Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

28.11.2007 // 87 Comments

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Bandwitdh yang besar
Yang ni aku tak berapa sure sebab aku download macam-macam tapi tak kene block atau extra charge pun lagi. Mengikut seperti apa yang aku pernah baca, Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, extra charge akan dikenakan. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 3Gb. Kalau korang ni kaki download cerita series macam Prison Break, My Name is Earl, Heroes, Smallville dan sebagainya, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk mendownload cerita-cerita ni. Tak pasal-pasal je korang terlebih bandwidth dan kene bayar extra charge seperti Celcom. Tak ke leceh tu.

Lambat tapi tetap buat keje
Ha, even orang-orang Celcom ni lambat dalam support menyaport ni, tapi dorang tetap buat keje. Sebagai contoh, macam pasal HSDPA network kat UTM tu. Sebelum ni memang UTM gune network UMTS je. Tapi pas aku buat report cakap betapa slownye internet connection kat UTM tu, terus dalam 3 hari macam tu dorang call aku suruh aku test samada network dah laju ke belum. Bile aku test je, puff! Memang dah laju. Rupe-rupenye dorang memang dah set nak kenekan aku (perasan jek). Kunun-kununnya dorang nak bagitahu aku yang dorang dah upgrade network ke HSDPA, dats why suruh aku test and nak aku cakap “Waaa…..”.

Tapi…
Tapi ada satu je kelemahan Celcom nih. Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli device die yang mahal tu. Kalau yang laptop, murah la. Dalam RM300 ke atas je. Tapi kalau korang gune PC, memang RM1000 ke atas. Memang mahal. Kalau Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang teringat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

Kesimpulan
Kesimpulannya, korang gune la Celcom dan rasailah kehebatannya. Kita sebagai customer nak kan kualiti pada perkhidmatan dan bukan pada janji-janji manis yang diberikan. Orang dulu-dulu pernah berkata-kata, “Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang”. Korang dapat tak linkkan pepatah Melayu ni dengan entri kali ni? If tak dapat, bagus la. Memang takde kaitan pun.

ps: Kalau ada sesape yang nak membantah, nak menambah, nak menyokong, nak meluahkan perasaan, sila-sila sampaikan ia melalui ruang komen di bawah. Aku memang bukak komen ni untuk korang pun. Kalau korang tak guna, memang rugi la korang. Aku bagi free, tak nak pulak. Memilih!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Website dan Portal Melayu Sengal!
Mercumaya.Net jual Hosting Murah! Domain pun Murah! »

Comments

  1. darkzone says

    01.03.2009 at 11:52 pm

    stuju ngan Fairul…
    aku masalah modem free ke xkesah..
    tapi yg pnting network mantap…
    klau da xstabil nak wat pe…
    celcom ttp gune share network…
    pastu customercare lembap lak tu..

    BOSAN NGAN CELCOM YG LEMBAP

    Reply
  2. Fairul says

    06.03.2009 at 7:06 pm

    yeah…ade org stuju kat aku….

    serius ly aku puas ati ngan maxis…

    celcom usb tu aku paai 5minit je disconnect…xphm aku…

    maxis leh donlod radishare/megaupload.netload sesuka ati,laju gile(pagi – petang, kecuali malam)

    kalu pagi, rapidshare free account d/speed 90kb/s average…kalu premium about 150kb/s…

    megaupload best, yg free pon dah 1++kb/s…laju woo…

    best wo…so sape2 yg nak masuk maxis brodband..meh la masuk…time register…bagitau yg Fairul Adzreen, maxis brodband no : yg recommend ko…untung2 dpt la aku rebate rm30…

    mali2 menolong kawan2…

    hidup maxis

    Reply
  3. darkzone says

    06.03.2009 at 10:13 pm

    :d:d::d:d

    Reply
  4. rahsia says

    15.04.2009 at 8:39 pm

    good article…aku pon dok utm… bole dikatakan laju jugak la celcom ni banding ngan maxis yg aku penah gune seblm ni…lgpon maxis mahal…

    em…nak tanya, skrg ni, kalau dah smpi limit 5gb…xdpt internet ke atau jadi slow???sbb sblm ni tak pnh sampai 5gb,, sejak gile mendownload ni tak smpi 2 mgu dah smpi 5gb

    Reply
  5. CypherHackz says

    15.04.2009 at 10:06 pm

    Kalau dah lepas 5GB sebulan, Celcom akan slowkan internet kau. Tu pun kalau bernasib baik, boleh la kau surf lagi internet walaupun slow. Kalau nasib tak baik, kau langsung tak boleh nak bukak apa2 page pun. Even website Yahoo pun payah nak bukak.

    Reply
  6. LaCRimoSa says

    25.04.2009 at 12:42 am

    aku ni pelanggan baru celom broadband..memule mmg syok pakai celcom 3.6 mb(rm98 monthly)….tapi korang akan naikmenyirap bile kene slowkan speed sbb dah sampai 5G….aku penah call celcom, diorang takkan extra charge, cume slow je…walopon selow, aku donlot gak movie2 baru….kahkahkah

    Reply
  7. aishril says

    04.07.2009 at 5:06 pm

    aku tak tau sama ada aku bodoh atau org yg jual broadband aku tu PENIPU…

    aku penah guna U mobile member aku bila aku donlod rapidshare yg free tu tak leh sbb dia kata IP aku sedang donlod kene tunggu abes… so haram la la aku nak dapat donlod. (tepaksa donlod kat opis…)

    so masa nak beli CELCOM ni aku tanya bende tu dulu

    ni aku punye penerangan pada pompuan free hair kat depan LOYAT:

    AKU: “ni kalo pakai dapat IP sendiri ker share dgn berjuta orang lagi?”

    POMPUAN FREE HAIR: “macam mana tu?”

    AKU: “contoh macam ni, kalau saya donlod dari RAPIDSHARE atau apa2 bagai share lagi guna U mobile kawan saya, SENTIASA kuar ‘ IP anda sedang donlod. tunggu sampai yg donlod tu abes dulu baru boleh donlod lagi’. adakah saya dapat mesej yg sama kalo saya guna CELCOM?..

    PFH: “Tak… tak.. yang ni IP ni encik punya saja, takde kongsi-kongsi”

    AKU: “so takkan kuar mesej bodoh2 la, sya boleh donlod terus..”

    PFH: ” YUP” (dengan sungguh konfiden)

    PFH: “CELCOM bukan macam yg lain”

    AKU: “so kalo saya nak masuk YM ke skype ke no hal la”

    PFH:”no hal”

    AKU: “line ok ke? saya kat KL no hal, yg penting balik kg”

    PFH:”kg abg kat mana?”

    AKU: “Somewhere kat Bagan Serai… xde 3G kat situ..”

    PFH: “Abg, saya kompem boleh.. kat Pahang abang penah dengar Kg. XXX tak? kat area pekan, Pahang”

    AKU: “Tak.. ada ker kg tu ke ko saje taram nama tu nak tipu aku? aku geografi A tau”

    PFH: “Abg ni…saya tak tipu.. kat kg tu pon ader bang…”

    AKU: tu kg orang… bukan kg saya, ada aku kesah? boleh kompem ker kt kg saya ada?

    PFH: Abg jangan risau celcom ni kalau abang sorang2 jer guna n line tak kuat, dia boleh tarik guna other user dalam range 4 km.

    AKU: Bole caya ker?

    PFH: Takkan saya nak tipu abang…

    Macam tu lebih kurang conversation aku…

    so aku pon beli 299 plus 68

    YG HARAMNYA BILA START PAKAI SAMA JER…

    yg lagi HARAM YM memula jer bole masuk… 2nd day dah takleh masuk?

    SAPA NAK JAWAB?

    ADALAH POMPUAN FREE HAIR TU AKAN DI AZAB ILLAHI sbb menganiaya aku?
    Adakah aku hanya bernasib malang atau
    memang CELCOM BROADBAND (DAN YG LAIN2) memang SIAL HARAM JADAH?

    (Tolong jangan kata aku amek pakej murah, PFH tu kata 68 ni pon bagus esp uk donlod)

    Reply
  8. CypherHackz says

    04.07.2009 at 5:39 pm

    Sebelum kau beli, better kau test dulu dengan guna member kau punya dulu. Test connection dan network dia. Kalau ok, baru angkut. Jangan terus angkut je bro. Rugi…

    Reply
  9. Fairul says

    04.07.2009 at 10:18 pm

    aduh aishril…

    asal xbaca komen aku kat atas nih…mmg celcom share IP…pasal coverage pon mmg luas…tp xsume “KAMPUNG” ade 3G…Edge pon kadg2 xde.ape tah agi HSDPA…

    tp kan..celcom xde free trial ke?yg kalau xpuas ati dalam bberapa tempoh yg singkat, boleh return…xde ek?

    Maxis broadband, Celcom UPAX, Maxis Youth Club lover…

    Reply
  10. Fairul says

    04.07.2009 at 10:24 pm

    n lagi satu…aku slalu xkan caye ngan promoter…diorg just promot…xtau detail ttg product nih..

    contoh:-

    aku pnah g booth maxis broadband…(walaupon aku dh pakai dkat stahun stengah..)…aku tanye die..

    Aku: maxis ade bandwith limit kan kan kan??..

    Promoter hot: yup yup yup…5GB, tp yg best nye kan..kalu u tengok youtube ke ape2 streaming ke…tu xdikire gune bandwith…free je…unlimited….

    Aku: 0o0o0o0…hmm…ok la…bye

    selepas beredar…

    Aku : hahahaha (gelak ngumapat ngan member aku..)

    Reply
  11. chai says

    03.08.2009 at 1:27 am

    Celcom damn suck. I really want to kill them. I subscribe 3.6Mbps adnvance plan but the speed like turtle walking on the street, I only get 30kbps-100kbps!! WTF!! Less than 10% of my speed!!

    Reply
  12. ayu says

    04.08.2009 at 1:12 pm

    sy guna celcom gak.
    em..since februari
    ok laa..
    xde ape masalah..
    tp kat kmpung line gprs la..
    kat penang skang..ok je..

    Reply
  13. azit(whitevazxia@yahoo.com) says

    17.08.2009 at 4:25 pm

    ❗
    tapi masa aku nak beli pun aku was was gak maxis ni, masa check line kat maxis center utk kawasan aku ni entah pesal takde plak dlm list diorang haa…..last last aku tak beli mana mana broadband pun……..sebab aku payah gak nak agak yang bagus……

    mcm lebih kurang sama ja geng geng broadband ni……hahahhahaha

    Reply
  14. orang tua says

    24.08.2009 at 1:48 pm

    Aku memang x beli Celcom.Aku x pakai Celcom, x bayar bill ape2 pun.. Aku pakai maxis, kalo nak top up, beli kat kedai jer, jimat ckit.. Broadband memg x pakai, aku pakai internet yg free jer.., i’m not obsessed about internet, technology cannot control me, i control technology.. Aku ni dah tua, x tau pakai broadband2 ni, korang budak2 bole laa..

    Reply
    • Tua? says

      03.07.2013 at 4:56 pm

      dah tua gi mampos lee cepat2.

  15. kangen says

    27.08.2009 at 11:34 pm

    [Comment ID #56358 Will Be Quoted Here]
    cube try maxis broadband prepaid dlu.
    *100# (Mobile Internet)
    bnyk pakej
    ade 1jam/1hari/sebulan

    Reply
  16. Townshend says

    15.09.2009 at 8:15 am

    http://www.speedtest.net/result/565342789.png

    This is my speed

    Reply
  17. DeaN89 says

    31.10.2009 at 1:59 pm

    dulu aku nih mmg pminat ngn pyokong setia maxis,
    psal diorang pny coverage kt umh aku mmg besh! ,skali klik mletup pc..hehe
    bulanannye RM138..mmg brbaloi la bg ak

    tp tu dulu,smalam aku g low yat ak test lak celcom..
    bli pny beli,speed lebih kurang je ngn maxis,tp aku cma bayar RM68 sbulan..lg berbaloi

    tp klu D68 pny pakej tuh contract ke x eh?? 😈

    Reply
  18. DeaN89 says

    31.10.2009 at 2:04 pm

    haa..lagi satu psal maxis…
    slama stahun aku gna,pggunaan BULANAN aku mencecah smpai 40GB, πŸ™‚
    sbb tu la external aku pnuh almari..
    tp x pulak aku kene x-tra charge atau quota pape …?? πŸ˜•

    Reply
  19. wan says

    02.11.2009 at 12:00 am

    celcom ok je aku pakai.. yang penting tgk coverage area la… yng best aku dapat pakage 3.6Mbps dgn hnya rm50 sebln. jimat rm48 tu,….

    Reply
  20. aishril says

    02.11.2009 at 8:25 am

    FAIRUL:

    i’m referring to this line:

    PFH: β€œTak… tak.. yang ni IP ni encik punya saja, takde kongsi-kongsi”

    kan ke hanjeng tu.. sbb aku siap terang the situation kat minah tu dengan detail dan aku guna ayat n bahasa yg budak tak pass SPM pon bole paham.. infact aku dh bgtau free rapidshare download..

    dah la CELCOM tetiba antar msg pasal limited download, dh lebeyh certain2 GB.. lagi terbakar hati aku… masa ist month aku mmg donlod gila2.. so apakah unlimitednya? :mrgreen:

    Reply
  21. zura says

    06.11.2009 at 4:23 pm

    camnme nak guna broadband? huhu.. 😑

    Reply
  22. CIKU says

    11.12.2009 at 5:02 pm

    Salam semua,

    Aku dah guna 6bulan celcom brodband rasanya tak de masaalah. Cuma kalau kat opis memang la dapat HSDPA tapi kalau kat rumah dulu dapat HSDPA tapi sekarang dapat EDGE lembab la 236.8Kbps je.
    Ala…. lama lama dia orang up gread la tu….
    Tapi walau apa pun line maxis ke Celcom ke P1max ke ….. semuanya tetap berguna.
    Sekarang semua boleh buat on line.

    Wassalam

    Reply
  23. Mr.DeaN says

    13.12.2009 at 3:27 am

    Aku de berita baik kengkawan…
    better pakai Maxis broadband..
    aku baru register minggu lepas…
    speed 3.6 MB/s dan limit 2GB sebulan..
    aku just BAYAR RM 45 sebulan tanpa sebarang kontrak yg menyeksakan tuh!
    setakat arinie aku dh gune 4 GB tapi speed tetap maintain..aku tny operator diorang kene bayar extra cas x?
    die ckp xkene.. cume speed dikurangkan 30% je..
    xde hal la camtue…janji ‘SPEED still TO DA MAX’
    better korang tukar pakai maxis BB..
    layan Metacafe ke,Youtube ke, Redtube ke( 😐 ) :oopss!
    xde hal beb! mmg puas hati!

    Reply
  24. MrDeaN says

    13.12.2009 at 3:28 am

    Aku de berita baik kengkawan…
    better pakai Maxis broadband..
    aku baru register minggu lepas…
    speed 3.6 MB/s dan limit 2GB sebulan..
    aku just BAYAR RM 45 sebulan tanpa sebarang kontrak yg menyeksakan tuh!
    setakat arinie aku dh gune 4 GB tapi speed tetap maintain..aku tny operator diorang kene bayar extra cas x?
    die ckp xkene.. cume speed dikurangkan 30% je..
    xde hal la camtue…janji ‘SPEED still TO DA MAX’
    better korang tukar pakai maxis BB..
    layan Metacafe ke,Youtube ke, Redtube ke( 😐 ) :oopss!
    xde hal beb! mmg puas hati!

    Reply
  25. kura_sesat says

    28.02.2010 at 4:47 am

    sepatut ya pihak berkuasa patut mengambil tindakan serius terhadap berukband celcom ni.kita bayar pakai duit nak dapatkan khidmat terbaik da la tu bulan2 keluar duit tapi servis cam haprak nama je unlimited 386kbps siap ada policy 5g pulak tu iklan punya la indah unlimited konon langsung tak nampak policy 5g tu puih!.masa time nak beli pandai pulak berukband celcom ni sorok policy bila da pakai kena pulak speed slow pergi complain kat berukband celcom ni cam2 ayat berukband ni hentam kat kita salah tu la bla2 macam2.habis je 5g policy haprak tu mula la mengacau ketenteraman hidup speed dari 386kbps turun ke 68kbps bila gi tanya apasal slow? berukband celcom punya policy pergh haprak rugi woi baik line telefon aku speed 56kb laju lagi ar langsung tak de usage.ganti balik duit aku penipu berukband celcom. 😑 😑 😑

    Reply
  26. trytest says

    07.03.2010 at 2:07 am

    Slm… aku xtau nk komen apa lg kt celcom ni.. kt umh kwsn kg aku nk dpt 1bar pun susah hset, nk bergyut pn ptus.. Dlm coverage mmg la ada line tp bkn 100% fullbar. klu nk brodbnd plak kena buat teknologi sendiri, ni pun aku dpt idea kt 1 forum tu. Celcom igt signal yg dia pancar tu bleh rapat kt tanah ker!! klu aku duk ats puncak pencwang / puncak bukit bleh laa signal bodabnd tu.. dia nk byr ker kos mula2 aku nk pasang pencawang buluh ni, klu modem bleh cucuk kt usb terus xper laaa… hbs rm60 jga aku nk pasang pencawang sendiri nii.. nsb baik ok speednya.. tgk youtube jarang2 tersekat.. ni korang bleh tgk kt youtube cmna aku nk dpt line bodband nii… http://www.youtube.com/v/qNOPEX7IyIY?hl=en_US&fs=1

    Reply
  27. Erol says

    10.03.2010 at 11:14 am

    celcom broadband lembab la. Servis macam ****. Baik takyah buat brodband. Kat area aku, celcom dapat signal HSDPA full tapi lembab gila. Speed 1kb- 12kb je. Paling laju pun 280kb (tu pun kol 2pg-6pg). Sapa nak guna internet time tu? Celcom ni gila.

    Lepas tu aku switch to Maxis broadband. Area aku dapat signal full HSDPA jugak. Laju gila, speed dapat 3mbps ++. Paling slow pun 300kb-500kb. Sangat jarang problem. Tapi Maxis ni mahal la. So far aku puas hati dgn Maxis.

    Reply
  28. adek manje says

    30.03.2010 at 12:46 pm

    tak yah pkai pape pon….snang hati…. :halo: …. πŸ˜€

    Reply
  29. geragokakilima says

    04.08.2010 at 11:18 pm

    bangkai ko……lembap nak mampuih….

    Reply
  30. DIGI GOOD says

    15.08.2010 at 11:57 pm

    so skrg digi da ada 3G…lagi laju dari sialkom and maxis…speed digi lebih konsisten skrg..DIGI the best..

    Reply
  31. pokjat says

    05.09.2010 at 9:14 am

    Xtawu la nape.Aku gune celcom asik prob je.Last2 aku pakai streamyx je..pun hampeh cm :mrgreen: jugak

    Reply
  32. Mohd Halim says

    21.11.2010 at 10:47 am

    Lain aku tak tau, streamyx tempat aku A+, aku dengar member aku bagi tau maxis pun cukup baik, yang harxx jadxx cuma Celcom

    Reply
  33. fizan ahmad says

    21.01.2011 at 1:17 pm

    salam semua! saya ada skit pengalaman nak kongsi dengan semua di luar sana tentang b,band! dulu aku pakai maxis broadband, punyalah banyak masalah menimpa aku! dah lah depa register nama aku silap, modem yang depa bagi pun bermasalah! paling lembat di dunia lah katakan. bila pakai maxis broadband dan tunggu nak buka webs site hampir 5 minit aku tunggu! punyalah sakit hati! tapi nak buat macam mana! aku guna 5 bulan aje! lpas tuh tutup line! pun bermasalah! dah tutup dan tak guna pun kena bayar! maxis ni memang buat duit sakan! skang aku pakai digi broadband prepaid senang! tapi ada masalah gak kekadang selalu disconnect. geram btul.kalu nak bandingkan antara maxis dengan digi, so, digi ok lagilah! tapi selalu dc. so, sesapa yang kat luar sana jangan pakai maxis line !

    Reply
  34. steVEn says

    02.02.2011 at 12:02 pm

    bang,suruh celcom upgrade “die” punye coverage kat SARAWAK ,kasi luas lagi HSDPA zone
    boring bah ngan slow internet …..
    mowk kasi laju agik…..

    thnxxx…

    Reply
  35. kpetopup says

    20.09.2011 at 12:05 am

    Sekarang ni kan dah ada Instanet? Modem rm100 lebih je ada rm10 ringgit lagi dlm tu. Lagi senang dan murah. Kalau rasa tak besh, boleh lah pakai yg pakej RM5 sehari tu, tak pun rm18 seminggu tu.

    Lagi pun topup boleh je guna topup biasa celcom.

    Ni, kalau nak topup, jenguk2 ke blog saya. Saya pun ada gak jual topup murah untuk topup celcom, instanet ni, maklumlah saya pun pakai gak Instanek dan Celkom ni…

    Kpetopup.blogspot.com

    Reply
  36. roy says

    21.12.2011 at 3:28 am

    huhuhu aku pon x thu kat kawasan ku ni da hsdpa ..ke tak… tpi celcom mmg lembap lah… hu.. malas dah ku mau ckp psal BERuKBAND Nih..

    Reply
« Older Comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6Γ·2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 Β· Blog Aku Β· Hosted by Elfbytes Web Hosting Β· Log in