Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 18 – Hujan berhenti 3 kali

28.05.2007 // 3 Comments

Minggu ni merupakan minggu yang ke-5 aku di Mercumaya. Sedar tak sedar dah 5 minggu ek aku kat situ. Tapi apa je yang aku buat kat sana? Entah ler… Hu3.

Ha…korang ada baca tak title untuk entri kali ini? Hujan berhenti 3 kali. Hurm…kenapa hujan berhenti 3 kali ye? Korang rasa apa ye? 😕

Sebenarnye bukan hujan yang berhenti 3 kali tetapi aku yang terpaksa berhenti 3 kali coz hujan masa nak gi keje pagi tadi. Sebelum nak gi keje tu hari dah mendung dah. Aku ingat sempat sampai office. Tengok2 tak sempat. Dekat pertengahan jalan, hujan turun mencurah-curah membasahi Bumi. Hu3. :d

3 kali aku terpaksa berhenti. Mula-mula berhenti dekat-dekat dengan Mutiara Damansara. Kemudian dah reda sikit, aku redah jalan lagi. Mase tu hujan lagi la. Tapi tak lebat sangat la. Tapi basah la jugak aku masa tu dengan sejuk angin nye lagi. :-ss

Then bila sampai dekat Damansara, hujan turun lebat. Terpaksa aku berhenti dekat fly-over dekat-dekat Manjalara, Damansara tu. Jalan kat situ jadi jem giler coz moto banyak giler yang berhenti kat bawah fly-over tu. Dari 3 lane terus jadi 2 lane. Dah la time tu tengah high peak. For sure jem punye kan. #-o

Dan akhir sekali aku berhenti sebab hujan masa tu dekat-dekat dengan Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur. Berhenti lagi aku kat situ. Ada la dalam 10 minit kesejukan di samping bertemankan dengan 3 orang brader yang turut berteduh kat Bus Stop tu. ~o)

Dalam pukul 10.30 pagi macam tu, akhirnya, aku selamat sampai di tempat kerja. Alhamdulillah… Habis basah seluar jeans aku. Baju aku tak basah sangat coz aku pakai sweater yang kurang kalis air. Tetapi…aku sejuk sangat coz dalam office tu budak-budak ni pasang air-cond. Layankan ajer… [-( [tags]latihan industri, mercumaya[/tags]

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ebi AF5 – Sinar Cinta
Bagaimana melanggan RSS Feed? »

Comments

  1. Fahmishah says

    29.05.2007 at 8:21 am

    lain kali naik helikopter lar…hahahaha

    Reply
  2. adib. says

    29.05.2007 at 5:06 pm

    ha….tunggu ape lg…kawen laa cpt2 pas2 bli laa kete :d/

    Reply
  3. CypherHackz says

    29.05.2007 at 9:21 pm

    [Comment ID #7013 Will Be Quoted Here]

    helikopter pun tak boleh gak. tempias kene hujan. hu3.

    [Comment ID #7018 Will Be Quoted Here]

    hak3. nak beli kete pun tak mampu. ni kan pulak nak kawen. isk3.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in