Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 13 – Web Directory

21.05.2007 // 5 Comments

Ok, untuk hari ini, aku punye tugas adalah untuk submit website Mercumaya ke web directory. Tugas yang senang tapi melecehkan. Kenapa? Mari aku ceritakan.

[tags]latihan industri, aswad af5, web directory[/tags]

Web Directory tu apa?

Tapi…sebelum itu, korang tahu tak apa itu Web Directory atau Direktori Web? Web Directory merupakan sebuah laman web yang mempunyai pelbagai rangkaian link mengikut kategori masing-masing.

Aku leh bagi contoh, ianya seperti sebuah buku panduan telefon. Korang tahu kan buku panduan telefon tu macam mana? Dalam buku panduan telefon tu, ada senarai nama dan alamat pengguna talian tetap TM yang disusun mengikut nama ataupun tempat.

Masih tak faham? Ok la. Ianya seperti buku Yellow Pages. Kalau korang nak pasal Perkahwinan, so, korang cari la kategori perkahwinan. Di situ akan ada pelbagai iklan yang berkaitan dengan perkahwinan. So, macam tu la lebih kurang Web Directory ni.

Kiranya, sekiranya korang nak cari website yang berkaitan dengan hosting, korang cari la kategori hosting. Dalam kategori itu sudah pasti ada banyak link-link yang berkaitan dengan hosting. So takde la korang susah-susah nak cari website pasal hosting (walaupun aku tahu korang boleh cari dengan En Google.

Baca selanjutnya…

Mila Juara Akademi Fantasia 5

20.05.2007 // 73 Comments

Entri kali ini aku nak bercerita pasal dua perkara, iaitu pasal Juara Akademi Fantasia 5 dan juga pasal persaraan Aznil Haji Nawawi dalam Akademi Fantasia.

Juara Akademi Fantasia

Akademi Fantasi 5 kali ini telah memecah tradisi apabila juaranya adalah seorang pelajar perempuan iaitu Mila.

milabelia

Norsyarmilla Binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila merupakan juara bagi Akademi Fantasia musim ke-lima. Beliau telah menyanyikan dua buah lagu iaitu Persis Mutiara dan Cinta Pura-Pura.

Gadis kecil molek yang berasal dari Pulau Pinang dan yang juga sebaya dengan aku (20 tahun pada bulan Disember nanti) ini telah berjaya mendapat empat lampu biru bagi kedua-dua buah lagu yang dinyanyikan. Dan itu telah menarik pengundi dan penyokong untuk terus menaikkan Mila sebagai Juara Akademi Fantasia kelima.

Nama Samaran: Mila
Nama Penuh: Norsyarmilla Binti Jirin
Bangsa: Melayu
Umur: 19 Tahun
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 23 Disember 1987
Tinggi: 148 cm
Berat: 40 kg
Hobi: Menyanyi, menari dan membaca novel
Penyanyi Idola: Anita Sarawak
Deskripsi: Gadis cili molek yang bersifat manja dan mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan keluarga. Membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual suara walaupun masih belajar.

Ni pula merupakan lirik lagu untuk First Single die.

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 12 – Buat theme lagi…

18.05.2007 // 6 Comments

Hari ni takde apa kerja aku kat Mercumaya. Hu3. :d

So kat rumah aku pun mencari kerja lain. Aku skang ni tengah nak develop theme baru. Tapi theme ni bila dah siap, aku nak simpan dulu. Taknak publish atau guna kat mana-mana lagi. :-$

Cuma apa yang aku leh bagitahu adalah theme ni warna tema die merah. Dan aku namakan theme ni sebagai CypherFS Sweetheart. Kenapa Sweetheart? Ada la… Hak3. 😉

Btw korang pernah tengok iklan yang Mawi dengan Aliya (betul ke nama die Aliya?) tu tak? Yang pasal minyak wangi Sweetheart dari Silky Girl tu? Kelakar kan iklan tu. Aku bila tengok je mesti aku tergelak. Adoi la… Sampai macam tu sekali Mawi ni. =))

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 11 – Perintis Asamboi

17.05.2007 // 3 Comments

Sebenarnya aku tiada idea hendak tulis apa untuk hari ini. Tiba-tiba teringat pula pasal satu web portal komuniti yang aku dah lama join tapi baru saja ceburkan diri semula. Iaitu komuniti Asamboi. Semuanya gara-gara masalah theme yang aku guna di sana. Rupa-rupanya, theme yang aku guna tu merupakan theme yang rosak. [tags]latihan industri, asamboi[/tags]

Setelah aku contact pihak pentadbiran iaitu saudara Chipsmunk, akhirnya dapat aku kembali bergiat aktif di situ. Dan aku juga telah menjadi perintis yang juga menjadi moderator (belum formal lagi. thats why jadi perintis) bagi komuniti itu. Aku handle bahagian Zon Uda & Dara. ;))

lemonnyosodap
Tak ade ni, tak jadi mak.

Korang tahu apa maksud Zon Uda & Dara? Zon Uda & Dara tu merupakan zon di mana orang-orang jiwang, orang-orang cintan, orang-orang asmara berada untuk berkongsi pendapat, berkongsi masalah, berkongsi idea terhadap isu percintaan dan berpasangan.

Baca selanjutnya…

Dairi LI Day 10 – Tag perihal daku

16.05.2007 // 2 Comments

Hari ni aku takde buat apa sangat kat Mercumaya. Just upload and setup flash tutorial cara-cara nak gune cPanel, Plesk ngan DirectAdmin.

So sebagai ganti, aku publish tag yang aku kene dari Xero . Aku rasa pasal peribadi kot tag ni. Aku pun tak pasti. Btw sorry Xero coz lambat publish entri ni. Padahal dah lama dah siap cume aku tak pubish jek.

  1. Honestly what color is your shirt?
    Dark Blue
  2. Honestly, whats on your mind?
    How to answer these questions.
  3. Honestly, what are you doing right now?
    Answer this tag.
  4. Honestly, have you ever been in love?
    Ha3. Of course lol…
  5. Honestly, have you done something bad today?
    Today hah? No la. I just woke up from my bed actually. He3.
  6. Honestly, do you watch disney channel?
    Sometimes when my sister open that channel.
  7. Honestly, who is the last person you talked to on the phone?
    My girlfriend.
  8. Honestly, are you jealous of somebody right now?
    Nope.
  9. Honestly, what makes you mad most of the time?
    Internet down at my college. Damn!
  10. Honestly, do you bite your nails?
    Huh? No la…
  11. Honestly, do you use anyone?
    Nope. Nope. Nope.
  12. Honestly, do you want to see someone this very moment?
    There is a girl that I want to see so much.
  13. Honestly, do you have a friend you you don’t like?
    All of my friends is friend.
  14. Honestly, do you love anyone?
    I love all peoples in this world. But there is a person I love the most. ;))
  15. Honestly, does anyone like you?
    Of course la.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in