Pada 31hb Mei yang lalu, aku berkesempatan untuk mengikuti saudara Amb untuk shoot wedding di Klang. Majlis perkahwinan ini merupakan majlis perkahwinan anak saudara beliau, Nor Halimi.
Majlis bermula pada pukul 2 petang dengan pengantin lelaki berarak dari surau berdekatan ke rumah pengantin perempuan. Kawasan rumah pengantin perempuan sangat unik kerana terdapat bengkel membaiki basikal dan motor. Memang jarang-jarang kita dapat lihat suasana seperti ini.
Bagi aku, kedua-dua pengantin sangat sporting. Tak perlu disuruh nak buat gaya macam mana. Mereka sendiri dah tahu macam mana nak bergaya depan kamera. Yang kitorang ni pulak apa lagi, snap, snap dan snap gambar mereka. Apa yang aku suka, bila dapat tangkap moment mereka sedang bergelak ketawa atau pun bergurau senda sesama mereka. 🙂
Oh ya, untuk editing kali ini, aku menggunakan teknik Lomography. Tetapi Lomography yang aku gunakan di sini jenis yang keras. Tu pasal gambar kelihatan gelap. Atau aku memang suka gambar kelihatan macam tu? 😛
Banyak lagi gambar di Flickr aku. Jemput-jemput datang melawat. 😳
zra says
blh tau edit menggunakan software ape..