Phew! Punya la jenuh aku bertungkus lumus untuk dua tiga minggu ni sebab nak siapkan PSM aku. Akhirnya siap jugak. Alhamdulillah… Kap-Ba-Ro-Kap-Alif-Ta-Nun — Keberkatan.
Dulu aku pernah cerita yang projek aku ini merupakan sebuah projek berbentuk security. Projek aku adalah untuk menghasilkan sebuah digital certificate generator for public key infrastructure. Projek aku ni bukan projek yang menggunakan Microsoft Crypto API tu. Kalau guna yang tu, sekejap je dah siap. Just call function-function die je. Tapi aku nye projek adalah untuk embedded system. So banyak la modification ke atas source code yang aku kena buat.
Ni la board yang akan run generator aku tu. Nampak tak chip warna hitam tu? Tu la processor die.
Nak develop software untuk embedded system ni bukannya senang ye kawan-kawan. Lagi-lagi kalau projek tu diberikan oleh supervisor aku yang maknanya supervisor aku ini merangkap kepada professor aku. Projek yang aku buat ni sebenarnya merupaka sub-projek kepada projek dia la. Dia nak buat satu system security yang mempunyai semua features security dan system itu adalah embedded punya system.
Dan pada pagi tadi jam 11.15 pagi, aku telah menjalankan sesi prensentation bagi membentangkan projek aku ini. Alhamdulillah ye kawan-kawan. Semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun aku ditanya dengan soalan yang bertubi-tubi sampai merah-merah badan aku kena tembak, tapi semua soalan dapat dijawab dengan tenang.
Masa buat demonstration untuk digital certificate generator aku pun berjalan dengan lancar dan begitu asyik sekali. Memang tak dapat nak dibayangkan keasyikkan yang melanda.
Ha…di sini la tempatnya aku berasmara dana untuk siapkan projek aku.
Aku ingatkan projek aku dah siap. Rupa-rupanya cuti nanti aku kena sambung projek ni lagi dan ianya tidak akan dimasukkan dalam tesis aku. Dalam tesis aku hanya sampai part result yang aku dah dapat sekarang ni je. Tapi lepas habis exam final nanti, aku kena continue projek ini sebab ada lagi part-part yang kena diintegrate supaya proses untuk generation dia lagi cepat. Ye la, dah aku diassign kan untuk buat projek ni, so aku kena la buat sampai habis sebab professor aku nak guna benda ini.
So begitulah kisahnya. Sungguh sibuk aku ya kawan-kawan. Tapi skang ni pulak sibuk nak siapkan assignment dan pelbagai kerja-kerja yang tertinggal. Banyak betul masa aku habiskan untuk siapkan projek ini. Tu la, sape suruh tak buat awal-awal. Kan jenuh…
muhdzahari says
peh..tp psm ko ni ape fungsi die..
*tgh cri idea, wlaupon setahun lg..hehe
sayang bie.. =) says
wuuu.. ensem ya.. ;;)
CypherHackz says
[Comment ID #24443 Will Be Quoted Here]
Fungsinya untuk generate digital certificate brader. Digital certificate tu untuk digunakan dengan public key infrastructure. 😀
[Comment ID #24488 Will Be Quoted Here]
Ala…ni yang cair ni… =p~
suki says
hehe….kenal la gambar tu…sape yg tangkapkan ek… =|