Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Adakah Kristal Perosak Lagu Tempatan?

31.01.2011 // 6 Comments


Kristal – Luahan Hati

1. Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja, lagu Luahan Hati kedengaran di siaran radio Hot FM.

2. Tetapi malangnya, lagu Luahan Hati yang disiarkan kali ini sangat berbeza dari segi nada dan iramanya yang pernah didengari sebelum ini.

3. Lagu tersebut yang asalnya dinyanyikan oleh Wan Bai dan pernah dinyanyikan oleh Apit , kini dinyanyikan dan diubah pula oleh kumpulan Kristal.

4. Bagi pendapat peribadi, lagu Luahan Hati yang dibawakan oleh kumpulan Kristal ini tidak sesedap seperti yang dinyanyikan oleh Apit.

5. Sudah berapa banyak lagu-lagu tempatan yang dinyanyikan dan diubah oleh kumpulan Kristal.

Baca selanjutnya…

Janganlah Sombong dan Bongkak

23.01.2011 // 4 Comments


Pokok Padi – kredit, Hary JH

1. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara.

2. Entah esok atau lusa, kita akan pergi meninggalkan segala apa yang kita ada di dunia ini.

3. Tidak seorang pun tahu bilakah malaikat maut akan datang mencabut nyawanya.

4. Hidup di dunia ini, banyakkanlah berjasa dan berbuat kebaikan.

5. Hindarkan sikap sombong dan bongkak kerana ianya hanya merugikan diri kita sendiri.

Baca selanjutnya…

Tiada Lagi Engku Ibrahim di Televisyen

08.01.2011 // 13 Comments


Pengisytiharan Aidilfitri 1432H/2010M, kemunculan beliau yang terakhir di televisyen.

1. Setiap tahun, kita selalu melihat beliau di kaca televisyen. Kemunculannya beliau yang hanya 3 kali dalam setahun sangat-sangat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

2. Siapa yang tidak kenal, YM Engku Tan Sri Dato’ Sri Ibrahim Bin Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang sentiasa tenang apabila mengisytiharkan tarikh bermulanya puasa, raya aidilfitri dan aidiladha setiap tahun.

3. Sayangnya untuk tahun ini, kita tidak akan lagi mendengar suara beliau seperti dahulu.

4. Beliau kini telah digantikan dengan Datuk Syed Danial Syed Ahmad yang telah dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia yang berkuatkuasa pada 10 Januari 2011, minggu hadapan.

5. Sejak dari kecil lagi, kita teruja apabila mendengar suara beliau di televisyen. Seperti suara beliau telah sebati dalam hidup kita yang kita tunggu dan nantikan setiap tahun.

Baca selanjutnya…

Lambakan Blog Di Internet

04.01.2011 // 38 Comments


Overflowing pile of trash – kredit, bitchcakesny

1. Pada sekitar tahun 2005 yang lalu, hanya beberapa buah blog Melayu sahaja yang aku jumpa di Internet. Ianya boleh dihitung dengan jari.

2. Mungkin pada waktu itu, Internet bukanlah seperti apa yang ada pada sekarang ini. Untuk mendapatkan talian Internet, seseorang itu perlu mendaftar terlebih dahulu dengan TMNet. TMNet merupakan satu-satunya ISP yang ada selain JARING pada ketika itu. Itupun hanya memperolehi kelajuan setinggi 28.8kbps sahaja.

3. Tetapi sekarang, Internet sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sudah terdapat banyak ISP yang wujud di Malaysia ini. Boleh dikatakan, setiap rumah yang mempunyai komputer pasti mempunyai sambungan Internet di rumah mereka. Tidak kisahlah samada ianya Streamyx, P1 Wimax, Unifi, Celcom, Maxis dan sebagainya, asalkan ia dapat menghubungkan mereka dengan dunia Internet.

4. Tidak hairanlah, kemajuan teknologi dalam kehidupan rakyat di Malaysia ini telah membuka minda setiap daripada kita tentang kepentingan Internet. Segala maklumat boleh didapati di Internet dengan mudah. Termasuklah dengan melayari blog-blog yang penuh informasi seperti CypherHackz.Net, Amanz Network, My Windows XP, Pengendali Blog dan sebagainya.

5. Dan terdapat juga blog-blog yang bersifat peribadi yang lebih menceritakan tentang kehidupan mereka seharian. Segala suka duka dan kisah pengalaman diceritakan sepenuhnya di dalam blog mereka. Yang hairannya, kisah seperti ini turut mendapat perhatian daripada para pengguna Internet di Malaysia.

Baca selanjutnya…

Selamat Tahun Baru 2011

01.01.2011 // 15 Comments


Selamat Tahun Baru 2011 – kredit, DryIcons

1. Kini kita sudah pun berada di tahun yang baru, dekad yang baru.

2. Pelbagai perkara yang telah berlaku pada tahun 2010 yang lalu. Suka duka, gelak ketawa, tangis dan esakan telah kita lalui selama ini.

3. Kini, ianya hanyalah kenangan yang kita telah tinggalkan dan tidak mungkin berjumpa lagi dengannya. Segala yang berlaku itu adalah dugaan dan cabaran yang akan mematangkan kita untuk pergi dan bergerak jauh ke hadapan.

4. Tidak semua orang melalui ujian seperti kita. Dan kita harus bersyukur kerana kita masih diingati olehNya kerana diberikan ujian itu. Kerana dengan ujian itulah kita akan kembali mengingatiNya dan memohon keampunan daripada tuhan yang satu.

5. Bagi kepada rakan-rakan yang telah mengakhiri zaman bujangnya, aku ucapkan tahniah kepada kalian.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in