Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 3 – Roti Gardenia

26.09.2006 // 7 Comments

Kenapa Roti Gardenia yang menjadi tajuk hari ini? He3. Semuanye apabila si die meminta pertolongan dari seorang jejaka tampan ini. (Warkh…ye ke tampan aku nih? ;)) )

Petang tadi si dia mesej aku cakap nak mintak pertolongan sket. Aku pun reply la mesej die jawab nak tolong ape. Die cakap, die mintak tolong aku belikan die Roti Gardenia. Yes! Itulah perkataan yang terpancul dari hati aku. Dapat aku jumpe die malam nih. Wahahaha… Pastu aku reply mesej die jawab ok.

Then tadi pas habis je semayang terawikh, aku pun bersiap2 nak gi beli Roti Gardenia itu. Pas bersiap aku pun gi la ke Kedai Azah tu, nak beli Roti Gardenia. Tak jauh mana pun. Hmm…tak sabaq nak gi jumpe die. He3. Pas bayar duit RM1.90 kat tuan kedai tu, aku pun belah ngan sebungkus plastik Roti Gardenia di tangan. :d

Moto tu aku bawak sehingga la sampai kat depan blok die. Pas matikan enjin EX5 aku tu, aku pun miscall die kejap. Then aku tunggu. Tunggu punye tunggu tak sampai2. Hihs! Die tipu aku ke ni? Nak kata arini April Fool, jauh sekali April Fool di bulan September nih. So aku pun tunggu la sekejap. 😕

Jeng, jeng, jeng. Kuar gak die dari blok tu. Ummm…comel seh die. Hik3. Pergh…tak tahu aku camne nak gambarkan kecomelan die. Ayu… Sweet… Comel… Cute… :* (Ehem… Ehem.. kepada gurls yang baca post aku ni, jangan jeles yek :p ) Bergurau senda jap pastu aku nak balik dah. Sebab aku ada hal lain pulak kol 10.15pm nanti. Masa tu kan, aku rasa macam tak nak balik je pas aku bagi roti tu kat die. He3.

Terima kasih roti… Jasa mu tetap ku kenang… = d>

Puasa 2006 Day 2 – Aku sakit tekak

25.09.2006 // 10 Comments

Huk3. Aku sakit tekak arini. Hmm…maybe sebab sebelum2 ni aku asyik minum air sejuk jek. Padan muke aku kan? Sape suh minum. :((

Sebenarnye dari semalam lagi aku dah rasa gatal2 kat tekak aku nih. Rasa semacam jek gatal die. Nak garu, tak leh pulak coz dalam tekak. Lagi2 dalam bulan puasa nih. Terpaksa la aku membatukkan diri untuk melegakan tekak aku ni. Sob3.

Btw nasib baik arini cuti. So aku duk enjoy je la duk dalam bilik surf internet. Dan ada sekali tu aku visit blog member aku yang sorang nih, Azhar Ahmad. Die duk sama kolej ngan aku gak. Nak tahu ape terjadi ngan die? Die gi kelas padahal arini semua orang cuti. Miahahaha… =))

Hmm…tadi korang berbuka ngan ape ye? Aku berbuka kat Restoran Ayub. Buka kat Ayub nih besh sket coz dapat bubur free and buah kurma sekali. He3. Shedap… =p~

Btw lawa tak theme baru aku nih? Hik3. Baru je tukar tadi.

Puasa 2006 Day 1 – Oh air…

24.09.2006 // 2 Comments

Pagi tadi tibe2 aku terasa nak buat post yang bersiri bersempena dengan bulan Ramadhan ini. Maksudnye sepanjang bulan Ramadhan ini aku akan kisahkan kehidupan aku sepanjang bulan puasa. So aku mulakan siri ini dengan hari pertama, Puasa 2006 Day 1 – Oh air…

water

Permulaan pada hari pertama pada bulan puasa ni adalah biasa je bagi aku. Hu3. Dah besar dah beb. Takkan asyik nak ngadu lapar jek. Korang macam tu ke? Terguling-guling kiri kanan. Ish3. Ingat sikit yang kite dah besar. Dah matang. Dah pandai makan sorok2. Opps! Ape yang aku merapu ni? He3. Ok back to the topic. So tadi aku sahur dalam pukul 3 lebih. Aku tak tido pun sebenarnye sebelum tu. Nak tahu sebab ape? Semuanye sebab air…

Waktu tu, jam kat comp aku ni menunjukkan pukul 2.34 pagi. (:| Masa tu aku tengah online lagi. Duk surf internet cari bahan2 untuk website aku. Entah amende tah yang aku cari aku pun tak tahu. Tibe2 aku terasa dahaga pulak. ~o) So aku pun gi la kat dapur blok aku tu kot2 ada air sejuk yang aku leh teguk. Sirius masa tu aku tengah dahaga beb. Nak tahu macam mana dahaga die? Bayangkan lah korang makan tapi tak minum air. Macam tu lah dahaga die. 😕

Baca selanjutnya…

Kenapa pelajar perempuan Melayu selalu dirasuk?

22.09.2006 // 5 Comments

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum Cina dan India. Di mana salah nya… Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.

Lalu ketua jin itu pun datang. Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!”
“Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan”
“Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik”
“Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”

“”Aduhai… kekekeekeeee…””

via Asamboi.Org

Ramadhan kembali dengan rahmat

20.09.2006 // 15 Comments

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan – pengampunan, 10 hari terakhir – kemerdekaan api neraka.

Baca selanjutnya…

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in