Hukum menghisap Rokok adalah Makruh

bahan-kimia-rokok
Bahan-bahan kimia di dalam rokok.

Rokok merupakan sekeping kertas berbentuk silinder yang di dalamnya diisikan dengan tembakau dan mempunyai penapis di hujungnya. Rokok dibakar dan dihisap asapnya melalui penapis dan dihembus keluar melalui hidung atau mulut.

Selain daripada tembakau, rokok juga mengandungi nikotin, ammonia, cadmium dan beberapa bahan kimia lain yang dapat membahayakan kesihatan penghisap rokok dan orang disekeliling mereka.

Keburukan Menghisap Rokok

Di antara keburukan akibat daripada menghisap rokok adalah:

  • Kanser paru-paru
  • Kanser mulut
  • Kanser pundi kencing
  • Mati pucuk
  • Mulut, tangan dan badan berbau busuk
  • Anak yang dilahirkan tidak cukup bulan atau sifat
  • Anak lebih mudah mendapat penyakit seperti lelah, jangkitan paru-paru dan pertumbuhan terbantut

Selain daripada itu, setiap rokok yang dihisap akan memendekkan usia perokok sebanyak 11 minit.

Hukum Menghisap Rokok

Mengikut daripada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Malaysia, hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab Syafieah – sumber.

2.2.1. “HUKUM MENGHISAP ROKOK”

Hukum menghisap rokok adalah MAKRUH mengikut Mazhab kita Syafieah,

Tersebut dalam kitab “Yasalunaka Fiddin Wal Hayah”

Maksudnya :

Apabila adalah ulama’ fikah bersalah-salahan pendapat mengenai hukum menghlsap rokok, maka kata setengah ulama’ hukumnya harus, kerana mengikut kaedah: asal pada segala perkara hukumnya harus, kata setengah ulama’ hukumnya makruh kerana cemarnya dan kata setengah ulama’ pula hukumnya haram kerana bahayanya, maka sekurang-kurang alasan mereka iaitu menghisap rokok adalah merupakan pembaziran harta pada perkara yang tidak ada faedah.

Dan bahawasanya menghisap rokok, selain daripada alas an alasan yang tersebut tadi, menyebabkan busuk bau mulut dan dari kerana itulah datang dalam mazhab Syafie bahawa menghisap rokok hukumnya Makruh, kerana pada rokok terbit bau busuk yang boleh dibenci oleh orang lain, sedangkan di masjid orangramai bercampur gaul dan duduk berhimpit-himpit lazimnya.

Hukum Makruh di sini bermaksud suatu perkara yang dianjurkan agar tidak dilakukan akan tetapi, jika dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT.

Berhenti Menghisap Rokok

Saya percaya, bagi perokok-perokok tegar di luar sana pasti sukar untuk berhenti daripada merokok. Saya juga mempunyai kawan yang merokok dan saya tahu betapa sukarnya bagi mereka untuk berhenti merokok.

Namun begitu, berhenti daripada merokok bukanlah satu benda yang mustahil. Datuk saya merupakan salah seorang perokok yang tegar ketika beliau muda dahulu.

Namun begitu, beliau telah berjaya berhenti daripada merokok dengan mengamalkan minum air masak dan memakan gula-gula Hacks setiap kali beliau terasa ingin merokok. Alhamdulillah, beliau kini tidak lagi merokok dan beliau masih kuat dan sihat walafiat.

Sebagai kesimpulan, hukum menghisap rokok adalah Makruh kerana ianya membahayakan kesihatan. Walaupun untuk berhenti menghisap rokok bukanlah satu perkara yang mudah tetapi ianya bukanlah suatu perkara yang mustahil.

Semoga apa yang saya kongsikan di sini sedikit sebanyak dapat dijadikan pengajaran dan pedoman untuk kita semua. :)

Comments

  1. rokok mania says

    rokok tuh enak , , gaku usah kakean cangkem , , , kyok ngerti umure wong wae , , tuhan tah kowe

  2. ajip says

    Menghisap rokok fatwa untuk 20 tahun lalu adalah makhruf
    Fatwa terkini hukumnya HARAM MUTLAK.
    Kecuali bagi ulama dan ustaz yang merokok masih berpegang dengan fatwa dahulu.

  3. IM says

    anda tersalah faham tentang hukum merokok. hukum makruh hanya pada bau mulut orang yang merokok sepeti mana bau mulut orang yang makan bawang. namun Nabi memberi ancaman orang memakan benda yang berbau jangan memasuki masjid. manakala hukum sebenar kepada apa yang terdapat dalam kandungan rokok adalah haram kerana membahayakan kesihatan dan berlaku pembaziran. orang yang merokok akan dikenakan dua hukum, pertama makruh kerana bau mulutnya, kedua haram kerana menghianati badan dan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>