Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Lelaki… Lelaki… Lelaki…

11.09.2006 // 10 Comments

LELAKI yang TULIN…
Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki.

LELAKI yang BERHARGA…
Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.

LELAKI yang TEGUH JIWA…
Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.

Lelaki yang sederhana…
Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.

LELAKI yang CANTIK…
Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.

LELAKI yang PUNYAI PENDIRIAN…
Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.

LELAKI yang KEMAS…
Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.

LELAKI yang CERDIK…
Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.

LELAKI yang CEKAP…
Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.

LELAKI yang BIJAK…
Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.

LELAKI yang TABAH…
Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.

LELAKI yang BERWAWASAN…
Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.

LELAKI yang BAIK…
Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.

LELAKI yang SOPAN…
Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.

LELAKI yang MENGASIHI…
Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Satu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.

LELAKI yang CERIA…
Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Source: http://simplespoilerz.blogdrive.com/

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Ruffedge – Bila Rindu
Ramadhan kembali dengan rahmat »

Comments

  1. novatech says

    12.09.2006 at 9:40 pm

    omg..shit wtf.. waaaaaaakakkaka ko lagi yg ape?

    Reply
  2. fuad says

    12.09.2006 at 9:51 pm

    LELAKI yang MENGASIHI…
    aku ni kot.. :d he3..

    Reply
  3. c4stello says

    13.09.2006 at 4:05 pm

    lelaki yg bijak kot :-“

    Reply
  4. aman says

    13.09.2006 at 5:30 pm

    laki yg sederhana/..

    lawa theme…:d:d

    Reply
  5. CypherHackz says

    20.09.2006 at 9:40 am

    takde Lelaki Jiwang je kat sini? hek3.

    Reply
  6. mr.eims says

    20.09.2006 at 10:59 am

    Malu la I awak cerita sume pasal diri I ni… :”>

    Reply
  7. CypherHackz says

    20.09.2006 at 12:59 pm

    eleh… ye2 jek.

    Reply
  8. sayang abang.. =) says

    07.05.2007 at 12:44 pm

    abg lelaki yg berwawasan,cerdik,baik,ceria,cekap,kemas,tulen berharga,sederhana n segala nye…. love u soooo much sweetheart…thanx 4 everything….@};-:x

    Reply
  9. CypherHackz says

    08.05.2007 at 10:18 am

    hak3. macih2…. korang semua jangan jeles wokeh. sayang aku puji aku tu… macih my dear… :”>

    Reply
  10. Estefana Wisneski says

    02.01.2010 at 9:24 am

    Thanks for the Post, I hope you have a good day!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in