Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Bosan tanpa Akademi Fantasia

26.05.2007 // 7 Comments

Uwaaa… Sungguh bosan aku pada malam Sabtu macam ni sebab dah takde dah konsert Akademi Fantasia.

Seperti yang korang semua tahu, Akademi Fantasia musim ke 5 sudah pun berakhir. Tetapi masih ada lagi manusia-manusia yang inginkan Akademi Fantasia pada setiap hujung minggu. Mungkin sebab dah terbiasa setiap hujung minggu mesti duduk depan tv tengok Akademi Fantasia menyebabkan mereka tidak dapat melupakan rancangan tv itu.

Akademi Fantasia untuk musim kali ini telah dimenangi oleh gadis kecil molek yang bernama Mila (baca tentang Mila ). Mila yang berasal dari Bayan Lepas (dekat kampung aku ni :d ), Pulau Pinang dan yang berusia 20 tahun (sebaya dengan aku ni :d ) merupakan pelajar perempuan pertama yang menjuarai Akademi Fantasia.

Mila telah menyanyikan dua buah lagu, Persis Mutiara dan Cinta Pura-Pura telah berjaya memikat penonton dan juga pengkritik sehinggakan beliau berjaya berada di tempat teratas. Walaupun sakit tekak dan selsema, Mila masih mampu memberikan yang terbaik untuk peminat-peminatnya. Setelah pelbagai cabaran dan kritikan diterima, Mila akhirnya telah membuktikan bahawa dirinya mampu berjaya seperti orang lain.

Tahniah Mila!!! 🙂

Cypher: Ada tak sape-sape yang ada ubat untuk demam AF ni? Hu3. Bosan pulak aku tengok APM kat Astro Ria skang ni.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Dairi LI Day 17 – Berhenti! Road Block!
Ebi AF5 – Sinar Cinta »

Comments

  1. gie says

    27.05.2007 at 12:29 pm

    sebaya milah…biar betol… 😮

    Reply
  2. CypherHackz says

    28.05.2007 at 11:57 am

    ye dowh… aku sebaya mila… tapi aku tua lagi la. die bulan 12. aku bulan 2. ;))

    Reply
  3. sayang abang.. =) says

    28.05.2007 at 12:25 pm

    mila je………………………………… :-w

    Reply
  4. madnilk says

    28.05.2007 at 8:33 pm

    sy tak pernah terasa kehilangan AF sebab saya tak suka sgt tgk realiti tv tuh… anyhow cian ko yerk cypherhack

    Reply
  5. CypherHackz says

    30.05.2007 at 10:46 am

    [Comment ID #6990 Will Be Quoted Here]

    ihiks! hehehehe… :”>

    [Comment ID #6998 Will Be Quoted Here]

    he3. nape ye?

    Reply
  6. manchurr says

    30.05.2007 at 12:01 pm

    aku pun mcm ko gak cyberhackz huhuhu bosan la mlm sabtu.. tidak leh tgk af.. tgk mila.. :”>

    Reply
  7. CypherHackz says

    30.05.2007 at 11:29 pm

    he3. so kau hujung minggu kau buat ape je man?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in