Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys)

21.11.2009 // 19 Comments

Aku baru sahaja pulang dari menonton filem Senario The Movie 2 – Beach Boys bersama-sama dengan Dekan dan juga Nurul Huda di GSC Mid Valley. Jika kau suka menonton filem-filem lawak Melayu ataupun cerita Senario, filem terbaru mereka ini memang wajib ditonton. Dari awal cerita sehinggalah ke penghabisan, kau akan dihidangkan dengan pelbagai lawak yang kelakar sehingga jenuh nak gelak.

Sinopsis

Azlee, Wahid dan Mazlan dalam perjalanan untuk bercuti di Pulau Pangkor. Semasa di jeti, mereka telah terserempak dengan tiga orang adik beradik perempuan yang masing-masing membawa watak yang sangat berbeza. Qasidah (Maria Farida), merupakan seorang perempuan yang gedik dan menggoda. Hamidah (Mek Siti) pula merupakan seorang perempuan yang ayu tetapi pekat dekat slang Kelantan dan Siamnya. Akhir sekali, Zuraidah (Marsha AF3) yang penuh dengan slang Sabah dan sikapnya yang tomboy.

Semasa di Pulau Pangkor, Azlee, Wahid dan Mazlan menetap di Resort Teluk Dalam yang dikendalikan oleh Pak Mansor (Dato Jamali Shadat) yang juga bapa kepada Qasidah, Hamidah dan Zuraidah. Disebabkan tidak ramai pengunjung, Pak Mansor terpaksa mengendalikan resortnya seorang diri.

Bagi membantu menarik pengunjung ke resort Pak Mansor, ketiga-tiga sekawan tadi telah membuat promosi di resort tersebut tanpa pengetahuan Pak Mansor. Di dalam masa yang sama, ketiga-tiga mereka ini juga cuba memikat hati anak-anak gadis Pak Mansor terutama sekali Azlee kerana dia pernah bercinta dengan Qasidah.

Promosi yang dibuat di resort tersebut berjaya menarik ramai pengunjung sehinggakan Pak Mansor tidak jadi menjual resortnya kepada Remy (Riezman Khuzaimi). Disebabkan rasa tidak puas hati, Remy telah menculik Qasidah dan bermulalah babak yang penuh pancaroba dan lawak jenaka semasa menyelamatkan Qasidah di Pulau Penyamun.

Pendapat

Pelbagai aksi lucu dan lawak yang diisikan dalam filem ini. Seperti yang aku katakan tadi, sekiranya kau minat dengan cerita dan lawak Senario, kau pasti akan terhibur dan gelak tanpa henti. Yang menjadikan filem ini unik adalah, lawaknya terhasil dari pelbagai kategori.

Yang pertama adalah lawak dari lenggok bahasa si Hamidah dalam slang Kelantan dan Siam yang tak henti-henti. Disebabkan terlalu banyak sangat slangnya membuatkan aku terasa sedikit meluat. Kemudian, lawak Zuraidah dengan pekat bahasa Sabahnya. Lagi-lagi semasa dia bergaduh dengan Mazlan walaupun dalam masa yang sama mereka berdua saling menaruh hati dalam diri masing-masing. Yang ketiga adalah gaya dan perangai yang dibawa dalam filem ini menjadi. Walaupun ada gaya dan lawak yang memang nampak dibuat-buat tetapi kebanyakan jenaka yang disampaikan membuatkan panggung wayang pecah dengan gelak ketawa penonton. Dan akhir sekali, lawak yang tak kering gusi daripada ahli anggota Senario sendiri.

Secara keseluruhan, aku berikan rating 4.5 daripada 5 bintang dan diberikan status Wajib Tonton.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Di Hong Kong – Berbeza Dengan Malaysia
Majlis Perkahwinan – Farhan & Hazwani »

Comments

  1. Dekan says

    22.11.2009 at 10:38 am

    4/5 daripada saya untuk
    1. cerita yang lawak
    2. pemangkin lawak semasa dalam wyg adalah gadis-gadis comel di row blakang ku yang gelak kuat mcm klakar habis

    hehe

    Reply
  2. CypherHackz says

    22.11.2009 at 1:03 pm

    Hahaha… Tapi bila aku tengok Youtube tu, macam nak tengok lagi je rasanya. ๐Ÿ˜†

    Reply
  3. luth textile says

    22.11.2009 at 2:08 pm

    aku nak tengok nanti.. meman syiokkk :up: :up: :up:

    Reply
  4. CypherHackz says

    22.11.2009 at 2:11 pm

    Wokeh bro… Nanti jangan lupa kasi review dekat blog. :up:

    Reply
  5. syin says

    02.12.2009 at 3:12 pm

    ku merindui apek dan yassin untuk terlibat semula dlm movie filem senario……..

    Reply
  6. earnword says

    02.12.2009 at 9:25 pm

    tengok kat youtube. Cam best. Sempat lagi ke aku nengok kat wayang nih.. ::-*:

    Reply
  7. Fahmishah says

    03.12.2009 at 6:46 pm

    Hahaha aku dah 6 bulan tak jejak ke panggung wayang. Masih ditayangkan lagi ke.?

    Reply
  8. CypherHackz says

    05.12.2009 at 2:06 pm

    Tak pasti samada masih ditayangkan lagi atau tidak. Tapi, kalau ada better pergi tengok. 8)

    Reply
  9. zuwairiaiman says

    13.12.2009 at 6:04 pm

    best3//// support filem tanah air ๐Ÿ™

    Reply
  10. diaien says

    16.12.2009 at 8:08 pm

    best sgt ke??? tahun ni x g panggung pun lagi. torrent cukup la.

    Reply
  11. CypherHackz says

    16.12.2009 at 8:37 pm

    [Comment ID #61893 Will Be Quoted Here]

    Best la… Kelakar… ๐Ÿ˜†

    Reply
  12. naz says

    17.12.2009 at 5:52 pm

    tak brp minat senario, tapi maybe tgk jugak kot klau borink.hehe. ๐Ÿ˜ˆ

    *dulu aku noob gyler, xtau permalinks, so aku folo ko punye permalinks kat cypherhackz.ehehe* thanks tuts tu sgt berguna!

    Reply
  13. beLL@...... says

    24.12.2009 at 4:44 pm

    :up:

    Reply
  14. CypherHackz says

    25.12.2009 at 9:46 am

    Naz – No probblem. Hehehe… ๐Ÿ™

    Reply
  15. nakatsu_mizuki says

    07.01.2010 at 8:03 pm

    hehe boleh tahan la…..

    Reply
    • CypherHackz says

      07.01.2010 at 10:28 pm

      Kau dah tengok dah ke?

  16. Daniel says

    10.06.2011 at 6:49 pm

    Howdy are using WordPress for your blog platform? I’m new to the blog world but I’m trying to get started and set up my own. Do you need any coding knowledge to make your own blog? Any help would be greatly appreciated!

    Reply
  17. lose weight says

    14.04.2014 at 4:44 am

    Hi there to every one, it’s truly a fastidious for me to visit this
    site, it includes helpful Information.

    Reply
  18. garcinia cambogia reviews says

    20.04.2014 at 12:43 am

    I’d like to find out more? I’d love to find out more details.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in