta.Com diharapkan dapat menjadi sumber atau tempat anda mendalami dan memahami erti percintaan yang sebenar.

Website tersebut masih lagi baru tetapi ianya bakal menjadi tempat rujukan dan website yang wajib dikunjungi oleh mereka-mereka yang sedang bercinta pada suatu hari nanti. Website ini mengandungi tips-tips bercinta, cerpen-cerpen cinta, lagu-lagu dan segalanya mengenai cinta.

Dan, sekiranya anda mempunyai masalah percintaan, anda boleh meminta motivasi atau bertanya bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan ini, anda bukan sahaja dapat membantu diri anda, anda jugak dapat membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Di sini, sekiranya anda mempunyai cerpen, tips, puisi atau apa sahaja mengenai cinta, anda bolehlah menghantarnya pada tentangcinta [at] gmail [dot] com. Dan kalau boleh, sila hantarkan sekali dari sumber mana anda memperolehnya supaya kredit dapat diberikan pada penulis sebenar.

Note: Aku bukak website ni bukan sebab saje2 ok. Bukan sebab jiwang atau ape. Hanya orang yang bercinta jek yang tahu. Ahaks! Lagipun, banyak site cinta dalam English. So kenapa tidak kite mempunyai satu website dalam Bahasa Melayu pulak?

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 7 – Member aku eksiden…

11.05.2007 // 4 Comments

Member aku, Emran atau lebih dikenali dengan nama panggilan Em, eksiden pada hari Selasa yang lepas tapi baru kali ini aku berkesempatan untuk menulis mengenainya. Aku dapat tahu pun dari si Dia.

Em eksiden ketika die hendak membelok u-turn dekat traffic light gate belakang UTM. Entah macam mana, tibe2 lori treler langgar die bersama-sama sekali dengan kawan die yang membonceng di belakang. Dan malangnya, member yang membonceng member aku itu meninggal dunia.

Pada tengahari tadi, aku berkesempatan bermesej dengan Em itu. Pada mulanya Em meminta pertolongan aku untuk check result die. Dan alang-alang die dah bermesej, aku pun bertanya pada dia apa yang sebenarnye yang berlaku.

Die pun bercerita pada aku dan ini merupakan mesej yang die hantar pada aku.

Kat traf light,ijau aku jalan,kancil dpn aku dh lps dh..tiba2,ade lori trailer yg laju langgar sisi ktorg..aku jatuh ngn moto bwh kpla trailer tu.,kwn aku,jatuh kepala die trsepit kat bah dpn teksi yg follow ktorang…aku tgk idung die darah byk,die mati dpn aku..aku pangku die,aku pgg tgn die,x gerak..

Mesej di atas aku taip semula sebijik seperti yang aku dapat dari die.

Dan skang ni, Em sedang berehat di kampung die. Die masih lagi dalam keadaan terkejut dan tak sangka kawan baik die mati di depan mata die sendiri. Em bagitau aku lagi yang die skang ni tengah fobia dengan moto dan traffic light warna hijau.

Siapa nak sangka bende macam ini boleh berlaku. Sedangkan lampu hijau untuk kite sendiri berjalan pun masih tetap bahaya. So ingatlah wahai kawan-kawan. Di jalan raya, anda tidak semestinye selamat. Even lampu isyarat berwarna hijau, pastikan keadaan selamat, barulah teruskan perjalanan.

Tapi…jika Allah hendak ia terjadi, maka jadilah. Walauapepun, kite sama-sama lah mensedekahkan Al-Fatihah kepada arwah moga-moga dosanya diampunkan dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Amin… [tags]tragedi, utm[/tags]

Dairi LI Day 6 – Nak buat theme baru…

10.05.2007 // 2 Comments

Sebelum tu aku nak bagitahu yang aku baru saja sampai rumah setelah berhempas pulas naik bas Transnasional dari Skudai ke Kuala Lumpur. MUET aku? Ok la. Takde la susah sangat. Cume nak kene cakap dalam BI je. Hu3.

Okeh. Dalam perjalanan pulang tadi aku terpikir theme macam mana nak aku buat untuk website baru aku. Owh…korang tak tahu kan website ape? Tunggu ye. Aku skang ni dalam proses nak mendesign theme and nak manage segalanya pasal website baru ni. So, leh kata busy la jugak. Setakat ni, aku just gune theme yang aku download dari WordPress Themes. Tapi aku lebih prefer theme yang aku buat sendiri coz aku nak website2 aku semuanye unik. He3.

Btw website tu merupakan website yang ketiga yang aku handle. Sebelum ni ada jugak website lain. Tapi sebab domain die dah kene beli oleh orang lain, so, aku terpaksa melepaskan website itu dan website itu kini terkubur. Uwaaa…

So, theme macam mana ye aku nak buat? Aku nak buat theme dengan warna tema hijau dan juga biru. Tapi aku rasa merah lagi ok. Tapi, warna hijau ngan biru merupakan combination warna yang sesuai kan? Hurm… Korang ada apa2 cadangan? [tags]muet, theme wordpress, wordpress[/tags]

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in