Bagaimana untuk memulakan blog?

Ramai yang tanya aku macam mana aku boleh handle blog yang banyak. Aku bukannya ada satu, dua atau tiga, tapi aku ada 6 blog. Aku tahu, ada orang yang mempunyai lagi banyak blog dari aku tapi dorang pun macam aku. Ada cara tersendiri bagaimana untuk handle blog-blog yang banyak tu. Lain orang, lain caranya. Tapi, itu bukan tujuan utama untuk entri kali ini. Entri ini aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana untuk memulakan blog.

Zaman sekarang ni ada lagi ke yang tak tahu apa itu blog? Atau juga dikenali sebagai weblog? Kalau korang tak tahu blog tu apa, blog tu seperti yang korang lihat sekarang ni la. Sebuah platform di mana korang boleh kongsikan segala idea, pendapat, perasaan, pengetahuan, isu terbaru dan segala-galanyanya yang korang nak sampaikan kepada orang lain. Mungkin ada yang berkata buat blog ni bukan bagus pun, menceritakan hal peribadi pada orang lain. Memang betul pun, ada blog yang sangat-sangat personal. Ada blog yang menceritakan hal peribadi sendiri, tapi biarlah dia. Dia nak menceritakan dan berkongsikan kisah hidup dia. Tak salah kan? Mana la tau nanti pada suatu ketika nanti, dia dah takde. Boleh la korang membaca kisah kehidupan dia sepanjang dia hidup.

1. Percuma atau host sendiri?

So berbalik kepada topik kita. Bagaimana untuk memulakan blog? Well, ianya tidaklah sesusah mana pun. Terdapat pelbagai service yang disediakan di Internet. Yang utama dan yang selalu orang pakai pada zaman sekarang ni adalah, Wordpress.com dan Blogspot.com. Kedua-duanya mempunyai rating yang baik pada ketika ini. Tapi bagi aku, korang pilih yang Wordpress sebab ianya lagi mudah, fleksibel, banyak themes dan stucture yang kemas.

Tetapi, kalau nak best lagi, korang beli la hosting dan domain sendiri. Lagi best. Lagi senang korang nak handle blog korang sebab korang bebas untuk melakukan apa saja apa blog korang tu. Kalau gunakan servis-servis percuma ni, selalunya pergerakan kita terhad dan tak boleh nak buat macam-macam. Lagiun, sekarang ni hosting dan domain dah murah dah. Korang boleh dapatkan domain serendah RM28 setahun dan hosting pakej 5Gb dengan harga RM68 setahun. Dah murah sangat-sangat dah tu. Setahun, tak sampai pun RM100 korang bayar. Kalau sehari simpan duit RM1 x 5 hari x 4 minggu x 12 bulan, korang dah boleh kumpul duit sebanyak RM240. Ha, lebih dari RM100 tu… Takkan la tak boleh nak beli hosting ngan domain sendiri.

2. Script enjin yang digunakan

Sekiranya korang decide untuk beli hosting ngan domain sendiri, aku cadangkan korang pilih Wordpress sebagai script blog korang. Ianya popular. Even aku pun menggunakan Wordpress di semua blog-blog aku. Bukan saja ianya percuma, malah senang dijaga, mempunyai plugin yang banyak, theme yang banyak dan rakan-rakan blogger yang ramai. Cara nak setup script Wordpress ni pun, tak la susah mana. Korang boleh tanya aku if korang nak tahu macam mana caranya.

3. Setup title, description, kategori

Then, setelah korang mempunyai blog, korang decide la title apa yang sesuai nak digunakan. Description dia apa. Kategori-kategori yang nak digunakan. Setup dulu segalanya. Nak advanced lagi, gunakan plugin-plugin yang menarik untuk memeriahkan dan mempelbagaikan lagi blog korang tu. Setelah selesai semua itu, korang buat la artikel korang yang pertama. Ucaplah apa-apa yang korang nak ucapkan. Nak ucap terima kasih pada aku pun boleh sebab aku terangkan pada korang bagaimana nak memulakan blog ni ha. Aku tak kisah pun. Aku terima je ucapan terima kasih korang dan aku akan balas balik dengan sama-sama. Baik kan aku? Hu3.

4. Promotekan blog korang

Selepas itu, korang promotekan la blog korang tu. Kecuali la kalau korang taknak orang lain baca blog korang. Cara nak promote pun bukan la susah mana. Ajak la kawan-kawan korang untuk datang lawat blog korang. Bagi link dia. Selain tu, korang lawat la blog orang lain jugak dan berikan komen-komen yang sepatutnya. Komen dibuat bukan untuk spam tapi ianya untuk kita berikan pendapat kita mengenai artikel yang ditulis oleh blogger tersebut. Ala korang ni, macam tak paham-paham pulak. Nanti dah habis baca entri ni, bagi la komen. Ades!

5. Pasang tracking code

Dan kalau korang bosan-bosan, tambahlah tracking code kat blog korang. Macam aku, aku gunakan Google Analytics. Ianya percuma dan mempunyai banyak features. Memang aku galakkan korang untuk menggunakan Google Analytics nih. Banyak benda baru yang korang akan dapat tahu bila korang menggunakan Analytics ni. Kalau korang nak tahu apa yang best yang terdapat dalam Analytics nih, korang kena la cuba dulu. Hu3.

6. Update blog korang

Then, setelah korang lakukan semua di atas, korang duduk la diam-diam. Update blog korang macam biasa. Tulis je apa yang korang terasa nak tulis. Pastu tu, gi lawat blog orang lain pulak. Then duk diam-diam balik. Then update lagi blog korang tu. Lama-kelamaan, akan datang la orang yang berikan komen kat website korang tu. Pada mulanya, memang la susah nak dapatkan pengunjung tapi janganlah risau sangat sebab kat dunia ni, takde benda yang senang. Semuanye kena bersusah payah dulu.

Sebagai contoh, korang pergi la kat website CypherHackz.Net aku tu. Korang browse la entri-entri aku pada aku mula-mula blog pada tahun 2005. Berapa je yang nak bagi komen. Berapa orang je yang nak datang melawat. Tapi skang ni, bila dah 2 tahun aku berblog, dapat gak aku pengunjung tetap yang sentiasa menantikan entri-entri terbaru aku. Sama la jugak ngan korang nanti. Jangan berhenti usaha. Walaupun takde orang yang berikan komen, tak semestinya takde orang yang baca entri korang tu. Just teruskan menulis, menulis dan menulis. Dan tak lupa juga, lawat dan berikan komen-komen yang bernas di blog orang lain.

7. Kesimpulan

Jadi diharapkan dengan sedikit tips dan kaedah yang aku kongsikan di sini, dapatlah sedikit sebanyak membantu korang dalam membuat blog. Nanti kalau blog korang dah femes, jangan la lupa kat aku ni. He3. Whatever pun, aku doakan korang semoga berjaya dalam dunia blogging. Ingat, tak semestinya tiada komen sebab orang takde, dan tak semestinya orang takde sebab tiada komen. Korang faham tak ni? Takpe-takpe, suatu hari nanti korang faham la. ;)

Baca Yang Ni Pulak

Sekiranya korang menyukai artikel di BlogAku.Net ini, korang boleh melanggan dengan menggunakan RSS Feed atau dengan mengisikan email di dalam form di bawah ini.

15 Responses to “Bagaimana untuk memulakan blog?”

  1. tp ak rase blogspot adalah platform terbaik untuk free blog platform, ak penah guna wordpress.com sblom ni.. banyak menda yang dorang limitkan. Cthnya themes. Xleh customize apa sume, boleh kalo korang pro CSS. satu lagi, dulu ak ada tnya admin die, kenapa x leh pakai Javascript, coz ak nk letak shoutbox..then dorang cakap due to security reason. ntah la. then ak blog kat blogspot smp skrang. tu pn masih bertatih lagi. setelah lama meninggalkan wordpress.com, ak ingat ada perubahan, tp ada la skit cume part nk letak code2 tertentu masih xleh..huhu..
    well, ak setuju dengan cypher, wordpress the best platform for blogging kalo korang guna hosting+domain sendiri..
    dulu ada gak beli domain..ceyh..org beli domain nk beli gak, tp time tu mmg noob giler pasal web2 ni..haha.. membazir camtu jer setahun.. tgk la pasni ak rancang nk beli satu hosting+domain..hehe

    January 14th, 2008 | 11:08 pm | Quote
  2. kalau lebih best, domain + hosting beli sendiri la… macam² boleh buat… tapi kalo beli domain je tapi takmoh beli hosting lagi, boleh buat redirect atau guna aje custom domain kat blogspot tu… :)>-

    January 14th, 2008 | 11:34 pm | Quote
  3. ape beza hosting ngan domain ek??? lg satu.. ape nme plugin tok ltak smiley kt coment….:-?:-?

    January 15th, 2008 | 12:24 am | Quote
  4. #wizurai - aku setuju sangat2 ngan kau. better beli domain n hosting sendiri. baru puas hati. :D

    #top0 - domain tu merupakan nama link website kau, sebagai contoh macam, http://www.cypherhackz.net, http://www.blogaku.net, http://www.tentangcinta.com ha, yang tu la yang dinamakan sebagai domain.

    hosting pulak adalah space untuk kau letak file2 website kau. segala file dan images yang kau gunakan untuk website akan diletakkan dihosting tu. :)>-

    January 15th, 2008 | 12:30 am | Quote
  5. ooo00 ok thanx…:d:d:d ape nama plugin untuk ltak smiley kt komen ek?? ssah aku nk mngingat smiley2 punye code…:-?:-?

    January 15th, 2008 | 12:52 am | Quote
  6. erks, lupe pulak nak bagitau. ni ha link die: http://priyadi.net/archives/20.....ys-plugin/

    January 15th, 2008 | 12:54 am | Quote
  7. izzAt on January 14, 2008 at 11:08 pm said:

    tp ak rase blogspot adalah platform terbaik untuk free blog platform, ak penah guna wordpress.com sblom ni.. banyak menda yang dorang limitkan. Cthnya themes. Xleh customize apa sume, boleh kalo korang pro CSS. satu lagi, dulu ak ada tnya admin die, kenapa x leh pakai Javascript, coz ak nk letak shoutbox..then dorang cakap due to security reason. ntah la. then ak blog kat blogspot smp skrang. tu pn masih bertatih lagi. setelah lama meninggalkan wordpress.com, ak ingat ada perubahan, tp ada la skit cume part nk letak code2 tertentu masih xleh..huhu..
    well, ak setuju dengan cypher, wordpress the best platform for blogging kalo korang guna hosting+domain sendiri..
    dulu ada gak beli domain..ceyh..org beli domain nk beli gak, tp time tu mmg noob giler pasal web2 ni..haha.. membazir camtu jer setahun.. tgk la pasni ak rancang nk beli satu hosting+domain..hehe

    hak3. adoi… tapi aku bukan kat wordpress ada widget ke? tapi kau boleh je gune domain kau tu and forwardkan ke kaunyer blogspot. kau check post yang wizurai buat. die ada bagitahu macam mana nak buat bende alah tu.

    January 15th, 2008 | 12:58 am | Quote
  8. ok seribu kali thank u…. semakin ceria la coment aku pasni.=|=|=| ….hohoho thanx.

    January 15th, 2008 | 1:00 am | Quote
  9. Yah2 yah… TQ TQ En Cypher!!!

    January 15th, 2008 | 2:11 am | Quote
  10. Enam bulan pertama (atau lebih) berblog adalah masa untuk cari identiti penulisan kita. Dalam masa ni idea penulisan tidak cukup banyak dan terlalu luas skopnya. Bila kita dah dapat identiti kita sendiri dalam penulisan blog, fokus penulisan akan tertumpu pada satu subjek yang kita suka tulis.

    Anyway start dengan tulis apa apa yang korang rasa nak tulis. It’s good dan dia jugak tak mudah.

    January 15th, 2008 | 9:16 am | Quote
  11. waduhhh-waduh panjang lebar cerama hari ini erkkkk:d…memang mantap artikel ni…memang betul bab nak pelawat n komen tu yang susah…kalau tak nak bagi kecewa..setkan dalam minda menulis artikel tersebut untuk diri sendiri

    January 15th, 2008 | 9:27 am | Quote
  12. top0 on January 15, 2008 at 1:00 am said:

    ok seribu kali thank u…. semakin ceria la coment aku pasni.=|=|=| ….hohoho thanx.

    No problem brader. :D

    Azhar Ahmad on January 15, 2008 at 2:11 am said:

    Yah2 yah… TQ TQ En Cypher!!!

    Sama-sama. Ihiks!

    mazudi on January 15, 2008 at 9:16 am said:

    Enam bulan pertama (atau lebih) berblog adalah masa untuk cari identiti penulisan kita. Dalam masa ni idea penulisan tidak cukup banyak dan terlalu luas skopnya. Bila kita dah dapat identiti kita sendiri dalam penulisan blog, fokus penulisan akan tertumpu pada satu subjek yang kita suka tulis.

    Anyway start dengan tulis apa apa yang korang rasa nak tulis. It’s good dan dia jugak tak mudah.

    Yup. Pada mula2 memang kita tak tahu nak tulis apa. Tapi tulis je apa yang korang nak tulis. Memang akan ada orang yang baca punye. Hu3.

    kita on January 15, 2008 at 9:27 am said:

    waduhhh-waduh panjang lebar cerama hari ini erkkkk:d…memang mantap artikel ni…memang betul bab nak pelawat n komen tu yang susah…kalau tak nak bagi kecewa..setkan dalam minda menulis artikel tersebut untuk diri sendiri

    Aah. Panjang sebab banyak sangat nak diceritakan. Hu3. Bosan tak?

    January 15th, 2008 | 9:32 am | Quote
  13. ooo ooo..begitu nak buat blog..leh la cube pasni..wuhuuu :d

    January 15th, 2008 | 11:12 pm | Quote
  14. mazudi dan yg lain²,

    mula² memang ada sesetengah org taktau nak tulis apa… lama² akan jadi mcm cypher ni la… dah ketagih menulis sampai beli banyak domain… huhu…

    January 16th, 2008 | 7:03 am | Quote
  15. dr.xero on January 15, 2008 at 11:12 pm said:

    ooo ooo..begitu nak buat blog..leh la cube pasni..wuhuuu :d

    Macam tu la serba sedikit. Hu3.

    Wizurai on January 16, 2008 at 7:03 am said:

    mazudi dan yg lain²,

    mula² memang ada sesetengah org taktau nak tulis apa… lama² akan jadi mcm cypher ni la… dah ketagih menulis sampai beli banyak domain… huhu…

    Hak3. Kau jangan cakap macam tu. Malu aku. :">

    January 16th, 2008 | 7:31 am | Quote

Leave a Reply

:) :( :d :"> :(( =| :x 8-| /:) :o :-? :-| :-w ;) [-( :)>- more »