Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 18 – I have a Secret Admire

11.10.2006 // 8 Comments

Nape tajuk kali ini Secret Admire? Ada orang admire kat aku ke? Hik3. Teruskan membaca. Nanti korang akan tahu la ape sebabnye. 😀

Dari aku bangun pagi hinggalah sampai nak ke petang. Aku busy sangat2. Pagi2 lagi aku dapat tahu yang aku dah kene tag ngan Mr Ha. Aku ingat nak buat hujung minggu nih. Tapi aku luangkan jugak sedikit mase tuk die. Ha, baca la tag yang aku dah jawab tu. :p

Pas siap menjawab tag tu, aku pun plan keje ape yang aku nak buat hari nih. Firstly, aku nak gi pejabat fakulti nak gi amik borang daftar subjek. Then nak gi jumpe PA aku. Then nak gi pejabat pos pulak nak beli sampul surat pos ekspress. Then nak gi koQ. Then petang nak gi bazar ngan Dia. Then malam plak nak update site nih and study tuk test esok. (Soalan cepumas, ada berapa banyak “then” kat dalam post kali ini? Ha3.)

So pas bersiap semua aku pun menyetelkan satu persatu keje aku. Pas setelkan hal kat fakulti, aku setelkan pulak hal nak pos surat Latihan Industri aku. Ni ha gambar yang sempat aku tangkap sebelum aku nak pos surat2 nih. Habis duit aku gi beli menatang nih.

20061011 01

Dah pos surat, aku petang tu ada koQ. Minggu ni merupakan minggu terakhir kitorang semua bersama. Huk3. Syedih gak la bile pikir2 balik nak berpisah ngan dorang semua. Pasni walau duduk satu universiti pun, kitorang tak mungkin dapat jumpe. Teringat kenangan kitorang mase gi lawatan kat Pulau Langkawi dulu. Hu3. Macam2 suke duke yang kitorang simpan sehingga sekarang.

Ok2 dah stop cite syedih. Skang part secret admire aku pulak. Ok, pas aje habis perjumpaan koQ tu, aku pun gi la kat moto aku, nak balik. Dari jauh lagi aku nampak ada seseorang mendekati ngan moto aku. Dari jauh memang aku dapat cam dah sape die. Cume aku tak nak berjumpe ngan die. Takut beb. Bile die dah blah dari tempat aku parking moto tu, aku pun gi la kat moto aku.

Sampai2 je kan, aku tengok kat moto aku ada surat. Surat tu disisip kat handle moto aku. Dan surat tu kaler merah. Teng… Teng… Teng… Aku dah dapat agak dah yang aku akan dapat surat ni. He3. Surat dari secret admire aku. Ni dia…

Picture13

Amik… Surat secret admire dari Pak Guard UTM, Surat Saman. Adoi… Dah la duit takde. Leh plak pak guard nih saman aku. Selama ni aku parking situ tak pernah plak kantoi. Ni last perjumpaan koQ, leh kantoi plak. Aduh…

ps: Memang salah aku gak. Ngada2 nak parking kat tempat parking staff sape suruh. Padan muke… Eheh…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Tag: 5 Stars Taggie
Puasa 2006 Day 19 – Habis dah sengsara… »

Comments

  1. Azhar Ahmad says

    12.10.2006 at 7:24 am

    Hohohoho, yang kat b awah bumbung tuh ekkk

    Reply
  2. CypherHackz says

    12.10.2006 at 7:26 am

    aah. yang dekat tempat parking staff yang dekat2 ngan psz tu. hik3. leh lak kantoi. habis terbang RM25 aku.

    Reply
  3. faith says

    12.10.2006 at 4:24 pm

    ish, aku pun banyak surat saman jugak. ahahaha.

    Reply
  4. CypherHackz says

    12.10.2006 at 4:48 pm

    aku setakat nih dah dua kali kene saman sepanjang aku berada di utm nih. he3. adoi…

    Reply
  5. nashrex says

    12.10.2006 at 8:08 pm

    padan muke!! hahha

    Reply
  6. Bat says

    13.10.2006 at 3:53 pm

    ha tu la..guard kat u memang takleh nak kowting…cam kat maktab aku ni lain la..hehehe..

    Reply
  7. CypherHackz says

    13.10.2006 at 4:57 pm

    mana aku nak cekau duit neh… help… :((

    Reply
  8. gie says

    18.10.2006 at 8:22 pm

    tunggu hari pengampunan laa….aku kene saman gak…tapi,keter tak register…so,aku collect je surat2 tu,,,leh wat balut tempe… :))

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in