Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali

09.11.2008 // 9 Comments

Dulu, semasa aku mula-mula berkenalan dengan blog, forum Weblogs Center (domain telah expired) yang dikendalikan oleh saudara Syaiful merupakan tempat di mana aku berkenalan dengan ramai blogger di Malaysia. Di situlah tempat kami berbincang, bertanyakan pendapat, dan meminta pertolongan dalam menyelesaikan masalah blog kami.

Tetapi, setelah domain itu expired dan saudara Syaiful hilang entah ke mana, forum Weblogs Center telah pupus dan tidak lagi menjadi tempat perbincangan bagi blogger-blogger di Malaysia. Disebabkan rasa kekurangan dalam dunia blog, aku dan beberapa blogger tanah air yang juga dulunya merupakan ahli Weblogs Center kini membangunkan semula forum tersebut dengan nama baru, Weblogs Centre (WBC).

Weblogs Centre ini diwujudkan hasil usaha sama perbincangan dengan beberapa blogger yang aku jemput di dalam YM Conference. WBC merupakan sebuah forum komuniti bagi perbincangan mengenai blog, masalah blog, tips dan juga berkenalan dengan blogger-blogger tanah air. Hosting untuk WBC ini disponsor oleh ServerFreak dan domain pula disponsor oleh saudara Amanz yang juga merupakan salah seorang admin di WBC yang baru ini.

Jadi kepada semua blogger Malaysia, apa kata kita memeriahkan forum WBC ini dan promotekanlah WBC di blog korang semua. Jadikan WBC sebagai satu tempat di mana korang dapat berkenalan dengan blogger-blogger tanah air dan juga sebagai tempat untuk korang menambahkan ilmu dan pengetahuan dalam berblog. Diharapkan dengan adanya WBC ini, kita dapat mengembalikan semula suasana dunia blog yang meriah dan harmoni seperti suatu ketika dahulu… Ceh! ;))

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Guna BlogDesk untuk Berblog
Perlukah Google Pagerank? »

Comments

  1. menteil says

    09.11.2008 at 6:30 pm

    owh.. menarik..
    aku daftar segera.. hehe

    Reply
  2. topo says

    09.11.2008 at 8:19 pm

    =|yeah aku dah mendaftar.. hohoohoh

    Reply
  3. CypherHackz says

    10.11.2008 at 10:59 pm

    Apa lagi kawan2… Promote!!! 😀

    Reply
  4. Lisa says

    11.11.2008 at 10:20 pm

    ye lah.. hampir lupa ngan forum ni.. nak register balik. :):d

    Reply
  5. aman says

    12.11.2008 at 11:58 am

    jom sama-sama idupkan balik..hoho =|=|

    Reply
  6. CypherHackz says

    12.11.2008 at 5:20 pm

    [Comment ID #32827 Will Be Quoted Here]

    Aah. Lisa pun dulu merupakan salah seorang member dekat WBC.

    Reply
  7. Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Web Hosting and Domain Name! says

    19.12.2009 at 3:09 pm

    […] Cubiex.com ~ Malaysia Affordable Domain and Web Hosting menawarkan pakej web hosting, reseller hosting, vps hosting mampu milik serta premium kepada individu dan syarikat […]

    Reply

Trackbacks

  1. Rebranded WBC says:
    17.11.2008 at 4:41 am

    […] Sekarang ni, WBC sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini WBC merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali. […]

    Reply
  2. Where does inspiration come from? » Blog Archive » Promo: Weblogscente.com says:
    18.11.2008 at 1:45 pm

    […] Promo: Weblogscente.com November 18th, 2008 Posted in General Dulu WBC dikenali sebagai “Weblogscenter” dan dikendalikan oleh seorang dari rakan blogger kita yang sudah lama menyepi iaitu Mr.Syaiful. Ia ditubuhkan pada kira-kira 2 tahun yang lalu. Namun aku pasti, atas sebab-sebab tertentu, WBC tersebut terkubur. Sedih juga. Harap sampai pada pengetahuan Mr.Syaiful tentang berita baru kebangkitan WBC semula ni. Sekarang ni, WBC sudah kembali ke dunia atas talian (cewah.. atas talian tuh) dengan nama penuhnya “Weblogscentre“. Pengendali terkini WBC merupakan salah seorang blogger yang sudah dikenali ramai, iaitu Mr. Cypherhackz yang terkenal dengan lamannya iaitu http://www.Cyhperhackz.net. Kisah selanjutnya ada di entry yang dibuat oleh Mr. Cypherhackz yang bertajuk Weblogs Centre (WBC) Kini Kembali. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in