Blog Aku

Hanya Sekadar Blog

  • Hubungi

Impak Maksima, Kartun…

24.08.2007 // 12 Comments

3impakmaksima00.jpgSemalam aku gi tengok cerita Impak Maksima. Cerita yang diarahkan oleh Ahmad Idham. Bagi mereka-mereka yang tidak tahu, cerita Impak Maksima ni merupakan sebuah cerita yang berunsurkan sukan perlumbaan kereta Drift dan juga Drag. Tetapi terdapat juga unsur-unsur perlumbaan haram.

Overall, aku bagi 3 bintang untuk cerita ini. Kenapa? Aku kalau boleh nak bagi bintang yang tinggi pada cerita ni tapi disebabkan terdapat beberapa adengan yang macam kartun (gune CG), so aku dengan rela hatinya memberikan 3 bintang.

Jalan cerita dah best dah. Memang best dan lawak pun ada. Macam mana lawaknya, korang gi la tengok sendiri dekat wayang yang berdekatan. Ha3. Tapi memang best. Cuma yang merosakkan cerita apabila aksi-aksi yang best dikartun. Sebagai contoh, drifting yang dibuat ada yang betul dan ada juga yang didubbingkan sampai jelas nampak.

Pada mula-mula aku tengok cerita ni, perkataan ‘Fuyo!’ terkeluar dari mulut aku sebab drift die betul-betul menjadi. Tapi bila sampai part yang orang kata Impak Maksima nye, terus dorang gune computer untuk buat adengan tu. Lagi satu, kalau korang nak rasa spoil lagi, adengan kereta yang tercampak dan terbabas yang korang tengok kat trailer kat TV tu pun kartun jugak. Sebab lepas kereta tu terbabas, kereta tu akan terbakar then meletup. Yang terbakar dan meletup pun sama jugak, kartun. Ish3.

Aku tak tahu nape la banyak sangat kartun dalam cerita ni. Aku tahu dorang boleh buat dengan lebih baik lagi. Kalau taknak gune kereta betul untuk buat letup-letup kereta ni, dorang boleh gune CG tapi jangan la buat CG tu ala kadar je sampai orang boleh detect yang tu memang CG. Mungkin dorang nak cepat siap cerita ni sampai semua yang berkaitan dengan CG tu dorang buat ala kadar. Aku pun tak pasti apa la yang dorang kejar-kejarkan sampai kualiti CG tu teruk sekali. Tak real langsung. Mungkin member-member internet aku yang belajar or sudah grade kat MMU seperti Abah, Epan dan Epin boleh buat yang lebih baik. Mungkin Ahmad Idham boleh upah dorang buat keje-keje grafik nih. Hu3.

Sambil-sambil dikurengkan dengan aksi-aksi kartun tu, aku terhibur dengan lawak-lawak yang dibuat oleh Cat Farrish dan Zul Huzaimy. Dorang ni merupakan pelakon bagi cerita Mat Rempit dulu. Tapi dalam cerita ni, dorang bukan lagi merempit tapi main kereta. Yang buat kecoh satu panggung apabila Cat Farrish ni berbalas-balas pantun dengan Zul Huzaimy. Memang lawak. Ho3. Kire tak rugi gak la tengok cerita ni sebab enjoy jugak la.

So rakan-rakan sekalian, gi la tengok if korang nak tergelak terbahak-bahak dalam panggung. Hak3.

Guna duit zaman dulu,
Gua belah dulu…

ps: Kalau korang peminat cerita ManjaLara, ada seorang pelakon yang korang kenal dan korang tak percaya watak die dalam cerita Impak Maksima ni. Ha3.

About CypherHackz

Menulis blog sejak tahun 2005 sehingga kini. Segala yang dikongsikan di sini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis sahaja.

« Aku masih hidup
1408 – Misteri sebuah bilik »

Comments

  1. megat says

    25.08.2007 at 11:49 am

    dpt gak sedikit dr ko chyper, jap lagi nk gi tgk :d

    Reply
  2. ZeMMs says

    30.08.2007 at 9:24 am

    Hmm.. aku pun dah tengok citer ni.. bukan jer jalan citer kureng.. lawak dia pun tak brape sangat.. tang dia tersalah call mak dia je yg aku tergelak ๐Ÿ˜›

    Tapi aku support inisiatif diorg utk perkenalkan jalan citer yg berlainan konsepnya dari ceta cintan-cintun & masalah keluarga jerk.. :d

    Reply
  3. Azhar Ahmad says

    02.09.2007 at 6:37 pm

    Hahahhaha, si chypher ni malas nak gi kat cafe internet kat kolej dia la ni… Dah lah murah… Huhuhu… Apapun, sanggup kau tgk impak maksima? Macam tiru tokyo drift….

    Reply
  4. deena says

    03.09.2007 at 2:17 pm

    dah tgk jg cite nie…blhla thn bestnyer…lbih kureng ngn cite tokyo drift je…tp lain la sbb malay pnye kan..selang lawak dier pun kire ok la..cume biasela…care hidup warga kota yg melampau dtonjolkan dlm cite nie…neway yg baik amik pngajaran yg buruk jadikan sempadan…:)

    Reply
  5. amirez says

    08.09.2007 at 2:59 pm

    x tgk lg.rs mcm x best jerk.tp xleh nak nilai selagi lum tgk.bak kata ko psl CG diorang tu…ntahlah nape diorang wat cikai2 je.malas nak telitikan kot.org kita ni biasanya nak cpt je ;))

    Reply
  6. madnilk says

    11.09.2007 at 7:14 pm

    :d/ huhuhu semua dok jadi pengkritik ๐Ÿ˜› cerita nih aku tgk dari prevue dah jadi segan nak tgk… tapi ramai juga yang cakap jalan cerita dier nih bagus… nanti ader masa aku try cetak rompak ler.. ๐Ÿ˜›

    nak kata aksi macam tokyo drift tak dapat ler sebab kereta dalam tokyo drift tuh semua ory…. yang malaysia punya silap2 body kit jerk ๐Ÿ™

    Reply
  7. poyo says

    12.09.2007 at 3:18 pm

    citer sampah cmni ko nak komen…xpayah la..kluar citer org putih or org jepang pasal keta..org kita pn nk tiru psal keta gak..mmg poyo..si Razak mohaideen pun sama..citer ntah ape2..sampah suma tu..

    Reply
  8. emptyspace says

    14.09.2007 at 5:40 am

    aku sokong sekali bak CGI tu.. sunnguh kaartun dan bongok macam tahi… lawak Cat Farish je yg best… lain sume tak brape best

    Reply
  9. mrkay says

    25.09.2007 at 9:05 am

    citer ni tah ape2.. aku rasa mcm menyesal lak gi tgk.. mcm cipan je.. terasa mcm diperbodohkan ngan aksi2 kartun yang bangang tuh.. paling tak leh blah si black dlm manjalara bleh jadi polis dlm citer ni.. tak sajak lansung.. haha.. one more, si ahmad idham dah terikut perangai aziz m osman, razak mohaidin… interprem sket2 dlm filem sendiri.. hahaha

    Reply
  10. CypherHackz says

    10.10.2007 at 3:32 pm

    tapi aku paling suke part dorang pantun tu.

    “sorong papan… tarik papan…”

    hak3. kelakar gile.

    Reply
  11. nanna says

    01.02.2008 at 6:03 pm

    :((

    Reply

Trackbacks

  1. Impak Maksima Kurang Memuaskan | Story of Mine says:
    22.10.2007 at 4:09 pm

    […] efek untuk CGI taklah begitu teliti memandangkan bajet yang ada hanya cukup sekadar itu. Bak kata CypherHackz, Impak Maksima macam kartun. Betul jugak kata dia tu […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Post Terkini

  • Di Manakah Kedudukan Bumi di Alam Semesta?
  • Proses Pengeluaran Akaun 2 KWSP
  • Soalan Matematik Luar Biasa, 6รท2(1+2)
  • Pentingnya Namecard dalam Membuat Networking
  • Ilmu Itu Ada Harganya yang Tersendiri

Copyright © 2006–2023 ยท Blog Aku ยท Hosted by Elfbytes Web Hosting ยท Log in