Bagi kepada mereka-mereka yang tegar dalam blogging, aku sarankan korang menggunakan BlogDesk sebagai blog client korang. Dengan BlogDesk, korang akan lebih senang untuk mengupdate blog korang itu. Aku sudah lebih 3 tahun menggunakan BlogDesk. Sudah banyak blogging client yang aku dah cuba dan BlogDesk lah blogging client yang terbaik dan sesuai untuk blogger seperti korang semua.
Kenapa BlogDesk?
BlogDesk adalah percuma. Memang aku tahu ramai di antara kita suka pada benda-benda yang percuma ini. Dan jangan terpengaruh dengan anggapan barang-barang yang percuma selalunya kualiti dia tidak memuaskan. BlogDesk sangat-sangat berbeza. Walaupun ianya percuma, tetapi function yang disediakan oleh BlogDesk memang menepati cita rasa seorang blogger.

Interfacenya yang ringkas dan mudah dicapai dengan hanya satu klik sahaja, memang amat memudahkan kerja seorang blogger. Kalau tak, takkan la sampai 3 tahun aku masih menggunakan BlogDesk ni. Tak gitu?
Selain daripada itu, BlogDesk sangat compatible dengan semua blog engine yang ada di dunia ini. Terutama sekali dengan WordPress. Kalau korang tidak menggunakan WordPress pun, korang still boleh gunakan BlogDesk untuk blog korang di Blogspot.


