Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 3 – Roti Gardenia

26.09.2006 // 7 Comments

Kenapa Roti Gardenia yang menjadi tajuk hari ini? He3. Semuanye apabila si die meminta pertolongan dari seorang jejaka tampan ini. (Warkh…ye ke tampan aku nih? ;)) )

Petang tadi si dia mesej aku cakap nak mintak pertolongan sket. Aku pun reply la mesej die jawab nak tolong ape. Die cakap, die mintak tolong aku belikan die Roti Gardenia. Yes! Itulah perkataan yang terpancul dari hati aku. Dapat aku jumpe die malam nih. Wahahaha… Pastu aku reply mesej die jawab ok.

Then tadi pas habis je semayang terawikh, aku pun bersiap2 nak gi beli Roti Gardenia itu. Pas bersiap aku pun gi la ke Kedai Azah tu, nak beli Roti Gardenia. Tak jauh mana pun. Hmm…tak sabaq nak gi jumpe die. He3. Pas bayar duit RM1.90 kat tuan kedai tu, aku pun belah ngan sebungkus plastik Roti Gardenia di tangan. :d

Moto tu aku bawak sehingga la sampai kat depan blok die. Pas matikan enjin EX5 aku tu, aku pun miscall die kejap. Then aku tunggu. Tunggu punye tunggu tak sampai2. Hihs! Die tipu aku ke ni? Nak kata arini April Fool, jauh sekali April Fool di bulan September nih. So aku pun tunggu la sekejap. 😕

Jeng, jeng, jeng. Kuar gak die dari blok tu. Ummm…comel seh die. Hik3. Pergh…tak tahu aku camne nak gambarkan kecomelan die. Ayu… Sweet… Comel… Cute… :* (Ehem… Ehem.. kepada gurls yang baca post aku ni, jangan jeles yek :p ) Bergurau senda jap pastu aku nak balik dah. Sebab aku ada hal lain pulak kol 10.15pm nanti. Masa tu kan, aku rasa macam tak nak balik je pas aku bagi roti tu kat die. He3.

Terima kasih roti… Jasa mu tetap ku kenang… = d>

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Puasa 2006 Day 2 – Aku sakit tekak
Puasa 2006 Day 4 – Janganlah buat jahat… »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    27.09.2006 at 6:00 am

    Gardenia, sungguh enak dimakan begitu saja.

    Nguah2. Apsal ko tak makan sekali ngan dia. Bru beshhhh…

    Reply
  2. gerg says

    27.09.2006 at 1:17 pm

    heheh cam macam 😀 .. selamat

    Reply
  3. megat says

    27.09.2006 at 10:13 pm

    uiks cam sejarah aku jer… teringat jaman memuda /:)

    Reply
  4. CypherHackz says

    28.09.2006 at 1:29 pm

    [Comment ID #85 Will Be Quoted Here]

    hak3. ala…kalau nak makan ngan die, aku nak suap2. tak besh r kalau aku makan, aku suap sendiri. :d

    [Comment ID #86 Will Be Quoted Here]

    he3. welcome2.

    [Comment ID #87 Will Be Quoted Here]

    cite pulak mase kau zaman tua2 pulak megat. hek3.

    Reply
  5. uya says

    29.11.2006 at 9:46 pm

    em….untung nyer pompuan tuuu….moga2 ada lebih byk lg laki2 cam hang ek!

    Reply
  6. CypherHackz says

    29.11.2006 at 11:00 pm

    he3. macih… macih… :d

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in