Bukan aku nak kata yang aku bias atau pun tidak tetapi memang aku sangat-sangat merekemen untuk para blogger yang baru menggunakan sistem enjin WordPress. Ada beberapa sebab kenapa korang perlu menggunakan WordPress. Di antaranya adalah…
Percuma
Sudah pasti WordPress merupakan sistem blog yang percuma. Kalau tidak, masakan aku dapat menggunakan WordPress pada kesemua blog yang aku ada? Team WordPress tidak mengenakan sebarang bayaran pun pada mereka yang menggunakannya. Ini kerana mereka pun bloggers seperti kita. Jadi, mereka pun ingin berkongsikan platform yang mereka gunakan kepada kita semua supaya dunia blog ini tidak hanya dimiliki oleh mereka seorang sahaja.
Banyak Themes
Salah satu asset yang menarik dalam WordPress adalah ia mempunyai pelbagai themes yang boleh korang gunakan. Sekarang ini, banyak website yang menyediakan gallery untuk memilih dan mendownload theme yang cantik-cantik dan memang menarik digunakan. Dah tu pulak, ianya percuma lagik. Selain daripada itu, kaedah untuk membuat theme WordPress tidaklah sukar. Aku sudah buat beberapa themes untuk WordPress. Themes blog yang korang sedang tengok ni pun dibuat oleh aku sendiri.
Banyak Plugins
Bagi kepada mereka yang suka modified WordPress, korang mempunyai banyak pilihan plugins yang boleh korang gunakan. Apa sahaja yang korang inginkan, akan tersedia plugins itu. Plugin-plugin ini dibuat oleh para pengguna WordPress itu sendiri bagi menambahbaikkan penggunaan WordPress dorang. Dan mereka tidak lokek. Mereka kongsikan plugins yang mereka buat itu dengan kita semua. Aku pun ada juga koleksi plugins yang aku dibuat oleh aku sendiri. Korang boleh gunakan sekiranya korang mahu.
Interface yang User Friendly
Interface yang digunakan pada WordPress amat user friendly. Segalanya mudah dicapai dengan beberapa click sahaja. Untuk posting pun, sudah tersedia WYSIWYG di atas editor tersebut. Korang just perlu mengarang artikel korang dan klik Publish. Untuk sistem komen pun lebih mudah. Segala form telah tersedia untuk pelawat memberikan komen mereka. Tidak perlu klik pada link atau mengisikan butiran-butiran yang tidak perlu untuk memberikan komen. Segalanya mudah!
Pantas dan Laju
Bagi aku, sistem WordPress adalah laju dan pantas. Architecture yang Team WordPress bina amat mempelihara prestasi sistem mereka. Jika tidak, korang terpaksalah menunggu beberapa minit untuk load sesebuah website ataupun ketika memberikan komen. Tetapi diingatkan, ia juga bergantung pada server yang korang gunakan. Sekiranya server yang digunakan memang server yang low quality, memang lambatlah segala apa yang WordPress ingin laksanakan.
WordPress Support
Sekiranya korang mempunyai masalah dengan WordPress, WordPress mempunyai komuniti yang akan membantu korang. Korang just nyatakan masalah yang berkaitan dengan WordPress dan komuniti akan cuba membantu menyelesaikan masalah korang itu. Setakat ini, masalah-masalah yang aku hadapi sudah selesai dengan bantuan komuniti WordPress. Terima kasih pada dorang. Mereka sangat membantu, lagi-lagi pada blogger-blogger yang baru.
Jadi, sebagai kesimpulan, sekiranya korang ingin berblog, gunakanlah WordPress. Ramai blogger-blogger yang aku kenal di Malaysia menggunakan WordPress. Kalau korang still tidak percaya dengan kata-kata aku ini, korang boleh tanya pada dorang kenapa dorang menggunakan WordPress. Aku rasa, dorang pun akan memberikan jawapan yang sama seperti yang aku nyatakan di atas.
setuju… seblom ni penah guna macam platform, blogger, b2revolution dll. tp wordpress gak paling best and paling convenient..:d
Themes sekarang making merapek, so kena gak design your own now…
rem to install the auto update bro.
azrin @ http://www.zyraz.com
sangat setuju…
aku mula berblog terus guna wp dan terus jatuh cinta..
tanak carik lain.. hehe…
:x:x
setuju eheh.
erk masih belum expert nak bikin theme sendiri huhu.
mula2 emptyspace yang suruh aku guna wordpress…sampai skang aku guna wordpress..dari wordpress.com sampai wordpress.org
Nice blog theme :d
pengguna kipas susah mati blogspot tetap akan guna blogspot.. satu sebab walaupun wordpress mudah, tp blogspot bleh masuk code macam2.. wordpress.com takleh.. kecuali hosting sneiri..
nnt pengguna blogspot akan berubah.. :)>-