Al-Fatihah…
Hari ini aku cuti kerana pakcik aku meninggal dunia pada petang semalam. Aku tak pasti dalam pukul berapa tapi family aku dapat berita kematiannya pada pukul 6.30 petang macam tu.
Selepas mendapat tahu berita tersebut, emak aku telefon semua saudara-saudara kitorang untuk memberitahu akan berita yang kitorang terima tadi. Semuanya terkejut dan tidak percaya.
Arwah meninggal semasa di tempat kerjanya. Kerjanya adalah membantu bas pelancong di Genting Highliands. Menurut dari cerita yang diceritakan oleh isterinya, arwah tiba-tiba pengsan semasa sedang mengoyak tiket penumpang. Entah kenapa tiba-tiba arwah pengsan dan terus meninggal dunia pada masa itu.
Pada petang itu juga, family aku bergegas ke Hospital Kuala Kubu untuk menuntut mayatnya. Sesampai saja di sana, kami pergi ke bilik forensik. Pabila pintu dibuka, aku ternampak sekujur badan ditutup dengan selimut yang tebal. Hanya wajahnya yang kelihatan. Rakan-rakan sekerja arwah turut berada di sana.
Aku tidak mengalirkan air mata walaupun arwah baik sangat-sangat dengan aku pada ketika aku masih kecil. Tetapi, hati aku sebak apabila melihat anak-anaknya tersedu-sedu menangis memangdang ayahnya yang telah pergi. Hati siapa yang tidak terasa apabila membayangkan anak-anaknya yang masih kecil itu, telah kehilangan bapanya. Anaknya yang bongsu yang bernama Intan, amat rapat dengan ayahnya. Dia hanya memandang raut wajah ayahnya dengan sedu-sedan tidak terhenti.
Namun, pada hari yang sama, arwah ada menelefon keluarganya. Beliau berpesan kepada anaknya yang bongsu yang baru sahaja tadika.
Intan belajar pandai-pandai ye…
Dan kepada isterinya, die turut berkata.
Ati dah masak? Abang akan balik pukul 8 malam nanti untuk makan sama-sama…
Siapa akan tahu, panggilan telefon itu merupakan panggilan yang terakhir dan juga pesanan terakhir untuk keluarganya. Hasrat untuk makan bersama dengan isteri dan anak-anaknya tidak kesampaian. Bagaimanakah kehidupan isterinya selepas ini? Dengan anak-anaknya yang baru darjah 4, darjah 2 dan yang kecil pula baru sekolah tadika? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Dan yang pasti, pemergiannya tidak akan kembali.
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan rohnya di sisi orang-orang yang beriman. Amin…
Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.
al-Fatihah…
trigt mase arwah paksu meninggal…:(
al-fatihah….
al-fatihah..
saya juga baru jumaat lepas kehilangan makcik dan sepupu2 kesayangan dalam kemalangan jalanraya.
saya tahu apa yang anda rasakan kerana saya sendiri masih menanggung kesedihan dengan musibah yang menimpa keluarga saya.
tapi qada dan qadar Allah tiada siapa yang dapat menghalangnya dan kita hamba Allah yang lemah wajib menerimanya dengan redha..
dari tuhan kita datang, kepadaNya kita kan kembali….
p.s, saya minta maaf kerana terambil artikel anda tanpa meletakkan link source kerana waktu itu saya benar2 tidak tahu artikel itu bersumber dari anda dan web anda. sy memperolehinya dari email yg dihantar kenalan2 siber dan sy ragu2 meletakkan sumber kerana sy tahu kenalan2 siber itu bukanlah penulis asalnya. terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya..dan inilah kali pertama saya ke sini..salam kenalan…
[Comment ID #5886 Will Be Quoted Here]
๐
[Comment ID #5983 Will Be Quoted Here]
๐
ps: owh…tidak mengapa. saya just tertanya2 je. walauapepun terima kasih keran a menlinkkan kepada website saya. ๐
takziah diucapkan.
segala yg bernyawa pasti akan merasai maut.itu janji Allah