Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 20 – Assignment la pulak

14.10.2006 // 3 Comments

Selepas hilang sedikit sengsara, kini aku nak kene siapkan keje lain pulak. Nak kene siapkan assignment yang berlambak2 yang aku kene hantar sebelum aku balik cuti raya neh. Banyak jugak la yang aku kene siapkan. Dari assignment Sistem Digit ke Kawalan dan ke Organisasi dan Senibina Komputer. Aduh… Jenuh aku.

Malam tadi aku ngan group2 memmber OSK aku berkumpul coz kitorang nak combine’kan hasil keje2 kitorang tuk dimasukkan dalam report. Kitorang berkumpul dari pukul 11 malam sampai la kul 3 lebih. Yea… 3 pagi. Jangan main2… Tu pun lum siap lagik.

Picture28

Kitorang berkumpul kat cafe Kolej 9. Sebab kat situ la port selalunye budak2 UTM yang berdekatan neh buat assignment. Hu3. Sepatutnye kawasan tu tempat untuk makan, tapi sebab kawasan die luas sangat so pelajar2 UTM yang bijak sangat (kononnye lewr…) mempergunakan seadanya kawasan ini.

Picture32

Sorang2 masukkan hasil2 keje masing2 dalam komputer si Raihan (yang tudung putih tu) neh. Yang mana lum siap lagik, kene siapkan kat situ jugak. Thats why yang lambat nak habis tu. Jenuh men”interprate” bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ho3. Korang jangan main2, Nak translate BI ke BM bukannye mudah. Susah wo… Sirius…

Picture41

Setelah berhempas pulas nak siapkan assignment neh, alih2 kitorang tak dapat gak nak siapkan coz ade yang tak lengkap lagik. So terpaksa la disambung maybe malam neh. Tido lewat lagi la aku nampaknye…

Tapikan, kalau korang nak tahu, hari ni la first time aku sahur ngan nasi. Sebelum2 neh aku makan roti jek coz maleh nak kuar dari bilik. Sahur kat bilik besh lagik. He3.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Puasa 2006 Day 19 – Habis dah sengsara…
Puasa 2006 Day 21 – Bosan-bosan design header »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    14.10.2006 at 5:58 am

    Huwargh2 Dah nampak tadi. Tapi biasalah…. sumbung nak tegur… Ngauahahhahahahah

    Matila perasan feymes sangat….

    Reply
  2. CypherHackz says

    14.10.2006 at 2:56 pm

    kau nampak ke? aku tak perasan pun kau. lain kali angkat la tangan ke ape ke. he3. leh kau belanje aku minum2. :d

    Reply
  3. mohdismail says

    14.10.2006 at 9:10 pm

    best siot d abeh exam..hiahaha..mati lah aku pasni..:((

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2019 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in