Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Bandwitdh yang besar
Yang ni aku tak berapa sure sebab aku download macam-macam tapi tak kene block atau extra charge pun lagi. Mengikut seperti apa yang aku pernah baca, Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, extra charge akan dikenakan. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 3Gb. Kalau korang ni kaki download cerita series macam Prison Break, My Name is Earl, Heroes, Smallville dan sebagainya, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk mendownload cerita-cerita ni. Tak pasal-pasal je korang terlebih bandwidth dan kene bayar extra charge seperti Celcom. Tak ke leceh tu.

Lambat tapi tetap buat keje
Ha, even orang-orang Celcom ni lambat dalam support menyaport ni, tapi dorang tetap buat keje. Sebagai contoh, macam pasal HSDPA network kat UTM tu. Sebelum ni memang UTM gune network UMTS je. Tapi pas aku buat report cakap betapa slownye internet connection kat UTM tu, terus dalam 3 hari macam tu dorang call aku suruh aku test samada network dah laju ke belum. Bile aku test je, puff! Memang dah laju. Rupe-rupenye dorang memang dah set nak kenekan aku (perasan jek). Kunun-kununnya dorang nak bagitahu aku yang dorang dah upgrade network ke HSDPA, dats why suruh aku test and nak aku cakap “Waaa…..”.

Tapi…
Tapi ada satu je kelemahan Celcom nih. Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli device die yang mahal tu. Kalau yang laptop, murah la. Dalam RM300 ke atas je. Tapi kalau korang gune PC, memang RM1000 ke atas. Memang mahal. Kalau Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang teringat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

Kesimpulan
Kesimpulannya, korang gune la Celcom dan rasailah kehebatannya. Kita sebagai customer nak kan kualiti pada perkhidmatan dan bukan pada janji-janji manis yang diberikan. Orang dulu-dulu pernah berkata-kata, “Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang”. Korang dapat tak linkkan pepatah Melayu ni dengan entri kali ni? If tak dapat, bagus la. Memang takde kaitan pun.

ps: Kalau ada sesape yang nak membantah, nak menambah, nak menyokong, nak meluahkan perasaan, sila-sila sampaikan ia melalui ruang komen di bawah. Aku memang bukak komen ni untuk korang pun. Kalau korang tak guna, memang rugi la korang. Aku bagi free, tak nak pulak. Memilih!

Post to Twitter Post to Facebook Post to MySpace Post to StumbleUpon

Entri Lain Yang Berkaitan

    No related posts.

Pengendali Blog

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

80 Responses to “Kenapa korang patut gune Celcom broadband?”

  1. Aku tau Celcom Broadband bagus. Tapi aku pakai diji yang takder triji tu sebab aku dah kenal lama dengan diji, lagipun aku taknak tukar tukar nombor. Kengkadang aku dengki jugak dengan Celcom.

    November 28th, 2007 | 4:31 pm | Reply
  2. Ahahah saya pengguna setia DiGi. Kat umah saya dalam hutan, dapat EDGE. Anda mahu jawab?

    Lokasi : Tengah pahang.
    Kawasan : Hutan simpan Jengka…

    Ahahahahah….

    November 29th, 2007 | 4:15 am | Reply
  3. ok…ok…celcom nih aku ase agak maju laa di kawasan aku sbb aku tinggal kt kawasan yg leh dikatakan agak terpencil…soo..member aku dh start mende ni..xtaww laa pe komen die…mmg aku xnafikan celcom nye device agak mahal laa…walaupon maxis kasi free je…prefer more to celcom la..MELAYU RAWKS>>

    November 29th, 2007 | 4:21 am | Reply
  4. mazudi on November 28, 2007 at 4:31 pm said:

    Aku tau Celcom Broadband bagus. Tapi aku pakai diji yang takder triji tu sebab aku dah kenal lama dengan diji, lagipun aku taknak tukar tukar nombor. Kengkadang aku dengki jugak dengan Celcom.

    hua3. nape sampai begitu dengki pada celcom ye? :-l

    Azhar Ahmad on November 29, 2007 at 4:15 am said:

    Ahahah saya pengguna setia DiGi. Kat umah saya dalam hutan, dapat EDGE. Anda mahu jawab?

    Lokasi : Tengah pahang.
    Kawasan : Hutan simpan Jengka…

    Ahahahahah….

    duh… celcom pun ada jugak edge. tapi aku tak tahu la ada kat jengka ke tidak. btw aku ada member kat jengka. member mrsm.

    adib. on November 29, 2007 at 4:21 am said:

    ok…ok…celcom nih aku ase agak maju laa di kawasan aku sbb aku tinggal kt kawasan yg leh dikatakan agak terpencil…soo..member aku dh start mende ni..xtaww laa pe komen die…mmg aku xnafikan celcom nye device agak mahal laa…walaupon maxis kasi free je…prefer more to celcom la..MELAYU RAWKS>>

    kau tanya die macam mana pendpat die. best ke, tidak ke. leh membuktikan ape yang aku cakapkan kat entri aku nih. hua3.

    November 29th, 2007 | 9:29 am | Reply
  5. aku rasa maksud mrozaidi tu dia dengki dengan pengguna Celcom sebabnya celcom ada 3G. Digi bukan ke tak dapat lesen 3G, so pakai EDGE je la. tapi apapun, aku sama mcm mrozaidi dan azhar ahmad, kami adalah pengguna setia Digi. haha. bak kata orang, walaupun serba kekurangan, malah satu ketika dulu langsung tak menjadi pilihan popular remaja sebab Maxis lagi banyak buat promosi, tapi kami tetap setia. hahahahaaa…

    November 29th, 2007 | 6:04 pm | Reply
  6. owh…sebenarnye digi kan company luar. dats why kerajaan tak bagi lesen 3g kat digi. tu yang aku dengar la dari member2 aku.

    btw aku skang gune talian maxis tapi gune broadband celcom. korang ni die-hard-fan gak eh pada digi? bagus2. ;)

    November 29th, 2007 | 7:35 pm | Reply
  7. eh..cypher..betul ke device celcom 3g untuk laptop around 300?
    nway ak cam berminat nk pakai ni, kalo device die around 300 ok la.. coz ak xder 3G phone.. EDGE phone ader le..hehehe:d

    November 30th, 2007 | 11:57 am | Reply
  8. if tak silap aku la. dah lama dah. aku pun tak cam. tapi if tak silap, dalam around macam tu. he3.

    December 1st, 2007 | 1:18 am | Reply
  9. mana boleh dapat harga RM300 untuk device tu.. paling murah pun RM400++.. aku dah pernah guna Celcom 3G ni, itu pun ofis sponsor untuk setiap daerah di Johor..

    yang tak bestnya, berkongsi IP.. bila makin ramai guna, dia menjadi lagg tahap dewa, nak main game online pun sekat-sekat..

    pada aku celcom broadband ni sesuai untuk orang yang selalu merantau pusing2 negeri.. kalau duk umah je better pakai je stimix.. lebih berbaloi..

    December 1st, 2007 | 3:29 am | Reply
  10. emptyspace on December 1, 2007 at 3:29 am said:

    mana boleh dapat harga RM300 untuk device tu.. paling murah pun RM400++.. aku dah pernah guna Celcom 3G ni, itu pun ofis sponsor untuk setiap daerah di Johor..

    yang tak bestnya, berkongsi IP.. bila makin ramai guna, dia menjadi lagg tahap dewa, nak main game online pun sekat-sekat..

    pada aku celcom broadband ni sesuai untuk orang yang selalu merantau pusing2 negeri.. kalau duk umah je better pakai je stimix.. lebih berbaloi..

    xder la…ak nak guna pun coz kat U ak tu tenet dah bley dikatakan slow walaupun dah guna connection selaju 32 Mbps.. ni sebab proxy server U ak tu dah x dapat tampung penggunaan tenet student.. sebab tu la ak nak consider pakai celcom bb..huhu.. kalo 400 pn..ok lagi…hehe..dari 1000 untuk pc. Yg 400 ni camne? yg USB tu ker?

    December 1st, 2007 | 8:44 am | Reply
  11. emptyspace on December 1, 2007 at 3:29 am said:

    mana boleh dapat harga RM300 untuk device tu.. paling murah pun RM400++.. aku dah pernah guna Celcom 3G ni, itu pun ofis sponsor untuk setiap daerah di Johor..

    yang tak bestnya, berkongsi IP.. bila makin ramai guna, dia menjadi lagg tahap dewa, nak main game online pun sekat-sekat..

    pada aku celcom broadband ni sesuai untuk orang yang selalu merantau pusing2 negeri.. kalau duk umah je better pakai je stimix.. lebih berbaloi..

    aah. aku lupe kelemahan tu. die kongsi satu ip even kau check dekat pc kau, die tulis ip yang berbeza setiap kali kau login. btw yang celcom broadband ni memang untuk travel. terutama macam aku. hu3. sebab aku study kat utm. pastu kat rumah aku gune dial-up. so berbaloi la aku beli celcom broadband ni. aku leh gune kat utm and leh gune kat rumah masa aku balik cuti.

    izzAt3114 on December 1, 2007 at 8:44 am said:

    xder la…ak nak guna pun coz kat U ak tu tenet dah bley dikatakan slow walaupun dah guna connection selaju 32 Mbps.. ni sebab proxy server U ak tu dah x dapat tampung penggunaan tenet student.. sebab tu la ak nak consider pakai celcom bb..huhu.. kalo 400 pn..ok lagi…hehe..dari 1000 untuk pc. Yg 400 ni camne? yg USB tu ker?

    yang untuk laptop tu bukan usb. tapi datacard. kau nyer laptop mesti ada slot datacard baru leh gune. aku pun tak tahu nape la yang usb yang kecik je saiz die leh mahal gile sampai 1000.

    December 1st, 2007 | 11:14 am | Reply
  12. biase la bro.. low demand + low stock = barang mahal..

    slot dia kalo tak silap semue laptop yg latest pasti included slot tu..

    December 1st, 2007 | 11:49 am | Reply
  13. DIGI sesetangah tempat je yang dapat EDGE dia tu… Maxis lak semacam je speed dia.. speed tak stabil..

    December 1st, 2007 | 7:42 pm | Reply
  14. ooo baru aku tau utk laptop kira lain…pasal tgk iklan tu ingatkan pakai usb ajer…rupanya yg usb tu yg mahal giler tu…standard laptop skrg ni sumer ader slot datacard kan? aku pn tak belek laptop aku tu sgt…hehe…;))

    December 1st, 2007 | 10:53 pm | Reply
  15. standard memang ada disediakan untuk laptop. if takde, kau kene tukar laptop baru la mie. hu3.

    btw aku dulu pun ingat usb modem tu murah je. tapi bile gi celcom center, baru la aku tahu yang harga die sampai RM1000 lebih. terperanjat gak aku mase tu. tapi still leh control lagi la. :d

    December 1st, 2007 | 11:17 pm | Reply
  16. erk… seribuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu cancel aku nak ambik yang rumah punya!! kena ler aku tunggu ader lappy macam korang nanti yerk untuk pakai yang card slot tuh :(

    aku nih tak tahu menahu bab2 nih… tanks sebab ko buat entry nih cyper bleh aku baca pendpat orang lain :P

    anyhow, aku mmg nak guna lappy tahun depan and thinking of getting mobile internet connection, but just can’t decide yet which one.

    December 3rd, 2007 | 8:44 pm | Reply
  17. aah dowh. seribu harga die. btw laptop jenis ape kau nak angkat? aku ingat nak angkat laptop gak. tapi skang ni tengah takde duit la pulak. nak kene kumpul balik. hu3. aku nyer duit baru habis gi angkat graphic card baru. nantikan entri aku yang seterusnya. aku ada cerita pasal graphic card baru aku tu. ngeh3.

    December 3rd, 2007 | 8:54 pm | Reply
  18. Bat

    Hohoho…Aku pengguna maxis 3G, ayat provokasi sungguh ek..Hahaha..Mau takmau nak kena kasi kome ngak la.. :-w

    Aku guna maxis sebab bagi aku murah, kontrak 18 bulan tu aku rasa berbaloi, sebab memang nak guna lama pun, hehe..Lagipun, kat KL coverage dia elok, kat kampung aku(Seberang Jaya) pun boleh tahan, lagi laju berbanding di KL..Aku guna pakej 3.6Mbps tu..

    Mana mampu beb nak beli modem celcom yang bagi aku harga dia agak keterlaluan tuh..Pasal bandwidth limit tu(Dalam agreement tulis 3Gig), macam takda apa2 pun, selama aku guna ni aku rasa dah lebih dari 10 gig aku guna..Download itu ini, selamba rock ja.. ;)

    Jadi gunalah Maxis 3G broadband, hahaha…

    December 4th, 2007 | 5:10 pm | Reply
  19. Pyan-CGT

    CELCOM MEMANG MANTAP!!!!!!!!!!!!!!!
    MAXIS 3G SLOW, WALAUPUN RUMAH SEBELAH PENCAWANG!!!!!

    http://www.sofianhilmi.net

    December 4th, 2007 | 9:57 pm | Reply
  20. Bat on December 4, 2007 at 5:10 pm said:

    Hohoho…Aku pengguna maxis 3G, ayat provokasi sungguh ek..Hahaha..Mau takmau nak kena kasi kome ngak la.. :-w

    Aku guna maxis sebab bagi aku murah, kontrak 18 bulan tu aku rasa berbaloi, sebab memang nak guna lama pun, hehe..Lagipun, kat KL coverage dia elok, kat kampung aku(Seberang Jaya) pun boleh tahan, lagi laju berbanding di KL..Aku guna pakej 3.6Mbps tu..

    Mana mampu beb nak beli modem celcom yang bagi aku harga dia agak keterlaluan tuh..Pasal bandwidth limit tu(Dalam agreement tulis 3Gig), macam takda apa2 pun, selama aku guna ni aku rasa dah lebih dari 10 gig aku guna..Download itu ini, selamba rock ja.. ;)

    Jadi gunalah Maxis 3G broadband, hahaha…

    Aku pun sama jugak even aku gune Celcom. Aku rasa aku dah download memacam dah and dah terlebih rasanya 5Gb tu. Tapi still takde papepun extra charge or suspend.

    Pyan-CGT on December 4, 2007 at 9:57 pm said:

    CELCOM MEMANG MANTAP!!!!!!!!!!!!!!!
    MAXIS 3G SLOW, WALAUPUN RUMAH SEBELAH PENCAWANG!!!!!

    http://www.sofianhilmi.net

    Tu dia, siap promote website. Aku lastik satgi baru hang taw. :p

    December 5th, 2007 | 10:02 am | Reply
  21. Uhuhu…. bro Celcom takde EDGE lah bro.. if ako tak silap.. sebab minggu lepas time ako gi KL celcom centre mereka kata dah takde…
    Maxis dan Digi jer yang ada EDGE….

    Uhuhu…
    tapi.. memang best.. celcom nie.. ako gune kat mobile E-siries ako tu.. boleh tahan speed dia.. hoyehh!

    December 8th, 2007 | 4:39 pm | Reply
  22. takde eh? aku ingatkan ada. sebab kalau takde 3g die akan amik edge then if takde edge die akan amik gprs. yang aku tahu la. habis tu, jenuh la kau nak online macam tu.

    December 8th, 2007 | 11:29 pm | Reply
  23. biar aku jawabkan..dia online gune stimik,sebab dia sewa umah luar dari utm…melarikan diri dari pihak utm,sebab internet selow..keh2…

    sementara aku dapat penggunaan studio ni,baik aku gunakan sepenuhnya…nanti dah habis,baru aku pk nak pakai yg mane..tul tak..time tu,mesti pricing tgh berlaga2….n mesti lagi murah n banyak offer..hehe..time tu baru aku sambar… :)) bijak bijak :p

    December 9th, 2007 | 2:53 pm | Reply
  24. hak3. tapi tak best dowh. if kau nak online kat bilik ke ape ke. nak online kat studio leceh. macam aku dulu2 time takde internet, ada la jugak gi cict tu. tapi tak best sangat. nak update site2 aku takde feel.

    December 9th, 2007 | 4:46 pm | Reply
  25. CypherHackz on December 9, 2007 at 4:46 pm said:

    hak3. tapi tak best dowh. if kau nak online kat bilik ke ape ke. nak online kat studio leceh. macam aku dulu2 time takde internet, ada la jugak gi cict tu. tapi tak best sangat. nak update site2 aku takde feel.

    owh…nampaknyer ko tak memahami konsep studio aku,sebab tu ko bercakap camtu… :-l :d

    December 9th, 2007 | 5:11 pm | Reply
  26. kenapa dengan studio kau? apa konsep die?

    December 10th, 2007 | 10:03 pm | Reply
  27. jom pakat-pakat guna celcom :)

    December 11th, 2007 | 3:05 pm | Reply
  28. ayuh! mari gune celcom. hu3.

    December 12th, 2007 | 2:00 pm | Reply
  29. I hate maxis 3G… Kelajuan cam ulat gonggok. Tapi dah terikat dengan kontrak 18 bulan nak wat cam mana. Tunggu la bulan 6 nanti, akan ku beralih ke iZZi broadband.

    January 7th, 2008 | 12:11 am | Reply
  30. Nasib baik aku amik Celcom. Hu3. Ok je sentiasa.

    January 7th, 2008 | 10:15 pm | Reply
  31. aSoi

    wei, mane ko tahu psl bandwidth limit maxis tu? :-?

    January 25th, 2008 | 9:16 pm | Reply
  32. :( tapi 3G yg adik saya pakai sangatlah slow..sesekali je dapat coverage HSDPA. Yang selalunya GPRS yang tahap kura-kura tu…huhuu…line kawasan umah memang teruk:(

    January 25th, 2008 | 9:32 pm | Reply
  33. Kali pertama aku mengetahui kelebihan Celcom brodband ni.
    ok makasih atas infi tu bro :d

    leh aku copy artical ni kat blog aku?
    aku akan tinggaalkan kredit ko. ;)

    March 1st, 2008 | 1:26 am | Reply
  34. tingkang

    hari nie hari pertama aku guna celcom 3g pasal streamyx mangguk….tp aku guna modem hp 3g jer…aku terpikir tak panas ker hp aku..pasal aku nie kaki trading :(

    March 31st, 2008 | 8:16 pm | Reply
  35. Aku dulu guna Streamyx.. pastu ampeh seampeh² ya amat. So aku terminate & tukar ke Maxis Broadband. Mula² tu ok. Pastu makin lama makin ampeh. So, aku terminate Maxis & sekarang ni dah guna Celcom Broadband. Confirm much much better than Streamyx or Maxis.

    Nak tau camana nak terminate Maxis Broadband tanpa kena denda? Haaa.. ni nak promote nih. :d Silalah ke blog aku kat http://ayusli.com untuk mengetahui cara²nya. Hehehehe.. Search “Terminating Maxis Broadband” kat kotak kaler merah kat atas skrin tu.

    Sori ah tuan rumah. Tumpang sekaki. Takper kan? :)>-

    April 1st, 2008 | 4:23 pm | Reply
  36. tur

    mana bagus modem hp 3g atau usb modem…tolongg…

    April 1st, 2008 | 8:49 pm | Reply
  37. pandai hang promote celcom 3g nie.. baper depa bayar kat hang?

    aku ingat nak pakai celcom 3g esok lusa pasal streamyx dah xder kat umah aku (line phone dah kena potong).

    aku nak beli modem cap ntah-aper-ntah yg harganya 399 dari boss kat tmnet dulu.. murah kan dari huawei 2… chow!

    July 1st, 2008 | 10:29 pm | Reply
  38. aku skang ni pun tgh online pakai celcom broadband ler ni..
    fuyyoo mak oiii..!! dia punyer kelembapannyer mengalahkan dial up 1515. celcom mmg slow giler skang nih.. aku dah berkali2 cal customer service tp diorang cakap xde masalah per2 pun.. frust giler ngan celcom. speed mmg tunjuk 7.2mbps tp yg kiter trime aku rasa dlm 28kbps je..malah aku nak citer panjang2..

    October 22nd, 2008 | 8:35 pm | Reply
  39. aku nyer status kt connection speed menunjukkan HSDPA signal tp slow gak..Hang Speed Data Packet Access ker High Speed Data Packet Access ni?

    October 22nd, 2008 | 8:42 pm | Reply
  40. Tu laa.. sejak last week Celcom dah makin slow. Sakit hati jer bila online. Sebelum tu memang best. Rasa nak tampar² jer orang² kat bilik server Celcom tu.

    October 23rd, 2008 | 9:10 am | Reply
  41. krypnix

    tampar je server celcom tu…dah le ade limit 5GB download usage…utk(celcom kata la) supaya xde masalah speed…tapi makin teruk adela… 3.6Mbps hanya khabar dari rupa…korang x kan dpt speed yg paling optimum.hanya 1.8Mbp, je dapat itu pun jika korang lucky laa….dioarang hanya nak cari pengguna yg banyak je untuk keuntungan mereka tapi servis ade masalah tak dititikberatkan…ni ke ISP di malaysia punya perangai?:-?

    November 19th, 2008 | 1:47 am | Reply
  42. haha

    aq gune celcom bb dah 8 bln(d98 package)…..celcom besh siot….! aku main RYL online x lag..:)>- tapi main mase pkol 2 pagi la….huhu…dier nyer speed 1600kbps..signal sentiasa hsdpa..syok siot

    November 26th, 2008 | 2:04 am | Reply
  43. akulah

    aku pun same,skrg pakai clcom broadbnd gak…senang nk travel mane2…masa dulu,bila balik kampung hanya dapat GPRS je manjang..slow gila..tp skrg dah upgread cikit…dapat EDGE lak..laju banding GPRS…bila la nk dpt HSDPA ni?? walau EDGE je,tp line mmg xde masalah.. kalau maxis mmg x dpt lansung.

    December 13th, 2008 | 8:02 am | Reply
  44. eroza

    aku rasa celcom broadband mmg bagus
    ari tu aku pinjam dr abg aku,mmg laju especially kalau nk tgk movie kt internt hehe
    pasni nak beli sndiri la
    aku ni kat area yg x membangun sgt kt swak tp syukurlh coverage celcom kuat kt sini=)

    December 19th, 2008 | 12:49 am | Reply
  45. darkzone

    xpayah la nk promote celcom nih. aku da lebeh setahun pkai. da bosan ngan perangai celcom. broadband yg pling bermasalah skali.

    December 22nd, 2008 | 9:03 pm | Reply
  46. :)>-:)>- bagi aku, celcom broadband nie bagus dan mengancam… aku pakai basic je 384 speed dia, tapi aku rasa lebih laju dari TmNut 512 la plak… sebab sebelom nie aku pakai 512 jiran aku nyer… dia nyer wireless tersesat ke rumah aku… hihihi…

    sedut torrent pun laju je tapi masalahnya ada limit 5GB, hari nie je aku dah sedut lebih dari 1GB… hmmm…

    aku baru pakai 2 hari Celcom Broadband nie… hehe. ok sebab aku nie jalan2, dan bukan nak on dari rumah je… kalau pakai Celcom Broadband nie di mana2 pun boleh online asalkan ada line… ;)

    December 25th, 2008 | 11:21 pm | Reply
  47. yo…kawan2…aku pnah gune celcom n maxis brodband…

    honestly…utk aku…aku suka maxis…sebab:-

    1)device(modem) di beri…
    2)kalu dapat hsdpa…mmg laju(kecuali malam)
    3)1 user ade 1 IP address…which mean..ko leh donlod gune rapidshare/megaupload/netload…yang mane…celcom xleh…
    4)after donlod 1file from rapidshare etc, then everytime reset modem…IP address bertukar…which means…kite bole donlod gune rapidshare/megaupload/netload etc tanpe masa menunggu..
    5)p2p allowable lagi (tp utk 1am-6am je…ok la tuh)

    stuju x?

    December 28th, 2008 | 12:00 am | Reply
  48. putera12345

    aku gune celcom broadband service k,speed pun mantap tapi tak stabil,tp memang k la pada aku coz memang slalu laju pun tapi dah berapa hari ini speed aku jd drop tak smpi 200kbps ,aku tepon customer service and then mereka ckp download aku dah dah 6.5 g.jd diorang slowkan aku punyer speed,celaka ….aku memang kaki torrent.jd kaki torrent mcm aku rase tak best ar mcm nie sebulan dapat satu game jer la download.gerammmmm gler dah tahun nie byk games yang best2 nak kuar bengang jer aku.ada tak sevice line yang no limit punyer…….

    February 13th, 2009 | 1:23 am | Reply
  49. yunnai

    ye la aku pun nak tau jugak pasal selcom ni ..orang ckp murah betul ke?

    February 20th, 2009 | 2:04 pm | Reply
  50. yunnai

    8-|:-?

    February 20th, 2009 | 2:11 pm | Reply
  51. darkzone

    stuju ngan Fairul…
    aku masalah modem free ke xkesah..
    tapi yg pnting network mantap…
    klau da xstabil nak wat pe…
    celcom ttp gune share network…
    pastu customercare lembap lak tu..

    BOSAN NGAN CELCOM YG LEMBAP

    March 1st, 2009 | 11:52 pm | Reply
  52. yeah…ade org stuju kat aku….

    serius ly aku puas ati ngan maxis…

    celcom usb tu aku paai 5minit je disconnect…xphm aku…

    maxis leh donlod radishare/megaupload.netload sesuka ati,laju gile(pagi – petang, kecuali malam)

    kalu pagi, rapidshare free account d/speed 90kb/s average…kalu premium about 150kb/s…

    megaupload best, yg free pon dah 1++kb/s…laju woo…

    best wo…so sape2 yg nak masuk maxis brodband..meh la masuk…time register…bagitau yg Fairul Adzreen, maxis brodband no : yg recommend ko…untung2 dpt la aku rebate rm30…

    mali2 menolong kawan2…

    hidup maxis

    March 6th, 2009 | 7:06 pm | Reply
  53. darkzone

    :d:d::d:d

    March 6th, 2009 | 10:13 pm | Reply
  54. good article…aku pon dok utm… bole dikatakan laju jugak la celcom ni banding ngan maxis yg aku penah gune seblm ni…lgpon maxis mahal…

    em…nak tanya, skrg ni, kalau dah smpi limit 5gb…xdpt internet ke atau jadi slow???sbb sblm ni tak pnh sampai 5gb,, sejak gile mendownload ni tak smpi 2 mgu dah smpi 5gb

    April 15th, 2009 | 8:39 pm | Reply
  55. Kalau dah lepas 5GB sebulan, Celcom akan slowkan internet kau. Tu pun kalau bernasib baik, boleh la kau surf lagi internet walaupun slow. Kalau nasib tak baik, kau langsung tak boleh nak bukak apa2 page pun. Even website Yahoo pun payah nak bukak.

    April 15th, 2009 | 10:06 pm | Reply
  56. aku ni pelanggan baru celom broadband..memule mmg syok pakai celcom 3.6 mb(rm98 monthly)….tapi korang akan naikmenyirap bile kene slowkan speed sbb dah sampai 5G….aku penah call celcom, diorang takkan extra charge, cume slow je…walopon selow, aku donlot gak movie2 baru….kahkahkah

    April 25th, 2009 | 12:42 am | Reply
  57. aishril

    aku tak tau sama ada aku bodoh atau org yg jual broadband aku tu PENIPU…

    aku penah guna U mobile member aku bila aku donlod rapidshare yg free tu tak leh sbb dia kata IP aku sedang donlod kene tunggu abes… so haram la la aku nak dapat donlod. (tepaksa donlod kat opis…)

    so masa nak beli CELCOM ni aku tanya bende tu dulu

    ni aku punye penerangan pada pompuan free hair kat depan LOYAT:

    AKU: “ni kalo pakai dapat IP sendiri ker share dgn berjuta orang lagi?”

    POMPUAN FREE HAIR: “macam mana tu?”

    AKU: “contoh macam ni, kalau saya donlod dari RAPIDSHARE atau apa2 bagai share lagi guna U mobile kawan saya, SENTIASA kuar ‘ IP anda sedang donlod. tunggu sampai yg donlod tu abes dulu baru boleh donlod lagi’. adakah saya dapat mesej yg sama kalo saya guna CELCOM?..

    PFH: “Tak… tak.. yang ni IP ni encik punya saja, takde kongsi-kongsi”

    AKU: “so takkan kuar mesej bodoh2 la, sya boleh donlod terus..”

    PFH: ” YUP” (dengan sungguh konfiden)

    PFH: “CELCOM bukan macam yg lain”

    AKU: “so kalo saya nak masuk YM ke skype ke no hal la”

    PFH:”no hal”

    AKU: “line ok ke? saya kat KL no hal, yg penting balik kg”

    PFH:”kg abg kat mana?”

    AKU: “Somewhere kat Bagan Serai… xde 3G kat situ..”

    PFH: “Abg, saya kompem boleh.. kat Pahang abang penah dengar Kg. XXX tak? kat area pekan, Pahang”

    AKU: “Tak.. ada ker kg tu ke ko saje taram nama tu nak tipu aku? aku geografi A tau”

    PFH: “Abg ni…saya tak tipu.. kat kg tu pon ader bang…”

    AKU: tu kg orang… bukan kg saya, ada aku kesah? boleh kompem ker kt kg saya ada?

    PFH: Abg jangan risau celcom ni kalau abang sorang2 jer guna n line tak kuat, dia boleh tarik guna other user dalam range 4 km.

    AKU: Bole caya ker?

    PFH: Takkan saya nak tipu abang…

    Macam tu lebih kurang conversation aku…

    so aku pon beli 299 plus 68

    YG HARAMNYA BILA START PAKAI SAMA JER…

    yg lagi HARAM YM memula jer bole masuk… 2nd day dah takleh masuk?

    SAPA NAK JAWAB?

    ADALAH POMPUAN FREE HAIR TU AKAN DI AZAB ILLAHI sbb menganiaya aku?
    Adakah aku hanya bernasib malang atau
    memang CELCOM BROADBAND (DAN YG LAIN2) memang SIAL HARAM JADAH?

    (Tolong jangan kata aku amek pakej murah, PFH tu kata 68 ni pon bagus esp uk donlod)

    July 4th, 2009 | 5:06 pm | Reply
  58. Sebelum kau beli, better kau test dulu dengan guna member kau punya dulu. Test connection dan network dia. Kalau ok, baru angkut. Jangan terus angkut je bro. Rugi…

    July 4th, 2009 | 5:39 pm | Reply
  59. aduh aishril…

    asal xbaca komen aku kat atas nih…mmg celcom share IP…pasal coverage pon mmg luas…tp xsume “KAMPUNG” ade 3G…Edge pon kadg2 xde.ape tah agi HSDPA…

    tp kan..celcom xde free trial ke?yg kalau xpuas ati dalam bberapa tempoh yg singkat, boleh return…xde ek?

    Maxis broadband, Celcom UPAX, Maxis Youth Club lover…

    July 4th, 2009 | 10:18 pm | Reply
  60. n lagi satu…aku slalu xkan caye ngan promoter…diorg just promot…xtau detail ttg product nih..

    contoh:-

    aku pnah g booth maxis broadband…(walaupon aku dh pakai dkat stahun stengah..)…aku tanye die..

    Aku: maxis ade bandwith limit kan kan kan??..

    Promoter hot: yup yup yup…5GB, tp yg best nye kan..kalu u tengok youtube ke ape2 streaming ke…tu xdikire gune bandwith…free je…unlimited….

    Aku: 0o0o0o0…hmm…ok la…bye

    selepas beredar…

    Aku : hahahaha (gelak ngumapat ngan member aku..)

    July 4th, 2009 | 10:24 pm | Reply
  61. chai

    Celcom damn suck. I really want to kill them. I subscribe 3.6Mbps adnvance plan but the speed like turtle walking on the street, I only get 30kbps-100kbps!! WTF!! Less than 10% of my speed!!

    August 3rd, 2009 | 1:27 am | Reply
  62. sy guna celcom gak.
    em..since februari
    ok laa..
    xde ape masalah..
    tp kat kmpung line gprs la..
    kat penang skang..ok je..

    August 4th, 2009 | 1:12 pm | Reply
  63. :!:
    tapi masa aku nak beli pun aku was was gak maxis ni, masa check line kat maxis center utk kawasan aku ni entah pesal takde plak dlm list diorang haa…..last last aku tak beli mana mana broadband pun……..sebab aku payah gak nak agak yang bagus……

    mcm lebih kurang sama ja geng geng broadband ni……hahahhahaha

    August 17th, 2009 | 4:25 pm | Reply
  64. orang tua

    Aku memang x beli Celcom.Aku x pakai Celcom, x bayar bill ape2 pun.. Aku pakai maxis, kalo nak top up, beli kat kedai jer, jimat ckit.. Broadband memg x pakai, aku pakai internet yg free jer.., i’m not obsessed about internet, technology cannot control me, i control technology.. Aku ni dah tua, x tau pakai broadband2 ni, korang budak2 bole laa..

    August 24th, 2009 | 1:48 pm | Reply
  65. kangen

    azit(whitevazxia@yahoo.com) on August 17, 2009 at 4:25 pm said:
    :!:
    tapi masa aku nak beli pun aku was was gak maxis ni, masa check line kat maxis center utk kawasan aku ni entah pesal takde plak dlm list diorang haa…..last last aku tak beli mana mana broadband pun……..sebab aku payah gak nak agak yang bagus……

    mcm lebih kurang sama ja geng geng broadband ni……hahahhahaha

    cube try maxis broadband prepaid dlu.
    *100# (Mobile Internet)
    bnyk pakej
    ade 1jam/1hari/sebulan

    August 27th, 2009 | 11:34 pm | Reply
  66. Townshend
    September 15th, 2009 | 8:15 am | Reply
  67. DeaN89

    dulu aku nih mmg pminat ngn pyokong setia maxis,
    psal diorang pny coverage kt umh aku mmg besh! ,skali klik mletup pc..hehe
    bulanannye RM138..mmg brbaloi la bg ak

    tp tu dulu,smalam aku g low yat ak test lak celcom..
    bli pny beli,speed lebih kurang je ngn maxis,tp aku cma bayar RM68 sbulan..lg berbaloi

    tp klu D68 pny pakej tuh contract ke x eh?? :twisted:

    October 31st, 2009 | 1:59 pm | Reply
  68. DeaN89

    haa..lagi satu psal maxis…
    slama stahun aku gna,pggunaan BULANAN aku mencecah smpai 40GB, :-)
    sbb tu la external aku pnuh almari..
    tp x pulak aku kene x-tra charge atau quota pape …?? :?

    October 31st, 2009 | 2:04 pm | Reply
  69. wan

    celcom ok je aku pakai.. yang penting tgk coverage area la… yng best aku dapat pakage 3.6Mbps dgn hnya rm50 sebln. jimat rm48 tu,….

    November 2nd, 2009 | 12:00 am | Reply
  70. aishril

    FAIRUL:

    i’m referring to this line:

    PFH: “Tak… tak.. yang ni IP ni encik punya saja, takde kongsi-kongsi”

    kan ke hanjeng tu.. sbb aku siap terang the situation kat minah tu dengan detail dan aku guna ayat n bahasa yg budak tak pass SPM pon bole paham.. infact aku dh bgtau free rapidshare download..

    dah la CELCOM tetiba antar msg pasal limited download, dh lebeyh certain2 GB.. lagi terbakar hati aku… masa ist month aku mmg donlod gila2.. so apakah unlimitednya? :mrgreen:

    November 2nd, 2009 | 8:25 am | Reply
  71. zura

    camnme nak guna broadband? huhu.. :x

    November 6th, 2009 | 4:23 pm | Reply
  72. CIKU

    Salam semua,

    Aku dah guna 6bulan celcom brodband rasanya tak de masaalah. Cuma kalau kat opis memang la dapat HSDPA tapi kalau kat rumah dulu dapat HSDPA tapi sekarang dapat EDGE lembab la 236.8Kbps je.
    Ala…. lama lama dia orang up gread la tu….
    Tapi walau apa pun line maxis ke Celcom ke P1max ke ….. semuanya tetap berguna.
    Sekarang semua boleh buat on line.

    Wassalam

    December 11th, 2009 | 5:02 pm | Reply
  73. Mr.DeaN

    Aku de berita baik kengkawan…
    better pakai Maxis broadband..
    aku baru register minggu lepas…
    speed 3.6 MB/s dan limit 2GB sebulan..
    aku just BAYAR RM 45 sebulan tanpa sebarang kontrak yg menyeksakan tuh!
    setakat arinie aku dh gune 4 GB tapi speed tetap maintain..aku tny operator diorang kene bayar extra cas x?
    die ckp xkene.. cume speed dikurangkan 30% je..
    xde hal la camtue…janji ‘SPEED still TO DA MAX’
    better korang tukar pakai maxis BB..
    layan Metacafe ke,Youtube ke, Redtube ke( :| ) :oopss!
    xde hal beb! mmg puas hati!

    December 13th, 2009 | 3:27 am | Reply
  74. MrDeaN

    Aku de berita baik kengkawan…
    better pakai Maxis broadband..
    aku baru register minggu lepas…
    speed 3.6 MB/s dan limit 2GB sebulan..
    aku just BAYAR RM 45 sebulan tanpa sebarang kontrak yg menyeksakan tuh!
    setakat arinie aku dh gune 4 GB tapi speed tetap maintain..aku tny operator diorang kene bayar extra cas x?
    die ckp xkene.. cume speed dikurangkan 30% je..
    xde hal la camtue…janji ‘SPEED still TO DA MAX’
    better korang tukar pakai maxis BB..
    layan Metacafe ke,Youtube ke, Redtube ke( :| ) :oopss!
    xde hal beb! mmg puas hati!

    December 13th, 2009 | 3:28 am | Reply
  75. sepatut ya pihak berkuasa patut mengambil tindakan serius terhadap berukband celcom ni.kita bayar pakai duit nak dapatkan khidmat terbaik da la tu bulan2 keluar duit tapi servis cam haprak nama je unlimited 386kbps siap ada policy 5g pulak tu iklan punya la indah unlimited konon langsung tak nampak policy 5g tu puih!.masa time nak beli pandai pulak berukband celcom ni sorok policy bila da pakai kena pulak speed slow pergi complain kat berukband celcom ni cam2 ayat berukband ni hentam kat kita salah tu la bla2 macam2.habis je 5g policy haprak tu mula la mengacau ketenteraman hidup speed dari 386kbps turun ke 68kbps bila gi tanya apasal slow? berukband celcom punya policy pergh haprak rugi woi baik line telefon aku speed 56kb laju lagi ar langsung tak de usage.ganti balik duit aku penipu berukband celcom. :x :x :x

    February 28th, 2010 | 4:47 am | Reply
  76. trytest

    Slm… aku xtau nk komen apa lg kt celcom ni.. kt umh kwsn kg aku nk dpt 1bar pun susah hset, nk bergyut pn ptus.. Dlm coverage mmg la ada line tp bkn 100% fullbar. klu nk brodbnd plak kena buat teknologi sendiri, ni pun aku dpt idea kt 1 forum tu. Celcom igt signal yg dia pancar tu bleh rapat kt tanah ker!! klu aku duk ats puncak pencwang / puncak bukit bleh laa signal bodabnd tu.. dia nk byr ker kos mula2 aku nk pasang pencawang buluh ni, klu modem bleh cucuk kt usb terus xper laaa… hbs rm60 jga aku nk pasang pencawang sendiri nii.. nsb baik ok speednya.. tgk youtube jarang2 tersekat.. ni korang bleh tgk kt youtube cmna aku nk dpt line bodband nii… http://www.youtube.com/v/qNOPE.....S&fs=1

    March 7th, 2010 | 2:07 am | Reply
  77. Erol

    celcom broadband lembab la. Servis macam ****. Baik takyah buat brodband. Kat area aku, celcom dapat signal HSDPA full tapi lembab gila. Speed 1kb- 12kb je. Paling laju pun 280kb (tu pun kol 2pg-6pg). Sapa nak guna internet time tu? Celcom ni gila.

    Lepas tu aku switch to Maxis broadband. Area aku dapat signal full HSDPA jugak. Laju gila, speed dapat 3mbps ++. Paling slow pun 300kb-500kb. Sangat jarang problem. Tapi Maxis ni mahal la. So far aku puas hati dgn Maxis.

    March 10th, 2010 | 11:14 am | Reply
  78. adek manje

    tak yah pkai pape pon….snang hati…. :halo: …. :D

    March 30th, 2010 | 12:46 pm | Reply
  79. geragokakilima

    bangkai ko……lembap nak mampuih….

    August 4th, 2010 | 11:18 pm | Reply
  80. DIGI GOOD

    so skrg digi da ada 3G…lagi laju dari sialkom and maxis…speed digi lebih konsisten skrg..DIGI the best..

    August 15th, 2010 | 11:57 pm | Reply

Leave a Reply

:D :-) :( :o 8O :? 8) :lol: :x :P :cry: :evil: :twisted: :roll: :wink: :up: :down: :oops: :halo: :idea: :| ::-*: :!: :?: :$: :vangry: :XO: :mrgreen: