Bagi kepada mereka-mereka yang tegar dalam blogging, aku sarankan korang menggunakan BlogDesk sebagai blog client korang. Dengan BlogDesk, korang akan lebih senang untuk mengupdate blog korang itu. Aku sudah lebih 3 tahun menggunakan BlogDesk. Sudah banyak blogging client yang aku dah cuba dan BlogDesk lah blogging client yang terbaik dan sesuai untuk blogger seperti korang semua.
Kenapa BlogDesk?
BlogDesk adalah percuma. Memang aku tahu ramai di antara kita suka pada benda-benda yang percuma ini. Dan jangan terpengaruh dengan anggapan barang-barang yang percuma selalunya kualiti dia tidak memuaskan. BlogDesk sangat-sangat berbeza. Walaupun ianya percuma, tetapi function yang disediakan oleh BlogDesk memang menepati cita rasa seorang blogger.
Interfacenya yang ringkas dan mudah dicapai dengan hanya satu klik sahaja, memang amat memudahkan kerja seorang blogger. Kalau tak, takkan la sampai 3 tahun aku masih menggunakan BlogDesk ni. Tak gitu?
Selain daripada itu, BlogDesk sangat compatible dengan semua blog engine yang ada di dunia ini. Terutama sekali dengan WordPress. Kalau korang tidak menggunakan WordPress pun, korang still boleh gunakan BlogDesk untuk blog korang di Blogspot.
Support Multiple Blog
Kalau korang mempunyai banyak blog, BlogDesk juga boleh support multiple blog account. Korang lihat list blog yang ada dalam gambar di atas. Korang just tick dekat blog mana korang nak publish dan pilih ketegori untuk entri korang itu. Sangat mudah. Betul seperti apa yang aku katakan tadi. Dengan satu klik sahaja.
Dari BlogDesk juga korang boleh set samada nak allow komen dan juga allow ping. Korang juga boleh set tarikh dan masa untuk post korang itu. Nak send trackbacks pun boleh. Segalanya dalam satu interface sahaja.
Nak bold, italic, underline, strike, font colour, background colour, semuanya ada dekat bahagian toolbar di atas tu. Nak insert gambar, nak buat hyperlink, semuanya telah tersedia. Bullet list dan numbering list pun ada. Tak perlu la korang nak risau pasal keefisyenan BlogDesk ini.
Masalah dengan BlogDesk?
Sekiranya korang ada masalah dengan BlogDesk, korang boleh tanya aku. InsyaAllah, dengan pengalaman selama 3 tahun menggunakan BlogDesk ini, aku akan cuba menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dengan sebaiknya.
So, apa tunggu lagi. Download la BlogDesk sekarang. Dan buat review mengenainya supaya lebih ramai blogger di Malaysia tahu mengenai BlogDesk.
aku cuba guna live writer tp aku rasa macam tahi. aku cuba lak software yg ko rekemen ni
Live Writer memang tak best. Aku dah try dah dulu. Test sekejap je then aku buang terus.
haha… aku baru tau..
thanks..
:d
bagus jugak aplikasi ni.. tapi aku lebih yakin menulis dari dalam panel wordpress sendiri =|
Better kau try bro BlogDesk ni. Kalau tak cuba, tak tahu. ๐
BlogDesk ni boleh pasang pada thumbdrive tak? Atau ada yang versi boleh di masukkan ke thumbdrive? Time kaseh.:d
Ada tak tutorial dalam Bahasa Melayu untuk set up BlogDesk ni untuk guna Blogspot. Kalau ada minta jasa baik tolong tunjukkan ataupun pautannya untuk saya lihat. Terima kasih.
waa…
best ye..
wa baru tau,..
toche2 abg hack..
aku pong nak try gak la..thanks abg hack ngan abg BI..ngeh3 :d
Dah lama download blogdesk ni, tp jarang guna.. nanti nak guna balik la… hehe
Selamat berpuasa. :d
:)>-
hahahah aku bru je tau psal niw:d
Er.. apa bezanya kalau kita tulis at dashboard kita n blogdesk ni?
sorry.. tak berapa fahamlah..
baru tau ttg ni. hehehe. dapatla buat entri dulu dan tak takut kalau takder internet nanti tak gitu ke?
Ko pon baru tau ke taukey? Aku pon sama.. ๐
Aku pon sama.. memang kena try.. Aku blog 2 3 je.
Taukey &aeropama–> blog korang ribu2 kn?
Nak tanye… untuk blogspot camne nak setting?
Entry point die camner? TQ :d
[Comment ID #30826 Will Be Quoted Here]
Dengan BlogDesk, kita boleh tulis secara offline. Maksudnya, kita tak perlu nak connect PC kita ke internet semasa kita menulis tu. Then, bila nak Publish, baru kita nak connect. So dengan cara ini kita akan lebih mudah untuk mengarang artikel untuk blog kita.
[Comment ID #30952 Will Be Quoted Here]
Semuanya dah ada dalam BlogDesk ni. Just pilih platform apa yang korang gunakan. Nanti BlogDesk akan cari port dia.
[Comment ID #30961 Will Be Quoted Here]
TAK DE LA.. TAKDE PLATFORM UNTUK BLOGGER..
teringat aku time syaiful intro benda ni kat aku beberapa tahun lepas… hehehe… sejak tu, blogdesk ni tak pernah lekang dari pc aku sejak dari tu… ๐
wow.. baru aku tau ada juga software camni ๐ฎ
thanks for info ๐ก
salam aidilfitri
aiseh…aku dulu pakai wordpress. sekarang pakai Joomla. ko ada rekemen apa2 tak software klien utk joomla?
Aku sedang cube Livewriter sejak 3 bulan lalu. Best je aku pakai. Belom try lagi blogdesk ni. Nampak mcm cool, tp belum cuba belum tau.
Antare masalah2 external writer ni, susah nak upload pics, video dan mp3. balik2 kene masuk dalam wysiwg editor. 2 kali keje tu.
:)>- thank for the software bro.. Nice info..
Untuk mac tiada yang sesuai dengan joomla .
cis.
Ada jgk software spt ini yer. 1st time aku jumpa.
awang-veteran blog? mungkin. Sedari 2001 menggunakan livejournal.com (ada juga software memudahkan untuk posting).
Saya tinggalkan url saya untuk diintai dan dibaca. Moga ada ilmu, hiburan dan nilai sejarah boleh dikongsi.
http://daerahdungun.blogspot.com
huhuhu.. bagus sangat la software camni..
tak terfikir lak ada software untuk mudahkan tulis blog..
tak la perlu buka browser, nak tunggu load.. huh..
baru tau.. baru tau.. bleh la cadang kat kawan2 yg aktif blog, guna software ni lebih byk lg la posting..
tp, nak tanya, kalau cam mic outlook, time kita taip emel, tiba2 takda internet akses, tp kita taip jugak, bila habis taip kita send, emel tu akan disimpan .. tp bila ada internet balik, emel tu akan automatik send.
ada dak function tu kat blogdesk.. tanya ja la.. sbb sy tak try guna lg..?
BlogDesk tak support feature tu. Tapi kita boleh save artikel yang kita dah write tu. Then bila kita ada internet connection, boleh click Publish and then dia akan terus publish dekat website kita.
kene cuba jgak ni… :”>
saya dah pakai software nie…mantap..best giler…lol
Nampak macam bagus je software ni.
Mudah tak perlu merumitkan kerja time nak
buat posting.
Kena cuba juga ni.
Thanks for sharing ๐
salam kenal…
kalo nk save kena pakai format apa ekh? bila dah save aq x leh nk buka utk publish
satu je kelemahan yg ketara guna blogdesk nie.. iaitu x leh support blogger.. bro, aq guna blogger.. mcmana nie??