Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Osama Bin Laden Propaganda Amerika Syarikat

10.05.2011 // 4 Comments


Pendapat Dr Asri mengenai kematian Osama Bin Laden

Kecoh satu dunia apabila media massa memaparkan berita mengenai kematian Osama Bin Laden yang ditembak mati dalam satu operasi yang dilakukan oleh pasukan tentera elit Amerika Syarikat pada 2 Mei yang lalu.

Tetapi apa yang menariknya adalah kematian Osama hanya disahkan oleh Amerika Syarikat sendiri. Sehinggakan gambar jenazah Osama yang disebarkan di Internet juga merupakan gambar yang diubahsuai dengan teknik tindihan. Begitu juga dengan jenazah beliau yang disemadikan di laut dan tidak dikebumikan dengan kaedah pengebumian Islam. Seperti ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Tertarik saya untuk membincangkan mengenai isu ini selepas menonton sebuah klip video ceramah (atas) yang disampaikan oleh Dr Asri. Jika dilihat dan diperhatikan apa yang beliau katakan, isu Osama Bin Laden ini hanya wujud apabila pihak Amerika Syarikat sendiri yang menghebahkan mengenai perkara ini pada tahun 2001. Adakah benar Osama ini wujud, ataupun tidak, kita semua tidak pasti. Kerana hanya mereka yang menimbulkan isu ini sahaja yang tahu akan kebenarannya.

Selain daripada itu, jika betul Osama Laden mati terbunuh dalam operasi tersebut, mengapakah jenazah beliau tidak diberikan kepada waris ataupun keluarga beliau sendiri untuk diuruskan? Adakah kerana mereka (Amerika Syarikat), takut sampel DNA akan diambil dari jenazah beliau untuk disahkan identitinya? Atau adakah kerana Osama Laden ini memang tidak wujud di dunia ini dan hanya propaganda bagi menunjukkan kekuatan Amerika Syarikat?

Walau bagaimanapun, jika benar Osama itu wujud dan telah mati terbunuh, saya doakan semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Tetapi jika Osama hanyalah sekadar nama yang dicipta oleh Amerika Syarikat bagi menaikkan nama mereka di mata dunia, itu adalah satu taktik yang sangat kotor dan keji sehingga menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa (rakyat Afghanistan) menjadi mangsa korban.

Saya sebenarnya risau apabila Amerika Syarikat berminat ingin mengetahui sistem perundangan negara kita. Apabila ada kuasa besar yang cuba mengintai sistem negara ini, sudah pasti ada sesuatu yang mereka inginkan daripada negara kita. Hanya tunggu masa yang sesuai untuk mereka menyelinap masuk dan menjadi sebahagian daripada negara yang kita cintai ini. Saya berharap semoga Malaysia terhindar daripada anasir-anasir sebegini dan tidak menerima sebarang campur tangan daripada kuasa luar.

Apa pendapat anda?

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Apabila P1 Wimax Bermasalah
Bila Allah Menduga Kita »

Comments

  1. kyo_9 says

    10.05.2011 at 10:33 pm

    hmm..
    bak kata Dr. Asri.. kita x tau apa2..
    banyak andaian yang kita boleh buat..
    yg penting, kene cakap berdasarkan fakta..
    jgn main sebat jer.. silap ari bulan, kite kene sebat..
    kui3..

    bab, US intai sistem perundangan tuh..
    ada positif dan ada juga negatif..

    Reply
  2. CypherHackz says

    16.05.2011 at 11:12 am

    Tetapi jika difikirkan balik, kenapa US mewujudkan watak Osama Laden ini? Mesti ada sebab utama yang membuatkan mereka bertindak sedemikian.

    Reply
    • hafiz says

      21.09.2011 at 2:48 pm

      sebab utama ialah untuk meneroka negara islam secara berleluasa untuk mencari imam mahdi bukan minyak seperti dipropagandakan oleh media….diorg nk hapuskan imam mahdi sebelom imam mahdi tahu dia ialah imam mahdi….

    • Peace says

      07.10.2011 at 2:45 pm

      Minyak salah satu sebab. Selepas Afghan, mereka serang Iraq. Minyak lagi. Merompak harta negara yang dijajah,sebar ideologi yang merosakkan masyarakat setempat; cth, sukan bina badan (efect, penggunaan steroid berleluasa), ratu cantik, dan mengajak orang tinggalkan Islam. Dan mereka dapat tapak2 untuk tentera dan persediaan untuk serang Iran pulak. Sambil2 tu mereka menjalankan operasi bom2 dan menuduh ia dilakukan pengganas.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in