Even aku buat tajuk Transformers untuk Dairi LI aku, bukannyer bermaksud yang aku skip kerja and gi tengok wayang. Tetapi aku nak review pasal Transformers yang aku tonton bersama-sama dengan Ikram dan juga Taufik. Dorang berdua ni merupakan pelajar UTM yang satu kolej dengan aku dan skang tengah buat praktikal seperti aku. Hu3.
Kitorang tonton cite Transformers pada hari Sabtu bersamaan dengan 30 Jun 2007. Tempat yang kitorang target adalah, Times Square. Kitorang sampai Times Square pukul 11 pagi tapi wayang start pukul 9.30 malam. Bosan gile kitorang tunggu kat Times Square tu. Tu pun nasib baik si Taufik nak beli anset baru. So jenjalan la kitorang kat Low Yat ngan Sungai Wang tu. Tu pun still bosan lagi nak tunggu selama 10 jam kat KL nih.
Apa macam? Smart tak anset nih?
Setelah berjanggut tunggu, akhirnya 9.15 pm kitorang dah tunggu depan panggung. Tak sabar ni nak masuk ni. Ye la, dah tunggu punya lama. Musti la tak sabar nak masuk. Then bile masuk pulak, rupe-rupenye, seat kitorang tu terletak kat depaaaaaannnnnnn sekali. Kat tengah pulak tu. Tiket ni pun sebenarnye kitorang beli dari seorang brader yang tak jadi nak tengok cite tu. Maybe sebab seat die depan sangat kot. Dats why die jual kat kitorang. Nak tak nak, layankan ajer.
Bagi aku cite Transformers ni memang patut dan harus korang tengok. Tak nyesal even korang duduk kat seat depaaaaaaannnnnn sekali (terasa aku). Even gambar die kabur sikit and payah nak tengok, tapi kitorang sedikit puas. Dengan aksi yang pelbagai dan lawak yang riuh rendah panggung dibuatnye, cerita Transformers ni memang korang akan menyesal kalau tak tengok.
Mase tengah nak masuk panggung. Ish3.
Dalam banyak babak dalam cerita ini, aku paling tergelak masa geng Optimus Prime main nyuruk-nyuruk kat rumah si budak lelaki tu (aku lupe la nama die). Korang hingat badan korang kucik ke nak main nyuruk-nyuruk kat rumah orang? Kelakar gile masa tu. Badan dah la lebih besar dari rumah, tapi nak nyuruk takut dinampak oleh parents budak lelaki tu.
Selain part lawak, ada jugak part yang best di mana masa dorang tengah berlawan-lawan tu. Tapi yang peliknye, even robot-robot ni berat beribu-ribu tan, tapi masih tak effect apa-apa pada bangunan atau jambatan yang dorang pijak tu. Kadang-kadang ada la jugak kesannye, tetapi kebanyakannye takde. Pelik sungguh aku.
Overall, aku kasih 4.5 per 5 bintang bagi cerita Transformers ni. Kenapa tak full? Sebab aku duduk kat seat depan. Hak3. Mungkin aku akan tengok lagi cerita ni. Nak carik seat yang best sikit. Baru syok layan. Tak gitu?
sayang abang.. =) says
comel nye yg warne pink tu… 😡
amirez says
smart siot yg kaler hitam hp neh. adik akunyer kaler merah tp model lg 1
ZeMMs says
Biar btul ko.. aku tengok Transformers.. segala bende yg diorg pijak sumenye berbekas atau hancur terus.. jalan raya.. bangunan.. jambatan.. sume terjejas… agaknye ko tengok dekat sgt kot tu yg susah nak perasan tu.. huhuhu
manchurr says
huhuh tgk la lagi sekali wey.. kat IMAX ke.. RM15 je.. aku nak tgk kali ke-2 lak jumaat malam ni hehe..
novatech says
wes ko tak join MHS ke sem ni? ada berapa ribu junior sec? ke dah pupus?
** aku malas baca entry nanti spoil lak aku nak tgk transformer hahah! :)>-
CypherHackz says
[Comment ID #12036 Will Be Quoted Here]
warna merah la cayunk… :p
[Comment ID #12043 Will Be Quoted Here]
berapa ratus die beli?
[Comment ID #12144 Will Be Quoted Here]
ho3. perli nampak… ces! :-w
[Comment ID #12149 Will Be Quoted Here]
entah le. aku harap budak2 ni ada beli dvd die nanti. pirate!!!!
[Comment ID #12157 Will Be Quoted Here]
aku tak join. ada LI dowh. kau balik bile? aku sabtu nih.