Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Dairi LI Day 44 – SEOkan Website

03.07.2007 // 1 Comment

Untuk tugasan pada hari ini, aku telah diminta oleh En Mizan untuk menSEOkan website dorang. Bukan website yang sekarang ni. Tetapi website yang akan dilancarkan tidak berapa lama lagi. Website itu mempunyai interface yang futuristik . Korang mesti cakap, “Uwaaa…” punya. Tak caya, korang tunggu je lah nanti.

Kerja-kerja untuk menSEOkan website ini memang tak terkandung dalam pelajaran aku di dalam kelas. Jurusan computer engineering dengan mengoptimizekan website memang dua dunia yang berbeza. Tetapi kenapa aku boleh menSEOkan website? Semuanye dari pengalaman.

Pengalaman merupakan guru kita yang sebenarnya. Dengan pengalaman dalam mengendalikan empat buah website dan mengoptimizekan keempat-empat website ini memudahkan aku bagaimana untuk menaikkan website Malaysia Web Hosting ini dalam search engine. Caranya tidak boleh aku kongsikan di sini kerana tidak sesuai untuk diberitahu. Aku akan buat entri khusus untuk bagaimana korang boleh mengoptimizekan website korang.

Kembali semula kepada cerita terhadap website Mercumaya ini. Tidak lama lagi, En Mizan akan melancarkan layout baru untuk website ini. Dan aku sangat-sangat tidak sabar untuk melihat bagaimana prestasi website yang aku telah optimizekan ini. Walaupun ianya tidak valid XHTML & CSS (sebab bukan aku yang coding dari scratch, kalau tidak memang valid dah), menyukarkan aku untuk mentiptopkan website tu ke maksimum.

Pepehal pun, korang tunggu jelah layout terbaru serta package-package hosting yang gempak punya. Package macam mana? Akan aku ceritakan pada entri akan datang. Tunggu…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Dairi LI Day 43 – Transformers
Dairi LI Day 45 – Pakej hosting murah!!! »

Comments

  1. Fahmishah says

    19.08.2007 at 4:23 pm

    haaaa..ko pakai hosting pe sekarang?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in