Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

New born! myCypherHackz.Net

03.09.2006 // 11 Comments

Setelah beberapa hari meng”godak-godak” theme K2 ni, akhirnye dapat gak aku merelease blog aku yang lagi satu ni. Tu pun ada lagi la sikit2 yang aku nak tambah. He3. Ingat nak release pas semua dah setel. Tapi disebabkan aku dah kat rumah, file2 yang aku nak edit tu kebanyakkannye ada kat hostel, so nak tak nak sebab dah tak sabar sangat, aku release’kan jugak blog ni.

Besar la sangat projeknye
Masa aku bagitahu yang aku ada personal projek tuk blog aku, ramai yang bagi komen yang membina. Thanks kat korang kepada yang berikan komen. Walaupun sebenarnye aku just buat gimik je cakap macam tu. Padahal bukan besar mana pun projek nye. Sorry… 🙁

The project is conduct in Malay because I want to focus to Malaysian visitors only. But for those who know Malay, you can also participate in. I’m not sure when I can finish setup all of this things. I hope it can done as soon as possible.

Aku tulis yang projek ni di’conduct dalam Malay coz blog ni memang ditulis dalam BM. So thats why aku tulis kat situ yang aku harapkan blog dalam BM ni mendapat pelawat dari rakan-rakan blog Malaysia. Leh la aku menambah kenalan-kenalan dari Malaysia.

Apa pasal nak bukak lagi satu site?
Sebenarnye dah lama dah aku nak buat blog dalam BM pulak. Yang lebih kepada life aku sendiri. Bebas ikut suke aku nak tulis apa. Hek3. Apa yang aku rasa aku nak tulis, aku akan tulis dan post dalam blog ni.

Walaubagaimanapun CypherHackz.Net masih berjalan seperti biasa. Aku akan post jugak latest tech news atau apa-apa bende yang terbaru yang aku jumpe dalam tu. So jangan la korang melupakan CypherHackz.Net tu ek. 😉

Kenapa myCypherHackz.Net?
Ok. Aku letak title ni coz blog ni ditulis dalam BM, Bahasa Melayu. Tu pasal ada “my” kat depan CypherHackz.Net tu. Hu3. Lagi satu, sebab blog ni merupakan tempat aku menulis pasal life aku, perasaan (if ada. tapi akurrasa, takde. :p ) and apa yang aku pikirkan. Macam tu la lebih kurang. So bahasa yang aku nak gune dalam ni pun, tak yah la nak kene berformat2. Lebih bebas kata orang. :d

Kalau bende2 macam tu aku nak tulis dalam BI, mungkin sukar kot. Bahasa tunggang-terbalik lak BI aku tu. Belaja BI dah lama. Dah berapa tahun belaja, tapi masih tak berapa pandai nak tulis/cakap BI. Sikit2 boleh la. Kepada yang power BI tu, mintak berikan tunjuk ajar ye. Macih… Hik3. 🙂

Last sekali, terima kasih sebab lawat myCypherHackz.Net ni and jangan lupe datang lagi. K salam…

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Hello world!
Edit K2 theme »

Comments

  1. gie says

    03.09.2006 at 11:54 pm

    leh ko handle 2 blog nie…?

    Reply
  2. darkz05 says

    04.09.2006 at 12:19 am

    mari kita lihat cypher berbahasa ibunda pula.. heh :d

    Reply
  3. novatech says

    04.09.2006 at 12:44 am

    molek..semolek moleknyor.. nati aku nok wak blog kok loghat kelate 100%
    kemas molek
    haha :d

    Reply
  4. ejon says

    04.09.2006 at 7:16 am

    aku tau sebab apa dia buat 2 blog
    jawapan: sebab byk space lg.. hehe bleh la pao nanti \:d/

    Reply
  5. CypherHackz says

    04.09.2006 at 8:24 am

    [quote comment=”2″]leh ko handle 2 blog nie…?[/quote]

    insyaallah boleh… hu3.

    [quote comment=”3″]mari kita lihat cypher berbahasa ibunda pula.. heh :d[/quote]

    hak3. datang r selalu if nak nengok nye. hek3.

    [quote comment=”4″]molek..semolek moleknyor.. nati aku nok wak blog kok loghat kelate 100%
    kemas molek
    haha :d[/quote]

    buat je. nanti dah buat leh la aku dok blajo bahaso kelate nge mu.

    [quote comment=”5″]aku tau sebab apa dia buat 2 blog
    jawapan: sebab byk space lg.. hehe bleh la pao nanti \:d/[/quote]

    miahahahaha… :d

    Reply
  6. aman says

    04.09.2006 at 2:42 pm

    aloha….
    tapi sedihnya, takleh letak adsense kat blog berbahasa melayu cam aku gak… 🙁

    Reply
  7. CypherHackz says

    04.09.2006 at 2:53 pm

    hu3. tapi kadang2 ada gak ads tu. aku pun tak tahu camne.

    Reply
  8. rasso says

    04.09.2006 at 3:17 pm

    tahniah… \:d/

    Reply
  9. c4stello says

    04.09.2006 at 3:22 pm

    uiks dah ader 2 blog chyper!? jgn x leh handle udah ler :p

    Reply
  10. CypherHackz says

    04.09.2006 at 3:27 pm

    [quote comment=”9″]tahniah… \:d/[/quote]

    he2, macih…

    [quote comment=”10″]uiks dah ader 2 blog chyper!? jgn x leh handle udah ler :p[/quote]

    aku harap2 leh handle dua2 blog nih. tapi takde la tiap2 hari update. bile terasa nak update, aku update la. hek3.

    Reply
  11. beat eczema book says

    27.12.2009 at 4:05 pm

    Intimately, the post is in reality the greatest on this valuable topic. I harmonize with your conclusions and will thirstily look forward to your next updates. Saying thanks will not just be sufficient, for the extraordinary clarity in your writing. I will immediately grab your rss feed to stay privy of any updates. Authentic work and much success in your business dealings!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2025 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in