Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Photoshoot Nana di Taman Tasik Perdana

30.08.2009 // 19 Comments

Dalam mengharungi dugaan ketika berpuasa, boleh pulak si Glizzy mengajak aku pergi shooting di Taman Tasik Perdana. Ada model katanya.

Aku yang tidak pernah langsung shoot model segera bersetuju untuk ikut shooting bersama-sama dengan Badangz dan Arelan pada hari Ahad yang lalu. Model kali ini merupakan kakak kepada Glizzy sendiri. Nana namanya.

Aku yang kurang berpengalaman dalam shoot model kurang memberikan arahan. Pada hari itu, Badangz la yang paling banyak memberikan arahan suruh model posing itu dan ini. Suruh duduk macam itu, macam ini. Aku dan Arelan menanti dan snap saja.

Tak banyak gambar menarik yang aku dapat pada hari tersebut. Mungkin ini kali pertama shoot model membuatkan aku terasa kekok untuk menonggeng, menyorok dan sebagainya untuk mendapatkan angle yang sesuai.

Sesi shooting tamat dalam pukul 5.30 petang. Tu pun selepas tragedi “terjatuh” membuatkan mood seorang kawan kami hilang. 😑

Flickr Set: Nana @ Tasik Perdana

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Wajib Tonton – The Proposal
Ketidakpuasan Hati terhadap lagu Malaysia Satu – Faizal Tahir »

Comments

  1. megat says

    30.08.2009 at 4:02 pm

    adeh jeles, jeles. bilalah agaknya aku sampai ketahap seperti ini? hu3.

    cun! memang ini lah penangan DSLR!

    Reply
  2. CypherHackz says

    30.08.2009 at 4:05 pm

    Aku dah cakap dah suruh angkat DSLR. Kau tak nak… πŸ˜›

    Reply
  3. GLizZY says

    30.08.2009 at 5:43 pm

    ~ Wuishh, tragedi yg masih blum m’dpt kabar berita dr servis centre.. (,”)

    Reply
  4. CypherHackz says

    30.08.2009 at 5:46 pm

    Hahaha… Standby la khabar berita yang mendukacitakan itu… :halo:

    Reply
  5. Saffa says

    30.08.2009 at 10:27 pm

    :up:
    Err.. tragedi β€œterjatuh” ❓

    Reply
  6. CypherHackz says

    30.08.2009 at 10:29 pm

    Aah. Tragedi “terjatuh” yang sangat menyayat hati. Huhuhu…. Kalau Saffa tau pun, mesti geleng kepala punya. 😑

    Reply
  7. baloot says

    31.08.2009 at 3:00 am

    wow, damn…. :XO:
    memang seksi… bukan Nana.. tapi DSLR tu.. hee..

    tapi walaupun DSLR, tanpa Photoshop memang tak kan jadi perfect jugak.. betul tak bro? πŸ˜€

    anyway, teknik shooting gambar tu memang cantik. aku pun sekarang tengah belajar amik gambar. ada 2-3 buah buku aku beli pasal digital photography. blog darren rowse yang digital photography school pun banyak menolong…

    Reply
  8. CypherHackz says

    31.08.2009 at 5:46 am

    Hahaha… Tapi aku tak guna pun Photoshop. Guna Photoshop just untuk resizekan gambar je. Untuk photo editing, aku lebih gunakan Lightroom. :up:

    Reply
  9. baloot says

    31.08.2009 at 12:34 pm

    lightroom aku tak penah guna lagi. setakat ni guna PS and AI je. hee..
    memang lightroom khas untuk photo editing ke? apa beza dengan PS tu bro?

    Reply
  10. CypherHackz says

    31.08.2009 at 12:44 pm

    Beza dia seperti kau bawak kereta manual dengan kereta auto. Dalam PS (kereta manual), kau kena ubah setting2 dia untuk dapatkan gambar yang menarik.

    Kalau dalam LR pulak (kereta auto), kau just gerakkan sliding dia je, then nanti LR akan automatic ubah setting2 dia untuk dapatkan gambar yang superb. Bergantung pada editor tu jugak la nak pilih yang mana, PS atau LR.

    Reply
  11. baloot says

    31.08.2009 at 12:54 pm

    owh macam tu. faham dah. tq bro.. πŸ˜€
    berapa rege lightroom ori eh? rasa macam nak try guna la.. hee..
    lepas dapat dslr lagi semangat nak ber-ambik gambar ni.
    utk newbie mcm aku, dslr apa suggestion bro? model nikon..

    Reply
  12. CypherHackz says

    31.08.2009 at 1:05 pm

    Yang ori aku tak pasti berapa harga dia dalam RM1000 lebih.
    Kalau kau tanya aku pasal kamera, aku cadangkan angkat Nikon la. D90. :up:

    Reply
  13. baloot says

    31.08.2009 at 1:17 pm

    owh d90. macam yang bro reezluv pakai tu. hari tu ada tanya dia jugak pasal kamera. dia guna nikon d90. memang cantik, sbb kecil je kan. rege pun kira orait la.. sesuai sangat utk newbie mcm aku. hee..

    ok thanks a lot cypherhackz… blog cypherhackz mmg menjadi rujukan aku sejak dulu lagi klau bab comp n tech.. πŸ™‚ – bukan blog ni yg aku maksudkan, tapi blog cypherhackz.net πŸ˜€

    Reply
  14. CypherHackz says

    31.08.2009 at 4:53 pm

    Huhuhu… Terima kasih la… Tu pun dah lama tak update CypherHackz.Net tu. Tengah kering idea nak update pasal apa. 😑

    Reply
  15. KNizam says

    31.08.2009 at 6:21 pm

    giler lama ah aku x pergi ke tasik perdana ni. dah ada macam2 ek. hehe πŸ™‚

    Reply
  16. luthtextile says

    01.09.2009 at 8:21 pm

    jeles tengok korang shoot. salam kenal. link anda dah ditukar di blog hamba πŸ˜†

    Reply
  17. CypherHackz says

    01.09.2009 at 10:20 pm

    [Comment ID #57166 Will Be Quoted Here]

    Erk! Aku baru first time pergi sana. So tak tahu apa yang berubah apa yang tak. 😑

    [Comment ID #57202 Will Be Quoted Here]

    Huhuhu… Jeles bro… Rilek… 8)

    Reply
  18. hafisdn says

    02.09.2009 at 8:33 am

    πŸ˜•

    Reply
  19. yuyui says

    22.04.2010 at 3:52 pm

    not bad at all lah……….
    what i like the most is pix yg model tuh dok sorg2 senyom………..
    nice pix,great model………..
    huhuhuhu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6Γ·2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 Β· Blog Aku Β· Hosted by Elfbytes Web Hosting Β· Log in