Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Puasa 2006 Day 15 – Open Book Quiz?

09.10.2006 // 5 Comments

Korang mesti dapat agak dari tajuk entry aku kali ni kan? Tapi aku still nak cite jugak. Aku tak pedulik! [-(

Semalam aku sanggup tak tido satu malam coz nak study subjek Organisasi & Senibina Komputer ataupun kitorang budak2 comp enginerring ni panggil nama subjek nih OSK. Bukan Osiloskop Sinar Katod ye. Tapi OSK, Organisasi Senibina Komputer.

Subjek ni hard jugak lewr. Though pun tough, tapi aku though lagi la. l-) Habis semalaman aku pulun study subjek tu. Sambil2 aku study tu aku ade gak la gatai2 tangan mengetit2 mouse comp aku ni surf internet. Kalau korang nak tahu, aku memang tak leh duk dekat ngan computer. Musti tangan nak pegang je mouse tu. Merantau habis aku dalam internet tu.

Study punye study, tengok2 dah dekat sahur dah. Pas sahur aku pun solat r jap Subuh, then terus tido. Aku tido je terus padahal tak habis study lagik. Harap2 dapat jawab je quiz petang tu. Try n Error la nih.

Then pada petang tu, seperti yang dijanji2kan lecturer pun datang dan die pun bagi la ketas soalan kuiz tu. Sorang amik satu je, tak leh lebih2. (Korang selalu amik lebey ke?). Then lecturer pun cakap.

“Ok, duk jarak2 sikit…”

Budak2 ni kecoh. Taknak duk jarak2. Semua nak duk “berkepit” jek ngan orang sebelah. Then lecturer cakap lagi,

“Kalau taknak duk jarak2, takleh bukak nota tau…”

Then budak2 nih, semua terus terabur berselerak amik jarak masing2. Semuanye selang satu kerusi. Aku pulak geleng2 kepala aku dan cakap dalam hati,

“Lecturer… Nape la kau tak cakap awal2 yang kuiz ni open book quiz… Kalau tak, dah habis syok dah aku tido malam semalam… Aduh… #-o”

Tapi kan, even open book pun kan, aku still tak leh jawab jugak. Susah… Member2 aku yang lain pun tak tahu nak jawab macam mana. Hak3. Padan muke… korang! :))

ps: Ni aku sebenarnye tengah study tuk test esok nih. Leh sempat lagik update website plak. Ish3. ;))

Puasa 2006 Day 14 – Berbuka bersama-sama

08.10.2006 // 2 Comments

Petang tadi aku berbuka dengan Dia. He3. Besh! Kitorang berbuka dekat Payung Sri Skudai. Aku jemput die dalam pukul 6.10 camtu kat blok die ngan kete kancil sewa. Hu3. Tak mampu beli kete so sewa je la. Drive gi sana sampai dalam kul 6.20 petang gak la. Mase kitorang sampai tu, tak ramai orang lagi. Tapi ada la beberapa orang jugak kat gerai2 kat payung tu.

Lauk ape yang kitorang makan tadi? Aku mintak nasi goreng ayam jek. Dia pulak mintak nasi goreng paprik. Minum… Aku minum Lei Ci Kang. He3. Cedap2! Tapi manis r. Si Dia pulak minum air carrot susu. Her favourite. 🙂

Lama gak la kitorang tunggu sementara nak tunggu masuk berbuka tu. Sementara menunggu tu, ada gak la aku bergurau2 ngan die. Hak3. Tak leh gurau lebih2. Ramai orang waktu tu. Kang ape pulak orang kata. Hik3.

PS: Masa aku tengah wat post ni, tibe2 rasa syahdu lak bile dengar lagu2 raya… Uwaaa… :((

Puasa 2006 Day 13 – Test Success!!!

07.10.2006 // 9 Comments

Huargh… (:| Setelah satu malam aku tak tido, akhirnye dapat jugak aku jawab soalan test petang tadi dengan ok nye. He3. Betul2 last minit aku studi. Malam sebelum tu, aku tido awal. Then bangun stay up sampai kul 7 pagi lebih. Pastu tu baru tido.

Bangun? :-s Erm…biasa la kalau dah tido lambat tu, mesti la lambat bangun. Hik3. Tapi takde la lewat sangat sampai kul 3, 4 petang. Tak amik test la aku jawabnye if aku bangun time macam tu. Aku bangun leh kata awal gak la. Masih pagi lagi. Hik3.

Pepehal pun, test Sistem Digit petang tadi dapat aku jawab ngan ok. Cume soalan last tu tak sure sikit. #:-s Harap2 dapat la markah yang ok dari test sebelum nih. Hu3.

Pesanan Pihak Penaja: Awas!!! Jangan diikuti kaedah study last2 minit ini kerana ianya mungkin memudaratkan kesihatan anda. [-x

Puasa 2006 Day 12 – Mari gi PaRam

06.10.2006 // 7 Comments

He3. Korang tahu tak PaRam tu ape? PaRameswara ke? PaRa2 Sakura ke? PaRam tu merupakan singkatan untuk Pasar Ramadhan. Kitorang kat UTM ni panggil PaRam. Aku pun tak tahu sape la pengasas sebut2 PaRam nih. Dari sebut PaRam, lebih baik sebut PaDhan atau pun PaDan. Hu3.

Semalam dan hari ni aku gi param. Sebelum ni tak gi pun param. Tapi nape tibe2 aku nak gi param? Hu3. Sebabnye adalah aku gi ngan die. He3. Jangan jeles ye. Pastu nak dijadikan cite, aku gi bukan naik kete atau pun moto (aku pun tak nak bawak die naik moto) tau, aku gi naik BAS! Ha…bas. Jangan main2. Kapel gi param naik bas. Hak3.

Kat param tu ramai gak la orang. Lagi2 bile dah pukul 6 tu. Lagi la ramai orang. Aku kuar gi param ngan die pun dalam kul 5 lebih camtu. Ye la kene gi awal coz kitorang nak kene tunggu bas. Tunggu berdua you… Hik3. Tapi setiap kali aku gi param, aku mesti beli Isi Tahu. Setengah orang kata Taufu Fa. Tapi aku nak gak cakap Isi Tahu. Aku tak pedulik! Huh! [-(

ps: Hmm…tak tahu bile lagik kitorang akan pergi param lagik. He3.

Puasa 2006 Day 12 – Cerita pasal semalam

05.10.2006 // 5 Comments

ps: Disebabkan semalam internet down, lagi sekali aku tak dapat nak update site aku nih. And nih aku cite ape yang berlaku semalam.

top logo Semalam aku gi PTP. Korang tau tak PTP tu ape? PTP tu bukan Pusat Tahanan Perempuan ye. PTP tu merupakan singkatan bagi nama Pelabuhan Tanjung Pelepas. Aku gi sini bukan nak makan2 angin ye. Aku gi sini sebab aku ada nak interview IT Department dorang pasal nak siapkan assignment subjek Struktur dan Organisasi Komputer course aku. BTW aku bukan pegi sorang ye, aku pergi ngan group aku.

Kitorang sampai sana awal. Dalam kul 8.45 camtu. Padahal meeting ngan IT Department dorang kul 10. So kitorang pun round2 la kejap kat PTP tu. Tapi takleh masuk kat bahagian dermaga la (ala…tempat letak2 kontena tu). Dalam kul 10 tu kitorang pun gi la ke kaunter pertanyaan. Comel2 tau dorang punye receptionist tu. Hik3. Kitorang ingatkan dapat la jumpe IT Department dorang tu. Tengok2 kitorang kene tunggu sampai kul 11 baru dapat jumpe die. Tu pun sebab Mr Yap tu ada meeting and dorang ada masalah server ngan system dorang. Leceh tul…

technology image02Setelah lama no menunngu nye, akhirnye dapat gak gi IT Department dorang. Sampai2 sana ingatkan dorang nak bagi la air ke ape ke. Dah r lama nunggu. Haus beb. Hu3. Kitorang dibawaknye ke bilik Senior Manager (SM) bahagian IT. Ingatkan dapat la interview SM dorang, rupe2nye dapat interview Project Manager dorang je, En Hamid. Layan… Dari takde bahan, lebih baik sebat je ape yang ada. He3.

Ada la dekat sejam lebih kitorang menginterview En Hamid nih. Banyak gak la teknologi2 yang digunakan kat PTP nih. Dari segi kawalan kren2 yang nak angkat kontena tu, sampai la kepada sistem bayaran kontena. Besh jek dengar die cite. Hu3.

Sebelum kitorang balik, sempat gak kitorang bergambar jap ngan En Hamid nih. Baik gile die. Siap die cakap nak editkan kitorang nye report assignment lagik. Maybe sebab die takut kitorang silap tulis pasal company dorang kot. He3.Tapi gambar tu ada kat member aku. Lum amik lagi. Nanti bile dah amik, aku post kat sini ye..

« Previous Page
Next Page »

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in