Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Facebook Yang Berpuaka

09.03.2009 // 26 Comments

facebook-01

Siapa dekat sini tahu pasal Facebook? Yang pasal Facebook berpuaka dah tahu ke belum? Kalau belum, teruskanlah membaca. Aku ada kisah yang menarik nak diceritakan ni. Mana la tau kalau-kalau korang pun pernah terkena…

Sebelum ni aku tak tahu langsung pasal Facebook. Apa la yang menarik sangat Facebook ni sampaikan si Dia dan juga kawan-kawan aku sibuk meracun aku untuk join Facebook. Mula-mulanya memang aku tak ambil tahu sangat Facebook ni. Aku lebih suka menggunakan Friendster sebenarnya. Tetapi setelah menggunakan Facebook untuk beberapa hari, terasa pulak macam diri aku ni dirasuk untuk terus menggunakannya. Lagi, dan lagi. Hari ni dan esok. Sampaikan Friendster pun aku dah jarang sekali bukak. Nak tidur malam pun takut.

Dalam sedar tak sedar, dalam sehari tu boleh dikatakan aku bukak Facebook lebih daripada 9 kali. Kenapa 9? Kenapa tak 7? Kenapa tak 11? Kenapa tak 18? Ikut suka.

Jadi berbalik pada kisah puaka Facebook ni. Sekejap-sekejap, bukak. Bila dah habis join berforum, aku bukak lagi Facebook. Terasa macam Facebook ni betul-betul berpuaka. Serius…

Tambah-tambah lagi bila setiap kali ada je kawan-kawan aku yang hantarkan komen, nak je aku bukak Facebook tu lagi. Hebat betul puaka Facebook ni. Kalau korang campak kemenyan pun, belum tentu lagi puaka Facebook tu nak lari.

Korang pernah tak alami perkara seperti apa yang aku rasa? Ha…korang ada Facebook tak? Tak nak add aku ke dalam Facebook korang? (kan aku dah cakap Facebook ni berpuaka)

ps: Banyak betul singkatan yang aku gunakan dalam entri kali ini.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Tiada Keistimewaan Pada Sebuah Universiti
Shoot Outing di International Putrajaya Hot Air Balloons Fiesta »

Comments

  1. menteil says

    10.03.2009 at 12:15 am

    aku takde facebook nie..
    bagi aku blog pon dah cukup merasuk aku sehingga lupe diri.. huhu..
    :d

    Reply
  2. alone says

    10.03.2009 at 4:03 am

    hoho. memang berpuaka.

    tambah2 bila dah add friend banyak2. hoho :d

    Reply
  3. CypherHackz says

    10.03.2009 at 8:40 am

    menteil – Aku rasa kau belum cuba lagi Facebook ni. Nanti bila kau dah cuba, kau mesti akan terasa kepuakaan dia.

    alone – Ha3. Ni salah seorang mangsa yang terkena sumpahan puakan Facebook.

    Reply
  4. Syam says

    10.03.2009 at 9:06 am

    aku ade facebook. nanti aku add ko fauzi. skang ni tak boleh la sbb kat opis aku ni, dia dah blocked facebook. haish

    Reply
  5. catzer says

    10.03.2009 at 4:44 pm

    Aku ada tp lama gak lah tak aktif kat situ.biasanya 8-10 kali dok open facebook jerk..gile lah..:-?

    Reply
  6. CypherHackz says

    10.03.2009 at 4:49 pm

    Syam – Aku rasa aku dah add kau dah bro. Cuba kau tengok.

    catzer – Hahaha… Lagi teruk kena rasuk daripada aku. :p

    Reply
  7. MR LED says

    10.03.2009 at 9:31 pm

    mcm ku kenal jek muka fauzi tu…pojie UTM ke? hahhaha
    ;))

    Reply
  8. MRguest says

    10.03.2009 at 10:28 pm

    aah laaa,
    aku xdak friends pon boleh bukak several times daily,
    what a puaka kan?:o

    Reply
  9. sayang bie.. says

    11.03.2009 at 1:05 am

    hahaha..
    ade org tu kn,dh mcm xnk bkak fb die dh..
    konon berpuaka la fb tu kn.. :p

    Reply
  10. CypherHackz says

    11.03.2009 at 8:38 am

    MR LED – Erks! Siapakah kau?

    MRguest – Kena ada kawan ramai la kawan…

    sayang bie.. – Bluwek! Huh! Jeles la tu…

    Reply
  11. MR LED says

    11.03.2009 at 3:07 pm

    da dok jauh ek skrg poji
    tnggl awk kt UTM
    haizz
    ;p

    Reply
  12. CypherHackz says

    11.03.2009 at 9:00 pm

    Benar wahai saudara…

    Reply
  13. MR LED says

    11.03.2009 at 10:46 pm

    watashi acap itech dlu2 la

    bz eh skrg? keja apa la?

    Reply
  14. ejon says

    12.03.2009 at 11:56 am

    aku sedang mengalaminya =|

    Reply
  15. CypherHackz says

    13.03.2009 at 10:02 am

    MR LED – Owh…mana la aku nak tau kawan… Ape cer?

    ejon – Bagus2. Biarkan diri tu diselubungi misteri.

    Reply
  16. encikizzat says

    15.03.2009 at 1:01 pm

    berpuaka ke?
    aku dah lame dah tak check facebook..dah bersarang da tuh..btw facebook lebih slow load brbanding fs..:-|

    Reply
  17. melayubuntu says

    16.03.2009 at 8:51 pm

    hati2 sket guna facebook sbb data2 kita ada org dok monitor antaranya US military…

    Reply
  18. lut says

    21.03.2009 at 6:46 pm

    huuhuhu…aku pn cm ada skit perasaan camtu kt facebook ni mula2 dftar aritu… :d .. aku daa ko.

    Reply
  19. fikry says

    08.04.2009 at 7:25 pm

    mmg btul facebook ni berpuaka…
    aku dh bt akaun kt facebook..
    klu satu hr x login mmg x senang duduk
    aku pn x tau apa yg best sgt..

    Reply
  20. azurt says

    28.04.2009 at 9:10 am

    Seriesss.. orang invite aku dah lama join facebook, tapi baru last year aku aktif berFB.. giler ah.. aku dah add ko kat FB anyway.. kat office ni, aku bukak FB dari pukul 8am-6pm.. sebab… gile tak? ahahaah

    Reply
  21. CypherHackz says

    29.04.2009 at 6:55 pm

    azurt – Ok sis. Aku dah accept. 8)

    Reply
  22. afiq says

    21.05.2009 at 2:43 pm

    haha betul bro..giler laa sapa buat FACEBOOK tue..aku mcm kene santau daahhh ๐Ÿ˜ก ..nih pun still on9 lagi facebook sbb tue komen org lain……demm bahaya betul keadaan sekarang ๐Ÿ™‚

    Reply
  23. yariennisha says

    22.05.2009 at 12:21 pm

    Hoho.. saye suka fb sebab buleh main Mafia Wars..
    ๐Ÿ™‚
    tapi tu la.. berpuaka dan lagho sungguh~
    ๐Ÿ™„

    *Chumel gile icon utk comment kat blog ni.. n__n

    Reply
  24. CypherHackz says

    03.06.2009 at 9:55 pm

    Hahahaha… Jangan jeles…

    Reply
  25. encikbeliau says

    14.08.2009 at 10:39 pm

    mmg facebook tu berpuaka…disebabkan kepuakaannye itu ..sampai aku x masuk … takut siottt..hhahahaha ( apsal aku rase mcm x best je facebook neh ) ๐Ÿ˜•

    Reply
  26. Jamie Jepsen says

    18.06.2010 at 7:05 am

    What are some fun facebook games to play? I like games on Facebook like Christmas Crunch [the mindjolt games], Tetris, TV Show Trivia, Parking Wars, Scavenger Hunt. Are there any anime games (applications) on Facebook?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in