Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 15 – Open Book Quiz?

09.10.2006 // 5 Comments

Korang mesti dapat agak dari tajuk entry aku kali ni kan? Tapi aku still nak cite jugak. Aku tak pedulik! [-(

Semalam aku sanggup tak tido satu malam coz nak study subjek Organisasi & Senibina Komputer ataupun kitorang budak2 comp enginerring ni panggil nama subjek nih OSK. Bukan Osiloskop Sinar Katod ye. Tapi OSK, Organisasi Senibina Komputer.

Subjek ni hard jugak lewr. Though pun tough, tapi aku though lagi la. l-) Habis semalaman aku pulun study subjek tu. Sambil2 aku study tu aku ade gak la gatai2 tangan mengetit2 mouse comp aku ni surf internet. Kalau korang nak tahu, aku memang tak leh duk dekat ngan computer. Musti tangan nak pegang je mouse tu. Merantau habis aku dalam internet tu.

Study punye study, tengok2 dah dekat sahur dah. Pas sahur aku pun solat r jap Subuh, then terus tido. Aku tido je terus padahal tak habis study lagik. Harap2 dapat jawab je quiz petang tu. Try n Error la nih.

Then pada petang tu, seperti yang dijanji2kan lecturer pun datang dan die pun bagi la ketas soalan kuiz tu. Sorang amik satu je, tak leh lebih2. (Korang selalu amik lebey ke?). Then lecturer pun cakap.

“Ok, duk jarak2 sikit…”

Budak2 ni kecoh. Taknak duk jarak2. Semua nak duk “berkepit” jek ngan orang sebelah. Then lecturer cakap lagi,

“Kalau taknak duk jarak2, takleh bukak nota tau…”

Then budak2 nih, semua terus terabur berselerak amik jarak masing2. Semuanye selang satu kerusi. Aku pulak geleng2 kepala aku dan cakap dalam hati,

“Lecturer… Nape la kau tak cakap awal2 yang kuiz ni open book quiz… Kalau tak, dah habis syok dah aku tido malam semalam… Aduh… #-o”

Tapi kan, even open book pun kan, aku still tak leh jawab jugak. Susah… Member2 aku yang lain pun tak tahu nak jawab macam mana. Hak3. Padan muke… korang! :))

ps: Ni aku sebenarnye tengah study tuk test esok nih. Leh sempat lagik update website plak. Ish3. ;))

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Puasa 2006 Day 14 – Berbuka bersama-sama
Puasa 2006 Day 17 – Tak Leh Nak Post »

Comments

  1. Test says

    10.10.2006 at 8:26 am

    testing comments

    Reply
  2. nashrex says

    10.10.2006 at 8:51 am

    sengal kan?
    stadi pnat2, last2 suro buat open book..

    Reply
  3. CypherHackz says

    10.10.2006 at 9:00 am

    memang sengal. penat2 jek studi. tapi lecturer tu nak nolong sebenarnye. kalau tak, lagi la kitorang tak leh jawab. hu3. #:-s

    Reply
  4. Azhar Ahmad says

    11.10.2006 at 5:49 am

    Nguahahah, open book test perlu dibuat lebih ber’philosphy’ berbanding test biasa.

    Itu ayat yang dikeluarkan oleh KPT masa gi kurusus Pengajaran Di Universiti Menjelang 2020.

    Naseb ko la pojie

    Reply
  5. CypherHackz says

    11.10.2006 at 9:15 am

    tu r pasal. kalau open book test lagi payah dari close book punye. coz kalau open book test, banyak masa dihabiskan untuk carik jawapan dalam buku. :((

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in