Sudah lama aku tidak menonton wayang sejak habis belajar di UTM tu. So pada hari Sabtu yang lalu, aku telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan family aku untuk pergi menonton wayang. Cerita yang kitorang pilih adalah Wanted.

Wanted mengisahkan seorang lelaki yang tidak mengetahui bahawa ayah dia merupakan seorang pembunuh upahan yang handal. Dia pun tidak tahu yang dia juga mewarisi kuasa seperti ayah dia yang boleh mengawal degupan jantung sehingga 400 degupan seminit. Dengan degupan jantung yang selaju itu, dia dapat bertindak dengan pantas dan cepat.
Kalau korang suka menonton cerita-cerita mengenai pembunuh upahan seperti cerita Hitman dan seangkatan dengannya, korang juga mesti berminat untuk menonton cerita seperti ini. Pelakon utama dia bukanlah Angelina Jolie walaupun dalam trailer cerita tu, asyik menayangkan Angelina Jolie je.
Yang best dalam cerita ini adalah aksi tembak menembak. Lagi-lagi semasa si Wesley nih tembak dengan cara yang unik sampai peluru tu boleh curve. Entah macam mana dia buat, aku pun tak pasti. Tetapi memang best la part tembak-tembak tu.
Untuk cerita Wanted ni, aku bagi 4/5 bintang untuk cerita ini dan status Wajib Tonton.


