Ok, untuk hari ini, aku punye tugas adalah untuk submit website Mercumaya ke web directory. Tugas yang senang tapi melecehkan. Kenapa? Mari aku ceritakan.
[tags]latihan industri, aswad af5, web directory[/tags]
Web Directory tu apa?
Tapi…sebelum itu, korang tahu tak apa itu Web Directory atau Direktori Web? Web Directory merupakan sebuah laman web yang mempunyai pelbagai rangkaian link mengikut kategori masing-masing.
Aku leh bagi contoh, ianya seperti sebuah buku panduan telefon. Korang tahu kan buku panduan telefon tu macam mana? Dalam buku panduan telefon tu, ada senarai nama dan alamat pengguna talian tetap TM yang disusun mengikut nama ataupun tempat.
Masih tak faham? Ok la. Ianya seperti buku Yellow Pages. Kalau korang nak pasal Perkahwinan, so, korang cari la kategori perkahwinan. Di situ akan ada pelbagai iklan yang berkaitan dengan perkahwinan. So, macam tu la lebih kurang Web Directory ni.
Kiranya, sekiranya korang nak cari website yang berkaitan dengan hosting, korang cari la kategori hosting. Dalam kategori itu sudah pasti ada banyak link-link yang berkaitan dengan hosting. So takde la korang susah-susah nak cari website pasal hosting (walaupun aku tahu korang boleh cari dengan En Google.
Apa kelebihan dia?
Kelebihan dia, selain dari memudahkan orang mencari website korang, ianya juga boleh digunakan untuk backlink. Korang tahu tak backlink tu ape? Jika tidak tahu, aku akan buat entri yang lain pasal backlink pulak. Tapi aku ceritakan sikit la apa itu backlink. Backlink tu merupakan link website korang tapi berada di website orang lain. Kirenye ia merupakan link website korang yang diletak oleh webmaster lain dekat website die. Yang tu la yang dinamakan backlink. Hokey?
Itu saja dari aku untuk Dairi LI hari ini. Kita jumpa lagi pada hari esok. Tapi sebelum itu, kita saksikan video lagu yang dinyanyikan oleh Aswad nih. Best kan?
apa ek webdirectory yg free and high PR? :d/
kat dmoz.org free tapi kau kene tunggu berbulan2 lamanye untuk dorang approve. hu3.
huhu aku penah wat gak keje tu.. senang je, tp leceh gler.. hehe
hak3. memang pun senang. tapi leceh jugak la. :d
Thanks for this site!
evu_pfntrkdtg.cn