Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Kini Menggunakan Genesis Framework

13.09.2011 // 14 Comments

blogaku-after
CypherFS-GenesisDSP yang dibangunkan untuk Genesis Framework

Alhamdulillah… Syukur kerana dengan izin-Nya, dapat juga saya menyiapkan child-theme blog ini untuk digunakan pada Genesis Framework. Tidak ada banyak perbezaan ketara yang dapat dilihat, tetapi bagi saya ianya adalah satu perkara yang menggembirakan apabila hajat yang disimpan selama ini untuk menggunakan Genesis Framework tercapai jua.

Genesis Framework

studiopress
Laman web StudioPress

Mungkin anda tertanya-tanya apakah Genesis Framework itu? Genesis Framework merupakan sebuah rangka yang dibangunkan oleh StudioPress untuk membentuk sebuah laman web yang unik dan menarik dengan WordPress. Apa yang perlu dibuat oleh seseorang pembangun laman web hanyalah merekabentuk child-theme yang akan digunakan pada Genesis Framework ini.

Selain daripada itu, Genesis Framework ini juga telah dioptimizekan untuk search engine. Dengan itu, anda tidak perlu bersusah payah untuk mengoptimizekan theme anda kerana rangkanya sendiri telah sedia dioptimizekan dan boleh terus digunakan.

Dalam analogi yang lain, bayangkan theme anda mempunyai rangka kereta Proton dan reka bentuknya adalah sebuah kereta Persona. Dengan menggunakan Genesis Framework, anda telah menggantikan rangka kereta tersebut dengan rangka yang lebih kukuh seperti kereta Mitsubishi walaupun reka bentuk luarannya masih tetap kelihatan sama, iaitu kereta Persona. Cuma yang membezakan adalah struktur atau rangka dalam (Genesis Framework) yang digunakan untuk membuat kereta (theme) tersebut.

Di antara blogger-blogger terkenal di luar sana yang menggunakan Genesis Framework ini adalah seperti Darren Rowse (Problogger), Brian Clark (Copyblogger) dan juga Chris Brogan.

CypherFS-GenesisDSP

blogaku-before
Theme CypherFS-DSP yang digunakan sebelum ini

Sebelum ini, laman web BlogAku.Net menggunakan theme CypherFS-DSP yang dibangunkan oleh saya sendiri pada tahun 2007 yang lalu. Namun begitu, selepas saya membeli Genesis Framework dari laman web StudioPress, saya mula membuat proses design semula bagi membolehkan theme yang lama itu digunakan di Genesis Framework ini.

Tutorial dan maklumat yang diperoleh dari laman web StudioPress sangat-sangat membantu dalam memahami struktur dan susunan bahagian dalam Genesis Framework. Daripada situlah saya mencuba dan membangunkan child-theme yang saya namakan sebagai CypherFS-GenesisDSP.

Ini baru satu theme yang telah berjaya saya siapkan. Masih ada beberapa lagi theme lain yang saya ingin tukarkan kepada Genesis Framework. Di antaranya adalah theme di blog CypherHackz.Net dan juga di Pengendali Blog.

Anda pula bagaimana? Tidak inginkah menggunakan Genesis Framework ini?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Bila Allah Menduga Kita
Mengapakah mata kita berair ketika menguap? »

Comments

  1. aman says

    13.09.2011 at 11:38 pm

    aku dapat rasa loading sekarang nie lagi pantas.

    Reply
    • CypherHackz says

      13.09.2011 at 11:46 pm

      Thanks Aman for the comment. Wah..kau orang pertama yang komen untuk theme baru ni. Bangga aku! ๐Ÿ™‚

  2. Jai says

    17.09.2011 at 11:49 am

    Tapi betullah, loading yang ni mmg laju..

    Err.. Child theme tu cemna nak buat?

    Reply
    • CypherHackz says

      24.09.2011 at 11:16 pm

      Untuk buat child theme Genesis, boleh refer pada laman web mereka di: http://dev.studiopress.com/

  3. neo says

    27.09.2011 at 1:36 pm

    cantik child theme ni – hijau dan minimal..bro guna child theme mana untuk customkan design ni

    Reply
    • CypherHackz says

      27.09.2011 at 10:50 pm

      Just guna theme yang lama tetapi convertkan dia kepada Genesis Framework based on Sample child theme. ๐Ÿ™‚

  4. nik says

    18.10.2011 at 11:48 am

    comel
    bos tanya sikit…kalau kita download @ http://www.studiopress.com/themes/sample

    masa nak install child theme kita perlu beli Genesis Framework ker? sebab dia ada tulis sana

    * Please note that the Sample child theme requires the Genesis Framework.
    bila klik Genesis Framework ada price lak..adus

    need help

    Reply
    • CypherHackz says

      18.10.2011 at 12:39 pm

      Yup, Genesis Framework perlu dibeli. ๐Ÿ™‚

    • nik says

      18.10.2011 at 1:54 pm

      adus…beli la plak…mahal ho tauke….masa awak beli lagy murah ker??

    • CypherHackz says

      18.10.2011 at 2:19 pm

      Tidak. Harga dia tetap sama dari dulu sampai sekarang. ๐Ÿ™‚

    • nik says

      18.10.2011 at 2:30 pm

      tq for the info bos

  5. atlantic city escorts says

    14.07.2013 at 1:34 pm

    Hello, i read your blog from time to time and i own a similar one and i was just curious if you get a lot of spam comments?
    If so how do you prevent it, any plugin or anything you can advise?

    I get so much lately it’s driving me crazy so any support is very much appreciated.

    Reply
  6. westchester escorts says

    24.07.2013 at 4:01 pm

    Hello there, I found your website by the use of Google even as looking for
    a comparable matter, your site got here up, it appears
    to be like good. I’ve bookmarked it in my google bookmarks.
    Hello there, simply was alert to your blog through Google, and located that it’s really informative.
    I’m going to watch out for brussels. I will appreciate if you happen to proceed this in future. Numerous folks will likely be benefited from your writing. Cheers!

    Reply
  7. rozitalib says

    01.04.2015 at 9:55 pm

    salam tuan…sy ada beli genesis framework… dah pasang kat blog…leh tgk kat blog sy… nak tanya… kena beli genesis framework dulu ke beru beli theme2 yang lain..yang dikeluarkan oleh studeopress.com? saya kurang faham… kalau tgk pada genesis framework..mcm kosong jer theme dia….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in