Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Giler Domain

06.11.2007 // 9 Comments

Giler domain, mungkinkah aku salah seorang daripadanya?

Sebenarnya, aku baru sahaja mendaftarkan satu lagi domain untuk website baru aku. Just suka-suka untuk membuat blog lagi satu. Kirenye website baru ini merupakan website ke-5 aku. Banyak jugak website aku ni. Tapi tak tahu dapat update kesemuanya ke tidak. Jangan terbengkalai semua kerja sudah la.

My NSeries Blog, merupakan sebuah website yang fokus kepada hanset NSeries. Segala tips, isu terbaru dan segala yang berkaitan dengan NSeries akan aku muatkan dalamnya.

Pada mulanya, sebelulm aku decide nak beli domain ni, aku ingat just nak buat website yang focus pada hanset N73 je sebab aku gune hanset tu. Tapi bile dipikir-pikirkan balik, kang nanti akan berlaku mind-block. Aku takde idea pulak nak tulis apa kalau scope website aku kecil. Disebabkan itu aku membeli domain www.mynesriesblog.com ni. Kalau tak aku akan membeli domain www.n73insider.com ni ha. Ho3.

Bagaimana timbulnya idea untuk blog pasal NSeries ni? Semuanye bermula apabila aku membeli hanset N73 Music Edition. Aku belum cerita pada korang lagi kan hanset baru aku ni? Entri mengenai die dah siap dah cume aku belum amik gambar je lagi. Nanti bile aku dah amik gambar, aku akan publish entri tu. Ok? Worait…

Minat aku yang mendalam terhadap hanset N73 telah menyebabkan aku teringin sangat untuk membuat website khas pasal N73 ni. Tapi setelah berbincang dan meminta pendapat dari si Dia (siapa lagi, awek aku la…) dan kawan-kawan aku, akhirnya aku memilih untuk membuat website yang menceritakan mengenai NSeries.

Mungkin ada dikalangan korang yang akan bertanya, “Kan dah ada website macam ni kat luar, kenapa nak buat website macam ni lagi?” Helo brader, aku buat website sebab aku suka. Suka berkongsi dengan orang apa yang aku peroleh. Segala bende terbaru, artikel, isu dan segalanya yang aku dapat, yang aku peroleh, akkan aku kongsikan.

Selain daripada itu, bile lagi orang Malaysia atau lebih spesifik lagi, orang Melayu nak memulakan sesuatu? Kalau hanya sekadar cakap tapi tak buat, tak gune jugak bukan? Lagipun, aku belum jumpa lagi orang Malaysia atau orang Melayu yang buat website yang fokus kepada NSeries ni. Kalau ada, salam perkenalan dari aku dan sila berikan tunjuk ajar.

Walaupun aku sudah dua tahun dalam dunia blogging, tetapi bagi aku, aku rasa ianya masih baru. Masih banyak yang perlu aku belajar. Bukan sahaja dari segi bahasa Inggeris aku yang tah apa-apa, tetapi juga kepada cara untuk aku berinteraksi dengan pelawat dan orang yang memberikan komen di website aku.

Jap, jap, jap. Tujuan sebenar aku just nak bagitahu pasal website baru ni je. Tapi ni dah marata-rata jalan sampai entah ke mana-mana entah. Hu3. Walaubagaimanapun, website My NSeries Blog itu belum lagi siap. Aku just daftarkan dulu domain tersebut. Nanti bile dah siap, aku akan announce lagi kat website ni. Buat masa sekarang ni, theme yang akan aku gunekan adala K2. Dah lama dah sebenarnye nak merasa gune K2 ni. Mungkin theme khas untuk My NSeries Blog ni, akan berdasarkan pada K2. Mungkinkah?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Saiful Apek – Aspalela
My Name Is Earl – Season 3 »

Comments

  1. emptyspace says

    06.11.2007 at 1:27 am

    domain dah naik harga.. T_T
    baru nak beli lagi tiga.. tp beli domain mmg best

    Reply
  2. Azhar Ahmad says

    06.11.2007 at 5:29 am

    Takpe owang banyak duit leh la bli domain byk2

    Reply
  3. CypherHackz says

    06.11.2007 at 7:33 am

    emptyspace – Naik ke? Aku rasa sama je. Musykil pulak aku. Tapi memang aku ada dengar yang harga naik. Tapi aku beli dengan harga yang sama. :d

    Azhar Ahmad – Banyak la sangat… Ni pun aku tengah kumpul duit dari duit-duit yang aku dapat dari hasil penulisan aku di blog2 aku. Hu3. Kau takkan tak dapat duit langsung Har? Website kau bukan ramai orang masuk ke?

    Reply
  4. catzer says

    19.11.2007 at 6:02 pm

    gilos domain takpe, jgn kau gile yg lain sudah..aku pun ada masa begitu gak..:d

    Reply
  5. CypherHackz says

    19.11.2007 at 6:59 pm

    hu3. jangan brader. jangan. jangan pikir sebegitu sekali. nanti sape la yang nak jaga website2 aku ni. krurrr… krrrurr…

    Reply
  6. madnilk says

    03.12.2007 at 8:28 pm

    keh3 gila domain…. 😛

    nampak gaya tak terkejar ler aku dgn ko syper sebab setakat nih aku cuma ader 2 domain jerk – [madnilk] + verov (yang nih tgh dalam perangkaan projek 2008 keatas).

    seronok tgk korang setiap masa ader jerk idea dan domain2 baru, nice and niche!!

    aku akan berusaha untuk kerjar korang dan berada dalam kelompok yang sama!! amin…

    Reply
  7. CypherHackz says

    03.12.2007 at 8:52 pm

    hua3. website lagi satu tu kau nak buat ape madnilk? nanti inform2 la pada aku. leh aku gi usha2 nanti. :d

    Reply

Trackbacks

  1. Domain Aku Beranak-pinak di BlogAku.Net says:
    15.12.2007 at 10:19 pm

    […] ada baca entri aku terdahulu pasal aku Giler Domain? Ya, aku sekarang ni tengah mendevelop satu project lagi baru. Project yang aku buat sebagai […]

    Reply
  2. Beli Domain Lagi di BlogAku.Net says:
    02.12.2008 at 8:07 pm

    […] aku pernah menceritakan mengenai diri aku yang gila pada domain. Sudah sekian lama tabiat untuk beli domain itu terhenti, akhirnya perasaan untuk membeli domain […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in