Ok, seperti yang dijanjikan semalam, entri untuk kali ini adalah eksklusif untuk korang dan aku sendiri. Tetapi, event dah last day, Dairi LI aku ini mesti diteruskan. So aku akan memulakan mengenai apa yang aku buat pada hari last day aku ini.
Setibanya aku di tempat parking moto di Diamond Square itu, aku telah menangkap sekeping gambar untuk kenang-kenangan. Ye la, pasni aku dah tak parking dah moto aku kat situ. So dengan gambar ni dapat la aku mengenang kembali saat-saat ketika setiap pagi aku park moto aku itu. Hu3.
Cuba teka mana satu moto aku?
Dah puas tangkap gambar, aku pun naik la ke office. Yang hanya di office itu adalah En Saufi (kawan kepada En Mizan). Tu pun die dah nak kuar dah coz nak jumpe member die. Nak taknak, keseorangan la aku kat situ. Tapi tak lama kemudian, Kak Eja dan Kak Noor datang. Tak la sunyi sangat office ni bile dorang ada.
Datacenter CyberJaya
Dalam lebih kurang pukul 10 lebih macam tu, En Mizan datang office. Dia ajak aku gi CyberJaya. Nak gi datacenter nak setup satu server untuk client die. Server tu ada problem. So dia nak gi betulkan.
Server Exabytes pun terletak kat sini tau…
Menurut dari cerita yang diceritakan kepada aku, die setup server tu dari semalam lagi. Tapi asyik ada problem je. Sampai pukul 4 pagi, baru lah siap. Tu pun pagi tadi, orang Web Division (orang yang jaga datacenter kat TMNet) call die. Ada masalah ngan server tu. Dats why die kene gi CyberJaya tu nak check masalahnya.
Untuk pengetahuan korang yang baru berkunjung di website aku ini, sebelum ni aku pernah pergi ke datacenter kat Brickfields dan hari ini aku berpeluang pula pergi ke datacenter CyberJaya. Bukan senang weh nak masuk tempat-tempat sebegini. Menurut Azurt, yang bekerja di TMNet (office dia terletak di sebelah datacenter CyberJaya tu je), memang payah nak masuk. Security tight. Aku mengesahkan kenyataan Azurt itu.
Rak server-server hosting company yang tidak diketahui…
Nak masuk datacenter tu bukan senang. Setiap tempat ada je pintu yang gune magnetic lock tu. Pas satu bahagian, ada magnetic pintu lagi. Pas satu bahagian, ada lagi. Memang jenuh. Dah pulak tu, bukan senang-senang je nak bukak dia. Nak kene ada security officer yang bukakkan pintu tu untuk kita. Memang leceh beb. Sirius!
Jumpa Azurt
Pada mula aku sampai tu, aku tak teringat yang Azurt bekerja kat sebelah datacenter tu. Dah lama sikit, baru aku teringat kat Azurt. Segera aku hantar mesej kat die. Ngeh3. Tu pun nasib baik ada nombor phone dia. Kalau tak, jenuh la kan nak gi jerit panggil siapa gadis yang gune nick Azurt.
Nak jumpa si Azurt ni pun bukan senang. Macam nak gi datacenter jugak. Hak3. Gurau je. Tapi bukan senang-senang je aku nak kuar datacenter tu. Ye la, aku gi datacenter tu bukannya nak jenjalan, tapi untuk kerja. Dengan sopannya, aku meminta kebenaran En Mizan untuk jumpa Azurt. Nasib baik bos aku ni baik dan dia tahu pasal kes Azurt nih. Kes apa? Biarlah rahsia… :d
Masa nak jumpa Azurt ni, aku cool je. Tapi tak tahu la die. Entah-entah berdebar-debar. Hua3. Mula-mula masuk bangunan TMNet tu memang aku tak cam Azurt. Tapi nasib baik dia lambai-lambaikan tangan. Kalau tak musti aku gi tanya kat makcik cleaner kat sana kot-kot dorang kenal Azurt.
Perjumpaan aku ngan gadis kecil molek berbaju hijau bertudung putih itu dalam lima belas minit je kot. Aku pun tak pasti. Borak-borak jap ngan dia. Cerita itu ini. Tanya itu ini. Dan yang pasti, die suke gelak. Hak3. Aku pun tak pasti nape die gelak. Tapi…takde pulak gambar aku ngan dia. Kau la Azurt, taknak tangkap gambar… :d
Itulah kali kedua aku berjumpa dengan blogger Malaysia yang aku kenal melalui internet secara face to face. Orang pertama, si Novatech. Junior course aku kat UTM tu. Hak3. Sorry bro aku panggil kau junior. Ngeh3. :p
Buhbye Mercumaya…
Lebih kurang dalam pukul 1 lebih, kitorang pun bertolak balik office. Seperti biasa, keadaan di office itu sunyi jek. Ye la, siapa lagi yang ada kat sana. Aku, Kak Noor dan Kak Eja (En Saufi balik semula ke office dalam pukul 5.15 macam tu kot). En Mizan terus balik pas hantar aku ke office coz die nak balik kampung. Ayah mertua dia sakit baru keluar hospital. Selepas ucap terima kasih pada En Mizan, dia pun pulang. Hu3.
Tetapi, En Mizan ada berikan aku hadiah. Hadiah sehelai kain bewarna marron yang akan aku gunakan untuk buat baju Melayu.
Di office, meneruskan kerja-kerja yang belum siap. Aku cuba betulkan apa-apa yang patut untuk website baru Mercumaya nih sebab taknak la kita tinggalkan kerja kita untuk orang lain buat kan? So aku pun buat la kerja-kerja sikit.
Sedar tak sedar dah nak dekat pukul 6 dah. Maksudnya, Latihan Industri aku di Mercumaya akan tamat tak berapa lama lagi. Perasaan? Masih cool lagi. Tapi bila dah nak keluar dari pintu tu sebelum nak berangkat pulang, macam-macam ucapan yang aku terima dari Kak Noor, Kak Eja dan juga En Saufi. Huk3.
Aku tahu memang sukar nak tinggalkan dorang semua. Tapi nak buat macam mana, kontrak aku hanyalah untuk 10 minggu je di sana. Aku harap dorang semua maju jaya di Mercumaya dan dapat bantu En Mizan mengembangkan perniagaan dia. Selepas mengucapkan terima kasih atas segalanya, aku pun melangkah keluar dari office Mercumaya.
Sebelum aku bertolak meninggalkan Mercumaya untuk selama-lamanya, aku sempat tangkap lagi sekeping gambar pandangan office Mercumaya dari luar.
Selamat tinggal Mercumaya…
Di sini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua. Mereka-mereka yang menjadi penggerak bagi company Mercumaya.
Buhbye Mercumaya… Buhbye Netlynx… Buhbye En Mizan… Buhbye Kak Ros (isteri En Mizan)… Buhbye Husna (baby dorang yang comel)… Buhbye Kak Noor… Buhbye Kak Eja… Buhbye En Saufi… Buhbye semua… 🙁
Banyak yang diri ini pelajari dari kalian semua. InsyaAllah, cuti mid sem nanti if berkesempatan, aku akan jumpe korang. Kita gi makan sama-sama wokey? Jaga diri dan semoga berjaya! (sebak seh ketika aku tulis nih) :((
rafi says
cis.. xaci… en mizan xbg apa2 pun kat aku..:-w nk kena tuntut ni :d
selamat belajaq kembali… jgn lupa belanja aku nnt :)>-
azurt says
hahaha.. aku mmg suka gelak.. ketawa penawar duka la katekan.. mueheheh… :d
abah says
Hayoooo aku sangat paham perasan habis berpraktikel…
Selamat kembali ke kuliah *ngahahaha diela exams~
Eh ko belajar lagi ke? *kompius
novatech says
haha…. takpe takpe
sem ni aku pun dah ada junior… tapi rasa macam lagi pupus dari batch aku jek [-(
catz says
woit..mana theme aku…hahaha..ko tgk blog aku skang ni pakai sambar jerk theme..rilekslah..ko dpt jumpa azurt lagi tu…
aku ni tak pernah jumpa kawan2 blogger yg betul2 rapat(actually, aku tak pernah rapat dgn sesiapapun lagi sbb tak pernah jumpa..hahaha..catz aka anti sosial)
ikoko says
aku rasa, better ko update cepat-cepat blog personal ko nieh.. sebabnya..
aku amat jaki dengan tarikh 6july… warghhh~~~!!