Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 18 – Hujan berhenti 3 kali

28.05.2007 // 3 Comments

Minggu ni merupakan minggu yang ke-5 aku di Mercumaya. Sedar tak sedar dah 5 minggu ek aku kat situ. Tapi apa je yang aku buat kat sana? Entah ler… Hu3.

Ha…korang ada baca tak title untuk entri kali ini? Hujan berhenti 3 kali. Hurm…kenapa hujan berhenti 3 kali ye? Korang rasa apa ye? ๐Ÿ˜•

Sebenarnye bukan hujan yang berhenti 3 kali tetapi aku yang terpaksa berhenti 3 kali coz hujan masa nak gi keje pagi tadi. Sebelum nak gi keje tu hari dah mendung dah. Aku ingat sempat sampai office. Tengok2 tak sempat. Dekat pertengahan jalan, hujan turun mencurah-curah membasahi Bumi. Hu3. :d

3 kali aku terpaksa berhenti. Mula-mula berhenti dekat-dekat dengan Mutiara Damansara. Kemudian dah reda sikit, aku redah jalan lagi. Mase tu hujan lagi la. Tapi tak lebat sangat la. Tapi basah la jugak aku masa tu dengan sejuk angin nye lagi. :-ss

Then bila sampai dekat Damansara, hujan turun lebat. Terpaksa aku berhenti dekat fly-over dekat-dekat Manjalara, Damansara tu. Jalan kat situ jadi jem giler coz moto banyak giler yang berhenti kat bawah fly-over tu. Dari 3 lane terus jadi 2 lane. Dah la time tu tengah high peak. For sure jem punye kan. #-o

Dan akhir sekali aku berhenti sebab hujan masa tu dekat-dekat dengan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur. Berhenti lagi aku kat situ. Ada la dalam 10 minit kesejukan di samping bertemankan dengan 3 orang brader yang turut berteduh kat Bus Stop tu. ~o)

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, akhirnya, aku selamat sampai di tempat kerja. Alhamdulillah… Habis basah seluar jeans aku. Baju aku tak basah sangat coz aku pakai sweater yang kurang kalis air. Tetapi…aku sejuk sangat coz dalam office tu budak-budak ni pasang air-cond. Layankan ajer… [-( [tags]latihan industri, mercumaya[/tags]

Ebi AF5 – Sinar Cinta

28.05.2007 // Leave a Comment

Lagu: M.Nasir (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)
Lirik: Loloq (Luncai Emas Publishing Sdn Bhd)

Andainya malam ini
Kau lihat bulan
Tentu kau dapat perasaan cahayanya
Tak seperti semalam

Kau kan tertanya
Mengapakah begitu

Sedangkan
Dah pun kutemu
Apa jawapan yang tersirat

Sesungguhnya sinar kau terasa
Hilang hanyalah cinta

Cinta kita yang dah sebati
Kita kan dah terbiasa

Sehingga kita jadi lupa
Siapa kasih di depan mata
Yang setia

Kita lupa
Kita saling perlu memerlukan
Sedangkan
Tak pernah lupa padanya

Baca selanjutnya…

Bosan tanpa Akademi Fantasia

26.05.2007 // 7 Comments

Uwaaa… Sungguh bosan aku pada malam Sabtu macam ni sebab dah takde dah konsert Akademi Fantasia.

Seperti yang korang semua tahu, Akademi Fantasia musim ke 5 sudah pun berakhir. Tetapi masih ada lagi manusia-manusia yang inginkan Akademi Fantasia pada setiap hujung minggu. Mungkin sebab dah terbiasa setiap hujung minggu mesti duduk depan tv tengok Akademi Fantasia menyebabkan mereka tidak dapat melupakan rancangan tv itu.

Akademi Fantasia untuk musim kali ini telah dimenangi oleh gadis kecil molek yang bernama Mila (baca tentang Mila ). Mila yang berasal dari Bayan Lepas (dekat kampung aku ni :d ), Pulau Pinang dan yang berusia 20 tahun (sebaya dengan aku ni :d ) merupakan pelajar perempuan pertama yang menjuarai Akademi Fantasia.

Mila telah menyanyikan dua buah lagu, Persis Mutiara dan Cinta Pura-Pura telah berjaya memikat penonton dan juga pengkritik sehinggakan beliau berjaya berada di tempat teratas. Walaupun sakit tekak dan selsema, Mila masih mampu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminatnya. Setelah pelbagai cabaran dan kritikan diterima, Mila akhirnya telah membuktikan bahawa dirinya mampu berjaya seperti orang lain.

Tahniah Mila!!! ๐Ÿ™‚

Cypher: Ada tak sape-sape yang ada ubat untuk demam AF ni? Hu3. Bosan pulak aku tengok APM kat Astro Ria skang ni.

Dairi LI Day 17 – Berhenti! Road Block!

25.05.2007 // 4 Comments

Hari ini En Mizan tak datang. So kitorang pun melangut la dekat office tu duk main internet. Hu3. Dari pagi sampai ke petang, tu la keje kitorang. Dah takde keje nak buatkan… ๐Ÿ˜‰

Tapi…petang tadi masa aku on the way nak balik rumah, jalan yang aku selalu lalu tu tibe-tibe jam giler. Aku ingatkan ada excident ke ape ke. Rupa-rupanya “Polis sentri, one two jaga. Polis mati, pencuri jaga.” ada kat situ. =)) Dorang buat road block. Habis jalan dari 3 lane jadi satu lane je. Mana tak jem jalan. Ish3.

Tapi “Polis sentri, one two jaga. Polis mati, pencuri jaga.” ni just tahan moto je. Aku tak tahu la apsal. Tak sempat nak interview brader polis yang tahan aku tu. Maybe sebab ada orang curi moto kot. Entah ler…

Btw aku nyer lesen dah competent. So takyah la letak sticker P. Tapi kat moto aku tu ada sticker P aku yang dulu coz aku malas nak cabut buang. Then polis tu tanya.

“Ni nape ada sticker P ni, kat lesen takde?”

Buduh ke ape polis ni? Dah competent nak ada P buat apa kat lesen tu. Tanya aku dalam hati.

“Adik saya pun gune jugak moto ni”, jawab aku dengan selambe.

Selepas die check IC, road-tax ngan lesen, die cakap ni kat aku.

“Terima kasih bang.”

“Sama-sama dik”, jawab aku dalam hati lagi.

“Ok”, jawab aku pada brader polis tu. Hu3.

Aduhai…nape la korang boleh buat road block time-time macam ni. Korang tahu tak betapa panjangnye jem tu. Ish3. [tags]latihan industri[/tags]

Aswad AF5 – Bila Mati Cinta Terhenti

25.05.2007 // 6 Comments

Lagu: Razman Riza
Lirik: Mukhlis Nor

Rangkap pertama:
Cinta dari pilihan yang diragukan
Digali pilihan yang diragukan
Tidak ada kiranya menjalar di dada dendam
Sinar nyala tiada
Bila mati cinta terhenti
Pada lara

Rangkap kedua:
Di genggaman kini tangan direnggang
Ku sedari pilihan yang diragukan
Tidak ada kiranya menjalar di dada dendam
Bila mati cinta terhenti

Korus:
Budi dalam gembira ada
Curi jalan yang di minda
Duri dalam sendi pudar daripada hati, pada harga
Budi dalam gembira ada
Curi jalan yang diredha
Duri dalam sendi pudar daripada hati dan harganya

Solo gitar:

Korus kedua:
Budi dalam gembira ada
Curi jalan yang di minda
Duri dalam sendi pudar daripada ragam bahasanya
Budi dalam gembira ada
Curi jalan yang diredha
Duri dalam sendi pudar daripada rasa bahasanya

Rangkap ketiga:
Ku sedari tulisan yang diragakan
Tumpah darah pilihan antara resah
Tidak ada kiranya menjalar di dada yang jahat
Sinar nyala tiada
Bila mati cinta terhenti

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in