Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Tiada Lagi Engku Ibrahim di Televisyen

08.01.2011 // 13 Comments


Pengisytiharan Aidilfitri 1432H/2010M, kemunculan beliau yang terakhir di televisyen.

1. Setiap tahun, kita selalu melihat beliau di kaca televisyen. Kemunculannya beliau yang hanya 3 kali dalam setahun sangat-sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

2. Siapa yang tidak kenal, YM Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang sentiasa tenang apabila mengisytiharkan tarikh bermulanya puasa, raya aidilfitri dan aidiladha setiap tahun.

3. Sayangnya untuk tahun ini, kita tidak akan lagi mendengar suara beliau seperti dahulu.

4. Beliau kini telah digantikan dengan Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang telah dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang berkuatkuasa pada 10 Januari 2011, minggu hadapan.

5. Sejak dari kecil lagi, kita teruja apabila mendengar suara beliau di televisyen. Seperti suara beliau telah sebati dalam hidup kita yang kita tunggu dan nantikan setiap tahun.

6. Bagaimana pula dengan tahun ini? Adakah perasaan teruja apabila mendengar dan melihat suara dan riak wajah Datuk Syed Danial akan sama seperti mendengar dan melihat Engku Ibrahim?

7. Mungkin ianya tidak sama seperti sebelumnya.

8. Walau bagaimanapun, perubahan itu perlu. Sudah tiba masanya untuk Engku Ibrahim mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada rakannya menyandang jawatan itu setelah 22 tahun menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

9. Sama-samalah kita doakan semoga Engku Ibrahim sentiasa bahagia dan gembira di dunia dan di akhirat. Banyak jasa dan bakti beliau pada seluruh rakayat Malaysia selama ini.

10. Dan tidak dilupakan juga kepada Datuk Syed Danial, semoga beliau berjaya menggalas tanggungjawab yang baru ini dengan sebaik-baiknya.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Lambakan Blog Di Internet
Janganlah Sombong dan Bongkak »

Comments

  1. mosyar says

    08.01.2011 at 12:49 pm

    aku tahu pasal ni dekat berita. tu pun mak aku yg highlight kan.
    3 tahun je keluar dalam tv? selain tu tugas dia buat mende eh? hehehe.

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:43 pm

      Entahnya. Selain daripada tu, tak tahu apa yang dia buat. Hehehe..

  2. akubiomed says

    08.01.2011 at 1:36 pm

    Lama juga berkhidmat. Kenangan manis menunggu pengumuman hari Raya ๐Ÿ™‚

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:44 pm

      Yup, yup.. Masa kecik2 dulu selalu duduk depan TV tunggu pengumuman hari raya. ๐Ÿ˜€

  3. menj says

    08.01.2011 at 2:27 pm

    Awat tulisan blog post ko ni lain macam jerr aku tengok? Hehe.

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:44 pm

      Huh? Apa yang lain macam ni bro?

  4. Eizil says

    08.01.2011 at 10:16 pm

    Suara Engku waktu mengumumkan memang sudah sebati dengan kehidupanku, sebab bila dah mulai ambil berat mengenai pengumuman hari raya, memang Engku yang akan mengumumkan, tak berpeluang nak menonton penyimpan mohor besar raja-raja malaysia yang sebelum tuh.

    Reply
    • CypherHackz says

      08.01.2011 at 10:46 pm

      Betul, betul.. Sejak aku lahir dan kecik lagi, suara dia la yang aku dengar masa pengumuman hari puasa dan raya. Tahun ni, entah macam mana pulak la suara Datuk Syed Danial.

  5. megat says

    09.01.2011 at 11:48 am

    ingat time kecik2 dulu, berkejar-kejar untuk mendengar pengumuman raya. lepas hanya tinggal kenangan je. trademarknya sudah sebati dan sama2 membesar selari dengan usia.

    Reply
  6. deCrewz says

    09.01.2011 at 10:28 pm

    Mesti ada jawtan kosong.. Sape nak apply cepat isi borang..ngeee..

    Reply
  7. ohcikgu says

    14.01.2011 at 5:15 am

    emm..dah bukan dia lagi ker. aduh..cam tak best la camni..

    Reply
  8. Ali ridha says

    16.01.2011 at 10:39 pm

    adakah aku bakal pengganti?

    Reply
  9. miss lolly says

    21.01.2011 at 1:32 pm

    Hehehe. walau semakin tua, tapi suaranya menten kan ๐Ÿ™‚

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in