Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Kenapa korang patut gune Celcom broadband?

28.11.2007 // 87 Comments

Zaman sekarang ni kalau takde internet, korang seperti hidup di zaman yang takde internet. (aku dah start merapu dah…) Tanpa internet, sudah semestinya korang tak dapat nak masuk blog aku yang baru serba kehijuan. Segar mata memandang. Sejuk je bile membaca entri-entri yang aku tulis ni. Betul tak kawan-kawan? “Betul…” Bagus korang ni. Tepuk-tepuk untuk diri sendiri.

Ok berbalik pada isu yang aku nak sampaikan ni, iaitu kenapa korang patut gune Celcom broadband. Di sini, bukanlah aku nak promote Celcom broadband ni dan juga aku bukanlah nak jatuhkan pesaing-pesaing die, tetapi aku just ingin berkongsi dengan korang perihal Celcom broadband ni. Seperti yang kita tahu, di Malaysia ni ada dua kompeni besar yang sedang bersaing hebat dalam mempromosikan perkhidmatan broadband dorang. Iaitu Celcom dan juga Maxis.

Coverage yang meluas
Bagi aku, korang patut pilih Celcom kerana, coverage die yang meluas. Maksud aku di sini bukan coverage hanset korang tu, tapi coverage untuk broadband ni. Sebagai contoh, di Universiti Teknologi Malaysia (universiti aku ni), pihak Celcom telah mengupgrade network dorang ke HSDPA network. Korang tahu apa itu HSDPA? HSDPA atau lebih dikenali sebagai 3.5G (bukan Gigahertz seperti yang tercatat dalam artikel Abang Zar kita nih), merupakan network yang membenarkan korang untuk surf internet sehingga boleh mencapai 3.6Mbps. Kalau 3G biasa, kita hanya boleh capai dalam lingkungan 384kbps sahaja. Slow banyak berbanding dengan HSDPA. So dengan speed selaju 3.6Mbps aku pasti rambut korang akan serabai disebabkan kelajuan yang tahap melampau. Nak dibandingkan dengan Maxis, ada sesetengah kolej di UTM, bukan sahaja tidak dapat HSDPA, 3G pun tak dapat. Tak ke sedih tu.

Takde kontrak 18 bulan
Salah satu lagi kelebihan Celcom broadband ni adalah, korang tak terikat dengan mana-mana kontrak pun. Maksudnye, kalau korang tak suka pas gune Celcom broadband tu, korang boleh unsubscribe bile-bile masa pun. Orang tak marah korang punya sebab tu kan duit kau. Kalau Maxis? Hurm…bayar la korang tiap-tiap bulan RM68 atau RM138 even korang tak gune internet. Sebabnye, kalau ngan Maxis, korang wajib dan mesti kene bayar sehinggalah tamat kontrak selama 18 bulan. Banyak tu…

Bandwitdh yang besar
Yang ni aku tak berapa sure sebab aku download macam-macam tapi tak kene block atau extra charge pun lagi. Mengikut seperti apa yang aku pernah baca, Celcom punye bandwitdh adalah 5Gb untuk setiap bulan. Maksudnye, korang boleh surf internet tanpa had masa sehinggalah size file yang korang surf selama sebulan tu mencapai 5Gb. Kalau dah sampai 5Gb, extra charge akan dikenakan. Kalau macam Maxis, ciput je die punye bandwitdh yang dibenarkan. Iaitu hanya sebanyak 3Gb. Kalau korang ni kaki download cerita series macam Prison Break, My Name is Earl, Heroes, Smallville dan sebagainya, usah la korang terbayang-bayang, termimpi-mimpi untuk mendownload cerita-cerita ni. Tak pasal-pasal je korang terlebih bandwidth dan kene bayar extra charge seperti Celcom. Tak ke leceh tu.

Lambat tapi tetap buat keje
Ha, even orang-orang Celcom ni lambat dalam support menyaport ni, tapi dorang tetap buat keje. Sebagai contoh, macam pasal HSDPA network kat UTM tu. Sebelum ni memang UTM gune network UMTS je. Tapi pas aku buat report cakap betapa slownye internet connection kat UTM tu, terus dalam 3 hari macam tu dorang call aku suruh aku test samada network dah laju ke belum. Bile aku test je, puff! Memang dah laju. Rupe-rupenye dorang memang dah set nak kenekan aku (perasan jek). Kunun-kununnya dorang nak bagitahu aku yang dorang dah upgrade network ke HSDPA, dats why suruh aku test and nak aku cakap “Waaa…..”.

Tapi…
Tapi ada satu je kelemahan Celcom nih. Kalau korang nak gune Celcom broadband, korang kene la beli device die yang mahal tu. Kalau yang laptop, murah la. Dalam RM300 ke atas je. Tapi kalau korang gune PC, memang RM1000 ke atas. Memang mahal. Kalau Maxis, die bagi sekali ngan device and tu sebab korang teringat ngan kontrak 18 bulan tu. Tapi 18 bulan tu bukan sekejap cik oi…

Kesimpulan
Kesimpulannya, korang gune la Celcom dan rasailah kehebatannya. Kita sebagai customer nak kan kualiti pada perkhidmatan dan bukan pada janji-janji manis yang diberikan. Orang dulu-dulu pernah berkata-kata, “Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang”. Korang dapat tak linkkan pepatah Melayu ni dengan entri kali ni? If tak dapat, bagus la. Memang takde kaitan pun.

ps: Kalau ada sesape yang nak membantah, nak menambah, nak menyokong, nak meluahkan perasaan, sila-sila sampaikan ia melalui ruang komen di bawah. Aku memang bukak komen ni untuk korang pun. Kalau korang tak guna, memang rugi la korang. Aku bagi free, tak nak pulak. Memilih!

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Website dan Portal Melayu Sengal!
Mercumaya.Net jual Hosting Murah! Domain pun Murah! »

Comments

  1. mazudi says

    28.11.2007 at 4:31 pm

    Aku tau Celcom Broadband bagus. Tapi aku pakai diji yang takder triji tu sebab aku dah kenal lama dengan diji, lagipun aku taknak tukar tukar nombor. Kengkadang aku dengki jugak dengan Celcom.

    Reply
  2. Azhar Ahmad says

    29.11.2007 at 4:15 am

    Ahahah saya pengguna setia DiGi. Kat umah saya dalam hutan, dapat EDGE. Anda mahu jawab?

    Lokasi : Tengah pahang.
    Kawasan : Hutan simpan Jengka…

    Ahahahahah….

    Reply
  3. adib. says

    29.11.2007 at 4:21 am

    ok…ok…celcom nih aku ase agak maju laa di kawasan aku sbb aku tinggal kt kawasan yg leh dikatakan agak terpencil…soo..member aku dh start mende ni..xtaww laa pe komen die…mmg aku xnafikan celcom nye device agak mahal laa…walaupon maxis kasi free je…prefer more to celcom la..MELAYU RAWKS>>

    Reply
  4. CypherHackz says

    29.11.2007 at 9:29 am

    [Comment ID #20390 Will Be Quoted Here]

    hua3. nape sampai begitu dengki pada celcom ye? :-l

    [Comment ID #20403 Will Be Quoted Here]

    duh… celcom pun ada jugak edge. tapi aku tak tahu la ada kat jengka ke tidak. btw aku ada member kat jengka. member mrsm.

    [Comment ID #20404 Will Be Quoted Here]

    kau tanya die macam mana pendpat die. best ke, tidak ke. leh membuktikan ape yang aku cakapkan kat entri aku nih. hua3.

    Reply
  5. WaWa says

    29.11.2007 at 6:04 pm

    aku rasa maksud mrozaidi tu dia dengki dengan pengguna Celcom sebabnya celcom ada 3G. Digi bukan ke tak dapat lesen 3G, so pakai EDGE je la. tapi apapun, aku sama mcm mrozaidi dan azhar ahmad, kami adalah pengguna setia Digi. haha. bak kata orang, walaupun serba kekurangan, malah satu ketika dulu langsung tak menjadi pilihan popular remaja sebab Maxis lagi banyak buat promosi, tapi kami tetap setia. hahahahaaa…

    Reply
  6. CypherHackz says

    29.11.2007 at 7:35 pm

    owh…sebenarnye digi kan company luar. dats why kerajaan tak bagi lesen 3g kat digi. tu yang aku dengar la dari member2 aku.

    btw aku skang gune talian maxis tapi gune broadband celcom. korang ni die-hard-fan gak eh pada digi? bagus2. 😉

    Reply
  7. izzAt3114 says

    30.11.2007 at 11:57 am

    eh..cypher..betul ke device celcom 3g untuk laptop around 300?
    nway ak cam berminat nk pakai ni, kalo device die around 300 ok la.. coz ak xder 3G phone.. EDGE phone ader le..hehehe:d

    Reply
  8. CypherHackz says

    01.12.2007 at 1:18 am

    if tak silap aku la. dah lama dah. aku pun tak cam. tapi if tak silap, dalam around macam tu. he3.

    Reply
  9. emptyspace says

    01.12.2007 at 3:29 am

    mana boleh dapat harga RM300 untuk device tu.. paling murah pun RM400++.. aku dah pernah guna Celcom 3G ni, itu pun ofis sponsor untuk setiap daerah di Johor..

    yang tak bestnya, berkongsi IP.. bila makin ramai guna, dia menjadi lagg tahap dewa, nak main game online pun sekat-sekat..

    pada aku celcom broadband ni sesuai untuk orang yang selalu merantau pusing2 negeri.. kalau duk umah je better pakai je stimix.. lebih berbaloi..

    Reply
  10. izzAt3114 says

    01.12.2007 at 8:44 am

    [Comment ID #20471 Will Be Quoted Here]
    xder la…ak nak guna pun coz kat U ak tu tenet dah bley dikatakan slow walaupun dah guna connection selaju 32 Mbps.. ni sebab proxy server U ak tu dah x dapat tampung penggunaan tenet student.. sebab tu la ak nak consider pakai celcom bb..huhu.. kalo 400 pn..ok lagi…hehe..dari 1000 untuk pc. Yg 400 ni camne? yg USB tu ker?

    Reply
  11. CypherHackz says

    01.12.2007 at 11:14 am

    [Comment ID #20471 Will Be Quoted Here]

    aah. aku lupe kelemahan tu. die kongsi satu ip even kau check dekat pc kau, die tulis ip yang berbeza setiap kali kau login. btw yang celcom broadband ni memang untuk travel. terutama macam aku. hu3. sebab aku study kat utm. pastu kat rumah aku gune dial-up. so berbaloi la aku beli celcom broadband ni. aku leh gune kat utm and leh gune kat rumah masa aku balik cuti.

    [Comment ID #20475 Will Be Quoted Here]

    yang untuk laptop tu bukan usb. tapi datacard. kau nyer laptop mesti ada slot datacard baru leh gune. aku pun tak tahu nape la yang usb yang kecik je saiz die leh mahal gile sampai 1000.

    Reply
  12. emptyspace says

    01.12.2007 at 11:49 am

    biase la bro.. low demand + low stock = barang mahal..

    slot dia kalo tak silap semue laptop yg latest pasti included slot tu..

    Reply
  13. neutronics says

    01.12.2007 at 7:42 pm

    DIGI sesetangah tempat je yang dapat EDGE dia tu… Maxis lak semacam je speed dia.. speed tak stabil..

    Reply
  14. azmie says

    01.12.2007 at 10:53 pm

    ooo baru aku tau utk laptop kira lain…pasal tgk iklan tu ingatkan pakai usb ajer…rupanya yg usb tu yg mahal giler tu…standard laptop skrg ni sumer ader slot datacard kan? aku pn tak belek laptop aku tu sgt…hehe…;))

    Reply
  15. CypherHackz says

    01.12.2007 at 11:17 pm

    standard memang ada disediakan untuk laptop. if takde, kau kene tukar laptop baru la mie. hu3.

    btw aku dulu pun ingat usb modem tu murah je. tapi bile gi celcom center, baru la aku tahu yang harga die sampai RM1000 lebih. terperanjat gak aku mase tu. tapi still leh control lagi la. :d

    Reply
  16. madnilk says

    03.12.2007 at 8:44 pm

    erk… seribuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu cancel aku nak ambik yang rumah punya!! kena ler aku tunggu ader lappy macam korang nanti yerk untuk pakai yang card slot tuh 🙁

    aku nih tak tahu menahu bab2 nih… tanks sebab ko buat entry nih cyper bleh aku baca pendpat orang lain 😛

    anyhow, aku mmg nak guna lappy tahun depan and thinking of getting mobile internet connection, but just can’t decide yet which one.

    Reply
  17. CypherHackz says

    03.12.2007 at 8:54 pm

    aah dowh. seribu harga die. btw laptop jenis ape kau nak angkat? aku ingat nak angkat laptop gak. tapi skang ni tengah takde duit la pulak. nak kene kumpul balik. hu3. aku nyer duit baru habis gi angkat graphic card baru. nantikan entri aku yang seterusnya. aku ada cerita pasal graphic card baru aku tu. ngeh3.

    Reply
  18. Bat says

    04.12.2007 at 5:10 pm

    Hohoho…Aku pengguna maxis 3G, ayat provokasi sungguh ek..Hahaha..Mau takmau nak kena kasi kome ngak la.. :-w

    Aku guna maxis sebab bagi aku murah, kontrak 18 bulan tu aku rasa berbaloi, sebab memang nak guna lama pun, hehe..Lagipun, kat KL coverage dia elok, kat kampung aku(Seberang Jaya) pun boleh tahan, lagi laju berbanding di KL..Aku guna pakej 3.6Mbps tu..

    Mana mampu beb nak beli modem celcom yang bagi aku harga dia agak keterlaluan tuh..Pasal bandwidth limit tu(Dalam agreement tulis 3Gig), macam takda apa2 pun, selama aku guna ni aku rasa dah lebih dari 10 gig aku guna..Download itu ini, selamba rock ja.. 😉

    Jadi gunalah Maxis 3G broadband, hahaha…

    Reply
  19. Pyan-CGT says

    04.12.2007 at 9:57 pm

    CELCOM MEMANG MANTAP!!!!!!!!!!!!!!!
    MAXIS 3G SLOW, WALAUPUN RUMAH SEBELAH PENCAWANG!!!!!

    http://www.sofianhilmi.net

    Reply
  20. CypherHackz says

    05.12.2007 at 10:02 am

    [Comment ID #20589 Will Be Quoted Here]

    Aku pun sama jugak even aku gune Celcom. Aku rasa aku dah download memacam dah and dah terlebih rasanya 5Gb tu. Tapi still takde papepun extra charge or suspend.

    [Comment ID #20601 Will Be Quoted Here]

    Tu dia, siap promote website. Aku lastik satgi baru hang taw. :p

    Reply
  21. rasso says

    08.12.2007 at 4:39 pm

    Uhuhu…. bro Celcom takde EDGE lah bro.. if ako tak silap.. sebab minggu lepas time ako gi KL celcom centre mereka kata dah takde…
    Maxis dan Digi jer yang ada EDGE….

    Uhuhu…
    tapi.. memang best.. celcom nie.. ako gune kat mobile E-siries ako tu.. boleh tahan speed dia.. hoyehh!

    Reply
  22. CypherHackz says

    08.12.2007 at 11:29 pm

    takde eh? aku ingatkan ada. sebab kalau takde 3g die akan amik edge then if takde edge die akan amik gprs. yang aku tahu la. habis tu, jenuh la kau nak online macam tu.

    Reply
  23. gie says

    09.12.2007 at 2:53 pm

    biar aku jawabkan..dia online gune stimik,sebab dia sewa umah luar dari utm…melarikan diri dari pihak utm,sebab internet selow..keh2…

    sementara aku dapat penggunaan studio ni,baik aku gunakan sepenuhnya…nanti dah habis,baru aku pk nak pakai yg mane..tul tak..time tu,mesti pricing tgh berlaga2….n mesti lagi murah n banyak offer..hehe..time tu baru aku sambar… :)) bijak bijak :p

    Reply
  24. CypherHackz says

    09.12.2007 at 4:46 pm

    hak3. tapi tak best dowh. if kau nak online kat bilik ke ape ke. nak online kat studio leceh. macam aku dulu2 time takde internet, ada la jugak gi cict tu. tapi tak best sangat. nak update site2 aku takde feel.

    Reply
  25. gie says

    09.12.2007 at 5:11 pm

    [Comment ID #20756 Will Be Quoted Here]

    owh…nampaknyer ko tak memahami konsep studio aku,sebab tu ko bercakap camtu… :-l :d

    Reply
  26. CypherHackz says

    10.12.2007 at 10:03 pm

    kenapa dengan studio kau? apa konsep die?

    Reply
  27. kita says

    11.12.2007 at 3:05 pm

    jom pakat-pakat guna celcom 🙂

    Reply
  28. CypherHackz says

    12.12.2007 at 2:00 pm

    ayuh! mari gune celcom. hu3.

    Reply
  29. ibnuimam says

    07.01.2008 at 12:11 am

    I hate maxis 3G… Kelajuan cam ulat gonggok. Tapi dah terikat dengan kontrak 18 bulan nak wat cam mana. Tunggu la bulan 6 nanti, akan ku beralih ke iZZi broadband.

    Reply
  30. CypherHackz says

    07.01.2008 at 10:15 pm

    Nasib baik aku amik Celcom. Hu3. Ok je sentiasa.

    Reply
  31. aSoi says

    25.01.2008 at 9:16 pm

    wei, mane ko tahu psl bandwidth limit maxis tu? 😕

    Reply
  32. zyn says

    25.01.2008 at 9:32 pm

    🙁 tapi 3G yg adik saya pakai sangatlah slow..sesekali je dapat coverage HSDPA. Yang selalunya GPRS yang tahap kura-kura tu…huhuu…line kawasan umah memang teruk:(

    Reply
  33. Hamid says

    01.03.2008 at 1:26 am

    Kali pertama aku mengetahui kelebihan Celcom brodband ni.
    ok makasih atas infi tu bro :d

    leh aku copy artical ni kat blog aku?
    aku akan tinggaalkan kredit ko. 😉

    Reply
  34. tingkang says

    31.03.2008 at 8:16 pm

    hari nie hari pertama aku guna celcom 3g pasal streamyx mangguk….tp aku guna modem hp 3g jer…aku terpikir tak panas ker hp aku..pasal aku nie kaki trading 🙁

    Reply
  35. Awangku Yusli says

    01.04.2008 at 4:23 pm

    Aku dulu guna Streamyx.. pastu ampeh seampeh² ya amat. So aku terminate & tukar ke Maxis Broadband. Mula² tu ok. Pastu makin lama makin ampeh. So, aku terminate Maxis & sekarang ni dah guna Celcom Broadband. Confirm much much better than Streamyx or Maxis.

    Nak tau camana nak terminate Maxis Broadband tanpa kena denda? Haaa.. ni nak promote nih. :d Silalah ke blog aku kat http://ayusli.com untuk mengetahui cara²nya. Hehehehe.. Search “Terminating Maxis Broadband” kat kotak kaler merah kat atas skrin tu.

    Sori ah tuan rumah. Tumpang sekaki. Takper kan? :)>-

    Reply
  36. tur says

    01.04.2008 at 8:49 pm

    mana bagus modem hp 3g atau usb modem…tolongg…

    Reply
  37. Kerin~chan says

    01.07.2008 at 10:29 pm

    pandai hang promote celcom 3g nie.. baper depa bayar kat hang?

    aku ingat nak pakai celcom 3g esok lusa pasal streamyx dah xder kat umah aku (line phone dah kena potong).

    aku nak beli modem cap ntah-aper-ntah yg harganya 399 dari boss kat tmnet dulu.. murah kan dari huawei 2… chow!

    Reply
  38. ekudanG says

    22.10.2008 at 8:35 pm

    aku skang ni pun tgh online pakai celcom broadband ler ni..
    fuyyoo mak oiii..!! dia punyer kelembapannyer mengalahkan dial up 1515. celcom mmg slow giler skang nih.. aku dah berkali2 cal customer service tp diorang cakap xde masalah per2 pun.. frust giler ngan celcom. speed mmg tunjuk 7.2mbps tp yg kiter trime aku rasa dlm 28kbps je..malah aku nak citer panjang2..

    Reply
  39. ekudanG says

    22.10.2008 at 8:42 pm

    aku nyer status kt connection speed menunjukkan HSDPA signal tp slow gak..Hang Speed Data Packet Access ker High Speed Data Packet Access ni?

    Reply
  40. Awangku Yusli says

    23.10.2008 at 9:10 am

    Tu laa.. sejak last week Celcom dah makin slow. Sakit hati jer bila online. Sebelum tu memang best. Rasa nak tampar² jer orang² kat bilik server Celcom tu.

    Reply
  41. krypnix says

    19.11.2008 at 1:47 am

    tampar je server celcom tu…dah le ade limit 5GB download usage…utk(celcom kata la) supaya xde masalah speed…tapi makin teruk adela… 3.6Mbps hanya khabar dari rupa…korang x kan dpt speed yg paling optimum.hanya 1.8Mbp, je dapat itu pun jika korang lucky laa….dioarang hanya nak cari pengguna yg banyak je untuk keuntungan mereka tapi servis ade masalah tak dititikberatkan…ni ke ISP di malaysia punya perangai?:-?

    Reply
  42. haha says

    26.11.2008 at 2:04 am

    aq gune celcom bb dah 8 bln(d98 package)…..celcom besh siot….! aku main RYL online x lag..:)>- tapi main mase pkol 2 pagi la….huhu…dier nyer speed 1600kbps..signal sentiasa hsdpa..syok siot

    Reply
  43. akulah says

    13.12.2008 at 8:02 am

    aku pun same,skrg pakai clcom broadbnd gak…senang nk travel mane2…masa dulu,bila balik kampung hanya dapat GPRS je manjang..slow gila..tp skrg dah upgread cikit…dapat EDGE lak..laju banding GPRS…bila la nk dpt HSDPA ni?? walau EDGE je,tp line mmg xde masalah.. kalau maxis mmg x dpt lansung.

    Reply
  44. eroza says

    19.12.2008 at 12:49 am

    aku rasa celcom broadband mmg bagus
    ari tu aku pinjam dr abg aku,mmg laju especially kalau nk tgk movie kt internt hehe
    pasni nak beli sndiri la
    aku ni kat area yg x membangun sgt kt swak tp syukurlh coverage celcom kuat kt sini=)

    Reply
  45. darkzone says

    22.12.2008 at 9:03 pm

    xpayah la nk promote celcom nih. aku da lebeh setahun pkai. da bosan ngan perangai celcom. broadband yg pling bermasalah skali.

    Reply
  46. syucre says

    25.12.2008 at 11:21 pm

    :)>-:)>- bagi aku, celcom broadband nie bagus dan mengancam… aku pakai basic je 384 speed dia, tapi aku rasa lebih laju dari TmNut 512 la plak… sebab sebelom nie aku pakai 512 jiran aku nyer… dia nyer wireless tersesat ke rumah aku… hihihi…

    sedut torrent pun laju je tapi masalahnya ada limit 5GB, hari nie je aku dah sedut lebih dari 1GB… hmmm…

    aku baru pakai 2 hari Celcom Broadband nie… hehe. ok sebab aku nie jalan2, dan bukan nak on dari rumah je… kalau pakai Celcom Broadband nie di mana2 pun boleh online asalkan ada line… 😉

    Reply
  47. Fairul says

    28.12.2008 at 12:00 am

    yo…kawan2…aku pnah gune celcom n maxis brodband…

    honestly…utk aku…aku suka maxis…sebab:-

    1)device(modem) di beri…
    2)kalu dapat hsdpa…mmg laju(kecuali malam)
    3)1 user ade 1 IP address…which mean..ko leh donlod gune rapidshare/megaupload/netload…yang mane…celcom xleh…
    4)after donlod 1file from rapidshare etc, then everytime reset modem…IP address bertukar…which means…kite bole donlod gune rapidshare/megaupload/netload etc tanpe masa menunggu..
    5)p2p allowable lagi (tp utk 1am-6am je…ok la tuh)

    stuju x?

    Reply
  48. putera12345 says

    13.02.2009 at 1:23 am

    aku gune celcom broadband service k,speed pun mantap tapi tak stabil,tp memang k la pada aku coz memang slalu laju pun tapi dah berapa hari ini speed aku jd drop tak smpi 200kbps ,aku tepon customer service and then mereka ckp download aku dah dah 6.5 g.jd diorang slowkan aku punyer speed,celaka ….aku memang kaki torrent.jd kaki torrent mcm aku rase tak best ar mcm nie sebulan dapat satu game jer la download.gerammmmm gler dah tahun nie byk games yang best2 nak kuar bengang jer aku.ada tak sevice line yang no limit punyer…….

    Reply
  49. yunnai says

    20.02.2009 at 2:04 pm

    ye la aku pun nak tau jugak pasal selcom ni ..orang ckp murah betul ke?

    Reply
  50. yunnai says

    20.02.2009 at 2:11 pm

    8-|:-?

    Reply
Newer Comments »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6÷2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2026 · Blog Aku · Hosted by Elfbytes Web Hosting · Log in